Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : PEMBAKAR INDAH SATAY

PENULIS :
PENYELIA : MD ZAINI BIN MD LAZIM
AHLI KUMPULAN : 1. TUAN NUR AUFA SALSABILAFIQA BT MOHD MAWARDI
2. AHMAD AMEERUL AMEEN BIN AZAHA
3. RAJA NUR ANIS SYAZNIE BT RAJA AZMAN
4. WAN ZIE ISMA IRDINA BT WAN AZMI

PENGENALAN

Di dalam pembangunan negara yang serba canggih dan maju ini, pelbagai
peralatan digunakan bagi memudah dan mempercepatkan sesuatu urusan
pekerjaan. Pelbagai produk dicipta bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna. Pembakar Indah Satay adalah merupakan satu idea dan inovasi yang
dicetus bagi tujuan untuk memudahkan dan mempecepatkan pengusaha kedai
satay. Pengusaha Satay sangat memerlukan satu produk yang dapat digunakan
untuk membakar satay dengan banyak dalam satu masa. Keadaan ini amat
diperlukan terutama untuk memenuhi permintaan yang banyak pada musim
perayaan. Proses membakar satay memerlukan pematauan rapi, masa yang lama
dan masakan sekata.
Pembakar Indah Satay ini adalah merupakan satu cara penyelesaian untuk
memudahkan dan mempercepatkan proses membakar satay kerana Pembakar
Indah Satay ini mudah digunakan dan akan dikendalikan secara automatik dengan
mengunakan sistem gear dan motor melalui kuasa bateri "12volt atau elektrik.
Selain itu, ia masih menggunakan arang sebagai bahan bakar supaya rasa satay
tetap terpelihara.Pembakar Indah Satay ini juga sesuai digunakan dalam majlis
jamuan seperti kenduri kahwin atau hari keluarga kerana ia mudah dialih
berserta tempat simpan barang dan bahan bakar. Terdapat kemudahan lain yang
akan direka seperti meja menghidang, sistem pembersihan, tapak bekas
pembuangan bahan bakar abu arang dan di letakkan satu kipas kecil untuk
memudahkan kerja pengawalan penyalaan api

METODOLOGI
Proses membuat produk ini bermula dari tinjauan terhadap pengusaha satay.
Mereka amat memrlukan satu alat untuk membakar satay dalam kuantiti yang
banyak dengan cepat. Hasil perbincangan kami membuat lakaran awal dan
menentukan bahan yang akan digunakan. Kami dapati besi adalah bahan yang
sesuai untuk digunakan supaya ia tahan lama. Proses membuat produk ini melalui
proses mengukur, menenda, memotong , membentuk kepingan besi, mencantum
dengan kaedah mengimpal dan membuat kemasan menggunakan mesin pelelas.
Produk yang siap diuji keberkesanannya dengan membantingkan dari segi masa,
kuantiti dan kualiti satay yang dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai