Anda di halaman 1dari 2

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KEM SUNGAI BESI

57000 KUALA LUMPUR

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

NURFATIN BINTI ABANG ISMED 2220529


Kemajuan teknologi tidak bisa kita hindari dalam kehidupan ini, kerana kemajuan
teknologi akan seimbang dengan berjalannya kemajuan ilmu pengetahuan.Kemajuan
sains dan teknologi dapat membuatkan hidup manusia berkembang serta lebih
moden. Khusus dalam bidang teknologi masyarakat sudah menikmati banyak manfaat
yang dibawa oleh penemuan-penemuan yang telah dihasilkan dalam dekad terakhir
ini. Contoh berkembangnya teknologi iaitu manusia sebagai pengguna teknologi
tersebut mendapatkan kemudahan misalnya seperti manusia yang mampu membina
rumah beratus tingkat.

Keinginan mempunyai rumah adalah impian setiap manusia, Oleh itu kebanyakkan
manusia bersusah payah untuk mendapatkan rumah impian mereka
sendiri.Kebanyakkan manusia lebih suka memilih untuk menyewa daripada membeli
rumah kerana Menyewa rumah dapat kurangkan kita daripada terdedah kepada risiko
kewangan. Membeli rumah menerusi pinjaman membebankan kita dengan komitmen
tetap setiap bulan. Ini mungkin melibatkan perubahan gaya hidup serta akan
menyebabkan kos sara hidup lebih tinggi.

Selain itu, Menyewa juga lebih fleksibel dan boleh memilih untuk menyewa di
tempat lain setelah tamat tempoh perjanjian sewa rumah. Kita tidak terikat dengan
perjanjian yang lama. Contohnya, pertukaran tempat kerja, perlukan kediaman
sementara, pemilik menaikkan sewa rumah, peningkatan kadar jenayah, persekitaran
yang semakin tidak kondusif kerana pencemaran oleh itu,kita sentiasa ada pilihan.

Seterusnya, menyewa rumah juga adalah langkah yang bijak jika kita ingin
membeli sesebuah rumah tetapi tidak pasti akan persekitaran atau potensi pelaburan
rumah tersebut. Kita boleh menyewa seketika sebelum membuat keputusan untuk
membeli ataupun tidak.Oleh itu, kebanyakkan manusia lebih suka meyewa rumah
kerana terdapat banyak manfaat yang diperolehi daripada membeli rumah.

Oleh hal demikian , walaupun teknologi sekarang lebih maju dan pesat , namun
kebanyakkan manusia tidak mampu mempunyai rumah sendiri kerana terdapat
cabaran dan rintangan untuk mempunyai dan memiliki rumah sendiri.Setiap manusia
mempunyai perancangan dalam kehidupan untuk yang lebih selesa dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai