Anda di halaman 1dari 13

PERENGGAN KARANGAN BOMBASTIK

BENTUK PERENGGAN “PENDAHULUAN”


“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” izhar menunjukkan gambaran bahawa golongan
remaja merupakan khazanah sumber manusia yang cukup penting kepada pembangunan, kemajuan dan masa
depan bangsa dan negara. Maju dan mundurnya sesebuah negara banyak bergantung kepada modal insan yang
seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini dikatakan demikian kerana di pundak
merekalah bakal dipikul tanggungjawab berat, iltizam dan amanah yang cukup bermakna untuk memajukan
negara bangsa sekali gus merealisasikan wawasan perdana, Wawasan 2020. Malangnya, penyakit sosial (isu
karangan yang diperkatakan) dalam kalangan remaja semakin serius. Kekangan ini boleh diibaratkan seperti
api dalam sekam. Saban hari, masalah sosial dalam kalangan remaja sering terpampang di dada-dada akhbar dan
terdengar di corong-corong radio dan televisyen. Fenomena ini amat mendukacitakan semua pihak. Persoalannya,
sanggupkah anda melihat perkara ini terus berleluasa bak kilat yang datang menyambar? Tepuk dada, tanya
selera.

CONTOH AYAT DALAM PERENGGAN “LANGKAH MENGATASI”


Ada peribahasa menyatakan, tiada gunung yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat
dituruni. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Oleh yang
demikian, pelbagai langkah drastik dan dominan perlu direncanakan dan dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat dan dinamik untuk memerangi ancaman dadah (rujuk kepada isu karangan anda). Hal ini dikatakan
demikian kerana jangan dibiar cacing naik ke mata. Patutkah kita saling menuding jari seperti lagu “Bangau,
oh! Bangau”? Tentunya tidak, bukan? Semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani masalah ini. Bak
kata peribahasa “bersatu kita gagah, bercerai kita rebah”. Seperti perumpamaan sebatang kayu yang
dinyala, unggun api tidak akan dapat dihidupkan. Tuntasnya, semua pihak janganlah bersikap bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

BENTUK PERENGGAN ELEMEN PERANAN IBU BAPA


Faktor perdana berlakunya permasalahan sosial (isu karangan) dalam kalangan masyarakat ialah sikap
kealpaan ibu bapa dalam menyalurkan didikan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan
individu yang paling rapat dengan anak-anak yang lahir ke alam buana ini. Seperti perumpamaan kain putih
yang sayugianya dicorakkan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa haruslah bijak mengorak langkah dalam
mengatasi masalah ini. Ibu bapa hendaklah menyalurkan didikan kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Bak kata
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ironinya, anak-anak tidak akan melakukan perkara-perkara
yang melanggar norma-norma masyarakat dan agama. Ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak-anak
agar mereka tidak berasa terabai bagai melukut di tepi gantang. Di samping itu, ibu bapa hendaklah cakna
terhadap keperluan anak-anak dan menjadi “role model” kepada mereka. Hal ini demikian kerana ada peribahasa
menyatakan ke mana tumpah hujan dari bumbung, kalau tidak ke cucuran atap. Jika anak-anak persis
mutiara yang kerap digilap, mereka mampu menjadi modal insan acuan Malaysia yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang amat diperlukan oleh negara, agama dan bangsa. Tuntasnya, ibu bapa
merupakan individu yang amat berpengaruh dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak serta melahirkan
keluarga sakinah.

BENTUK PERENGGAN ELEMEN PIHAK SEKOLAH


Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam memerangi gejala ini (isu karangan).
Seperti yang umum ketahui, sekolah merupakan rumah kedua bagi generasi muda. Begitu juga dengan semua
lapisan masyarakat yang ada dalam di buana ini, sudah tentu akan melalui institusi persekolahan sebelum
meningkat dewasa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak sekolah amat dominan dalam membentuk sahsiah
1
diri masyarakat umum. Pihak sekolah hendaklah menitikberatkan nilai-nilai murni dalam pakej proses pengajaran
dan pembelajaran anak didikan mereka. Misalnya, nilai-nilai murni yang diterapkan melalui mata pelajaran
Pendidikan Moral, Pendidikan

Sivik dan KOMSAS. Para pendidik janganlah memandang enteng terhadap subjek-subjek tersebut. Sebaliknya,
mereka harus menggembleng anak didik dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh bak kata pepatah
Melayu genggam bara api, biar sampai jadi arang. Natijahnya, pihak sekolah akan sukses dalam melahirkan
pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai sikap berbudi bahasa yang menebal dalam sanubari. Dengan
itu, sudah tentu anasir-anasir jahat dapat dihapuskan dan terpadam dalam kamus kehidupan kita. Bukan itu sahaja,
para pendidik juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana, guru
kencing berdiri, murid kencing berlari. Dapat disimpulkan di sini, pihak sekolah juga memainkan peranan
penting dalam mengatasi masalah yang rumit ini.

