Anda di halaman 1dari 13

Topik  Pengajaran

Berasaskan
6 Kajian Masa
Depan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pembelajaran Kajian Masa Depan (KMD);
2. Menjelaskan kepentingan pembelajaran KMD;
3. Menerangkan komponen dalam pembelajaran KMD; dan
4. Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran KMD dalam
bilik darjah.

 PENGENALAN
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai
kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian
masa depan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif
pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti
pembelajaran. Guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran jika
perlu. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar.

Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar-pelajarnya.


Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk pelajar-pelajar yang
berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal-
linguistik, muzik dan ritma, logikal- matematik, kinestetik, interpersonal,
intrapersonal, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman
tentang alam sekitar.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN  117

Pembelajaran Kajian Masa Depan (KMD) adalah suatu kaedah di mana pelajar
menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
dari masa lalu hingga sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.
Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang
seperti pendidikan moral dan pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti
bertanggungjawab dan bekerjasama ini boleh dipupuk melalui kaedah ini.

6.1 PENTINGNYA PENGAJARAN BERASASKAN


KAJIAN MASA DEPAN
Perubahan dalam arus pembangunan yang pesat dan lebih bersifat global
membawakan banyak perubahan yang perlu dilalui dalam sistem pendidikan.
Menyedari hakikat ini, maka generasi hari ini perlu berganjak paradigma dan
memindah minda untuk merenung hari esok agar generasi baharu mendapat
bekalan yang cukup untuk menghadapi cabaran dan perubahan yang akan
berlaku. Oleh itu, pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk
membolehkan generasi baharu merancang dan mewujudkan masyarakat
Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan
menangani segala perubahan.

6.1.1 Konsep dan Objektif Kajian Masa Depan


Konsep KMD mengandungi konsep belajar sendiri (apa?, mengapa? dan
bagaimana?) yang menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran
berasaskan kajian masa depan.

Konsep utama dalam pengajaran KMD ialah:

(a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa
depan.

(b) Berkomunikasi secara berkesan tentang perkara masa depan.

(c) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang perkara masa depan.

(d) Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.

(e) Membina sikap dan nilai tentang masa depan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Pengajaran KMD memberi kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang


isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Terdapat tiga elemen dalam
pengajaran KMD seperti dalam Rajah 6.1 yang berikut:

(a) Membuat ramalan tentang gaya terkini dan perubahan yang akan berlaku
berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.

(b) Menjangka dan meramal kesan atau akibat sesuatu fenomena.

(c) Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani
serta mengendalikan perubahan.

Rajah 6.1: Pengajaran berasaskan KMD

Pembelajaran berasaskan KMD membolehkan pelajar:

(a) Berfikir secara kritis dan kreatif;

(b) Membuat keputusan tentang masa depan;

(c) Membina sikap dan nilai positif tentang masa depan;

(d) Berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan;

(e) Mempunyai pengetahuan tentang masa depan; dan

(f) Membuat kajian dan menguruskan maklumat tentang masa depan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN  119

6.1.2 Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan


Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik
pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada
masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna pelajar dapat membuat
ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya pelajar dapat
manfaat yang maksimum. Pembelajaran KMD pula ialah satu program yang
menggunakan strategi, alat dan teknik khas bagi melengkapkan pelajar dengan
keupayaan dan wawasan untuk menghadapi masa depan yang sentiasa berubah
dan mencabar.

Antara kemahiran khusus yang dibina dalam pembelajaran KMD ialah:

(a) Pemahaman konsep masa depan;

(b) Pengumpulan maklumat dan menganalisis trend;

(c) Ramalan dan analisis;

(d) Penggunaan imaginasi dan kreativiti;

(e) Strategi mengatasi kebimbangan;

(f) Proses inovasi sosial;

(g) Pembinaan senario;

(h) Penjelasan nilai; dan

(i) Pemahaman dimensi kemampuan.

