Anda di halaman 1dari 7

Tajuk Kajian :

Tingkatkan Kemahiran Menjawab Soalan

Struktur Pendidikan Moral dengan tepat,

Oleh Murid Pendidikan Moral Tingkatan 5 SA

dan 5 SK Dengan Menggunakan

Kaedah PAK-21

Anusuyaa a/p Mohan


SMK Mutiara Rini
Persiaran Utama,
Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor
ABSTRAK

Sikap dan tingkahlaku murid Tingkatan 5 SA dan 5SK semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Pendidikan Moral menunjukkan mereka tidak seronok dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Pendidikan Moral. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka tidak arif dalam mencari isu-isu semasa serta

menulis jawapan untuk soalan struktur. Jadi fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah tersebut dengan

memperkenalkan satu kaedah baru bagi menolong murid tersebut mencari isu-isu penting serta bagi meningkatkan

teknik menjawab dengan jawapan yang tepat. Pemerhatian awal menunjukkan 11 orang murid tersebut tidak

mendapat cemerlang gred A dalam ujian 1 dan mendapat markah yang rendah dalam soalan struktur. Ujian pos yang

dijalankan menunjukkan 100% murid berjaya dalam latihan dalam mencari isi-isi dan dapat menjawab soalan struktur

dengan baik. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam menjawab soalan struktur telah dapat ditingkatkan setelah

menggunakan Kaedah PAK21 iaitu Think-Group-Share. Penyelidikan ini untuk mencari pendekatan terbaik dalam

amalan P&P, bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi

guru.
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah mengajar Pendidikan Moral selama 12 tahun. Selama ini juga saya menghadapi masalah
yang sama, iaitu pelajar memerlukan masa yang lama dalam menjawab soalan struktur. Peruntukan masa
untuk bidang ini hanya dua jam tiga puluh minit sahaja. Dalam masa ini saya perlu mengajar 2 nilai dalam
seminggu untuk menghabiskan silibus dan perlu juga memberikan latihan untuk soalan esei juga. Bagi
saya, mengajar Pendidikan moral ini sama sahaja seperti mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, cuma
tambahkan nilai-nilai dan kata kunci dalam setiap jawapan struktur. Teknik penulisan jawapan memerlukan
ayat yang penuh mengikut tatabahasa dan kata hubung yang betul. Kaedah pengajaran saya dalam kelas
sama seperti yang saya gunakan sejak mula mengajar Pendidikan Moral. Saya tidak dapat mengelakkan
daripada kaedah chalk and talk. Saya akhirnya berfikir adakah kaedah ini sahaja yang sesuai untuk saya
gunakan dalam mengajar Pendidikan Moral. Mengapa hanya chalk and talk? Sedangkan sudah terbukti
ramai murid saya yang tidak dapat saya tingkatkan kemahiran mereka dengan kaedah tersebut. Tidak
adakah kaedah lain yang lebih berkesan? Perkara ini memang saya sudah terfikir sejak dahulu lagi. Saya
rasa mesti ada sesuatu yang saya boleh lakukan .Bukan sahaja hanya di satu dua kelas, tetapi semua
kelas yang saya ajar termasuk kelas Tingkatan 5 SA dan 5 SK. 11 orang murid dari kelas itu, langsung
tidak berminat malah dapat menjawab soalan-soalan yang saya berikan dalam kelas.

Saya perlu mengambil tindakan supaya perkara ini dapat diselesaikan. Masalah ini mungkin
berpunca daripada diri saya sendiri yang tidak mengubah kaedah untuk pelaksanaan P&P. Saya bertanya
pada sendiri, perlukah saya perlu lebih peka terhadap masalah ini dengan berbincang dengan pelajar
tersebut bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang dihadapi?
Mungkinkah persekitaran kelas yang tidak kondusif mengganggu minat mereka? Papan kenyataan di
kelas langsung tidak diisi dengan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran Pendidikan Moral. Saya juga
berfikir, pihak sekolah juga kurang memberi penekanan terhadap kepentingan mata pelajaran Pendidikan
Moral semasa Tingkatan 1, 2 dan 3. Adakah senario ini membuktikan pelajar kurang berminat dengan
mata pelajaran Pendidikan Moral.