BENTUK PERENGGAN ELEMEN PIHAK KERAJAAN


Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga berperanan dalam menangani permasalahan ini. Pihak kerajaan tidak
perlu berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja. Dalam situasi ini, pihak kerajaan bolehlah memaksimakan
penguatkuasaan undang-undang. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh bertindak tegas terhadap individu yang
melakukan pelanggaran terhadap undang-undang. Pihak kerajaan janganlah bersikap hangat-hangat tahi ayam
dalam menangani gejala ini. Akibatnya, masyarakat umum akan berani bertindak liar dalam melibatkan diri
dengan gejala sosial. Antara lainnya, pihak kerajaan bolehlah memanfaatkan pengangkutan awam sebagai
platform dalam mendidik dan menyedarkan masyarakat ke arah fiil positif. Contohnya, pihak-pihak tertentu
bolehlah melekatkan iklan-iklan ataupun cogan kata yang berunsurkan nasihat dan perkara yang berkaitan dengan
impak buruk jika melibatkan diri dengan gejala sosial. Iklan-iklan dan cogan kata tersebut bolehlah dilekatkan
pada dinding-dinding kenderaan awam seperti bas, LRT dan monorel. Kesannya, mesej yang hendak disampaikan
oleh pihak kerajaan tercapai sekali gus membantu dalam memerangi gejala sosial dalam kalangan masyarakat.
Jelaslah di sini bahawa pihak kerajaan memainkan peranan dalam membanteras masalah yang rumit ini.

BENTUK PERENGGAN ELEMEN MEDIA MASSA


Antara lainnya, pihak media massa juga bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini. Marcapada
menyaksikan pihak media massa berpaksikan hiburan kerana sikap yang haloba dan menginginkan keuntungan
semata-mata. Dalam membendung kemelut ini (isu karangan) pihak media massa harus bangkit dan cakna
terhadap isu yang mendukacitakan ini. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan masyarakat memilih
televisyen atau radio sebagai wahana untuk mengisi masa lapang. Contohnya, sekiranya pihak media massa
menyiarkan iklan atau drama berunsurkan amalan budi bahasa. Sedar atau tidak, amalan budi bahasa akan
terpahat dalam sanubari masyarakat. Sebagai contoh, lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” (lagu yang berkaitan
dengan isu karangan anda) yang didendangkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang sering dipaparkan di kaca
televisyen. Izharlah bahawa lagu ini bukan sekadar nyanyian sahaja tetapi intipati dalam lagu tersebut menjadi
amalan rakyat Malaysia. Natijahnya, anak-anak muda akan terpengaruh dan mengamalkan amalan budi bahasa
sekaligus dapat meminimakan bilangan masyarakat rosak akhlaknya. Tuntasnya, jika pihak media massa
memainkan peranannya dengan baik, sudah pasti masyarakat yang mempunyai sikap berbudi bahasa yang
menebal dalam diri dapat dilahirkan kelak. Janganlah bekerja seperti melepaskan batuk di tangga dan bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang hanya menginginkan keuntungan semata-mata.

BENTUK PERENGGAN ELEMEN DIRI SENDIRI


Diri sendiri juga memainkan peranan penting. Jika individu tersebut lemah keperibadian dan imannya,
sudah tentu mereka mudah terjatuh dan meniti ke lembah kebobrokan. Konotasi dominan dalam mengelakkan diri
daripada terpengaruh dengan anasir jahat ialah pegangan agama yang kukuh. Agama amat penting dalam
memantapkan pendirian seseorang individu. Bak kata peribahasa, kapal yang tiada nakhoda akan terumbang-
2
ambing hanyut dibuai ombak yang bergelora. Peribahasa tersebut izhar menunjukkan peri pentingnya pegangan
agama kepada kita. Dengan itu, seseorang individu tidak akan mudah terpengaruh dalam melibatkan diri dengan
gejala sosial (isu karangan anda). Selain itu, seseorang individu hendaklah bijak dalam memilih rakan sebaya.
Janganlah bertindak mengikut gerak hati kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sebaliknya, berhati-hatilah
seperti kata peribahasa, menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak
ketika memilih rakan sebaya. Jelaslah di sini, diri sendiri memainkan peranan penting dalam menangani masalah
ini.

BENTUK PERENGGAN ELEMEN PIHAK MASYARAKAT.


Akhir sekali, masyarakat umum juga berperanan dalam mengatasi kekangan ini. Masyarakat umum diseru
agar tidak mengamalkan pepatah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing untuk
kebaikan diri sendiri, bangsa dan negara. Masyarakat hendaklah peka dan cakna terhadap isu dan perkara yang
berlaku di sekeliling. Contohnya, terjumpa kelompok generasi muda yang sedang berkhayal dengan dadah.
(Berikan contoh bersesuaian dengan isu karangan). Dalam situasi ini, individu tersebut hendaklah bijak mengorak
langkah dengan melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Implikasinya, masalah yang rumit ini dapat di
atasi dan lenyap dari kamus kehidupan kita. Kata peribahasa menjaga tepi kain orang selalunya dipandang
negatif. Hakikatnya, jika difikirkan secara positifnya, pepatah ini amat penting dalam hidup bermasyarakat.
Contohnya, jiran tetangga harus cakna pergerakan anak-anak jirannya. Hal ini sedikit-sebanyak dapat membantu
jiran dalam mengatasi masalah-masalah yang wujud dewasa ini. Akhir kalam, masyarakat umum hendaklah
prihatin dan memainkan peranan baik dalam menangani masalah ini. Bersatu teguh, bercerai roboh.

BENTUK PERENGGAN PENUTUP


Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam menangani kekangan ini. Bak kata
peribahasa, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Janganlah berputus asa kerana tiada gunung tidak
dapat didaki, tiada lurah tidak dapat dituruni. Natijahnya, gejala sosial dalam kalangan masyarakat (isu
karangan) dapat dibendung sekali gus dapat mencapai hasrat umarak negara untuk mencapai wawasan perdana
2020, iaitu Malaysia menjadi sebuah negara maju, aman dan damai.

