Anda di halaman 1dari 2

Pada zaman era globalisasi ini, sains dan teknologi semakin maju dan banyak

memudahkan kehidupan seharian kita. Cara hidup masayarakat kini ditentukan oleh
sains dan teknologi yang disesuaikan dengan alam sekitar. Selain itu, sains dan
teknologi merupakan sebahagian daripada sistem tindakan manusia untuk memenuhi
keperluan material yang sentiasa tidak mencukupi. Oleh hal yang demikian, kita
perlu menyokong teknologi yang dapat memberikan manfaat kepada manusia dan alam
sejagat. Sebaliknya, kita wajar menolak teknologi yang dapat membawa kerosakan
kepada manusia dan muka bumi ini.

Antara impak positif ialah sains dan teknologi memudahkan komunikasi antara
kita. Hal ini dikatakan demikian kerana teknologi membantu kita berhubung dengan
orang luar di seluruh dunia. Sebagai contoh, kita boleh berkomunikasi secara atas
talian dengan orang luar di seluruh dunia dengan mudah dan cepat tanpa menggunakan
bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris dengan bantuan perisian terjemahan.
Tegasnya, kewujudan sains dan teknologi telah menyebabkan cara komunikasi kita
dengan lebih mudah dan kepelbagaian.

Selain itu, impak positif kedua ialah dapat menjimatkan kos kehidupan. Hal ini
dikatakan demikian kerana kos sara hidup semakin meningkat dan menyebabkan
sebahagian besar orang sedang mengalami masalah kewangan. Dengan kewujudan sains
dan teknologi, hal ini dapat meringankan beban kita. Sebagai contoh, hal ini
mengajar kita mendapatkan pendapatan melalui pelbagai saluran seperti perniagaan
atas talian serta mempromosi makanan menghasilkan makanan sendiri untuk dijual
dalam media sosial. Sebagai penegasannya, penjimatan kos kehidupan merupakan salah
satu kesan positif sains dan teknologi terhadap manusia.

Seterusnya, sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam membantu kita
membuat kerja harian. Hal ini dikatakan demikian kerana sains dan teknologi yang
maju telah menggantikan hampir 100% tenaga kerja dalam pemprosesan makanan. Selain
itu, sains dan teknologi juga mahir dalam pembuatan pemakaian dengan berkualiti dan
berkuantiti. Yang paling penting, sains dan teknologi akan memastikan kesihatan
badan kita sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebagai contoh, vaksin Covid-19
dapat berjaya dikaji dalam masa yang pendek dengan bantuan sains dan teknologi yang
maju. Hal ini dapat membantu kita mengawal wabak Covid-19 dengan lebih efisien dan
berkesan supaya mengelakkan kes kematian bertambah banyak. Tegasnya, kerja harian
kita dapat menjadi lebih mudah dengan bantuan sains dan teknologi.

Di samping itu, impak negatif sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia
ialah maklumat palsu mudah disebarkan. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai
orang yang menangguk di air keruh menyalahgunakan kemajuan dan kemudahan sains dan
teknologi untuk menyebarkan maklumat yang tidak benar demi keuntungan dan menganiya
orang lain. Sebagai contoh, penipu akan menjual barang tiruan secara atas talian
dan akan menipu duit pelanggannya yang mempercayainya. Selain itu, sebahagian orang
akan memanipulasi maklumat individu dengan mendaftar sebuah akun media sosial yang
bernama sama dengan sesuatu individu dan menyalahgunakan akun itu untuk menipu
orang lain atau meminjam duit. Oleh itu, pihak kerajaan harus memainkan peranan
dalam menguatkuasakan undang-undang tegas untuk memberi pengajaran kepada orang
yang menyalahgunakan kemajuan sains dan teknologi dan tidak mengulanginya. Sebagai
penegasannya, sains dan teknologi yang maju akan disalahgunakan oleh orang untuk
menyebarkan maklumat palsu.

Akhir sekali, kewujudan sains dan teknologi akan menyebabkan pelajaran remaja
terabai. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja sekarang terlalu lalai menghadap
teknologi sehingga melupakan hal pelajaran yang lebih penting. Oleh itu, remaja
harus bijak membahagikan masa. Sebagai contoh, setiap hari remaja boleh menggunakan
lapan jam untuk belajar, dan menggunakan dua jam untuk bermain gajet yang berkaitan
sains dan teknologi. Teknologi tidak jahat tetapi kegagalan menguruskannya
merupakan musuh utama kerana bak kata pepatah, masa itu emas. Untuk menyelesaikan
kesan buruk tersebut, remaja harus mengawal dirinya supaya cemerlang dalam
pelajaran dan juga tidak ketinggalan teknologi terkini dalam masa yang sama demi
masa hadapan yang lebih baik. Tegasnya, pelajaran remaja akan terabai jika tidak
menggunakan kemudahan sains dan teknologi dengan cara yang pintar.

Sebagai penggulung bicara, semua pihak haruslah sentiasa memainkan peranan


masing-masing bagi menjayakan impak-impak sains dan teknologi terhadap kehidupan
kita. Di samping itu, ibu bapa perlu mengambil serius tentang hal ini kerana setiap
pendidikan yang baik harus bermula dari rumah. Selain itu, pihak sekolah harus
berusaha keras bagi merealisasikan kejayaan sains dan teknologi dalam kalangan
remaja kerana 50% masa remaja adalah di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai