Anda di halaman 1dari 15

MODUL 1 : PENGENALAN TEATER 1

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas tentang sejarah dan perkembangan teater

OBJEKTIF
Murid dapat:
- mengetahui tentang sejarah ringkas perkembangan teater
- mengetahui secara asas tentang bentuk – bentuk teater

ISI KANDUNGAN
3.1.1 Menerangkan dan menjelaskan secara asas berkaitan :
- Sejarah ringkas teater
- Bentuk-bentuk teater

AKTIVITI
1. Guru menayangkan persembahan slaid tentang sejarah teater.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sejarah ringkas teater.
3. Murid dipertontonkan slaid persembahan teater.

BBM
1. LCD
2. Komputer
3. Slaid sejarah teater / persembahan teater

RUJUKAN
1. Mana Sikana, Drama Melayu Moden. DBP
2. Rahmah Bujang, Teater.. dari Skrip ke Pentas. DBP
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
Pengenalan Teater

 Maksud Teater – lakonan dan perbuatan dalam persembahan yang melibatkan pelakon,
penonton, tempat yang ditentukan dan masa yang ditetapkan.

Bentuk Teater

1. Teater Tradisional
 Maksud Teater Tradisional – persembahan yang dimainkan masyarakat dulu sebelum
adanya panggung wayang dan televisyen.
 Bentuk Teater Tradisional - Makyung, Wayang Kulit, Main Puteri, Bangsawan, Purbawara,
Sandiwara

2. Teater Moden
 Maksud Teater Moden – persembahan yang dimainkan selepas adanya tempat yang
dikhaskan untuk satu-satu pementasan seperti dewan, pentas , auditorium.
 Bentuk Teater Moden - Teater / Drama Pentas, Teater Muzikal, Drama Tari / Taridra
MODUL 2 : PENGENALAN TEATER 2

Ruang ialah suatu tempat sama ada terbuka atau tertutup, di atas pentas atau tidak, serta ruang atau
kawasan atau bahagian yang telah ditetapkan oleh sesebuah penganjuran.

OBJEKTIF
Murid dapat:
- mengenal jenis-jenis pentas untuk sesebuah persembahan
- mengenal komposisi pentas semasa persembahan

ISI KANDUNGAN
3.1.1 Menerangkan dan menjelaskan secara asas berkaitan :
- Jenis-jenis pentas
- Etika / Komposisi Pentas

AKTIVITI
1. Guru menayangkan persembahan slaid tentang jenis-jenis pentas.
2. Guru memberi penerangan tentang etika / komposisi pentas.
3. Murid dibekalkan dengan lembaran nota tentang komposisi pentas.

BBM
1. LCD
2. Komputer
3. Slaid sejarah teater / persembahan teater
4. Lembaran nota

RUJUKAN
1. Cohen, The Director’s Vision
2. Rahmah Bujang, Teater.. dari Skrip ke Pentas. DBP
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
Jenis-jenis Pentas
a. Pentas Proceneum – pentas ini hanya dapat dilihat dari satu arah sahaja
b. Pentas Semi Arena – pentas ini biasanya boleh dilihat dalam bentuk separuh bulatan
c. Pentas Arena – pentas ini biasanya dapat dilihat dari sekeliling kerana pelakon bermain
ditengah-tengah pentas
d. Pentas Thrust / Pentas Catwalk – pentas ini biasanya untuk pertunjukkan fesyen

Komposisi Pentas - Kebiasaannya pentas proceneum atau pentas konvesional dibahagikan kepada 9
bahagian supaya memudahkan pekerja pentas atau pelakon menerima arahan daripada pengarah
sesebuah produksi.

UPPER RIGHT STAGE UPPER CENTRE STAGE UPPER LEFT STAGE

CENTRE RIGHT STAGE CENTRE STAGE CENTRE LEFT STAGE

DOWN RIGHT STAGE DOWN CENTRE STAGE DOWN LEFT STAGE

Rajah 1: PEMBAHAGIAN 9 RUANG


PENTAS
MODUL 3 : OLAH TUBUH 1

Memberi pendedahan mengenai persiapan seorang murid yang bermula daripada senaman dan
memahami tentang fungsi sistem tubuh badan yang merangkumi aspek fizikal dan mental.

