Anda di halaman 1dari 8

SMK PUTRA PERDANA

47130 PUCHONG, SELANGOR

23 MEI 2022 7.30 PAGI


ISNIN DATARAN WAWASAN

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK PUTRA PERDANA

1
PENGENALAN

Pelaksanaan Program Amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru


mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. “Penyayang” membawa
maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi , mengasihi , dan bersifat belas kasihan
serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang
memiliki sifat ambil berat terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya
(every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang dan sabar.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid , ibu bapa, komuniti dan masyarakat .

Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan pelbagai


program untuk menarik minat murid agar hadir ke sekolah ekoran sudah lama tidak
bersekolah secara bersemuka. Antaranya adalah Program Jom Ke Sekolah. Program
Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Program yang dirancang ini diharap dapat
meningkatkan motivasi murid untuk seronok datang ke sekolah seterusnya
meningkatkan peratus kehadiran.

Selain itu, Unit bimbingan dan Kaunseling meneruskan pelaksanaan


aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah secara menyeluruh berasaskan aktiviti yang
telah dirancang oleh pihak JPN dan KPM. Memandangkan pelbagai aktiviti
pertandingan yang akan dipertandingkan diperingkat negeri ,kebangsaan, pihak
sekolah telah melanjutkan aktiviti sepanjang sebulan bagi memberi peluang dan masa
kepada murid untuk mencungkil bakat yang ada. Disamping itu juga aktiviti
pencegahan dalam kalangan murid dapat diterapkan kepada semua murid.

Program ini amat penting memandangkan generasi pelapis Negara


khususnya kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang
demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu
diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah.
3. Mendidik murid-murid menghayati amalan hidup sihat tanpa
dadah dan terhindar daripada lain-lain perlakuan negatif
seperti merokok dan sebagainya.

2
ATURCARA MAJLIS

7.30 pagi : Murid berkumpul di Dataran Wawasan

7.40 pagi : Kata-kata aluan Pengacara Majlis

Ucapan Perasmian

Gimik Perasmian

Persembahan Murid

Penyampaian Anugerah Kehadiran SEMPURNA


- Anugerah Peratus Kehadiran Tertinggi
Tingkatan PPKI, Tingkatan 3, 4 dan 5.

Sambutan Hari Lahir

8.30 pagi : Bersurai

3
AKTIVITI
AMALAN GURU PENYAYANG
Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah

Program mentor – mentee.

Menghargai dan meraikan Hari Lahir Murid

Ziarah Cakna

PELAKSANAAN
PROGRAM MENTOR-MENTEE SESI PAGI
TARIKH PELAKSANAAN AKTIVITI
27 MEI 2022 (JUMAAT) Fasa 1 : Penyampaian hadiah sambutan
hari lahir bulan Januari hingga Mei
sewaktu perjumpaan mentor-mentee
24 JUN 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

8 JULAI 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

22 JULAI 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

12 OGOS 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

26 OGOS 2022 (JUMAAT) Fasa 2 : Penyampaian hadiah sambutan


hari lahir bulan Jun hingga Ogos sewaktu
perjumpaan mentor-mentee
23 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

14 OKTOBER 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

28 OKTOBER 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

11 NOVEMBER 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

25 NOVEMBER 2022 (JUMAAT) Fasa 3 : Penyampaian hadiah sambutan


hari lahir bulan September hingga
Disember sewaktu perjumpaan mentor-
mentee
9 DISEMBER 2022 (JUMAAT) Berdasarkan modul

4
AKTIVITI
PROGRAM JOM KE SEKOLAH

TARIKH AKTIVITI
23 Mei 2022 (Isnin) Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah

Setiap bulan (April 2022 Penyampaian Anugerah Peratus Kehadiran


hingga Feb 2023) Tertinggi
- Diberikan sijil untuk setiap bulan
- Kelas yang mengekalkan peratus kehadiran
tertinggi 3 bulan berturut-turut akan
diberikan sijil dan hadiah wang tunai.

Setiap 3 bulan ( Jun, Sept, Penyampaian Anugerah Lonjakan Kehadiran


Dec 2022 dan Feb 2023 SEMPURNA
- Diberikan Sijil untuk kelas melonjak
kehadiran setiap bulan
- Kelas yang mengekalkan lonjakan
kehadiran selama 3 bulan berturut-turut akan
menerima sijil dah hadiah wang tunai.

Bulan Feb 2023 Penyampaian Anugerah Kehadiran


SEMPURNA
- Kehadiran penuh murid ke sekolah akan
diberikan sijil dan hadiah.

5
AKTIVITI
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(PPDa)

TARIKH AKTIVITI
23 Mei 2022 (Isnin) - Majlis Pelancaran Bulan PPDa
- Perkongsian Video berkaitan Pelaksanaan Bulan PPDa
- Poster 5 minit mesej antidadah
- Penyebaran dilaksanakan melalui Group WhatsApp,
Telegram dan juga FB B&K SMKPP dan juga IG bnk
smkpp

24 Mei hingga 20 Jun - Mesej 5 minit antidadah


2022 - Kuiz 5 minit antidadah

24 Mei hingga 20 Jun Pertandingan E-Karnival PPDa


2022 1. Pertandingan Doodle Antidadah
2. Pertandingan Reel Instagram Antidadah
3. Pertandingan Puisi dan Lagu Antidadah

24 Mei hingga 10 Jun Pertandingan Buku Skrap Antidadah


2022

17 Jun 2022 Penghantaran pertandingan secara dalam google drive


24 Jun 2022 Penyampaian hadiah kepada pemenang

6
JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Wan Zuriah bt Wan Mat Yim (Pengetua)


Naib Pengerusi : Puan Riza bt Jupry (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Puan Wan Khirani bt Wan Muhammad (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : Puan Norlina bt Ismail (PK Petang)
Naib Pengerusi 4 : En. Khairuddin bin Othman (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 5 : En. Zaidi bin Masri (PK PPKI)
Setiausaha : Puan Noraini bt Mustafa (GBKSM)
Naib Setiausaha : Puan Karimah bt Abdul Wahab (GBKSM)
Bendahari : Puan Hasliza bt Hassan (GBKSM)
Dokumentasi : Puan. Siti Juliana bt Mohammed (GBKSM)
Pertandingan : En. Muhammad Yunus bin Muhsin (GBKSM)
: Puan. Che Eaida bt Che Omar (GBKSM)
: En. Shaiful Nazree bin Jaafar (GBKSM

JAWATANKUASA PELAKSANA : Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


: Pengawas PPDa
: Unit Beruniform
: Kelab dan Persatuan

7
PENGHARGAAN

Setinggi – Tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih


Kepada

Puan Wan Zuriah bt Wan Mat Yim


Pengetua
SMK Putra Perdana

Seluruh Warga Sekolah


SMK Putra Perdana

Semua Ibu Bapa Dan Penjaga Murid


SMK Putra Perdana

Serta
Semua Yang Terlibat Secara Langsung dan
Tidak Langsung Dalam Menjayakan
Program Amalan Guru Penyayang, Program Jom Ke
Sekolah Dan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Tahun 2022

Anda mungkin juga menyukai