Anda di halaman 1dari 8

PEMILIHAN KERJAYA YANG BIJAK BERDASARKAN TEORI PERSONALITI HOLLAND

DILEMA PELAJAR DALAM MEMILIH KERJAYA

Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan berasa puas
dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Malah
pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi dan pendapatan. Bekerja
bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada dirinya,
orang lain dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan
nilai, kesejahteraan dan identiti keperibadian seseorang (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1989). 

Pasaran kerjaya yang pelbagai di negara kita dianggap telah membuka ruang serta peluang kepada
para pelajar untuk menentukkan kerjaya pilihan mereka. Pemilihan kerjaya yang bijak memerlukan
maklumat yang tepat tentang pekerjaan yang diminati, kelayakan serta faedah yang boleh diperolehi
daripada pekerjaan tersebut. Seseorang itu mestilah mempunyai kesedaran kerjaya setelah
tamat persekolahan. Kesedaran kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan antara kendiri
dengan pendidikan, mengenali kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu
pilihan. Oleh itu, kesedaran kerjaya merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan
pelbagai aspek dunia pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan faedah-
faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan (Fadale, 1974). 

Hampir setiap pelajar yang telah menamatkan pengajian tidak kira di dalam bidang apa sekali pun
akan mencari pekerjaan. Pekerjaan yang dipilih ataupun diceburi adalah berdasarkan kepada jenis
pendidikan, jenis latihan dan tahap pencapaian yang diperoleh oleh seseorang pelajar itu. Terdapat
juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat keputusan jenis pekerjaan yang akan
diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak
gembira dengan kerjaya yang dipilih dan melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan terpaksa
(Suradi, 1996).

Menurut Hollad (1973), personaliti pelajar mempunyai pengaruh kepada pemilihan kerjaya


pelajar. Seseorang itu tertarik kepada sesuatu pekerjaan disebabkan personaliti dan beberapa faktor
lain yang terkandung dalam latar belakang pekerjaan itu. Seseorang akan memberikan pandangan
mereka terhadap sesuatu pekerjaan berdasarkan bentuk kerja dan pangkat-pangkat yang terdapat di
dalam pekerjaan itu. Perbandingan diri dengan tanggapan satu-satu pekerjaan dan perasaan
menerima atau menolaknya adalah satu penentuan utama di dalam pemilihan pekerjaan.

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pelajar bagi memastikan
pemilihan kerjaya adalah tepat dan bersesuaian dengan personaliti, minat serta kebolehan mereka
untuk melakukan sesuatu pekerjaan tersebut. Antaranya adalah dengan menggunakan ujian  Self
Directed Search  (SDS) yang diperkenalkan oleh Holland. SDS adalah alat ujian bagi mengenal pasti
minat ataupun jenis personaliti seseorang. Holland membentuk alat ini berdasarkan Teori Pemilihan
Kerjaya Holland. Minat kerjaya ataupun jenis personaliti yang diukur oleh SDS adalah Realistik,
Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising  dan Conventional atau singkatannya RIASEC.
TEORI PERSONALITI HOLLAND

Holland (1966, 1973, 1985, 1992, 1997) mendakwa bahawa kajian-kajian yang dijalankannya
menunjukkan bahawa individu berkembang dan berjaya dalam persekitaran kerja bersepandan
dengan personaliti mereka. Menurut Holland, pilihan pekerjaan merupakan satu bentuk luahan atau
ekspresi personaliti seseorang. Oleh itu, adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang individu
untuk memilih kerjaya yang bersesuaian dengan personalitinya agar beliau dapat melakukan sesuatu
pekerjaan dengan gembira dan rela hati serta tanpa paksaan. Justeru, hasil kajian Holland telah
mengklasifikasikan personaliti manusia kepada 6 kategori iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik
(A), Sosial (S), Enterprising  (Berdaya usaha)  (E) dan Convensional (Konvensional) (C).
Walaubagaimanapun, Holland mengingatkan bahawa tidak semestinya hanya ada 6 jenis klasifikasi
personaliti manusia di dunia ini. Seseorang mungkin memiliki lebih daripada satu jenis klasifikasi
personaliti yang bertindan antara satu sama lain, tetapi mungkin memiliki jenis yang lebih ketara
berbanding yang lain.

