Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI

77300, MERLIMAU, MELAKA

KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IPOH, PERAK

(MURID TAHUN 6)

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

1. PENGENALAN

Belajar melalui pengalaman adalah sangat penting untuk para pelajar khasnya. Oleh sebab
itu, program lawatan sambil belajar diadakan untuk para pelajar ini supaya mereka mendapat
pengalaman baru pada lawatan kali ini. Program ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada pelajar belajar melalui pengalaman yang dilaluinya serta mendapat pengetahuan
baru tentang sejarah tempat-tempat menarik dan bersejarah yang telah mereka pelajari.
Lawatan ini juga adalah mengeratkan silaturrahim antara murid tahun 6 dan juga guru tahun
6.

2. OBJEKTIF PROGRAM
 Memberi pendedahan kepada para pelajar dengan suasana pembelajaran di luar kelas.

 Memberi pengalaman baru kepada para pelajar dan membina insan yang
berpengetahuan luas.

 Mengeratkan silaturahim antara murid tahun 6.


3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN
 Tarikh : 31 November -2 Disember 2022
 Tempat : Sekitar Ipoh, Perak.

4. KUMPULAN SASARAN
 Pelajar : 40 orang murid.
 Guru Pengiring : 5 orang

5. ANGGARAN KEWANGAN
A. Butiran Pendapatan
Bayaran Pelajar : RM 180 x 40 orang : RM 7200.00
Bayaran Guru Pengiring : RM150 x 5 orang : RM 750.00
PCG Bimbingan dan Kaunseling : RM 600.00
PIBG : RM 300.00
JUMLAH : RM 8850.00
B. Butiran Perbelanjaan
Pengangkutan Bas (Melaka-Ipoh) (2 perjalanan) : RM 2600.00
Tiket Lost World Of Tambun RM 48 x 40 orang : RM 1920.00
Penginapan RM 30 X 40 orang : RM 1200.00
Tiket Caving@Gua Tempurung RM 15 x 40 orang : RM 600.00
Tiket Bot di Taman Rekreasi Gunung Lang RM 5 x 40orang : RM 200.00
Tiket Istana Kellie RM 4 x 40 orang : RM 160.00
Makanan & Minuman RM40 x 40orang (2hari) : RM 1600.00
(Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam, Minum Malam)
Lain-lain hal : RM 570.00
JUMLAH : RM 8850.00
6. TENTATIF PROGRAM

Rabu 30 November 2022


10.00 malam : Pelajar bertolak dari Melaka ke Ipoh
Khamis 1 Disember 2022
6.00 pagi : Rombongan tiba di Ipoh dan membuat persiapan diri.
8.00 pagi : Sarapan di sekitar Ipoh
8.30 pagi : Bertolak ke Gua Tempurung, Batu Gajah.
9.15 pagi : Caving @ Gua Tempurung
12.30 tengahari: Bertolak ke Istana Kellies
1.00 tengahari : Lawatan di Istana Kellies
2.00 petang : Makan tengahari dan Solat Zuhur (Jama’ Taqdim)
Check in Homestay Maira Homestay
3.00 petang : Lawatan sekitar Taman Rekreasi Gunung Lang
4.00 petang : Makan Malam di Mydin Mall, Meru.
5.30 petang : Balik ke Maira Homestay, Tambun.

Jumaat 2 Disember 2022


8.00 pagi : Sarapan di Maira Homestay
8.30 pagi : Bertolak ke Bandar Ipoh
(Lawatan ke Seni Mural di sekitar Ipoh)
10.00 pagi : Bertolak ke Lost World Of Tambun
10.45 pagi : Aktiviti di sekitar Lost World Of Tambun
: Makan Tengahari, Makan Malam & Minum Malam
di Lost World Of Tambun
: Solat Zuhur – Asar di Lost World Of Tambun
5.00 petang : Bertolak balik ke Melaka.
12.00 malam : Anggaran tiba di Melaka.
7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : En. Mustapah bin Omar

Pengerusi : Pn. Shahidah binti Zainudin


Setiausaha : En Luqman bin Muhamad Nawi
Bendahari : Pn Hjh. Norbi binti Majid
Ahli Jawatankuasa : En Mohd Hissyamudin bin Abd Malek
: En Hairulhadi bin Johari
: Pn Nurulhuda binti Yusof
: Pn Norizah binti Saleh

8. PENUTUP
Diharapkan program lawatan ini mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak samada
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga program lawatan ini dapat
memupuk para pelajar untuk mengeratkan ukhwah di antara satu sama lain.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

………………………....... ………………………....... ……………………….......


(Luqman bin Muhamad Nawi) (Shahidah binti Zainudin) (Mustapah bin Omar)
Setiausaha Program Lawatan Sekolah GPK Kokurikulum Guru Besar
SK Pulai . SK Pulai . SK Pulai .

Anda mungkin juga menyukai