Anda di halaman 1dari 26

2017-2020

PELAN STRATEGIK PSAS

PUSAT JAMINAN KUALITI DAN AKREDITASI PSAS


Politeknik Sultan Azlan Shah
1/27/2017
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PELAN STRATEGIK
2017-2020

PUSAT JAMINAN KUALITI DAN AKREDITASI , PSAS


1-27-2017

1 | Page
KANDUNGAN M/S
KATA KATA ALUAN PENGARAH 3

LATAR BELAKANG PSAS 4

● Visi,Misi dan Dasar Kualiti


● Piagam Pelanggan
● Objektif Kualiti

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI) KPT 9

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (2017-2020) 15

Kebertanggungjawaban Pelan Strategik PSAS 2017-2020

● Teras 1 – Memartabatkan PSAS sebagai Politeknik Dinamik


● Teras 2 – Mempertingkatkan kualiti graduan TVET PSAS yang holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang.
● Teras 3 - Menghayati pembelajaran sepanjang hayat
● Teras 4 – Membudayakan ekosistem inovasi penyelidikan, penerbitan, perlindungan harta intelek dan
pengkomersialan
● Teras 5 – Membangunkan PSAS sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Rujukan Komuniti

RUMUSAN 25

2 | Page
KATA KATA ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada semua yang telah berjaya
menghasilkan dokumen Perancangan Strategik (Strategic Planning) 2017-2020 ini. Selain daripada
menjadi panduan dan bimbingan di dalam menerajui dan menentukan hala tuju organisasi kita, dokumen
ini juga merupakan tinjau semula (review) ke atas pelan perancangan strategik yang telah disuaipadankan
dengan Pelan Transformasi Politeknik (Peningkatan Ke Arah Kecemerlangan Fasa 2) dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
Penghasilan Pelan Perancangan Strategik ini telah dibangunkan sedemikian rupa agar dapat memenuhi
kehendak dan hasrat misi politeknik untuk menjadi pusat kecemerlangan yang mendapat pengiktirafan
global selaras dengan visi untuk menjadi institusi TVET perdana terpimpin industry menjelang 2020.
Saya berkeyakinan dan berharapan tinggi agar inisiatif –inisiatif yang dikemukakan di dalam Pelan
Perancangan Strategik ini akan menjadi pemandu arah dan penentu hala tuju bagi barisan pengurusan
untuk menjana dan menggerakkan seluruh warga kerja PSAS agar dapat mencapai budaya kerja berprestasi tinggi, meningkatkan
keberhasilan dan akauntabiliti serta menambah baik kaedah pengurusan PSAS
Akhir kata, saya ingin sekali lagi mengucapkan setinggi –tinggi pengharapan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja PSAS dan
berharap naskah Pelan Strategik ini akan dimanfaatkan dengan sebaik- baiknya dan semua objektif serta sasaran peogram akan sentiasa
difahami dan dihayati oleh semua pelaksana.
Sekian , Terima Kasih

HAJI ZAIRON BIN MUSTAPHA

3 | Page
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), sebelum ini dikenali sebagai Politeknik Tanjong Malim (PTM) merupakan politeknik
ke-15 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PTM mula beroperasi pada 1 Mac 2002 di bangunan
Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak Darul Ridzuan. Pada 1 April 2003, PTM telah berpindah ke kawasan kampus
berkeluasan 110 ekar di Behrang, Perak Darul Ridzuan. Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur terkini,
menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif sesuai sebagai sebuah institusi pengajian tinggi
awam. Seramai 553 orang pelajar kumpulan pertama telah mendaftar di PTM untuk kemasukan Sesi Julai 2003.

Pada 7 Mei 2005, PTM telah dirasmikan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahulah. Kini, secara rasminya PTM
dikenali sebagai Politeknik Sultan Azlan Shah atau PSAS.

PSAS merupakan sebuah institusi pengajian tinggi di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program pendidikan teknikal dan
vokasional.

