Anda di halaman 1dari 5

KESAN UMUR RELATIF TERHADAP PEMAIN BOLA SEPAK, BOLA BALING DAN

GOLF MSSP DI PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN MSSP SECARA DALAM

TALIAN TAHUN 2021

Mohd Fareez bin Shahrir

M20211002127

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

fareezshahrir@gmail.com

Abstrak

-------------------------------------

PENGENALAN

Kesan umur relatif (KUR) dapat didefinisikan sebagai perbandingan umur individu dengan rakan-

rakannya yang dilahirkan dalam kalendar tahun yang sama (Gil, Badiola, Bidaurrazaga-Letona,

Zabala-Lili, Gravina, Santos-Concejero, Lekue & Granados, 2014). Banyak kajian berkenaan

KUR telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu antaranya Thompson et al., 1991; Musch

and Grondin, 2001; Côté et al., 2006; Wattie et al., 2008; Schorer et al., 2009 yang mendapati

bahawa individu yang secara relatifnya lebih tua dalam tahun tertentu akan mencapai tahap

kemahiran yang tinggi dalam sukan.

Dalam memastikan atlet bersaing pada tahap pertandingan yang adil, penganjur

pertandingan sukan telah menetapkan kumpulan umur atlet ke dalam kohort umur mengikut tahun

yang sama (Till et al., 2010). Kelayakan untuk bersaing mengikut kumpulan umur adalah

berdasarkan tarikh akhir tertentu contohnya 1 Januari. (Kearney, 2017). Sebagai contoh, seorang

1
atlet yang lahir pada bulan Januari tahun 2009 dan seorang atlet lagi yang lahir pada bulan

Disember tahun yang sama layak bertanding dalam kategori bawah 12 tahun dalam Pertandingan

Kemahiran Sukan MSS Pahang 2021. Atlet yang lahir pada bulan Januari 11 bulan lebih tua secara

relatif berbanding atlet yang lahir pada bulan Desember tahun yang sama.

Perkembangan penulisan :

Mula dengan satu atau dua ayat umum berkaitan isu yang hendak dikaji.

Beri definisi konsep / isu yang hendak dikaji.

Huraikan teori yang menjadi kerangka kepada kajian sebegini.

Huraikan sorotan literatur yang relevan sahaja. (Kajian pertama – terkini)

Bahaskan kajian-kajian berkaitan tersebut (kelebihan – kelemahan) dari segi metod, objektif,
dapatan kajian

Pernyataan Masalah (apa yang menjadi masalah sehinggakan perlu kajian ini)

Huraikan apa masalah / kekurangan /kelemahan / isu yang tidak dikaji dalam kajian lepas.

Huraikan bagaimana kajian ini akan mengatasi masalah / mengembangkan pengetahuan sedia
ada (melihat aspek yang hendak dikaji).

Kajian lepas boleh diadaptasi (replicate) dengan ubahsuai ikut kajian ini.

Nyatakan tujuan kajian ini.

Akhiri pengenalan dengan dengan pernyataan hipotesis.

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) adalah acara yang saban tahun akan

dilangsungkan bagi memilih wakil ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Berikutan pandemik Novel Coronavirus (COVID-19) yang melanda dunia bermula hujung tahun

2019, kejohanan berbentuk bersemuka tidak lagi dibenarkan bagi mengelakkan penularan wabak

tersebut. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sukan,

Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kejohanan

2
tersebut secara dalam talian di mana atlet murid yang terpilih akan merakam video kemahiran

sukan masing-masing secara individu dan menghantar video tersebut untuk dijurikan oleh juri

yang dilantik. Walaupun bentuk pertandingan telah berubah, peraturan am MSSM masih diguna

pakai iaitu ketetapan berkenaan had umur kelayakan bertanding adalah dikira dari 1 haribulan

Januari tahun pertandingan mengikut peringkat umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah

18 tahun. Kesannya, atlet yang lahir pada bulan Januari adalah lebih tua 11 bulan dari atlet yang

lahir pada bulan Disember dan kedua mereka akan bertanding dalam pertandingan yang sama

(Arrieta, Torres-Unda, Gil & Irazusta, 2016). Fenomena tersebut dikenali sebagai kesan umur

relatif.