OBJEKTIF
Murid dapat:
- membuat persediaan fizikal sebelum memulakan latihan persembahan
- memaksimumkan potensi tubuh badan supaya lebih cergas
- mengikuti aktiviti permainan teater pemanasan badan

ISI KANDUNGAN
3.2.1 Melakukan aktiviti pemanasan tubuh yang melibatkan :
- Senaman fizikal (regangan, berguling, lompatan)
- Senaman dengan menggunakan alatan

AKTIVITI
1. Guru melakukan tunjuk cara senaman fizikal dan diikuti oleh murid.
2. Melakukan aktiviti senaman menggunakan alatan.
3. Murid mengikuti aktiviti permainan teater pemanasan badan.

BBM
1. Bola / Gelung Rotan/ Tali/ Kain/ Kayu

RUJUKAN
1. Poulters, Christine, 1987. Playing the Game. The Macmillian Press Ltd. London.
2. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
1. Maksud senaman fizikal – untuk merangsang kecergasan

2. Contoh :
 Aktiviti regangan dengan kiraan 8 bermula dari bahagian kepala, leher, bahu, siku,
pergelangan tangan, jari, pinggang, lutut, kaki dan jari kai
 Aktiviti regangan menggunakan alatan ( contohnya : kerusi )
Duduk, letakkan kaki atas kerusi, berdiri, membuat regangan sambil memegang kerusi
 Aktiviti permainan teater ( cermin )
- murid membuat dua barisan bertentangan ( barisan A dan barisan B )
- murid barisan A membuat aksi dan murid barisan B meniru aksi yang sama
- murid barisan B membuat aksi dan murid barisan A meniru aksi yang sama
MODUL 4 : OLAH TUBUH 2

Memberi pendedahan mengenai persiapan seorang


murid yang bermula daripada senaman dan
memahami tentang fungsi sistem tubuh badan
yang merangkumi aspek fizikal dan mental.

OBJEKTIF
Murid dapat:
- memahami fungsi anggota badan
- melakukan latihan asas seni silat, senam seni dan tarian
- mengikuti aktiviti permainan teater penggunaan ruang

ISI KANDUNGAN
3.2.1 Melakukan aktiviti pemanasan tubuh yang melibatkan :
- Latihan Pemusatan
- Latihan Asas Seni

AKTIVITI
1. Guru memberi penerangan mengenai fungsi anggota badan.
2. Guru membuat tunjuk cara latihan pemusatan serta latihan asas seni silat, senam
seni dan tarian.
3. Murid mengikuti permainan teater penggunaan ruang.

BBM
1. LCD
2. Komputer
3. Radio
4. CD Instrumental
5. Tayangan slaid

RUJUKAN
1. Poulters, Christine, 1987. Playing the Game. The Macmillian Press Ltd. London.
2. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
1. Maksud Latihan Pemusatan – untuk postur, mengurangkan ketegangan dan persediaan
untuk latihan vokal.
2. Contoh :
 Spine Roll - latihan ini dapat membantu menghilangkan tekanan pada bahagian leher dan
bahu.
 Pendulum – berdiri setempat dan goyangkan badan ke hadapan dan ke belakang bertujuan
untuk memfokuskan kepada keseimbangan badan.
 Aktiviti permainan teater ‘ Datuk Harimau ’
Murid akan berlari tetapi tidak dibenarkan berkumpul sebaliknya menggunakan ruang secara
bebas.
MODUL 5 : IMPROVISASI 1

Improvisasi adalah satu bentuk persembahan yang menghiburkan dan sebagai alat untuk meneroka
dalam persembahan. Proses kreativiti memainkan peranan penting untuk melahirkan watak dan idea
melalui aksi.

OBJEKTIF
Murid dapat
- Mencipta dan mengekalkan perwatakan mengikut situasi
- Memanipulasi alat secara maksimun

ISI KANDUNGAN
3.3.1 Meneroka dan menjana idea kreatif melalui aktiviti :
- improvisasi alat
- improvisasi pergerakan

AKTIVITI
1. Guru menerangkan fungsi dan penggunaan improvisasi.
2. Guru membimbing murid melakukan aktiviti improvisasi alat dan pergerakan.