PSAS dan JPP memainkan peranan yang penting untuk menyediakan tenaga pekerja separa profesional dalam bidang
kejuruteraan dan perdagangan yang diperlukan oleh sektor awam dan industri Negara.

4 | Page
DASAR KUALITI
Psas bertekad untuk MISI
memberikan perkhidmatan
pendidikan dan latihan dalam VISI
bidang teknikal dan
vokasional melalui Melahirkan graduat yang
pelaksanaan sistem holistik berciri keusahawanan Menjadi institusi TVET
dan seimbang berteraskan perdana terpimpin industri
pengurusan kualiti yang
dipertingkatkan kurikulum terpimpin industri menjelang 2020
keberkesanannya secara melalui ekosistem pengajaran
berterusan bagi melahirkan yang berkualiti, inovatif dan
modal insan yang holistik, dinamik serta mendapat
berciri keusahawanan dan pengiktirafan global
seimbang selaras dengan
keperluan gunatenaga negara

5 | Page
Menawarkan program sistem

PIAGAM PELANGGAN
pengurusan pendidikan yang
berkualiti dan holistik

Menjadi pusat rujukan kepada


komuniti dalam bidang
PSAS kejuruteraaan dan
perdagangan.

Menawarkan persekitaran
pembelajaran dan prasarana
yang kondusif

Memberi layanan mesra dan


professional

6 | Page
PSAS berazam memberi perkhidmatan yang mematuhi kehendak MS ISO 9001 dan panduan yang digunapakai

OBJEKTIF KUALITI - AKADEMIK


1. Memastikan 100% pensyarah dicerap dan mencapai tahap 80% dalam Penilaian Pengajaran & Pembelajaran
2. i) Memastikan kelulusan pelajar dalam setiap program adalah 92%
ii) Memastikan peratus pelajar mencapai PNM lebih daripada 3.00 adalah 25%
3. Menyertai sekurang-kurangnya 1 pertandingan dalam P&P bagi setiap jabatan
4. Memenangi sekurang-kurangnya 1 pertandingan dalam P&P
5. Memastikan tahap pencapaian status COT berfungsi adalah > 85 %
6. Menghasilkan sekurang-kurangnya 2 staf yang mempunyai kepakaran dalam bidang automotif dan pembuatan
dalam setahun
7. Menyertai 2 pertandingan atau pameran berkaitan niche area di peringkat luar dalam setahun
8. Memastikan 8 orang pensyarah PSAS mengikuti program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) dalam setahun
9. Memastikan 100% program mencapai 50 jam interaksi melibatkan pensyarah pelawat dari industri
10. Memastikan 10 staf PSAS berkelayakan professional / industri
11. Memastikan 100% program pengajian mempunyai kolaborasi aktif dengan industri
12. Melaksanakan sekurang-kurangnya 4 program kerjasama dengan jabatan/industri
13. Memastikan penyertaan staf akademik dalam 2 program Training of Trainer (TOT)
14. Memastikan lebih 70% daripada program pengajian melaksanakan t&l secara blended learning /
pembelajaran teradun
15. Memastikan 95% pelajar lulus dalam penilaian Latihan Industri
16. Memastikan 60% pelajar cemerlang dalam penilaian Latihan Industri

OBJEKTIF KUALITI – SOKONGAN AKADEMIK

1. Sekurang-kurangnya 80 % pelajar berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan.


2. Mencapai sekurang –kurangnya tahap tier LIMA dalam penilaian POLYRATE
3. Memastikan 100% maklumbalas daripada pelanggan di ambil tindakan dalam masa 3 hari bekerja
4. 90% pelajar mendapat pekerjaan selepas 6 bulan tamat pengajian