Ibu bapa yang mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi hanya memberi penekanan kepada
mata pelajaran untuk mata pelajaran aliran sains dan juga mata pelajaran elektif untuk bidang sastera dan
tidak begitu risau dengan pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Jadi
adakah situasi ini turut mempengaruhi kemahiran dan minat mereka?

Setelah menganalisis semua perkara ini, akhirnya saya mengambil keputusan untuk memulakan
Kajian Tindakan ini dengan memilih 11 orang murid Tingkatan 5 SA dan SK sebagai sasaran utama saya.
Hal ini kerana, saya dapati 11 orang murid ini menghadapi masalah yang sangat teruk untuk menulis
jawapan yang tepat soalan struktur Pendidikan Moral. Walaupun mereka kadang-kadang cuba untuk
mengambil bahagian dalam kelas semasa saya mengajar, tetapi mereka sukar untuk mengikuti
pengajaran saya mahupun untuk memahami apa yang saya ajarkan. Biasanya, soalan yang ditanya oleh
pelajar hampir sama pada setiap kali kelas Pendidikan Moral. Antaranya “cikgu, saya tidak faham
kehendak soalan?”, “Cikgu, apakah watak yang tepat untuk soalan ini?, “Cikgu, saya tidak faham apakah
isu yang ingin dijelaskan?, “Cikgu, betulkah format menjawab soalan saya?” dan lain-lain soalan yang
sama. Kekerapan mendapat respon murid menanyakan soalan sama dan saya pula memberi jawapan
yang hampir sama setiap hari memberi saya idea untuk menghasilkan satu cara baru. Cara ini dapat
menolong pelajar menjawab soalan struktur dengan tepat. Perkara ini juga boleh memberi mereka garis
panduan mencari jawapan bagi persoalan yang mereka rasa kurang jelas.

Selain itu, sikap pelajar yang menanyakan soalan yang sama berulang kali juga membuatkan
saya fikir bahawa tentu ada kelemahan dalam proses pengajaran yang saya amalkan selama ini. Selain
cara pengajaran saya yang tidak efektif dan tidak dapat menarik minat murid, murid juga mungkin tidak
mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa dalam mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan Moral. Mata
Pelajaran Pendidikan Moral adalah mata pelajaran teras untuk SPM dan penilaian secara bertulis akan
berlaku semasa mereka menduduki peperiksaan SPM.

Saya yakin kaedah baru yang akan saya gunakan dapat membantu menyelesaikan masalah
murid saya dalam proses pembelajaran dan seterusnya membantu mereka mendapatkan keputusan yang
lebih cemerlang.Dengan adanya kaedah pengajaran baru ini, saya secara tidak langsung dapat memupuk
minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral. Fokus utama kajian saya ialah untuk
mewujudkan kaedah baru bagi meningkatkan teknik murid tingkatan 5 SA dan 5 SK menjawab soalan
struktur dengan tepat mengikut format SPM.
2. FOKUS KAJIAN

Kemahiran menulis soalan struktur Pendidikan Moral merupakan perkara asas kepada pencapaian baik
Pendidikan Moral dalam peperiksaan SPM. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk
mengatasi masalah 11 orang murid Tingkatan 5 SA dan 5 SK yang tidak dapat menguasai kemahiran
menjawab soalan struktur Pendidikan Moral. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak
dapat menjawab soalan struktur dengan baik ialah tidak tahu mencari isu-isu semasa dan mengaitkan
dengan kehidupan mereka. Maka saya akan menggunakan kaedah baru dari PAK-21 yang akan
membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Kaedah baru yang saya akan gunakan ialah Think-
Group-Share bagi membantu mereka menjawab soalan struktur dengan baik. Menggunakan 11 orang
murid Pendidikan Moral dari kelas 5 SA dan 5 SK sebagai sampel kajian sangat sesuai kerana sebagai
guru Pendidikan Moral mereka, saya dapat berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung
untuk mengaplikasikan kaedah yang saya perkenalkan. Selain itu, aktiviti menanda kertas ujian dan
memberi latihan yang akan lebih memudahkan saya. Saya berharap hasil analisis data akan dapat
membantu saya mengenal pasti sama ada kaedah yang saya laksanakan dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam menjawab soalan struktur Pendidikan Moral.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:

