Anda di halaman 1dari 2

Kelab Sofbol ,

Nama Kolej,
(Alamat Kolej)

Pengarah Kolej,
Nama Kolej,
(Alamat Kolej) Tarikh

Tuan/Puan

Memohon Kebenaran Dari Pengarah Untuk Menggunakan Padang Kolej Matrikulasi Johor

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Kelab Sofbol ingin memohon kebenaran dari
pihak tuan untuk menggunakan padang kolej atas tujuan pertandingan sofbol sempena Minggu
Kokurikulum Semester 1, sesi 2022/2023.

2. Segala keterangan seperti waktu dan tarikh pertandingan adalah seperti berikut:

Hari : Ahad
Tarikh : 19 & 25 September 2022
Masa : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

3. Pihak kami akan bertanggungjawab untuk menjaga segala kebersihan dan keharmonian
padang sepanjang pertandingan dijalankan. Kami juga akan sentiasa akur dengan segala
arahan dan peraturan yang diberikan oleh pihak tuan berkenaan penggunaan padang.

4. Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Kami
dahulukan permohonan kami dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Tanda tangan
(nama
Setiausaha Kelab Sofbol,
Kelab Sofbol Kelab Sofbol ,
Nama Kolej,
(Alamat Kolej)

Pengarah Kolej,
Nama Kolej,
(Alamat Kolej) Tarikh

Tuan/Puan

Jemputan Menghadiri Majlis Penutupan Pertandingan Sofbol Kolej Matrikulasi Johor

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Majlis Penutupan Pertandingan Sofbol sempena Minggu


Kokurikulum Semester 1, sesi 2022/2023 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari : Ahad
Tarikh : 25 September 2022
Masa : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

3. Dengan sukacitanya pihak kami ingin menjemput tuan untuk merasmikan majlis tersebut
pada 25 September 2022, pukul 4.15 petang bertempat di padang Kolej.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk
menyempurnakan penutupan majlis kami seperti yang dinyatakan di atas.

5. Perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Tanda tangan
(nama
Setiausaha Kelab Sofbol,

Anda mungkin juga menyukai