7 | Page
1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2. JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI
3. BADAN AKREDITASI ( ETAC, APACC, MQA, SIRIM)
4. PIHAK INDUSTRI (Proton, Bank Rakyat, Bank Islam, ENDSTRUCK, KTMB, TAIACE, AIM)
5. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (Balai Polis Tanjung malim, Slim River & Behrang Stesyen, Balai Bomba
Slim River & Tanjung Malim, Hospital Slim River, Klinik Kesihatan Slim River & Tanjung Malim, Majlis
Daerah Tanjumg Malim, JKR Slim River, Majlis Agama Islam Perak,Pejabat Ukur & Tanah Slim River )
6. ARKIB NEGARA MALAYSIA
7. PERUNDING LATIHAN (INSTUN, CIDB, CIAST)

PIHAK BERKEPENTINGAN

PELANGGAN

1 . PELAJAR
2. IBUBAPA
3. KAKITANGAN PSAS

8 | Page
9 | Page
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pengajian Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025
merupakan dokumen strategik yang sedang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, yang menggariskan hala tuju
pendidikan tinggi negara untuk tempoh 11
tahun bermula dari 2015 sehingga 2025. Ia
adalah kesinambungan daripada kajian semula
Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020


serta penyelarasan PPPM (Prasekolah hingga
Pendidikan Lepas Menengah) 2013-2025, yang
bertujuan untuk meningkatkan dan
memartabatkan sistem pendidikan tinggi
negara. Pelan ini mengandungi 10 lonjakan iaitu
Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan
Seimbang, Kecemerlangan Bakat, Menghayati
Pembelajaran Sepanjang Hayat, Graduan TVET
Berkualiti, Kemampanan Kewangan,
Pemantapan Tadbir Urus, Ekosistem Inovasi,
Keunggulan Global, Pembelajaran Dalam Talian
Tahap Global dan Transformasi Penyampaian
Pendidikan Tinggi.

Lonjakan ini akan menyokong lima aspirasi


sistem pendidikan yang memberi tumpuan
kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan
perpaduan bagi memangkin transformasi dan ia
boleh menentukan masa depan yang lebih
cemerlang untuk negara Malaysia. 10 | Page
 Membangunkan graduan yang seimbang dari segi akhlak dan ilmu dengan meningkatkan minda berpandukan nilai dan
keusahawanan. 

 Dilaksanakan menerusi kurikulum yang ditambah baik, kerjasama industri yang dikembangkan dan program pembelajaran melalui
pengalaman, berserta kerangka penilaian bersepadu baharu yang melihat ke arah pembangunan holistik.

 Memberi fokus kepada langkah-langkah yang akan diambil oleh sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk menarik, membangun dan
mengekalkan bakat berkualiti tinggi.
 Membangunkan laluan kerjaya yang berbeza untuk pengajar, penyelidik, pemimpin akademik dan pengamal melalui pengiktirafan
kepelbagaian dalam kecemerlangan serta menerima pelbagai model kecemerlangan institusi (contoh, institusi penyelidikan
berbanding institusi pengajaran). 


 Menetapkan strategi kementerian bagi memastikan akses berekuiti kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui :
i) Menyediakan peluang pembelajaran yang lebih fleksibel
ii) Meningkatkan bilangan biasiswa, bursar dan insentif kepada pelajar
iii) Meningkatkan kualiti piawaian bagi program sedia ada; dan
iv) Membangunkan kesedaran dan minat di kalangan awam

11 | Page
 Bagi memenuhi keperluan negara untuk lebih ramai pekerja mahir di bawah Program Transformasi Ekonomi akan memerlukan
peningkatan 2.5 kali ganda dalam enrolmen TVET menjelang 2025. Kementerian akan:
i) membolehkan reka bentuk kurikulum dan model penyampaian yang diterajui oleh industri.;
ii) mengukuhkan kerangka kelayakan melalui MQA;
iii) meningkatkan bilangan dan kualiti program yang ditawarkan oleh IPT dan kolej vokasional; dan
iv) mempromosikan TVET sebagai laluan yang berdaya maju dan menarik.

 Malaysia perlu menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar seramai dua kali ganda pada satu-satu masa dalam
suasana kos yang meningkat. 

 Meningkatkan kecekapan, Kementerian akan menghubungkan pembiayaan kerajaan dengan prestasi, dan membenarkan IPT
mendapatkan sumber-sumber pembiayaan lain seperti endowmen dan pembiayaan industri. 

