Anda di halaman 1dari 1

‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى‬, ‫بسم اهلل الرحمن الرحيم الحمد هلل رب العالمين‬

‫آله وأصحابه أجمعين‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di MAJLIS yg berbahagia ini adalah bagi meraikan
guru-guru serta staf AKP yg telah bersara Ustaz Che Alias Bin Mamat & Pn Zainon Bt Husain serta
yang telah bertukar iaitu Cg Abd Karim Bin Mohamad & Pn Zuraidah Bt Endut.

Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan nikmat2Mu yang tidak
terhitung. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.

Justeru kami berhimpun di sini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami,
sebagai mengenang jasa bakti yang telah mereka sumbangkan, untuk Dunia Pendidikan khususnya di
SMA Sultan Zainal Abidin Ladang.

Allahumma Ya Mudabbiral amri

Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah segala bakti yang
disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, sebagai ibadah yang Engkau redhai.

Terimalah segala usaha dan pengorbanan mereka itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati…
Limpahkanlah segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan mereka serta keluarga
yang tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.

Iringilah bersama detik-detik perpindahan mereka ini, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus
menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram

Kurniakanlah kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti.
Suburkanlah minda dan semangat yang mereka miliki, ke dalam diri kami.

Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan semangat
permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai
perpisahan yang diBerkati.

‫اب النَّار‬ َ ‫الد ْن َيا َح َسنَة ً َوفِي‬


َ ‫األ ِخ َر ِة َح َسنَة ً َو ِقنَا َع َذ‬ ُّ ‫ربَّنَا َءا ِتنَا فِي‬.
َ
‫ َو ْال َح ْم ُدلِلَّ ِه َر ِّب ال َعالَ ِم ْي َن‬،‫ص ْح ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّى اهللُ َعلَى َس ِّي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ َ ‫ َو‬.

Anda mungkin juga menyukai