BBM
1. Payung
2. Botol air
3. Kerusi
4. Lain-lain alat yang difikirkan sesuai

RUJUKAN
1. Clausen, Mathew (2000).Centre Stage. Heineman Ltd. Australia.
2. Davies, G., Practical Primary Drama, Heineman Educational, 1983.
3. www.pyianj.blogspot.com
4. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA

1. Maksud improvisasi
- Mengubah, membaca, mengucap atau melakukan sesuatu tanpa persiapan. Perlakuan yang
dihasilkan secara tiba-tiba, secara bebas dan bersahaja.

2. Improvisasi Dengan Alat


- Siapkan sebuah alat. Misalnya alat tersebut adalah kerusi, maka kerusi tersebut boleh
dianggap sebagai kawan. Ajak berbual dengan kerusi tersebut seperti mengajak kawan
berbual. Dengarkan masalah-masalahnya, beri galakkan atau nasihat, kalau memang tidak
sesuai, boleh membantahnya dan mungkin boleh memarahinya atau menghiburnya dan lain-
lain.
MODUL 6 : IMPROVISASI 2

Improvisasi adalah satu bentuk persembahan yang menghiburkan dan sebagai alat untuk meneroka
dalam persembahan. Proses kreativiti memainkan peranan penting untuk melahirkan watak dan idea
melalui aksi.

OBJEKTIF
Murid dapat
- Mengaplikasikan kemahiran improvisasi yang boleh digunakan sebagai teknik dalam
lakonan
- Memperlihatkan perbezaan dalam aktiviti improvisasi secara individu atau kumpulan
- Membezakan jenis-jenis improvisasi

ISI KANDUNGAN
3.3.1 Meneroka dan menjana idea kreatif melalui aktiviti :
- improvisasi kepekaan deria
- improvisasi situasi

AKTIVITI
1. Guru memperkenalkan imrovisasi kepekaan deria dan situasi.
2. Guru membimbing murid melakukan aktiviti improvisasi tersebut.
3. Guru membentuk murid kepada kumpulan kecil dan melakukan improvisasi yang
berbeza.

BBM
1. Radio
2. CD instrumental
3. Teks ringkas
4. Alat yang sesuai

RUJUKAN
1. Clausen, Mathew (2000).Centre Stage. Heineman Ltd. Australia.
2. Davies, G., Practical Primary Drama, Heineman Educational, 1983.
3. www.pyianj.blogspot.com
4. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
1. Improvisasi berdasarkan situasi
- Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid
diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.Teknik ini boleh dijalankan untuk
semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.
- Contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan
(patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka. Arahan: berbual
sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
- Contoh 2 : Mencipta sebuah cerita di mana murid akan meneroka situasi yang melibatkan
perubahan cuaca ( panas, dingin, sejuk ) dan perubahan perasaan ( gembira, sedih,
seram, sayu ).
MODUL 7 : GERAK
Pendedahan kepada pergerakan di atas pentas dalam sesebuah persembahan atau pementasan.

OBJEKTIF
Murid dapat
- Melakukan pergerakan mengikut gerak alam
- Melakukan pergerakan secara peniruan

ISI KANDUNGAN
3.3.1 Meneroka dan melahirkan ekspresi melalui aktiviti :
- gerak alam
- gerakan meniru

AKTIVITI
1. Guru menunjuk cara gerakan mengikut objek alam semula jadi seperti pokok, air laut.
2. Guru menunjuk cara gerakan peniruan gerak haiwan seperti burung, monyet, harimau.
3. Guru membentuk kumpulan kecil.
4. Guru mengedarkan kad watak dan murid melakukan aksi gerak mengikut kad yang
diberikan.
5. Iringan muzik boleh digunakan untuk membantu mood murid.

BBM
1. Radio
2. CD instrumental
3. Kad watak

RUJUKAN
1. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
1. Pergerakan merangkumi pelakuan-pelakuan keluar – masuk, menyeberang, duduk, bangun,
naik turun tangga, berlari, melompat di atas pentas.

2. Tujuan pergerakan:
- mencantikkan produksi dan pementasan
- menarik perhatian penonton kepada watak atau ruang tertentu
- mengubahsuaikan adegan kelompok individu atau watak tertentu supaya tidak kaku dalam
lakonan
- menarik perhatian penonton kepada ruang lakon tertentu
- menonjolkan emosi watak dan pelakon
- menonjolkan latar belakang pentas dan juga suasana adegan
- mengimbangi ruang pentas atau ruangan lakonan
- tujuan teknikal untuk membaiki komposisi
MODUL 8 : PENCERITAAN

Melatih kemahiran bercerita di kalangan pelajar. Pelajar diberi kefahaman dan kemahiran pelbagai
teknik dan gaya penceritaan yang bersistem.

