Anda di halaman 1dari 1

KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG

Jalan Puchong, Tel : 03-80602830


47100 Puchong, Faks : 80761967
Selangor Darul Ehsan. E-mel : BEA8609@moe.edu.my

Thevarishi A/L Adam


AJK Keselamatan dan Pertolongan Cemas,
Pertandingan Bola Tampar,
Kolej Tingkatan Enam Puchong.

Yu Guk Ting
Guru BSMM,
Kolej Tingkatan Enam Puchong,
Jalan Puchong,
47100 Puchong,
Selangor. 20 September 2022

Cik,

PERMOHONAN PENGGUNAAN PETI PERTOLONGAN CEMAS UNTUK


PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pertandingan bola tampar yang dianjurkan
ini merupakan amali Sains Sukan bagi pelajar semester 1. Pertandingan bola tampar anjuran
pelajar Sains Sukan semester 1 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 23 September 2022


Hari : Jumaat
Masa : 0730 pagi - 0930 pagi
Tempat : Gelanggang Bola Tampar
Kolej Tingkatan Enam Puchong

2. Besarlah harapan pihak kami sekiranya permohonan di atas mendapat perhatian


dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan. Segala sokongan dan
kerjasama yang pihak puan berikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

( Thevarishi A/L Adam)


Ajk Keselamatan dan Pertolongan Cemas,
Pertandingan Bola Tampar,
Kolej Tingkatan Enam Puchong.

Anda mungkin juga menyukai