TARIKH:
10 FEBRUARI 2020
ISNIN
TEMPAT :
DATARAN PERHIMPUNAN
SK BANGI
ANJURAN BERSAMA :
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANGI
KERTAS KERJA PELANCARAN ZIARAH CAKNA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020
1.0 PENGENALAN
Program Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat
kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Y.B
Menteri Pendidikan mengusulkan agar sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui
pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab melalui
pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi
menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan
antara sekolah dengan ibu bapa. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program ramah mesra,
lawatan atau ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain. Hasil dari keputusan mesyuarat
ketua bahagian KPM bilangan 10/2018 iaitu pada 7 Disember 2018, Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian perlu menyelaraskan pelaksanaan program ziarah cakna ini secara meluas di semua sekolah di
bawah KPM.
2.0 KONSEP
Guru sebagai seorang yang memiliki sifat kepedulian, bertanggungjawab dan penyayang terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya.
3.0 TUJUAN
1) Memperluaskan amalan penyayangdengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid.
2) Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah.
3) Meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru berfokuskan pembangunan kemenjadian
murid.
6.0 OBJEKTIF
1) Berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa/penjaga
2) Memahami latar belakangkeluarga murid.
3) Berkongsi pandangan antara ibu bapa/penjaga dan guru bagi mengembangkan potensi murid
7.0 KPI (Indikator Output Dan Outcome)
Output Warga sekolah dapat menghayati nilai murni dalam amalan ziarah menziarahi
kerana cakna dengan keadaan orang lain dalam pelbagai bentuk iaitu kerana
sakit, masalah disiplin dan juga sahsiah terpuji murid.
Outcome Ziarah dapat menjadi budaya dalam kalangan guru untuk mengambil cakna
mengenai kehidupan murid dan menjalankan silaturahim dengan ibu bapa
dengan lebih dekat dan mesra melalui lawatan ziarah cakna.
8.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Nora binti Hussein (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Puan Nasiah binti Ayob (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1: Puan Hjh Suminah binti Hj Kasolang (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2: Puan Norsarihawati binti Baharom (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3: Puan Nor Lizawati binti Mohamed (PK Pendidikan Khas)
Setiausaha: Puan Azila binti Abdullah (GBKSM)
Bendahari: Pan Ramiya a/p Markendan (GBKSM)
10.0 ATURCARA MAJLIS
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang diharapkan dan
seterusnya menggalakkan
Disahkan oleh,