OBJEKTIF
Murid dapat
- Membentuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak
- Meneliti dan menginterpertasi bahan penceritaan yang akan disampaikan
- Mengaplikasi teknik dan kemahiran teater dalam penceritaan

ISI KANDUNGAN
2.6.1 Berkomunikasi dalam kehidupan dengan menggunakan pelbagai kaedah
penyampaian
- Memilih naskhah dan membaca cerita
- Memaham dan menyampaikan mengikut gaya bercerita

AKTIVITI
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Murid membaca naskhah cerita secara bergilir-gilir.
3. Murid menyampaikan cerita mengikut kreativiti dan penampilan yang tersendiri
4. Murid melakukan aktiviti permainan teater ( menyambung cerita )

BBM
1. Naskhah cerita

RUJUKAN
1. Barker, Clive 1977. Theatre Games. The Macmilan Press Ltd London.
2. Drama With Children, Sarah Phillips.
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
1. Panduan memilih cerita
- Pilih cerita yang mempunyai tema dan isi cerita yang menarik dan mudah difahami.
- Pilih cerita yang mempunyai jalinan peristiwa yang kemas, mantap dan tidak meleret.
- Pilih cerita yang mempunyai unsur suspens, misteri dan kecindan ( jenaka )
- Pilih cerita yang mempunyai mesej, pengajaran, teladan dan nilai-nilai murni.
- Pilih cerita yang dapat disampaikan dalam masa yang pendek.

2. Panduan bercerita
- Tunjukkan sikap yang yakin
- Bercerita dengan tenang dan jelas
- Boleh mempelbagaikan intonasi suara dan mimik muka untuk menghidupkan watak
- Gunakan gerak atau aksi yang sesuai dan bersahaja
MODUL 9 : VOKAL

Pendedahan tentang penggunaan suara untuk pentas dan lantunan vokal yang berirama. Kematangan
dalam menggunakan vokal dengan lakon yang sesuai. Melatih murid kemahiran menginterpertasi
dan pembacaan naskah lakon.

OBJEKTIF
Murid dapat
- Menggunakan suara dan peringkat suara ketika persembahan
- Menyebut huruf serta mengucapkan ayat dengan jelas, padu, mantap dan kuat
- Berdialog mengikut kesesuaian watak dan situasi

ISI KANDUNGAN
3.3.1 Mengaplikasi teknik vokal dan dinamik suara ( ton, intonasi, diksi dan artikulasi )
- pengawalan pernafasan
- kelancaran pengucapan
- postur fizikal

AKTIVITI
1. Guru memberi penerangan tentang teknik vokal yang betul.
2. Sesi tunjuk cara pernafasan yang betul dengan menyebut huruf serta mengucapkan ayat.
Murid melakukan latihan pernafasan.
3. Murid membayangkan pengucapan vokal mengikut situasi dan melakukan latihan
pengucapan.

BBM
1. Radio
2. CD instrumental
3. Teks ringkas
4. Objek yang sesuai

RUJUKAN
1. Walters, Richard (2000): The Singer’s Musical Theatre Anthology. Mezzo-
Soprano/Belter. Publisher HalLeonard Pub Corp Published. United States.
2. An Introduction to Child Drama, Peter Slade (Unibooks University of London Press Ltd
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
1. Jenis pengucapan
 Pengucapan Dinamika – penekanan pada kata atau kata-kata membawa maksud dan
pengertian tertentu.
 Pengucapan Tempo – teknik pengucapan dengan memanjangkan kata untuk menimbulkan
kesan keadaan, tempat, suasana dan kejadian yang bagaimana.
 Pengucapan Nada/Tone – teknik pengucapan yang mengungkap suasana atau keadaan,
harapan atau kejadian yang berlaku yang dilontarkan.
 Pengucapan Pic – teknik pengucapan pic bagi meninggikan suara atau merendahkan suara
untuk menggambarkan keadaan yang sedang berlaku atau suasana tempat.
2. Maksud Artikulasi – kejelasan menyebut kata, dengan dititikberatkan kepada
membunyikan setiap huruf vokal dan huruf konsonan untuk
menghasilkan suku kata.

