Anda di halaman 1dari 2

Pengurus

Gerai Makanan Hee Heng (MA0015140-K),


Gerai No. 3, Km 205 (Arah Utara) Kaw. Rehat/ Rawat,
Hentian Ayer Keroh, 78000, Alor Gajah,
Melaka.
__________________________________________________________________________
20 Januari 2020
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM),
NO. 53-1, Tingkat 1, Jalan KPAA 2,
Kompleks Perniagaan Al-Azim, 75150, Bukit Baru,
Melaka.

Tuan,
PERKARA: SURAT PENJELASAN BERKAITAN TIDAK MENYEDIAKAN 9 MENU SEPERTI DALAM
SENARAI MAKANAN

Berkaitan dengan perkara di atas, saya Chong Chee Heng, pengurus gerai makanan
Hee Heng (MA0015140-K) ingin membuat penjelasan berkaitan perkara ini.

2. Untuk makluman pihak tuan, premis kami tidak dapat menyediakan 9 menu tersebut
kerana kami mempunyai tidak mempunyai tukang masak yang kompetan untuk
menyediakan menu tersebut dan kekangan untuk mendapatkan sumber-sumber bahan
mentah.

3. Di sini, kami menyenaraikan 9 menu yang tidak dapat disediakan seperti yang ada
dalam senarai makanan:
i. Ayam goreng berempah
ii. Ikan tiga rasa
iii. Rendang ayam
iv. Asam pedas ikan kembong
v. Sayur goreng kacang panjang
vi. Sayur goreng kobis
vii. Sambal sotong
viii. Sambal udang
ix. Sambal kupang

4. Akhir kalam, saya mengharap agar pihak tuan mendapat makluman berkaitan
dengan perkara ini. Diharapkan pertimbangan perkara ini daripada pihak tuan. Ribuan
terima kasih saya ucapankan di atas kerjasama daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

______________
Chong Chee Heng,
Pengurus Gerai Makanan Hee Heng (MA0015140-K).

Anda mungkin juga menyukai