BENTUK PERENGGAN PENDAHULUAN


Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin bijak. Namun,
gejala ini (isu karangan) semakin menular ke seluruh pelosok buana. Isu ini merebak bagaikan virus epidemik
yang semakin hari semakin membimbangkan dan semakin mendapat perhatian semua pihak, tidak ketinggalan
juga para wartawan yang menginginkan topik hangat. Isu ini juga meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan
masyarakat. Saban hari, isu ini sering terpampang di dada-dada akhbar dan terdengar di corong-corong radio dan
televisyen. Fenomena ini amat mendukacitakan. Siapakah yang harus dipersalah? Apakah kesannya jika isu ini
tidak dibendung? Tepuk dada, tanya selera.

Frasa menarik dalam karangan


1. Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2. Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3. Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4. Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7. Alaf baharu - Masa terkini
8. Mutakhir ini - Pada masa kini
9. Seantero dunia - Seluruh dunia
10. Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11. Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
3
12. Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13. Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14. Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15. Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16. Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17. Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18. Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19. Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20. Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21. Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22. Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23. Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24. Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25. Landasan berfikir - Cara berfikir
26. Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27. Mengaibkan diri - Memalukan diri
28. Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29. Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30. Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31. Bacul - Tidak bersemangat
32. Badai kehidupan - Cabaran hidup
33. Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34. Berkongkalikung – Bersepakat
35. Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36. Praja - Kota / negeri
37. Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38. pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39. Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40. Nawaitu diri - Keinginan diri
41. Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42. privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43. Portfolio menteri - Tugas menteri
44. Pentas siasah - Dunia politik
45. Polemik - Bahas / debat / konflik
46. Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47. Linglung - Hilang ingatan
48. Falah - Kejayaan / kemenangan
49. interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50. bersilengah - Bersikap tidak tahu

(1)BULI
KARANGAN PUNCA BULI DAN LANGKAH MENANGANINYA

(T) Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal
insan negara bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh orang
remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,”begitulah ungkapan  retorik yang pernah dilontarkan oleh
bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu
pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. (I) Malangnya, dalam proses menongkah arus globalisasi
yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak
akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah gejala buli. Buli dapat
ditakrifkan sebagai perlakuan ganas yang mencederakan fizikal dan menjejaskan emosi dan mental seseorang
seperti memukul, membuli, mengugut dan sebagainya. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes buli
juvana telah meningkat sebanyak 11 kes pada tahun 2013 berbanding pada tahun 2012. Peningkatan ini
menyukarkan usaha negara untuk mencapai impian menjadi negara kelas pertama. Pelbagai usaha diambil oleh
kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifarkan kemelut sosial ini  tetapi usaha ini
4
hanya seperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini. (A) Tak tumbuh
tak melata, tak sungguh orang tak kata, jadi sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita
haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin
masakan pokok bergoyang.

(I) Punca dominan yang mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak mempunyai didikan agama yang
teguh. (M) Kebanyakan remaja pada hari mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan zaman dan
tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf globalisasi ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu bapa pada hari
ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi kerana ibu bapa
pada alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama tidak penting berbanding dengan pendidikan
akademik yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa hadapan. Sikap ini menunjukkan bahawa
terdapat ibu bapa yang semakin alpa akan tanggungjawab hakiki mereka dalam membesar, mengasuh dan
mendidik anak-anak mereka yang diumpamakan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan
tingkah laku anak–anak sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. (BA) Berlandaskan
sikap remaja dan ibu bapa yang sebegini maka tidak hairanlah anak-anak tidak mementingkan amalan solat yang
difardukan kepada setiap muslim walaupun solat itu tiang agama yang dapat mencegah kemungkaran. Mereka
beranggapan bahawa amalan ini membuang masa dan tidak membantu mereka untuk mencapai kejayaan duniawi.
Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja pada hari ini lebih bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-
mata seperti melibatkan diri dalam ‘Black Metal’. (K)Jika situasi ini berterusan sudah pasti keharmonian
masyarakat dan negara kita akan terjejas.Memetik kata-kata seorang tokoh cendekiawan, “Petanda runtuhnya
sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut mencintai hiburan.” Keimanan remaja yang senipis
kulit bawang menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhodalantaran mereka
tidak dapat membezakan dosa dan pahala lalu mereka akan bertindak untuk menyakiti dan mengasari individu
lain demi kepentingan dan keseronokan diri sendiri. (P)Tegasnya, didikan agama yang tidak mantap mampu
mendorong kepada penularan gejala buli di negara ini.

(I) Selain itu, kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin kepada gejala buli yang melanda di nusa
tercinta kita ini. (M) Intitusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi persefahaman antara pasangan
suami isteri. Sekiranya tiada persefahaman antara mereka sudah pasti bibit-bibit kasih sayang yang dipupuk
selama ini hilang sebagai akibat daripada sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan impak yang bakal
mengganggui kehidupan anak-anak pada hari mendatang. (BA) Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran dan
perceraian semakin meningkat bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya lagi. Menurut
kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian pasangan suami isteri Islam di
Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa 15 minit. Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk
memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian
daripada ibu bapa mereka. (K) Keadaan ini membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan
pembentukan personaliti remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja sanggup terlibat dalam gejala samseng ini
untuk menarik perhatian dan mendapatkan sekelumit kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa
dalam memikul tanggungjawab hakiki mereka. Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50
peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai konflik
keluarga. (P) Izharlah bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena buli remaja yang
ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak kata peribahasa Melayu, ‘orang lain makan
nangka, orang lain terkena getahnya’.