3. Maksud Intonasi – mencipta naik turun suara sesuai dengan keadaan, suasana dan tempat
berlaku.

4. Jenis pernafasan
 Pernafasan dada – cara pernafasan yang biasa dilakukan dimana sewaktu menarik nafas,
dada dikembungkan dan apabila nafas dilepaskan. Samada melalui rongga hidung atau
rongga mulut, dada kembali seperti biasa. Diulang pernafasan dengan tenang.
 Pernafasan perut – dilakukan dengan menarik nafas melalui rongga hidung dan keadaan
perut dikembungkan dan apabila nafas dilepaskan samada melalui rongga hidung /mulut,
perut kembali jadi kempis seperti biasa. Diulangi pernafasan dengan tenang.

5. Latihan Kata
a. Latihan ini dilakukan dengan cara menggabungkan huruf-huruf tersebut di atas dengan huruf
vokal. Misalnya pa dengan ba atau ta dengan da, ki dengan gi dan seterusnya.

b. Latihan diteruskan sudah dalam bentuk kata, misalnya:


- Apabila
- Perpustakaan
- Begitu
- Kudengar
- Menyambut
- Luput

6. Latihan Ayat
a. Latihan ini dilakukan dengan cara mengeja dengan benar. Bacalah dengan pelan-pelan dan
rasakan gerak organ produksi suara yang terlibat serta rasakan posisi organ tersebut.
Abang : Tengah malam nanti, apabila angin mendayu dan bulan luput dari mata. Akan datang sebuah
kereta kencana untuk menyambut kita berdua. Waktu itu aku sedang mencari-cari buku harianku di kamar
perpustakaan, lalu kudengar suara itu isinya kurang lebih begitu tapi aku tak tahu bagaimana persisnya.

( dipetik dari naskah Kereta Kencana karya Eugene Ionescoterjemahan W.S. Rendra )

b. Setelah itu baca sekali lagi dan rakam untuk membezakan hasilnya, perhatikan huruf- huruf
yang digaris di bawah dan dicetak tebal.
Abang: Tengah malam nanti, apabila angin mendayu dan bulan luput dari mata. Akan datang sebuah kereta kencana untu

( dipetik dari naskah Kereta Kencana karya Eugene Ionesco terjemahan W.S. Rendra )
MODUL 10 : ASAS LAKONAN 1

Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuat sesebuah
persembahan.

OBJEKTIF
Murid dapat:
- mengenali dan mempelajari prinsip asas lakon
- menghayati dan melahirkan emosi melalui subjek yang ditentukan
- membuat persembahan secara berkumpulan

ISI KANDUNGAN
3.8.1 Mengenali dan memahami teknik asas lakon melalui aktiviti :
- Ekspresi dan emosi

AKTIVITI
1. Murid didedahkan dengan peringkat ekspresi gerak dan suara manusia secara umum.
2. Guru membimbing murid membuat pemerhatian terhadap alam sekeliling di luar bilik
darjah.
3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
4. Secara berkumpulan murid akan dibimbing membuat lakonan terhadap suara dan tingkah
laku manusia atau haiwan. ( ekspresi perasaan yang berbeza bagi setiap kumpulan )

BBM
1. Radio
2. CD Instrumental

RUJUKAN
1. McCaslin, Nellie, Children and Drama, David McKay, New York, 1975. 2.O’Neill,
C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
Suara / Vokal – bertindak bagi menyatakan isi perasaan dan fikiran seseorang.Ia dilontarkan bagi
kepentingan:
 menyalur kata dari drama kepada penonton
 member erti terutamanya pada kata-kata tertentu melalui modulasi suara
 mengendalikan perasaan penonton
 melengkapkan variasi
MODUL 11 : ASAS LAKONAN 2

Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuat sesebuah
persembahan.

OBJEKTIF
Murid dapat:
- Memahami fungsi watak dalam sesuatu cerita
- Berupaya mengenal watak dan perwatakan secara mendalam
- Menghayati dan melakonkan watak dalam cerita

ISI KANDUNGAN
3.8.1 Mengenali dan memahami teknik asas lakon melalui aktiviti :
- Imaginasi dan perwatakan

AKTIVITI
1. Guru memilih satu naskah lakon yang mudah.
2. Murid diperkenalkan dengan watak-watak dalam cerita yang dibekalkan.
3. Guru mengagihkan watak-watak yang ada di dalam cerita tersebut kepada murid
mengikut kesesuaian perwatakan murid itu sendiri.
4. Guru membimbing murid memahami dan menghayati watak yang diberikan untuk
dipersembahkan.
5. Murid mengambil giliran untuk mempersembahkan watak yang diberikan.