6.1.3 Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan


Rasional pengajaran berasaskan pembelajaran KMD ialah pembelajaran ini
membolehkan pelajar menangani sebarang cabaran pada masa depan dan
bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak dijangka. Pengajaran ini
merupakan strategi saintifik yang dibina untuk meningkatkan keupayaan murid
dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

6.1.4 Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa


Depan
Pembelajaran KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan
membina sistem pendidikan generasi masa depan yang memainkan peranan
penting dalam menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa
depan. Selain itu, mereka seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta
menjangkakan masalah yang akan timbul dan membuat pilihan yang baik. Pelajar
akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan
pengetahuan hafalan semata-mata dan menukarkannya kepada budaya berfikir
secara kreatif dan kritis.

6.2 MEMAHAMI PENGAJARAN BERASASKAN


KAJIAN MASA DEPAN
Pendidikan adalah berorientasi dan berhubung kait dengan masa depan kerana
semua pendidik memelihara dan mengasuh pelajarnya untuk masa depan.
Mengikut gambaran Wawasan 2020, masyarakat Malaysia pada abad ke-21 akan
berkeyakinan terhadap kebolehan diri sendiri dan juga maju dalam pelbagai
bidang.

KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan:

(a) Membolehkan pelajar mencari alternatif dan membuat pilihan ke arah masa
depan yang lebih baik.

(b) Membawa anjakan paradigma kepada fenomena pengajaran dan


pembelajaran.

(c) Menghasilkan tenaga manusia yang berfikiran rasional.

(d) Membolehkan pelajar berfikir menjangkakan masalah yang bakal timbul.

(e) Membina generasi masa depan yang berdaya saing.

(f) Membantu dalam melahirkan dan menghasilkan tenaga manusia yang dapat
berfikir tentang masa depan.

(g) Menjangkakan masalah dan membuat pilihan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN  121

Pengajaran berasaskan KMD mengandungi lima bahagian utama:

Bahagian 1: Mengandungi penerangan am dari aspek objektif modul latihan,


prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan.

Bahagian 2: Mengandungi konsep belajar sendiri yang menerangkan konsep


utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa depan.
Konsep utamanya ialah:

(a) Membina sikap dan nilai tentang masa depan.

(b) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.

(c) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal


masa depan.

(d) Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa


depan.

(e) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan


tentang hal masa-masa depan.

Bahagian 3: Rangka perancangan iaitu cara menjalankan pengajaran berasaskan


kajian masa depan serta renungan dan penilaian kendiri.

Bahagian 4: Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang diketahui yang


merangkumi perincian dan nota guru.

Bahagian 5: Berkonsepkan penambahan ilmu.

Kaedah pengajaran berkonsepkan kajian masa depan merupakan satu strategi


pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesan penting kepada guru
dan pelajar yang bersedia menghadapi abad baharu. Adalah diharapkan pelajar
dapat merancang masa depan mereka dan secara tidak langsung ini akan
mewujudkan masyarakat berwawasan yang lebih rasional, kreatif, dinamik serta
boleh menerima dan menangani perubahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

6.2.1 Perincian Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan


Tujuan melaksanakan kaedah pengajaran berasaskan KMD adalah untuk
membolehkan pelajar menangani sebarang cabaran pada masa depan dan
bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak dijangka.

Berikut adalah kemahiran khusus KMD:

(a) Pemahaman Konsep Kajian Masa Depan


Konsep ini membolehkan kita mengaitkan segala tindakan dan peristiwa
semasa yang ada kaitan dengan masa lalu.

(b) Pengumpulan Maklumat Strategi Sedia Ada


Kemahiran ini membolehkan kita memahami data masa lalu dan masa kini
untuk menentukan trend masa depan.

(c) Ramalan dan Analisis


Ianya merupakan satu proses mengenal pasti kesan atau akibat yang
membolehkan kita membuat andaian tentang sesuatu pembaharuan atau
perubahan.

(d) Imaginasi dan Kreativiti


Kemahiran ini membawa kita kepada imaginasi yang tiada had yang
mampu menghasilkan idea inovatif.

(e) Strategi Mengatasi Cabaran


Membantu pelajar membina rasa optimis dan keyakinan diri serta
menangani masalah yang dihadapi oleh mereka.

(f) Proses Inovasi Sosial


Strategi ini bertujuan untuk mengajar kemahiran penyelesaian masalah.

(g) Membina Senario


Teknik yang penting untuk membantu pelajar membina gambaran jelas
tentang situasi masa depan.

(h) Penjelasan Nilai dan Masa Depan


Satu proses mengajar pelajar berfikir dan mengamalkan nilai murni yang
membawa implikasi positif pada generasi akan datang.

(i) Dimensi Kemapanan


Dimensi ini merupakan keupayaan kita mencorakkan dan membentuk masa
depan dunia dan kesejahteraan hidup.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN  123

6.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke-21, pelajar perlu mendapat segala kemudahan
yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Penggunaan peralatan terkini seperti komputer sudah pasti digunakan secara
meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke-21 kelak merupakan sumber yang
berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan teknologi perlu
disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar.

Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 akan


dibantu dengan penggunaan komputer. Kemajuan yang diterima adalah
bertujuan untuk membantu guru dan pelajar dengan penggunaan teknologi secara
tidak langsung akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

6.3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan


Matriks
Pelaksanaan percubaan Kajian Masa Depan (KMD) sedang diusahakan oleh guru-
guru projek yang telah menerima pendedahan melalui kursus dan bengkel
anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum sejak sepanjang tahun 1996 dan 1997.
Pada tahun 1998, fokus utama diberikan kepada penghasilan projek di peringkat
sekolah yang bertemakan masa depan (seperti konsep kemapanan, pengupayaan,
pilihan dan sebagainya).

Tujuan pengajaran dan pembelajaran KMD dijalankan adalah untuk memberi


peluang kepada pelajar:

(a) Mengaplikasikan dan mengaitkan konsep KMD dengan kehidupan harian.

(b) Mengasah bakat dan kemahiran dalam mempersembahkan idea kreatif dan
inovatif mereka dengan pelbagai cara.

(c) Memupuk semangat bekerjasama.

(d) Menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang realistik.

Tema diberikan untuk menjadi panduan kepada sesebuah sekolah atau kumpulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Tajuk dan bentuk persembahan projek diberi berkaitan dengan tema. Projek yang
hendak dijalankan sebaik-baiknya berkaitan dengan tema KMD (sila rujuk draf
Buku Panduan Am KMD) dan tidak terkeluar daripada bidang atau skop yang
digariskan dalam kurikulum.

Antara tajuk projek yang dijalankan adalah seperti yang berikut:

(a) Senario: Malaysia pada Tahun 2020 (antara aspek yang boleh diberi tumpuan
ialah pengangkutan, pakaian, gaya hidup, makanan dan sebagainya);

(b) Sehari di Cyberjaya;

(c) Kesan Perubahan Cuaca terhadap Kehidupan Harian Kita;

(d) Bilik Darjah Masa Depan; dan

(e) Reka Bentuk Rumah Penahan Fenomena El-Nino.

Guru dan pelajar boleh mencadangkan tajuk lain yang lebih kreatif dan difikirkan
sesuai. Projek yang dicadangkan boleh mengambil bentuk persembahan seperti
berikut:

(a) Folio pelajar;

(b) Lukisan;

(c) Hasil seni;

(d) Pameran;

(e) Model 3-Dimensi;

(f) Pertandingan karangan;

(g) Kempen;

(h) Laman sesawang;

(i) Puisi;

(j) Muzik dan lirik lagu; dan

(k) Lakonan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN  125

6.3.2 Perancangan Guru dan Jadual Perancangan


Matriks
Pembelajaran merupakan pernyataan mengenai perubahan tingkah laku yang
diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar akibat daripada
proses pengajaran di bilik darjah. Objektif pengajaran adalah suatu pernyataan
yang akan menjelaskan hasil pembelajaran supaya dapat dikuasai oleh pelajar
pada akhir pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu diukur atau dilihat untuk
dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku pada pelajar-pelajar.