(I) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala buli semakin
menular dan kian serius bagai duri dalam daging di negara kita pada hari ini.(M) Hal ini dikatakan demikian
kerana remaja pada hari ini lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan guru-guru mereka. Tindakan
remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko dapat diumpamakan seperti kerbau
dicucuk hidung. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan
sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata mereka. Menurut Thrasher yang merupakan pelopor awal
tentang kajian buli mengutarakan bahawa pada peringkat awal remaja, golongan ini berkemampuan
untuk mewujudkan geng atau persatuan. Remaja yang masih berbau pucuk jerengau ini sanggup
mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan guru mereka daripada mengkhianati kumpulan mereka. (BA) Sebagai
contohnya, 8 orang pelajar tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengugut guru asrama
dengan menggunakan parang. Kumpulan pelajar ini sanggup bertindak demi melepaskan kemarahan dan
5
berseronok-seronok tanpa memikirkan impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. (K) Ekoran sikap remaja
yang tersalah memilih rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti
membuli . Hal ini dapat dikaitkan dengan petikan sebahagian daripada hadis nabi yang bermaksud, “Jika
berkawan dengan tukang besi maka percikan api akan terkena pada tubuhmu.” (P) Pendek kata, pengaruh dan
tekanan daripada rakan sebaya turut mejadi penyebab kepada kemelut buli semakin sukar ditangani.

(I) Dalam konteks yang sama, punca yang lain ialah pengaruh media yang berteknologi tinggi.(M) Pada alaf
modenisasi dan globalisasi ini, pertambahan bilangan dan jenis media berteknologi tinggi seperti rangkaian
televisyen dan internet semakin pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Penggunaan media berteknologi
ini kebanyakannya dikuasai oleh golongan remaja yang masih mentah. Kajian melaporkan bahawa 80 peratus
anak-anak melayari Internet. Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai status negara maju, rakyat
sesebuah negara itu perlu memajukan diri dengan perkembangan semasa seiring dengan kehendak pasaran dunia.
Malangnya, kemajuan yang dikecapi pada hari ini turut merosakkan pemikiran dan akhlak remaja di negara
kita. (BA) Terdapat banyak media berteknologi tinggi yang mendedahkan pelbagai budaya luar dan aksi-aksi
ganas yang mampu menjahanamkan peribadi dan sahsiah remaja yang masih berumur setahun jagung. Sebagai
contoh, filem Buli, ‘Gengster’, KL Menjerit dan rancangan ‘WWF Smack Down’ telah membudayakan amalan
samseng dalam kalangan remaja yang masih hijau. Penerbitan filem dan rancangan yang berunsurkan keganasan
yang sememangnya bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia ini disebabkan oleh sikap penerbit
yang bersikap materialistik dan ingin mengautkan keuntungan peribadi daripada mengutamakan kepentingan
sejagat. Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri ini dapat diumpamakan bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. (K) Kesannya, remaja akan meniru dan mengikuti aksi-aksi yang ditontoni
tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka. Mereka yang sentiasa didorongi oleh semangat inkuiri akan
melakukan gengsterisme terhadap orang lain seperti memukul dan mengugut untuk melihat keberkesanan
rancangan yang ditontoni oleh mereka.  (P) Ringkasnya bahawa pengaruh negatif yang dibawa oleh media
berteknologi tinggi juga menjadi pemangkin kepada kemelut sosial ini kepada ibu pertiwi kita.

(I) Dari perspektif yang berbeza pula, peraturan sekolah yang lemah turut menyebabkan masalah buli dalam
kalangan remaja kian bermaharajalela dan merebak dengan pantas bagaikan virus epidermik. (M) Keadaan ini
terjadi apabila terdapat sesetengah pihak sekolah pada hari ini lebih mementingkan pencapaian akademik dan
lebih berorientasikan peperiksaan. Bagi mereka, pencapaian kecemerlangan pelajar dari aspek akademik menjadi
kayu pengukur kepada prestasi kecemerlangan sekolah. Sekiranya hal ini terjadi sudah pasti pihak sekolah akan
hilang fokus untuk menangani kes-kes pelajar sekolah dan tidak menganalisis kesalahan pelajar yang dilaporkan
seperti kes buli yang kian hari kian bernanah di persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga tidak mengenakan
peraturan dan hukuman yang tegas kepada pelajar-pelajar yang melakukan keganasan pelajar lain dan sikap pihak
sekolah ini dapat diumpamakan seperti singa yang hilang taringnya. (BA) Sebagai misalannya, lebih kurang 20
orang pelajar di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka bergaduh di kantin sekolah dan
memukul sesama sendiri menggunakan kerusi. Kejadian ini membuktikan bahawa kumpulan pelajar ini
memantang enteng dan tidak gerun dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. (K) Sehubungan dengan
itu, impian Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang holistik akan terkubur sekiranya gejala
gengsterisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja yang rata-ratanya merupakan pelajar sekolah. Bukan itu
sahaja, kepercayaan ibu
bapa terhadap pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti turut akan terjejas. (P) Jadi,
ketidaktegasan peraturan dan sikap pihak sekolah juga antara punca yang menyebabkan gejala buli dalam
kalangan remaja semakin sukar diatasi.

