ِ ب ِْس ِم،
َ الس َال ُم عَىَل َس ِّي ِداَن ُم َح َّم ٍد َوعَىَل آهِل ِ َوَأحْص َا ِب ِه َأمْج َ ِعنْي َّ َو، َالْ َح ْمدُ هَّلِل ِ َر ِّب الْ َعالَ ِمنْي
َّ الص َالة َُو
َاللَّه َُّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ُذن ُْوبَنَا َو ِل َوادِل ِ يْنَا َو ْارمَح ْ ه ُْم اَمَك َرب َّ ْواَن ِصغ ًَارا ومجليع املسلمني واملسلامت واملؤمنني واملؤمنات الاحياء مهنم
والاموات برمحتك اي ارمح الرامحني.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan
dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran,
ketabahan dan kekuatan kepada TUAN HAJI AHMAD BIN ALI, yang akan bersara, menamatkankan
perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan
ketenangan.
Kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan
yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan
BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di
dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan bapa yang sentiasa berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan
segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.Berilah hidayah kpd kami, tatkala kami tersesat
jalan. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran
yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
َو َال جَت ْ َع ِل اللَّه َُّم ِف ْينَا َو َال َم َعنَا َو َال َم ْن، َوتَ َف ُّرقَـَنَا ِم ْن ب َ ْع ِد ِه تَ َف ُّرق ًا َم ْع ُص ْو ًما،َاللَّه َُّم ْاج َع ْل مَج ْ َعنَا ه ََذا مَج ْ ًعا َم ْر ُح ْو ًما
َربَّنَا َءا ِتنَا يِف ادلُّ نْ َيا َح َسنَة ً َويِف اَأل ِخ َر ِة َح َسنَة ًَو ِقنَا عَ َذ َاب.يَتْ َب ُعنَا َش ِقيًّا َو َال َم ْط ُر ْودًا َو َال َم ْح ُر ْو ًما
n. َ َوالْ َح ْمدُ هَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِمنْي، َ َوعَىَل َءاهِل ِ َوحَص ْ ِب ِه َو َسمَّل عَىَل َس ِّي ِداَن ُم َح َّم ٍد هللا ُ َِو َصىَّل.النَّار