3.1 Objektif Am

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 11 orang murid
Tingkatan 5 SA dan 5 SK menjawab soalan struktur Pendidikan Moral dengan menggunakan
kaedah Think-Group-Share. Diharapkan dengan teknik yang digunakan, murid-murid tersebut
dapat menguasai kemahiran menjawab soalan struktur dengan baik serta akan lebih seronok
dengan mata pelajaran Pendidikan Moral. Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai
pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

a) Untuk memastikan 100% murid Tingkatan 5 SA dan 5SK dapat mencari jawapan iaitu isu-isu
semasa untuk soalan struktur Pendidikan Moral.

b) Untuk memastikan 100% murid Tingkatan 5 SA dan 5SK dapat menjawab soalan struktur
Pendidikan Moral setelah menggunakan Kaedah PAK-21 iaitu Think-Group-Share.

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 11 orang murid Pendidikan Moral dari Tingkatan 5 SA dan 5 SK di SMK
Mutiara Rini yang menghadapi masalah dalam menjawab soalan struktur Pendidikan Moral. Daripada
pemerhatian, mereka kumpulan murid yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan kemahiran
menjawab soalan struktur dengan tepat. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas
murid-murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah ini dalam membantu murid-murid yang tidak
dapat mengikuti PdP melalui kaedah normal dalam kelas yang dijalankan selama ini.
5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

11 orang murid tingkatan 5 SA dan 5 SK yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil
pemerhatian semasa pengajaran dalam kelas, latihan dan Ujian 1. Ujian pra dijalankan
untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam menjawab soalan struktur Pendidikan
Moral. Saya memberikan kertas Ujian 1, soalan struktur iaitu bahagian A. Soalan yang
dikemukakan merangkumi format SPM (Lampiran A). Setelah murid selesai menjawab,
kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dikaji dan dianalisis.

5.1.2 Ujian Pra

Jadual 1 di bawah menunjukkan keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid


dalam ujian pra:

Analisis Keputusan Ujian Pra

Julat markah Ujian 1


Tulis Soalan Struktur soalan 1, 2 dan 3
Bilangan Murid Peratus
10 0 0%
8-9 0 0%
6-7 0 0%
4-5 0 0%
2-3 3 27.3%
0-1 8 72.7%

Jadual 1

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 1, daripada 11 orang murid telah dipilih untuk ujian
pra, tiada seorang pun murid yang mendapat markah lebih daripada 4 markah. 3 orang
murid mencapai julat markah 2-3 (27.3%) manakala 8 orang murid lagi mencapai julat
markah 0-1 (72.7%).

Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran menjawab soalan struktur untuk mata pelajaran
Pendidikan Moral.

5.2 Tindakan Yang Dijalankan

Think-Group-Share adalah satu kaedah mudah bagi mengatasi masalah murid dalam menjawab
soalan struktur dengan tepat. Guru memberikan soalan kepada ahli pasukan. Setiap ahli diberi
masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara
berkumpulan. Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan untuk menyelesaikan masalah
di hadapan kelas.
5.3 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian

Berikut ialah aktiviti intervensi yang dijalankan berdasarkan kaedah Think-Group-Share:

Aktiviti 5.3.1: Mengemukakan soalan

Saya membentuk 8 kumpulan. 1 Kumpulan terdiri daripada 4 orang murid dan satu lagi
kumpulan terdiri daripada 6 orang. Setiap kumpulan akan diberikan soalan struktur yang
berbeza (Contoh soalan di Lampiran B). Pada permulaannya, saya membantu murid
mengenal pasti kehendak soalan yang ditanya dalam soalan struktur tersebut. Seterusnya
saya membimbing murid mengenalpasti watak yang tepat. Kemudian, setiap kumpulan
bentangkan dan bincangkan jawapan yang betul di hadapan. Salah seorang ahli
kumpulan yang bentangkan adalah murid yang akan diambil sebagai sampel.