(K) Secara analoginya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak punca yang menjadi
pemangkin kepada penularan gejala buli dalam kalangan remaja di negara kita. Jika kemelut sosial yang
melanda  remaja di negara kita ini tidak dapat dihapuskan, remaja yang merupakan jentera penggerak kemajuan
negara  tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk memacu pembangunan
negara. Dengan ini, segala aspirasi negara hanya sekadar omongan kosong semata-mata dan akan menjadi angan-
angan Mat Jenin.(CDGN) Jadi, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri
dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubah suai selaras dengan zaman
globalisasi. Namun begitu, tindakan mengharapkan satu pihak untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata
tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal
6
batasan usia dan status haruslah mengorak langkah untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi
masalah ini sehingga noktah terakhir. (HRPN) Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan. Secara implisitnya, negara
kita dapat berdiri gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero
dunia. Imej negara juga akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat
kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya. Ahli filsuf Tao pernah menukilkan bahawa jika mahu hidup
setahun tanamlah gandum, jika mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika mahu hidup selama-
lamanya tanamlah jiwa manusia. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah
masa depan mutiara negara yang berharga ini terus terpelihara demi kebaikan bersama.

Langkah-langkah merealisasikan gejala buli sifar di sekolah

Pendahuluan:
Tema : Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang
supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Secara umumnya,buli turut di definisikan sebagi perbuatan
negatif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali
keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.
Isu: Seperti yang sedia maklum ,masalah buli kini semakin hari semakin hangat diperkatakan dan telah menjadi
suatu perkara yang membimbangkan di Malaysia. Sebagai contohnya,baru-baru ini telah berlaku kejadian buli di
Maktab Tentera Darat. Kes buli ini telah menjadi isu besar yang mengakibatkan kematian pelajar lelaki tingkatan
4 dipercayai dibuli oleh senior-seniornya. Jadi, kes ini perlu diambil berat supaya tidak berleluasa.
Arahan: Sebelum kudis menjadi tokak, langkah-langkah yang pragmatik dan efektif perlu diambil segera untuk
membendung fenomena ini daripada berleluasa.

Isi 1
I – memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak sejak kecil lagi – melentur buluh biarlah dari
rebungnya (U)
M - unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang
manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di akhirat nanti
Ba – ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengerjakan solat – solat itu tiang agama yang dapat mencegah
kemungkaran
K – Anak-anak tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh
mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.
P – Pendidikan agama merupakan perisai yang paling ampuh untuk menangkis gejala negatif seperti kes buli

Isi 2
I – Peranan media massa
M – merupakan wahana yang berkesan untuk mendidik manusia / berupaya mempengaruhi tingkah laku dan
pemikiran manusia
Ba - Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk
meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita
dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan
iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.
K – di samping memberikan hiburan, media massa dapat menyifarkan gejala buli dalam masyarakat
U – serampang dua mata / sambil menyelam minum air
P – Tanggungjawab sosial media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak juga
amat penting dalam menangani masalah buli

Isi 3
I – Peraturan yang tegas
M – memberikan keinsafan kepada pembuli dan menjadi pengajaran kepada orang ramai – yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan (U)
Ba –hendaklah dilaksanakan tanpa ‘memilih bulu’ dan tegas - haruslah telus dalam mengendalikan kes buli –
memberikan kaunseling, memanggil ibu bapa, merotan atau dibuang sekolah

7
K – dapat membanteras kes buli hingga tahap sifar di samping dapat menjamin keselamatan pelajar di kawasan
sekolah untuk menimba ilmu
P – Tindakan pihak sekolah dalam mempamerkan kekuasaannya dengan menetapkan peraturan tegas dapat
membendung kemelut ini.

Isi 4
I – kempen kesedaran oleh pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO)
M – menyedarkan masyarakat akan isu buli - memberikan pendedahan ilmu kepada ibu bapa dan guru agar
mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak
Ba - menganjurkan program-program kesedaran kepada kelompok-kelompok tertentu seperti ibu bapa, golongan
pendidik dan remaja secara berterusan dan bukannya bermusim bagaikan hangat-hangat tahi ayam (U) – contoh
kempen kesedaran – ‘Katakan Tak kepada Buli’ atau ‘Benci Buli, Rakyat Maju’
K – memberikan kesedaran secara berterusan – mangsa buli dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif dan
drastik dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa
U – sediakan payung sebelum hujan
P – kempen kesedaran dapat menyifarkan masalah buli

Penutup
Kesimpulan isi-isi – banyak langkah yang dapat diimplementasikan – sekolah dapat melahirkan modal insan
yang berkualiti jika pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan harmoni.
Cadangan – tidak seharusnya mengharapkan usaha pihak berautoriti sahaja – perlu berganding bahu ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Harapan / pujukan - berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang
nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia – duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi

(2) PERMAINAN TRADISIONAL


Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahan untuk tatapan generasi akan datang.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

RANGKA KARANGAN
ELEMEN 1 ELEMEN 2
Peranan Pelbagai Pihak Memartabatkan permainan tradisional
(Kesan / Kebaikan)
Ibu bapa - suri teladan - membelikan anak-anak dapat mewarisi permainan tersebut
permainan tradisional - menurunkan ilmu daripada ibu bapa / nenek moyang mereka
cara-cara bermain - cth, gasing, congkak dan tentang teknik-teknik atau cara-cara bermain
wau.