 Ia juga akan membuat pembaharuan terhadap PTPTN untuk menambah baik bayaran balik pinjaman dan meningkatkan sokongan
kewangan kepada pelajar yang paling memerlukan. 


12 | Page
 Kementerian akan menumpukan kepada peranannya sebagai pengawal selia dan penggubal dasar, menurunkan kuasa membuat
keputusan yang lebih besar kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di samping meningkatkan akauntabiliti IPT berdasarkan set
keberhasilan yang telah dipersetujui dan dinyatakan dalam kontrak prestasi. 

 Penurunan ini akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan tahap kesediaan dan juga rekod prestasi institusi. Kementerian juga
akan mengukuhkan kerangka jaminan kualiti bagi IPTS dan menghubung akses kepada pembiayaan kerajaan (contoh, pinjaman
PTPTN) dengan prestasi.

 Membolehkan institusi pendidikan dan penyelidikan, syarikat dan komuniti untuk mendapat dan membentuk perkongsian sumber
bagi memupuk, membangun dan memasarkan idea baharu yang boleh menjana pertumbuhan dalam bidang keutamaan negara. 

 Untuk memudahcarakan hal ini, Kementerian akan (1) memberi tumpuan dalam mewujudkan skala dan pertumbuhan dalam
beberapa bidang penyelidikan utama negara; (2) memainkan peranan dalam meningkatkan pelaburan swasta; dan (3) mewujudkan
ekosistem sokongan sebagai penggerak inovasi seperti pejabat pemindahan teknologi, mekanisme pemantauan data dan
pembangunan bakat. 


13 | Page
 Dalam pendidikan tinggi memerlukan empat elemen – kebolehlihatan, pengiktirafan, kecemerlangan dan pengembangan.
 Untuk memanfaatkan eleman ini, Kementerian akan mengukuhkan promosi, pemasaran dan nilai usul bagi sistem pendidikan
Malaysia; mengenalpasti cara untuk meningkatkan enrolmen bagi pelajar antarabangsa berkaliber tinggi; dan menubuhkan ikatan
yang lebih kukuh dengan komuniti pendidikan tinggi global. 


 Masa depan pembelajaran dalam talian bagi sistem pendidikan tinggi Malaysia adalah berpaksikan kepada piawaian kualiti global,
peningkatan akses serta ekuiti yang memastikan kumpulan yang kurang berpeluang dapat memanfaatkannya. 

 Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian berhasrat untuk menjadikan pembelajaran dalam talian dan “blended learning” sebagai
asas kepada kurikulum, dengan memberi galakan agresif ke atas Massive Open Online Courses (MOOCs). 


 Dalam memberikan lebih tumpuan ke atas penggubalan peraturan dan dasar, Kementerian akan (a) mewujudkan struktur organisasi
yang lebih dinamik dengan kakitangan yang mempunyai kemahiran dan bakat yang diperlukan; (b) menaik taraf infrastruktur
berpusat secara berterusan untuk kemasukan pelajar, biasiswa, komunikasi strategik; (c) mendefinisikan proses penetapan
piawaian serta pemantauan yang diperkukuh; dan (d) menubuhkan program untuk menguruskan dan memastikan pelan
pembangunan dilaksanakan mengikut perancangan.

14 | Page
15 | Page
Demi melonjak dan memerkasakan PSAS, Pelan Strategik PSAS 2017-2020 mempunyai lima
(5) teras yang akan diberi penekanan. Kelima- lima teras tersebut adalah seperti:-