Pemerhatian
Sesi penerangan jawapan dan soal jawab sambil berbincang dalam terbukti menunjukkan
dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdPc. Setiap
ahli dari kumpulan lain juga dapat membincangkan jawapan yang betul serta memberikan
isi jika diperlukan. Saya berpuas hati dan gembira dengan sikap dan tingkah laku yang
ditunjukkan murid.

Refleksi
Murid dapat menjawab dan dapat senaraikan isu-isu penting untuk soalan yang
ditanyakan dengan tepat dalam soalan struktur tersebut.

Aktiviti 5.3.2: Memberi Soalan Latihan

Setelah pembentangan oleh setiap ahli kumpulan, mereka secara bergilir-gilir


membincangkan jawapan, saya memberikan satu soalan struktur yang sama sebagai latih
tubi kepada setiap kumpulan. Saya memberikan masa selama 15 minit untuk
membincangkan dan tuliskan jawapan dalam buku latihan masing-masing. Setelah semua
murid selesai menulis jawapan masing-masing, saya menulis jawapan yang betul di
papan tulis. Murid-murid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau
salah. Pada masa yang sama menanyakan jawapan daripada setiap kumpulan untuk
memastikan jawapan mereka menjadi tepat.
.
Pemerhatian
Saya dapati semua murid terutama 11 orang murid dapat menuliskan jawapan yang tepat
pada buku latihan masing-masing. Keseronokan dan kepuasan dapat dilihat pada wajah
mereka. Saya merasa sangat gembira dengan perkembangan kemahiran mereka dan
tingkah laku positif dalam kelas.

Refleksi
Murid dapat menjawab soalan struktur dengan menggunakan format yang betul.
.

5.4 Refleksi Keseluruhan Kajian

Untuk mengesan keberkesanan kaedah Think-Pair-Share dalam meningkatkan kemahiran


murid menulis soalan struktur Pendidikan Moral, saya menjalankan ujian pos. Ujian akan
mengesan sama ada berlaku peningkatan dalam kemahiran dengan melihat peratus murid lulus
dan perubahan gred pencapaian dalam latihan Pendidikan Moral. Selain itu, laporan saya
berkenaan dengan perubahan sikap dan disiplin murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran akan turut digunakan bagi menerangkan lagi sama ada objektif menjalankan kajian
iaitu untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan struktur Pendidikan Moral
tercapai atau sebaliknya. Huraian adalah mengikut objektif khusus kajian seperti berikut:

Objektif 1 : Untuk memastikan 100% murid Tingkatan 5 SA dan 5 SK dapat mencari isu-isu
semasa untuk menjawab soalan struktur Pendidikan Moral.
Objektif 2 : Untuk memastikan 100% murid Tingkatan 5 SA dan 5 SK dapat menjawab soalan
struktur dengan tepat dalam Pendidikan Moral setelah menggunakan Kaedah PAK-21 iaitu Think-
Group-Share.

5.4.3 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos


.
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum kaedah Think-Group-
Share Dan Selepas Think-Group-Share

Ujian Pra Ujian Pos

Gred B Gred A Gred B Gred A

100% 0% 0% 100%
Jadual 2

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian
pos. Ini menunjukkan Think-Group-Share telah dapat meningkatkan kemahiran 11 orang
murid 5 SA dan 5 SK menjawab soalan struktur dengan baik. Dapatan ini juga
menunjukkan objektif menjalankan kajian ini iaitu untuk memastikan 100% murid
mendapat gred lebih cemerlang dalam ujian setelah menggunakan Think-Pair-Share telah
tercapai.

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya akan membuat kajian untuk kelas yang lemah yang tidak menghafal nilai dan tidak dapat
menjawab soalan berunsurkan nilai dan isu-isu semasa.

Anda mungkin juga menyukai