Sekolah - menganjurkan kelab permainan pelajar dapat  mendominasi permainan


tradisional - menyediakan lebih banyak alatan tradisional dan dapat melahirkan pelapis
tradisional  - menjemput pihak luar yang muda yang mahir dengan permainan ini
mahir dengan permainan tradisional - cth,
mengenal nama permainan, cara bermain.

Media massa - menghebahkan permainan menaikkan imej negara serta negara luar akan
tradisional melalui surat khabar, televisyen, tertarik dengan negara kita
majalah, radio dan internet - menyiarkan iklan
- cth, layang-layang tercantik, teng-teng,
congkak

Kerajaan - menubuhkan pusat permainan generasi muda  kini dapat melestarikan


8
tradisional - mengadakan karnival - permainan tradisional sebagai warisan serta
mengadakan kempen - cth, festival layang- permainan tradisional akan menjadi popular
layang antarabangsa, jom main permainan dan dikenali seantero dunia.
tradisional

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, ini adalah peribahasa yang perlu kita jadikan pegangan dan
panduan dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai permainan budaya yang sudah diamalkan oleh
sesuatu masyarakat untuk satu tempoh tertentu. Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa permainan
tradisional semakin ditelan zaman seiring dengan  arus pemodenan masa kini. Pada masa yang sama, permainan
elektronik semakin diagung-agungkan dalam kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks ini, permainan
tradisional semakin dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh permainan elektronik yang
semakin mendapat tempat di hati masyarakat seantero dunia. Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk
melihat satu-satunya warisan daripada nenek moyang kita hilang begitu sahaja secara perlahan-lahan tanpa kita
sedari, ibarat daun kering yang terbang ditiup angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat sekarang
semakin jatuh jauh ke dalam kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa kita sedar atau tidak banyak
mendatangkan keburukan berbanding kebaikan bagi seseorang itu sendiri. Persoalan yang sering menerjah dan
menerawang di gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan lagi
permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia? Antara peranan pelbagai pihak yang boleh dilakukan
ialah menganjurkan kelab permainan tradisional dan mengadakan kempen untuk mengangkat martabat permainan
tradisional ke satu tahap yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian, pelbagai prakarsa yang konkrit, sistematik
lagi pragmatik akan dikupas serta dibugar dengan lebih terperinci demi kemaslahatan semua pihak yang
masih tercari-cari tongkat mereka untuk dijadikan panduan.

Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam
usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya anak-anak. Sebagaimana
yang kita ketahui, ibu bapa sering menjadi suri teladan untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa.
Hal ini adalah kerana, setiap perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak seperti peribahasa bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membelikan anak-anak permainan tradisional sebagai
hadiah atau buah tangan sekiranya ibu bapa pulang dari bekerja di luar daerah seperti congkak dan gasing. Dalam
konteks ini, ibu bapa boleh menurunkan ilmu yang dipelajarinya satu ketika dahulu kepada anak-anak mereka.
Pada masa yang sama, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan permainan
tradisional. Peribahasa yang berkaitan dengan hal ini ialah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Secara
langsung, anak-anak dapat mewarisi permainan tradisional daripada ibu bapa mereka tentang teknik dan cara-
cara bermain. Sekiranya, ibu bapa memainkan peranan mereka maka, permainan  tradisional ini akan kekal
sepanjang zaman walaupun sudah berdekad lamanya. Tegasnya, peranan ibu bapa amat signifikan dalam usaha
untuk memperkenalkan permainan tradisional yang semakin ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi
ke generasi.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan pihak sekolah juga merupakan salah satu usaha yang
penting untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam konteks ini,
pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah supaya pelajar lebih mengenali dan meminati permainan
tradisional kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab
permainan tradisional sejak dari awal lagi supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Dalam
hal ini, untuk menarik minat pelajar menyertai program-program yang dianjurkan, pihak persatuan boleh
menjemput tetamu dari luar  yang mahir dalam permainan tradisional untuk membimbing mereka tentang cara
dan teknik bermain permainan tradisional yang betul. Secara langsung, para pelajar dapat mendominasi
permainan tradisional dengan lebih baik lagi kerana jauhari juga yang mengenal manikam. Tambahan pula, pihak
sekolah boleh mengadakan acara dan pertandingan yang menarik yang boleh disertai oleh para pelajar dan guru.
Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak alatan permainan tradisional yang
boleh digunakan di sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk menggunakan alatan permainan tradisional.
Secara tidak langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan permainan tradisional dan mengekalkan
warisan bangsa dalam diri setiap pelajar. Begitu juga halnya dengan pengekalan permainan tradisional yang perlu