• MEMARTABATKAN PSAS SEBAGAI


TERAS 1 POLITEKNIK DINAMIK

• MEMPERTINGKATKAN KUALITI GRADUAN TVET


TERAS 2 PSAS YANG HOLISTIK, BERCIRI KEUSAHAWANAN
DAN SEIMBANG

 MENGHAYATI PEMBELAJARAN
TERAS 3 SEPANJANG HAYAT

 MEMBUDAYAKAN EKOSISTEM INOVASI


TERAS 4 PENYELIDIKAN, PENERBITAN, PERLINDUNGAN
HARTA INTELEK DAN PENGKOMERSIALAN

 MEMBANGUNKAN PSAS SEBAGAI PUSAT


TERAS 5 KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN
RUJUKAN KOMUNITI

16 | Page
LONJAKAN
Kemampanan Kewangan , Pemantapan Tadbir Urus & Keunggulan Global
5,6 & 8
OBJEKTIF Penjenamaan dan peningkatan reputasi PSAS

● Meningkatkan keterlihatan dan imej korporat PSAS


STRATEGI ● Memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik
● Menjalinkan hubungan luar di peringkat serantau/antarabangsa
● Mempromosikan bidang TVET

TAKE OFF PETUNJUK PRESTASI


PETUNJUK PRESTASI UTAMA / KPI VALUE TANGGUNGJAWAB
(2016) 2017 2018 2019 2020
Bilangan aktiviti penyelarasan imej korporat PSAS
5 6 7 8 9 AMP

Bilangan pengemaskinian kandungan Portal PSAS 12 24 36 48 48 ICT

Peratus tahap kepuasan pelanggan PSAS 3.00 3.33 3.43 3.53 3.63 Pusat Jaminan Kualiti
Peratusan aduan yang berjaya diselesaikan dalam masa 3
hari bekerja 50 55 60 65 70 PRO

Bilangan pertemuan bersama pelanggan 4 5 6 7 8 PRO


Bilangan pengiktirafan yang diterima dari pihak luar
3 4 4 5 5 Pusat Jaminan Kualiti
Bilangan aktiviti jaringan dengan organisasi Pengantarabangsaan
2 2 3 3 4
serantau/antarabangsa ,
Bilangan program promosi di peringkat antarabangsa HEP / PRO /
0 1 1 2 2
Pengantarabangsaan

17 | Page
Penarafan POLYRATE 5 6 6 6 6 Kualiti/Jabatan /Unit
Peratusan laporan kerosakan fasiliti diselesaikan dalam
40% 45% 50% 55% 60% UPS
tempoh tujuh (7) hari bekerja
170 180
Peningkatan kemudahan dan ruang pelajar kendiri 150 m.p 160 m.p 190 m.p UPS
m.p m.p
Keluasan Liputan Wifi 98% 99% 100% 100% 100% Unit ICT

Peratusan bilik kamsis yang diduduki oleh pelajar 87% 90% 92% 95% 97% Kamsis
Pengiktirafan enam (6) bintang dalam Pengurusan
3 4 5 5 6 Unit Kewangan
Kewangan

18 | Page
LONJAKAN Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang & Pembelajaran dalam Talian Tahap Global
1&9
1. Memicu graduan yang berketrampilan dan intelektual
OBJEKTIF
2. Melahirkan graduan yang aktif dengan minda keusahawanan

● Memsimbiosiskan sinergi di antara politeknik dan industri


STRATEGI ● Membangunkan program pendidikan keusahawanan yang berteraskan teknologi
● Memperkasa Center of Technology (CoT)
● Melestarikan jati diri berpaksikan kemahiran insaniah

TAKE PETUNJUK PRESTASI


OFF
PETUNJUK PRESTASI UTAMA / KPI TANGGUNGJAWAB
VALUE
2017 2018 2019 2020
(2016)
Peratusan kelulusan pelajar dalam setiap
program 92% 92 94 96 98 Jabatan Akademik

