Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

SK TELOK SENTANG
KALI PERTAMA SESI 2022

Tarikh : 04 April 2022


Hari : Khamis
Masa : 1.20 tengah hari
Tempat : Bilik Gerakan SKTS
Kehadiran :
1. Pn Aara Annisa binti Md Wahit Hasim
2. En Mohd Jasmin bin Jamaluddin
3. En. Mohamad Padli bin Kamarudin
4. Pn. Nurul Jannah bt Samad
5. Pn Norhafizah binti Abd Karim

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir kerana meluangkan
masa untuk mesyuarat SPBT kali pertama untuk sesi 2022.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Pengerusi mencadangkan minit mesyuarat kali pertama sesi 2021 diterima dan disahkan.

2.2 Dipersetujui sebulat suara supaya disahkan .

3. Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Pengerusi memaklumkan program Kempen Sayangi Buku Teks 2021 yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tindakan : Penyelaras SPBT


4. Takwim Unit SPBT 2022
4.1 Pengerusi mencadangkan pada tahun ini akan diadakan Kempen Sifar Denda Buku Teks.
Cadangan pelaksanaan adalah selepas peperiksaan akhir tahun. Kempen dilaksanakan
selama seminggu dan menyediakan pelbagai aktiviti untuk murid.

4.2 Pn Nurul Jannah mencadangkan pemantauan buku teks ditangan murid dilaksanakan dua
bulan sekali agar keadaan buku di tangan murid dapat dikenalpasti.

4.3 Semua guru bersetuju untuk mengekalkan tindakan terhadap murid yang tidak membalut
buku teks akan dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 dan buku tersebut akan dibalut oleh
guru atau ahli Kelab SPBT manakala buku teks yang dijumpai merata tempat akan
dikenakan bayaran sebanyak 50sen.

4.4 En Mohd Jasmin mengingatkan segala tindakan yang dikenakan ke atas murid hendaklah
dimaklumkan dalam mesyuarat PIBG.
Tindakan : Penyelaras SPBT dan Guru Kelas

5. Hal-Hal Lain
5.1 Pn Aara meminta semua guru kelas bekerjasama untuk memantau buku teks ditangan
murid.
Tindakan : Semua Guru Kelas

6. Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dari semua guru yang hadir dan
berharap semua pihak akan bekerjasama bagi menjayakan program yang dirancang.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

....................................................................... ........................................
(AARA ANNISA BINTI MD WAHIT HASIM) (MOHD JASMIN BIN JAMALUDDIN)
Penyelaras SPBT PK HEM
SK Telok Sentang SK Telok Sentang

Anda mungkin juga menyukai