Berdasarkan kajian ini, pengkaji ingin mengenalpasti sekiranya wujud fenomena KUR

terhadap pemain bola sepak, bola baling dan golf MSSP di Pertandingan Kemahiran Sukan MSSP

Secara dalam Talian Tahun 2021. Menerusi tinjauan literatur terdahulu, pengkaji mendapati masih

tiada lagi kajian KUR di kalangan atlet dalam pertandingan kemahiran sukan secara dalam talian.

Kajian KUR yang diterbitkan di Malaysia hanya ke atas atlet remaja dalam sukan renang (Punita

& Low, 2015), olahraga (Suppiah et al., 2013) dan bola jaring (Norsaleha et al, 2019) dalam

kejohanan MSSM. Selain itu, kajian terdahulu juga kurang melibatkan pelbagai jenis sukan seperti

kajian ini yang melibatkan tiga sukan iaitu bola sepak, bola jaring dan golf. Hipotesis yang

dicadangkan bagi kajian ini adalah tiada KUR dalam kalangan atlet bola sepak, bola baling dan

golf, tiada KUR juga terhadap kedua-dua atlet lelaki dan perempuan.

KAEDAH

Sampel Kajian

3
Seramai 580 orang atlet yang menyertai Pertandingan Kemahiran Sukan MSSP Secara Dalam

Talian Tahun 2021 dalam sukan bola sepak, bola baling dan golf telah dipilih dalam kajian ini.

Mereka terdiri daripada atlet yang mewakli daerah masing-masing dalam pertandingan tersebut.

Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Peserta kajian ini terdiri daripada pemain bola

sepak lelaki (n=217), bola baling lelaki (n=146), bola baling perempuan (n=164), golf lelaki (n=29)

dan golf perempuan (n=24).

Prosedur

Data penyertaan Pertandingan Kemahiran Sukan MSSP Secara Dalam Talian Tahun 2021 yang

telah dijalankan pada 12 hingga 25 September 2021 bagi sukan bola sepak, bola baling dan golf

diambil daripada senarai analisis penyertaan yang boleh diakses melalui Unit Pembangunan Bakat

Murid (Sukan), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Data yang diperoleh melalui analisis dokumen

tarikh lahir para peserta dikategorikan kepada kuartil mengikut bulan kelahiran selepas tarikh

permulaan musim persekolahan di Malaysia, iaitu 1 Januari. Bulan-bulan dalam tersebut

dikelaskan kepada empat suku seperti berikut: suku tahun 1 = Januari, Februari, Mac; suku tahun

2 = April, Mei, Jun; suku tahun 3 = Julai, Ogos, September; suku tahun 4 = Oktober, November,

Disember. Peserta juga dibahagikan kepada tiga jenis sukan iaitu bola sepak, bola baling dan golf

dan jantina lelaki dan perempuan.

Analisis Data

Bulan kelahiran peserta dianalisis menggunakan Ujian Khi Kuasa Dua (χ2) dengan nilai signifikan

ditetapkan pada aras .05 dalam semua analisis. Peserta dikategorikan kepada beberapa kuartil

mengikut bulan kelahiran selepas tarikh permulaan musim persekolahan di Malaysia iaitu 1

Januari. Semua data akan dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

4
Package for The Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Ujian statistik bukan parametrik Khi Kuasa

Dua diguna untuk menilai taburan bilangan peserta kajian yang dilahirkan mengikut suku tahun

yang ditetapkan dengan taburan populasi kelahiran di Malaysia yang dianggap sebagai sama rata

mengikut setiap suku tahun. Sekiranya ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan nilai signifikan, ujian

post-hoc Standard Residual digunakan untuk menentukan kuartil mana yang berbeza secara

signifikan. Nilai Standard Residual ialah ± 1.96.

RUJUKAN

(Gil, Badiola, Bidaurrazaga-Letona, Zabala-Lili, Gravina, Santos-Concejero, Lekue & Granados,

2014)

Thompson et al., 1991; Musch and Grondin, 2001; Côté et al., 2006; Wattie et al., 2008; Schorer

et al., 2009

(Till et al., 2010).

(Kearney, 2017).

(Norsaleha et al, 2019)

(Suppiah et al., 2013)

(Punita & Low, 2015)

(Arrieta, Torres-Unda, Gil & Irazusta, 2016)

Anda mungkin juga menyukai