Peratusan pelajar mencapai PNM lebih daripada 25% 25 25 30 30 Jabatan Akademik


3.00
Peratusan graduan mendapat pekerjaan dalam 85% 85 86 88 90 CISEC
tempoh 6 bulan setelah tamat pengajian
6 Unit Penasihatan Akademik,
Penganjuran program-program jati diri pelajar 6 7 8 9
Unit Psikologi & Kerjaya
Bilangan graduat menceburi bidang perniagaan
atau keusahawanan dalam tempoh 1 tahun 25 25 26 27 28 Unit Keusahawanan,Cisec
setelah tamat pengajian
Bilangan pelajar yang menyertai program 2000 2000 2050 2050 2100 Unit Keusahawanan
keusahawanan
Bilangan program keusahawanan yang 6 6 6 7 7 Unit Keusahawanan
dianjurkan / disertai
19 | Page
Peratusan kursus dilaksanakan dalam mod 70% 70 70 70 70 JK ePembelajaran
Blended Learning
Peratusan pencapaian status COT 89% 80 80 80 80 Jabatan Akademik
Peratusan pelajar lulus dalam penilaian Latihan
98% 95% 95% 95% 95% UPLI
Industri
Peratusan pelajar lulus cemerlang dalam
85% 60% 60% 60% 60% UPLI
penilaian Latihan Industri

20 | Page
LONJAKAN
Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
3
OBJEKTIF Membudayakan komuniti terhadap pembelajaran berterusan

● Menawarkan lebih banyak peluang dan ruang pembelajaran kepada semua lapisan masyarakat
STRATEGI ● Menggalakkan setiap jabatan menjalankan program berorientasikan pendidikan sepanjang hayat
● Meningkatkan bilangan peserta menyertai program PSH
● Menjana pendapatan bagi Akaun Amanah

TAKE OFF PETUNJUK PRESTASI


PETUNJUK PRESTASI UTAMA / KPI VALUE TANGGUNGJAWAB
(2016) 2017 2018 2019 2020
Bilangan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) 8 ULPL, Jabatan
12 14 16 18
dalam setahun Akademik,
Jumlah penyertaan dalam pembelajaran sepanjang hayat Jabatan, ULPL, PRO,
849 1100 1200 1300 1400
(PSH) HEP,
Nilai pendapatan Akaun Amanah melalui penganjuran Semua jabatan dan
program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang 100000 150000 200000 250000 300000 unit
dijalankan.
Peratusan staf PSAS terlibat di dalam aktiviti yang 0% 25% 30% 35% 40% Semua jabatan dan
menjana pendapatan Akaun Amanah unit
Bilangan PPPT yang melalui program Persijilan 40 Jabatan Akademik,
15 20 25 30
Profesional/ Industri ULPL
Bilangan penyertaan dalam Sangkutan Industri Jabatan Akademik,
2 4 6 8 10
Pensyarah (SIP) ULPL,
Peratusan staf menghadiri latihan sekurang-kurangnya 7
90% 100% 100% 100% 100% ULPL
hari dalam setahun

21 | Page
LONJAKAN Ekosistem Inovasi
7
1. Memperluas horizon inovasi dan penyelidikan
OBJEKTIF
2. Memperkukuhkan agenda pengkomersilan dan penerbitan di kalangan kakitangan akademik
 Memberikan tumpuan kepada penyelidikan yang memberi impak kepada komuniti setempat
● Menggalakkan penulisan artikel di kalangan warga PSAS
STRATEGI
● Meningkatkan kerjasama dengan industri
● Mewujudkan bengkel berteraskan penyelidikan serta inovasi secara berkala
● Menyediakan sistem sokongan yang mantap
PETUNJUK PRESTASI
TAKE OFF
PETUNJUK PRESTASI UTAMA / KPI TANGGUNGJAWAB
VALUE (2016)
2017 2018 2019 2020
Bilangan Kertas Ilmiah yang diterbitkan di Peringkat
25 30 35 40 45 Jabatan Akademik, UPIK
Zon/Kebangsaan/Antarabangsa
Bilangan Produk Inovasi yang mendapat Perlindungan
3 3 3 3 3 Jabatan Akademik, UPIK
Harta Intelek
Produk Inovasi yang diaplikasi
7 7 7 7 7 Semua jabatan dan unit
Peratusan Penglibatan Staf Akademik di peringkat
2% 1 1 1 1 Semua jabatan dan unit
Kebangsaan/Antarabangsa
Bilangan bengkel / seminar / pertandingan inovasi atau
2 3 3 3 3 UPIK
penyelidikan yang dianjurkan
Bilangan bengkel / seminar / pertandingan inovasi atau
2 3 4 5 6 Semua jabatan dan unit
penyelidikan yang disertai
Bilangan penerbitan / penulisan yang dihasilkan
2 3 4 5 6 Semua jabatan dan unit
Bilangan penerbitan / penulisan / inovasi yang
2 2 3 3 4 Semua jabatan dan unit
dikomersialkan

22 | Page
LONJAKAN Kecemerlangan Bakat & Kemantapan Tadbir Urus
2&6

1. Membangunkan pusat pendidikan yang berteknologi dan kontemporari


OBJEKTIF 2. Menjadi pusat rujukan komuniti dalam bidang teknikal,perdagangan, kerohanian dan kesukanan
3. Menjalinkan hubungan yang baik bersama institusi kerajaan tempatan

● Mengembangkan bakat warga kerja yang profesional dan kepelbagaian kepakaran


● Memperkasa infrastruktur politeknik yang berkualiti sejajar dengan teknologi terkini
STRATEGI
● Mengoptimumkan capaian sistem sokongan
● Melaksanakan NOU bersama kerajaan tempatan dan industri
● Memperluaskan hubungan antara institusi dan komuniti

TAKE OFF PETUNJUK PRESTASI


PETUNJUK PRESTASI UTAMA / KPI VALUE TANGGUNGJAWAB
(2016) 2017 2018 2019 2020

Penyertaan staf akademik dalam program Training of


3 4 5 5 6 Jabatan Akademik, ULPL
Trainer (TOT)
Bilangan CSR yang dilaksanakan mengikut
2 4 4 4 4 Jabatan/Unit
program/berkaitan bidang
Bilangan NOU dalam bidang yang berkaitan yang
25 30 35 40 45 Jabatan/Unit
ditandatangani dan aktif

Bilangan aktiviti kerohanian bersama masyarakat setempat 17 20 23 26 29 Pusat Islam/Jabatan

23 | Page
Jabatan Sukan,
Bilangan perkhidmatan kesukanan yang diberikan kepada
10 12 14 16 18 Kokurikulum dan
komuniti.
Kebudayaan
Peratusan kemudahan infrastuktur PSAS yang boleh
70% 75% 80% 85% 90% JSKK,Jabatan ,UPS,
digunasama adalah dalam keadaan yang baik
Jabatan/Unit
Bilangan program dan latihan yang dianjurkan mendapat
2 2 3 3 4
pengiktirafan pihak luar

Bilangan muat-turun (download) e-buku atau e-jurnal 1255 1400 1600 1850 2050 Perpustakaan

24 | Page
Pelan Strategik PSAS 2017-2020 adalah suatu usaha yang berterusan pihak pengurusan Politeknik agar sasaran pencapaian visi
dan misi PSAS sebagai sebuah Politeknik yang memfokuskan bidang pendidikan sebagai teras utama disamping mengembangkan
disiplin ilmu lain yang mendokong 10 lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

Pelan Strategik ini akan menjadi panduan kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) berkaitan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti
yang boleh membawa kepada pencapaian Sasaran Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan bagi setiap objektif. Perancangan
pencapaian keseluruhan objektif dan KPI akan dibuat pada awal tahun sepanjang tempoh Pelan Strategik. Penambahbaikan akan
dilakukan untuk memastikan semua objektif dan KPI yang ditetapkan akan dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Disediakan Oleh: Disahkan oleh :

………………………………………………….. ………………………………………...............

NORHAMIZAH BINTI TAMAT HAJI ZAIRON BIN MUSTAPHA

Ketua Unit Pusat Jaminan Kualiti & Akreditasi Pengarah


Politeknik Sultan Azlan Shah Politeknik Sultan Azlan Shah

25 | Page

Anda mungkin juga menyukai