Contoh rancangan pengajaran menggunakan matriks kajian masa depan:

Tajuk : Bahan Makanan


Konsep : Masa lalu, sekarang dan masa depan
Kapasiti : Kreativiti
Persepsi : Prihatin
Isu : Sumber makanan
Tema : Impak terhadap manusia
Aplikasi : Stail hidup dan alternatif

Nilai:

(a) Pelajar menghargai bahan makanan; dan

(b) Mengelakkan berlakunya pembaziran terhadap bahan makanan.

Alat dan Teknik KMD: Garisan Masa

Tujuan:

(a) Membayangkan urutan bahan makanan mengikut masa secara berkesan


dengan menggunakan garisan masa.

(b) Membezakan pelbagai bahan makanan mengikut rasa (masin, manis,


tawar, pahit, masam dan sebagainya).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Tugasan Pelajar:
Pelajar membina garisan masa untuk membanding bezakan beberapa jenis
bahan makanan mengikut masa.

Aktiviti:

 Pelajar dan kumpulan diminta merasa bahan makanan yang terdiri


daripada bahan cecair dengan lidah.

 Pelajar mencatat pemerhatian (rasa bahan makanan) dalam satu jadual


dengan menyenaraikan bahan makanan mengikut rasa.

 Pelajar berbincang mengenai kepelbagaian rasa bahan makanan dan


kepentingan makanan terhadap manusia.

 Minta pendapat pelajar mengenai bagaimana keadaan dan rupa bentuk


makanan pada masa akan datang.

 Melukis keadaan atau rupa bentuk makanan pada masa akan datang.

 Membuat garisan masa tentang kronologi bahan makanan masa lalu,


sekarang dan masa akan datang. (Tugasan kumpulan disiapkan dalam
masa seminggu).

 Persembahan pelajar mengenai garisan masa yang telah disiapkan.

6.3.3 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran


Berasaskan Kajian Masa Depan
Rancangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kajian masa depan
melibatkan:

(a) Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD.

(b) Memilih tajuk dan tema yang sesuai dengan teknik KMD.

(c) Berbincang dengan pelajar untuk memperkembangkan idea secara kritis dan
kreatif.

(d) Membimbing pelajar mencapai KMD dalam hasil kerja seni.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN  127

Contoh pengajaran dan pembelajaran KMD:

Tingkatan 1
Bidang : Reka bentuk grafik (ICT)
Tajuk : Kesihatan Diri

Pelajar diminta mereka bentuk satu poster berkaitan dengan bahaya merokok.
Poster tersebut direka cipta untuk kegunaan masa depan dengan fungsi yang
lebih canggih dan berkesan. Contohnya, poster yang dilengkapi dengan sensor
yang peka kepada asap rokok atau boleh mengeluarkan pancaran laser bagi
memastikan keberkesanannya.

6.3.4 Cadangan Tajuk Pengajaran Sesuai


Menggunakan Kajian Masa Depan
Berikut adalah cadangan tajuk pengajaran yang sesuai menggunakan kajian masa
depan:

(a) Kesihatan diri;

(b) Kekeluargaan;

(c) Pemakanan;

(d) Pengurusan konflik dan stres; dan

(e) Penyakit berjangkit.

 Pembangunan kini yang pesat telah menjadikan pengajaran berasaskan Kajian


Masa Depan (KMD) satu mata pelajaran yang amat penting.

 Pengajaran KMD memberi kesedaran dan merangsang minda untuk berfikir


jauh tentang pelbagai isu, masalah, peluang dan penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.

 Tiga elemen utama dalam pengajaran KMD ialah membuat ramalan,


menjangka akibat dan mengawal serta mengendalikan perubahan yang
berlaku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Kajian Masa Depan (KMD) Pembelajaran


Pengajaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai