Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM

PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR

TAHUN 2022

TARIKH : 27-29 OKTOBER 2022

HARI : KHAMIS-SABTU

TEMPAT : SK TAMAN AMAN, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR

PENGELOLA : SK TAMAN AMAN DAN SK SUKA MENANTI

1
YANG BERUSAHA

GURU BESAR

SK TUNKU ABDUL HALIM.

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2022

2. PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat
digalakkan dalam badan unit beruniform. Aktiviti ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan
daya ketahanan diri dalam kalangan peserta serta kemahiran survival dalam apa-apa jua keadaan dan
kemungkinan yang ditempuhi pada masa hadapan. Perkhemahan melatih anggota unit beruniform
supaya dapat berdikari dan berani menghadapi segala rintangan yang mendatang.

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Daerah Kota Setar merupakan satu kolaborasi antara
Unit Kokurikulum SK Taman Aman dan SK Suka Menanti bersama Unit Kokurikulum, Sektor
Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar . Pihak pengelola turut menjemput
beberapa sekolah sekitar untuk turut sama menyertai perkhemahan kali ini iaitu SK Tunku Abdul Halim
, SK Kubang Teduh , SK Seri Gunong. Jumlah peserta perkhemahan ini dianggarkan seramai 100 orang.

Inisiatif ini diharap dapat memberi peluang kepada para peserta membina semangat kerja berpasukan
dengan rakan daripada pelbagai latar serta budaya dalam daerah Kota Setar. Aktiviti ini dilaksanakan
selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.

Unit Beruniform SK Tunku Abdul Halim amat berminat untuk menyertai perkhemahan ini kerana ia
dapat mendedahkan peserta kepada aktiviti perkhemahan yang sebenar di luar kawasan sekolah.

3. MATLAMAT

1. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari di sekolah bersama-sama unit masing-masing di


dalam perkhemahan.
2. Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
3. Memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri
setiap peserta.
4. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
5. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4. OBJEKTIF

Pada akhir program ini para peserta akan dapat:

1. Berdikari melalui kerja individu seperti mengurus diri dan masa , bermalam di dalam khemah
bersama-sama rakan dan kumpulan masing-masing.
2. Mempelajari sekurang-kurangnya satu rawatan kecemasan berdasarkan situasi yang diberi.
3. Membuat ikatan dan simpulan dalam kerja menyelamat mangsa bencana.
4. Pendedahan dan pengalaman tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.

2
5. KUMPULAN SASARAN

8 Orang Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah


8 Orang Ahli Pergerakan Puteri Islam

6. BUTIRAN PELAKSANAAN
 TARIKH : 27 – 29 OKTOBER 2022
 HARI : KHAMIS – SABTU
 TEMPAT : PERKARANGAN SK TAMAN AMAN , ANAK BUKIT , ALOR SETAR

TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


/TARIKH
Khamis 2.30 ptg Pendaftaran peserta (Dewan Putera)
(27.10.2022) Taklimat Perkhemahan
Kawad kaki
Solat
Minum petang
Mendirikan khemah
6.00 ptg Makan malam
Urusdiri
Solat / aktiviti kerohanian
9.00 mlm Ice Breaking
Pembahagian Kumpulan
Kerja lapangan
11.00 mlm Lampu padam (tidur)
Jumaat 5.00 pg Urusdiri
(28.10.2022) Solat / Aktiviti kerohanian
7.00 pg Senaman pagi
Naik Bendera
Kawad
Sarapan pagi
8.30 pg Permainan Dinamika
9.30 pg Latihan kebakaran dan demonstrasi memadam api
12.00 tgh Urus diri / Makan tengahari
Solat Jumaat
3.00 ptg Aktiviti mengikut stesen:
1. Ikatan dan simpulan
2. Masakan Rimba
3. Bantu mula
4.30 ptg Solat / Minum petang
Latihan persembahan
6.00 ptg Makan malam
Urusdiri
Solat, aktiviti kerohanian
9.00 mlm Malam Kebudayaan
Minum malam
Operasi Burung Hantu
11.30 mlm Kerja lapangan

3
Lampu padam (tidur)
Sabtu 5.00 pg Urusdiri
(29.10.2022) Solat / Aktiviti kerohanian
7.00 pg Senaman pagi
Naik Bendera
Kawad
Sarapan pagi
8.30 pg Kompas Orienteering
Penilaian
Tutup khemah dan bersih kawasan perkhemahan
11.00 pg Majlis Perasmian Penutupan
12.00 tgh Bersurai

7. JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI /PENASIHAT : Haji Ahmad Bin Abdullah (Guru Besar)


TIMBALAN PENGERUSI : Mohamad Akhyar Bin Ismail ( Penolong Kanan Kokurikulum )
NAIB PENGERUSI I : Aisomuddin Bin Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI II : Asiah Binti Ahmad ( Penolong Kanan HEM )
PENYELARAS : Siti Razana Binti Jaffar
SETIAUSAHA : Che Gayah Binti Ahmad ( TKRS )
BENDAHARI : Norfizah Binti Jusoh ( Puteri Islam )
AHLI JAWATANKUASA : Hjh Fatimah Rashida Hj Haron
: Mohamad Firdaus Bin Zakaria
: Faridah Binti Hashim
: Roshidah Binti Mustafa
: Balqis Binti Abu Hassan

8. IMPLIKASI KEWANGAN
10.1 Sumber Kewangan – Kumpulan Wang SUWA/ Kokurikulum
10.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

BIL PERKARA JUMLAH


(RM)
1. YURAN PENYERTAAN PESERTA RM 30 X 16 ORANG 480.00

2. YURAN PENYERTAAN GURU RM 30 X 3 ORANG 90.00

PENGIRING

3. MINYAK KERETA RM 10 X 3 KERETA 30.00

JUMLAH 600.00

4
9. PENUTUP

Penganjuran program perkhemahan ini dilihat dapat menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai jati diri yang mantap dan disiplin yang kuat. Segala perancangan dan aktiviti yang
dirancang juga berperanan untuk memupuk semangat Keluarga Malaysia yang saling tolong-menolong
dan bantu-membantu serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar. Semangat yang
disemai dan dipupuk sejak kecil diharap menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa
kelak. Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Sokongan dan
sumber kewangan dari pihak sekolah amatlah diharapkan. Semoga semua peserta perkhemahan akan
mendapat manafaat dari program ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………….. …………………………………………………
SITI RAZANA BINTI JAFFAR MOHAMAD AKHYAR BIN ISMAIL
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SK TUNKU ABDUL HALIM SK TUNKU ABDUL HALIM
TARIKH : TARIKH :

Disokong oleh:

…………………………………………………
GURU BESAR
SK TUNKU ABDUL HALIM,
ALOR SETAR, KEDAH

5
6

Anda mungkin juga menyukai