Realistik (R)

sumber: google

Persekitaran Bidang Kerjaya Realistik  

Persekitaran Realistik merupakan persekitaran yang menekankan keperluan fizikal individu seperti
kebolehan mengendalikan mesin, peralatan atau benda-benda hidup seperti haiwan. Oleh sebab
persekitaran seperti ini menuntut kebolehan fizikal, individu yang bekerja dalam persekitaran ini
perlu mempunyai kebolehan teknikal mengendalikan peralatan dan perkakas. Justeru itu,
disebabkan sifat persekitaran yang sedemikian, kebolehan interpersonal atau hubungan dengan
individu lain adalah tidak diperlukan di dalam konteks persekitaran Realistik. 

Jenis Personaliti Realistik

 Gemar bermain dan bekerja dengan peralatan

 Meminati kursus pengajian yang bersifat praktikal dan teknikal

 Tidak mahir dalam perhubungan interpersonal


 Individu bersifat praktikal dan tidak humanistik

Pekerjaan Realistik

 Jurutera

 Automotif

 Pertani

 Pengawal Trafik Udara

 Tukang Kayu

 Juruukur Bahan

 Juruelektrik

 Investigatif (I)

Persekitaran Bidang Kerjaya Investigatif

Persekitaran Investigatif merupakan persekitaran yang menekankan tentang kebolehan, kecekapan


dan minat dalam bidang matematik dan sains. Justeru, individu yang bekerja dalam persekitaran ini
digalakkan menggunakan kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Keperluan hubungan
sesama manusia tidak begitu diperlukan oleh persekitaran Investigatif dan pekerjaan mereka tidak
memerlukan mereka mempunyai kemahiran tersebut. 

Jenis Personaliti Investigatif

 Suka menyelesaikan isu-isu yang memerlukan kebolehan matematik dan sains

 Berupaya bekerja sendiri tanpa bergantung kepada orang lain

 Mempunyai sifat suka menyiasat dan mencari jawapan

 Cenderung untuk menyelesaikan sesuatu isu secara rasional dan logik

Pekerjaan Investigatif

 Ahli Sains
 Ahli Psikopatologi

 Ahli Geologi

 Ahli Kimia 

 Ahli Zoologi

 Ahli Biologi  

Artistik (A)

Sumber: google

Persekitaran Bidang Kerjaya Artistik

Persekitaran Artistik adalah menyediakan ruang untuk bekerja secara bebas, kreatif dan luahan
peribadi. Setiap individu bebas untuk berkembang menggunakan potensi dan kreativiti diri tanpa
perlu mengikut satu peraturan tertentu. Oleh sebab persekitarannya yang tidak rigid, individu yang
bekerja dalam bidang kerjaya Artistik boleh menentukan apa yang disukai atau tidak dan perlu
mengikut logik dan rasional masing-masing. 

Jenis Personaliti Artistik

 Tidak suka persekitaran yang teknikal dan mekanikal

 Mempunyai cara yang unik untuk meluahkan dan mengekspreskan diri

 Mempunyai idea dan kreativiti yang tinggi

Pekerjaan Artistik

 Ahli Muzik
 Pelukis

 Penyajak

 Jurugambar

 Pereka Pelan

 Penyanyi

 Penari

Sosial (S)

Sumber: google

Persekitaran Bidang Kerjaya Sosial

Persekitaran Sosial menggalakkan seseorang menjadi fleksibel dan memahami orang lain. Individu
Sosial suka pekerjaan yang membolehkan mereka bercampur, bertemu dan bergaul dengan orang
lain. Individu Sosial juga cenderung untuk mempelajari cara bagaimana memahami dan membantu
orang lain. 