9
ditekankan oleh setiap pihak agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Izharlah bahawa, pihak
sekolah mestilah memainkan peranan untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di
Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ialah media massa perlu memainkan peranan yang
tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Umum mengetahui bahawa, media massa merupakan satu medium yang sentiasa menguar-uarkan
sesuatu berita dengan cepat, tepat dan sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak media massa boleh menghebahkan
tentang permainan tradisional melalui surat khabar, majalah,radio, internet dan televisyen. Tambahan pula, media
massa boleh menganjurkan pertandingan melalui program seperti jom heboh dengan tawaran hadiah yang
lumayan. Yang paling nyata ialah apabila media massa memaparkan iklan-iklan yang menarik mengenai
permainan tradisional kita maka, masyarakat dari negara luar akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam
tentang permainan tradisional ini. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa media massa mampu
mendominasi seluruh masyarakat di setiap ceruk rantau dunia. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah sukan sepak takraw yang kini telah diangkat sebagai salah satu acara sukan yang
dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu piala dunia. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa negara luar
seperti Thailand kini telah menguasai sukan sepak takraw dan mampu menandingi Malaysia. Impaknya, media
massa yang memaparkan sukan ini dapat mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
seantero dunia tanpa mengira perbezaan latar belakang, agama, bangsa dan negara. Jelaslah bahawa, media massa
perlu bergerak dengan lebih giat lagi dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional yang diwarisi
secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia agar diangkat lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa dan
membuka mata dunia tentang keistimewaan negara yang bernama Malaysia.
       
Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan peranan yg penting dalam mengekalkan permainan
tradisional. Beritik tolak daripada itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
dapat mengekalkan permainan tradisional dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri
dan kebangsaan. Sebagai analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih mendalam
tentang permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman. Pada masa  yang sama, pihak
kerajaan boleh memperluaskan permainan tradisional negara Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa.
Melalui cara ini, rakyat dapat membuka mata bahawa permainan tradisional juga dapat dibawa ke peringkat
antarabangsa dan mendapat perhatian di mata dunia. Sebagai contohnya, permainan wau dan layang-layang.
Tambahan pula, ramai pelancong asing melawat ke Malaysia untuk melihat pertandingan layang-layang yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban tahun.  Secara eksplisitnya, rakyat Malaysia tidak mudah untuk
melupakan permainan tradisional yang semakin pudar di mata rakyat. Dalam konteks  ini, pihak kerajaan boleh
memperkenalkan program Cintai Permainan Tradisional agar rakyat mampu menyelami dan mempelajari
permainan tradisional dengan lebih mendalam. Dengan cara ini, permainan tradisional tidak akan mudah terhakis
pada zaman akan datang. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan permainan tradisional yang
diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia hingga ke tahap antarabangsa.     

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirul kalam seluruh masyarakat Malaysia
tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti permainan tradisional ini lenyap terus
daripada muka bumi ini. Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu
ini akan dapat ditangani oleh masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini akan tetap diamalkan dari
generasi ke generasi akan datang. Tambahan pula, kita sebagai pewaris khazanah negara tidak mungkin akan
membiarkan permainan tradisional ini terus menjadi sejarah yang hanya diketahui namanya sahaja dan tiada siapa
pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik bermain permainan tradisional untuk diturunkan kepada generasi
pada masa akan datang. Bertitik tolak daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil inisiatif
yang pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat memanifestasikan generasi pewaris negara yang tidak akan
melupakan warisan mereka seperti kacang lupakan kulit. Dalam konteks ini, generasi sekarang perlulah
memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat menyanjungi dan menghargai warisan negara sejak dari
rebungnya lagi. Pada masa yang sama, masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan
warisan negara ini sentiasa terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur dihati, fikiran dan
diri masyarakat itu sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu daripada semua pihak dan
bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja. Kendatipun
demikian, kita masih perlu menjangkau sehabis tangan bagi mempertahankan khazanah warisan tinggalan nenek
10
moyang kita yang ulung ini agar tidak dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah kita sama-sama menjangkau
sehabis tangan untuk mencorakkan masa depan negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi
dan visi kudsi Wawasan 2020.

(3) TEKANAN EMOSI

Tekanan Emosi merupakan bebanan yang melibatkan perasaan dan berkait rapat dengan fizikal dan rohani
seseorang. Peningkatan yang semakin membimbangkan ini juga menimbulkan kebimbangan penduduk dimalaysia
hari ini mahupun sejagat. Bagaimanakah kita hari ini menangani Tekanan Emosi  yang boleh memporak-
perandakan kehidupan dan seterusnya mencari kaedah terbaik merawat tekanan emosi sehingga ke akar umbi.
Sebagai seorang pelajar,kehidupan di sekolah mahupun institusi pengajian juga boleh menimbulkan tekanan
terhadap pelajar. Dengan itu,pelajar seharusnya mencari iktibar dan ikhtiar yang telus menangani masalah ini.
Senaraikan punca-punca Tekanan Emosi
Salah satu punca berlakunya stress dikalangan pelajar adalah bebanan kerja rumah yang  menimbun dan
mengamalkan budaya menangguh :
 Langkah pertama ,sediakan sekeping nota dan catatkan semua urusan yang melibatkan aktiviti sekolah
seperti,mesyuarat berkumpulan,aktiviti berkawat dan kelaskan setiap urusan yang mengambil masa dan
kepayahan ,selesaikan satu persatu mengikut waktu yang ditetapkan.
 Tetapkan masa yang sesuai untuk menyelesaikan kerja rumah yang diberi,pastikan ruangan tersebut tidak
sibuk. Sewaktu mengulangkaji,pastikan anda merehatkan mata selang beberapa minit dengan melihat
tumbuhan hijau atau sekadar mengelipkan mata .
 Perancangan yang telus dan berjaya akan membantu mengurangkan tekanan emosi dan  mengurangkan
kehilangan tenaga.
Makan secara sihat dan bersenam
 Makanlah secara sihat,ikut waktu yang ditetapkan dan jauhkan makanan yang tidak sesuai
seperti,makanan berlemak,makanan ringan, minuman berais serta berkarbonat.
 Amalkan senaman ringan diwaktu pagi dan petang,berjalan kaki selama 15 minit sehari membantu
pelancaran darah dan membakar lemak. Hindarkan senaman yang keterlaluan.
Aktiviti riadah
 Luangkan masa untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukan sesuatu yang anda suka
selama sejam atau rehatkan diri daripada perkara yang menyebabkan anda tertekan.
 Dengar lagu kesukaan,bersiar-siar ditaman,membonceng motosikal atau basikal. Menonton wayang
bersama sahabat. Beri makanan kepada haiwan peliharaan dan bermain dengan haiwan peliharaan juga
membantu mengurangkan stress.
Justeru itu,adalah penting bagi pelajar untuk bijak mengatur masa supaya meraka tidak terbeban dengan tekanan
kerja rumah,dan seperkara lagi yang harus pelajar utamakan adalah tidur yang cukup,masa tidur  yang disarankan
adalah 7-8 jam bagi orang dewasa dan remaja.