BBM
1. Naskah cerita

RUJUKAN
1. McCaslin, Nellie, Children and Drama, David McKay, New York, 1975. 2.O’Neill,
C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA
1. Di dalam sesebuah pementasan atau persembahan kadang kala pelakon perlu melakukan
gerakan-gerakan interaksi yang mana objek atau benda tidak kelihatan di atas pentas.

2. Pelakon perlu berimaginasi serta membayangkan dengan melakukan gerakan-gerakan supaya


dapat di fahami.

3. Latihan imaginasi tanpa ‘props’


a. Tiada Tempat Berlindung - Ambil suatu posisi di tempat yang berbeza dalam sebuah
ruangan. Semuanya membayangkan tidak punya tempat untuk
berlindung. Rasakan akan kedatangan bahaya yang mengancam jiwa
dan tidak ada tempat untuk berlindung.
Mulailah bergerak dengan menyambar, berlari, kadang-kadang berhenti
membeku. Biarkan ekspresi merasakan ketakutan tersebut. Kadang
anda berkelompok, kadang anda sendiri dan usahakan agar bayangan
dan perasaan itu tersebut menjadi jelas. Rasakan intensitas tersebut
tumbuh dan berkembang ke berbagai arah.

b. Jambatan Tali - Bayangkan seutas tali yang direntangkan tinggi di atas lantai, kemudian berdiri
di atas panggung dan siap untuk mencuba melintasi tali itu.
Jangan terburu-buru bila belum siap, tunggu sampai mendapatkan gambaran
yang jelas tentang jembatan tali tersebut. Jika sudah siap, mulailah perjalanan
tersebut. Untuk pertama kali mungkin menemukan kesulitan, tetapi jangan
berhenti. Harus tetap dicuba dan cuba dengan berbagai cara. Jangan tergesa dan
tetaplah berkonsentrasi pada perasaan yang dirasakan. Ketika sudah siap biarkan
perasaan yang membuat bergerak. Kalau dalam bayangan merasa kesulitan,
ekspresikan kesulitan tersebut.
MODUL 12 : ASAS TEKNIKAL

Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuat sesebuah
persembahan.

OBJEKTIF
Murid dapat:
- Memahami peranan setiap ahli dalam produksi
- Memahami fungsi dan bentuk busana dan tatarias
- Memahami fungsi sinografi dalam pementasan

ISI KANDUNGAN
3.9.1 Memahami dan mengenali aspek asas teknikal dalam sesebuah produksi yang
melibatkan :
- Peranan ahli dalam produksi
- Busana (pakaian) / Tatarias (solekan)
- Sinografi (set /props / tatacahaya /tatabunyi)

AKTIVITI
1. Guru memperkenalkan peranan setiap ahli dalam sesebuah produksi
persembahan teater.
2. Guru juga memperkenalkan bentuk busana / pakaian dan tatarias/ solekan serta aspek
sinografi dalam sesebuah pementasan.
3. Secara berpasangan, murid dikehendaki memilih pakaian dan solekan yang sesuai
dengan watak yang diberikan oleh guru sebelum ini.

BBM
1. Komputer
2. LCD
3. Poster

RUJUKAN
1. 2.O’Neill, C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.
2. . www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA

1. Peranan Tenaga Kerja Produksi dan Kreatif


– menyediakan dan melaksanakan bahan produk berupa seni persembahan.
– mengurus dan memantau proses kreatif bersama karyawan atau seniman yang terlibat
daripada hasil seni berbentuk teori atau idea hingga dapat dipamerkan.

2. Tata Busana - seni pakaian dan segala kelengkapan termasuk segala aksesori seperti topi,
kasut, skaf, rantai, gelang dan segala unsur yang ada pada pakaian untuk
menggambarkan watak

3. Tatarias – seni mengubah penampilan wajah menjadi lebih sempurna / seni mengubah wajah
untuk menggambarkan karakter.

4. Sinografi – adalah bersifat visual di mana ia menceritakan tentang set, kostum, solekan, props,
cahaya dan bunyi.

Anda mungkin juga menyukai