Jenis Personaliti Sosial

 Tidak suka persekitaran yang rigid

 Seorang individu yang fleksibel

 Mempunyai sifat peramah, penyayang, mengambil berat dan prihatin 

 Mampu melakukan atau melaksanakan tugas dengan cemerlang

Pekerjaan Sosial

 Guru

 Kaunselor

 Ahli Terapi

 Doktor Perubatan Psikologi


 Operator

 Enterprising (Berdaya Usaha) (E)

Persekitaran Bidang Kerjaya Enterprising

Persekitaran  Enterprising  merupakan persekitaran yang membolehkan pekerja yang cekap dalam
memujuk dan mempengaruhi orang lain. Mereka mampu menyerlahkan keyakinan, berkongsi
matlamat, bermotivasi dan mungkin tidak gemar kepada matlamat hidup yang mereka rasa tidak
bersesuaian dari segi sosial.

Walaupun individu Enterprising gemar bersosial namun terdapat perbezaan dengan individu Sosial


iaitu individu Enterprising lebih gemar untuk meyakinkan orang lain, menunjukkan kebolehan dan
kecekapan serta menilai kebolehan diri secara berlebihan.

Jenis Personaliti Enterprising 

 Tidak suka menunggu

 Mempunyai sifat berdaya saing yang tinggi

 Bersaing untuk mengejar kuasa, kekayaan dan matlamat hidup

 Suka menarik perhatian orang lain

 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

Pekerjaan Enterprising

 Jurujual

 Pakar Motivasi

 Ahli Perniagaan

 Ahli Politik

 Broker Insurans

 Pengurus

Convensional (Konvensional) (C)
Sumber: google

Persekitaran Bidang Kerjaya Konvensional

Persekitaran Konvensional sering kali dikaitkan dengan perancangan dan organisasi berstruktur.
Kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam persekitaran Konvensional termasuklah
kemahiran dalam Word Processing, mesin fotokopi, perkeranian dan kebolehan menerima arahan.

Oleh sebab individu Konvensional bersifat mengikut garis panduan dan sangat bersturktur, mereka
kurang selesa bekerja dalam persekitaran terlalu fleksibel seperti persekitaran Artistik.

Jenis Personaliti Konvensional

 Membuat sesuatu pekerjaan dengan teratur dan berstruktur

 Tidak fleksibel

 Tidak suka meluahkan atau mengekspreskan diri

 Bekerja dalam suasana yang rigid

Pekerjaan Konvensional

 Kerani

 Pentadbir

 Setiausaha

 Pegawai Bank

KOMBINASI PERSONALITI DAN PEMILIHAN KERJAYA

Walaupun Holland membuat klasifikasi personaliti kepada 6 jenis, tetapi pada kebiasaannya,
seseorang mempunyai personaliti bertindan yang saling berkait antara satu sama lain. Seseorang
yang mempunyai personaliti Sosial besar kemungkinan juga mempunyai personaliti yang hampir
sama dengan Sosial iaitu Enterprising dan Konvensional. Seseorang yang memiliki
personaliti Realistik, kemungkinan juga mempunyai personaliti Investigatif dan Artistik.
Walaubagaimanapun terdapat juga individu yang memiliki personaliti yang bertentangan seperti
seseorang yang bersifat Sosial turut memiliki sifat Realistik atau Investigatif. Untuk menentukan jenis
atau klasifikasi personaliti, Holland telah membina beberapa instrumen yang  boleh digunakam oleh
kaunselor untuk meramal personaliti klien seperti Vocational Preference Inventory (VPI), Self-
Directed Search (SDS) dan Strong Interest Inventory (SII).

Dengan menggunakan mana-mana instrumen di atas dapat membantu pelajar untuk mengetahui
dan memahami pola persionaliti diri masing-masing serta tahap darjah keselarasan atau
kekongruenan personaliti bagi menilai kesesuaian siri mereka dengan bidang kerjaya yang bakal
diceburi. Keselarasan yang wujud akan dapat membantu meningkatkan motivasi ke arah pelaksaan
tanggungjawab di tempat kerja yang cemerlang.

Rujukan:
http://google.com

Holland, J.L (1973). Making Vocational Choices : A Theory Of Personalities, Type And Model
Environment. Waltham Massachusettes : Braisel

Teori dan Amalan Kaunseling Kerjaya

Nur Aliah Binti M. Mohd Noor

Anda mungkin juga menyukai