(4) DEMAM DENGGI


Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan
negara kerana bilangan kes yang sentiasa meningkat saban tahun. Huraikan langkah-langkah yang patut diambil
untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak.

Pendahuluan
Mencegah lebih baik daripada merawat. Sama ada kita sedar mahupun tidak, pepatah ini acap kali
meniti di bibir semua lapisan masyarakat pada masa ini . Namun, tanpa kita sedari, masyarakat sekarang hanya
mengambil sikap endah tidak endah akan pepatah yang membawa maksud begitu mendalam ini. Mereka hanya
memandang sebelah mata betapa bahayanya penyakit demam denggi dan tidak sama sekali mengambil langkah
drastik bagi membendung masalah demam denggi ini. Sesungguhnya, menurut Datuk Seri S. Subramaniam
selaku Menteri Kesihatan Malaysia, statistik penyakit demam denggi semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Penyakit ini benar-benar membimbangkan semua lapisan masyarakat lantaran risikonya yang tinggi iaitu
boleh mendatangkan maut. Lantaran itu, pihak kerajaan, mahupun badan-badan bukan kerajaan yakni NGO
haruslah bekerjasama dengan anggota masyarakat bagi membanteras penyakit demam denggi ini bak kata pepatah
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

11
Rangka karangan: Idea-idea (langkah-langkah):-
1. Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan dan lain-lain menjalankan kempen
kesedaran kepada setiap anggota masyarakat yakni betapa bahayanya penyakit demam denggi, cara-cara
mencegah dan kempen gaya hidup sihat.
2. Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, menanam bekas-bekas takungan, tayar-
tayar buruk, menimbuskan kawasan takungan air dll.
3. Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Kesihatan sering mengadakan pemeriksaan tempat pembiakan
jentik-jentik aedes di premis-premis seperti pejabat, kilang, kedai-kedai, serta kawasan perumahan.
4. Mengggerakkan tindakan susulan segera di kawasan-kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat wabak denggi
merebak, seperti penyemburan ubat antiaedes, mengkurantin pesakit-pesakit demam denggi dan rawatan secara
klinikal.
5. Menjalankan kempen kebersihan alam sekitar.
6. Pihak berwajib sentiasa membuat penyeliidikan tentang teknik pencegahan denggi dan penciptaan ubat
rawatan penyakit demam denggi yang lebih mujarab.
7. Menggubal undang-undang kawalan dan pencegahan aedes yang lebih berat dan meningkatkan pelaksanaan
dan penguatkuasaan undang-undang berkenaan.
8. Memerkasakan pendidikan kesihatan di sekolah agar semua pelajar mempunyai tahap kesedaran yang tinggi
tentang kesihatan dan penjagaan kesihatan.
9. Menambahkan jumlah petugas bahagian kawalan vektor di Kementerian Kesihatan.
10. Menambahkan kemudahan rawatan dan kepakaran di hospital-hospital kerajaan dan swasta.
11. Mengawal pembiakan nyamuk aedes secara ekologi.
12. Menaik taraf sistem perparitan di bandar-bandar yang menjadi tempat pembiakan jentik-jentik aedes.
Ungkapan Bahasa Menarik:-
Mencegah itu lebih baik daripada merawati.
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Hangat-hangat tahi ayam
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

(5) SEMANGAT PATRIOTIK


Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan

PENDAHULUAN
-Memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah rendah lagi
-Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
-Memasukkan nilai-nilai patriotik dalam pembelajaran mereka juga

ISI-ISI
-Mendedahkan kisah-kisah perjuangan para pahlawan negara
-Menyuntik semangat bangga dan syukur

-Membuat kempen secara besar-besaran melalui media massa


-Pertandingan nyanyi-nyanyian
-Pertandingan esei

-Melawat tempat-tempat bersejarah


-Melahirkan semangat perjuangan untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh
-Tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah negara
ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris

-Mendedahkan lagu-lagu patriotik


-Menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara
-Mengadakan pertandingan esei

12
-Menyelitkan nilai cinta kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama dan tolong-
menolong
-Menyuntik semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar
-Mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara

PENUTUP
-Memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja amat penting kerana takut remaja kini akan tidak
menyayangi negara kita
-Menghargai tokoh-tokoh yang telah berjuang demi negara kita selama ini
-Mengelakkan negara menjadi kucar-kacir

13

Anda mungkin juga menyukai