Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN YDP PIBG SMK JATI,

ENCIK MOHAMAD KHAIRY BIN MAT YUSSUF


SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2022

Terima kasih diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis,


bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabil alamin wassolatu
wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasibihi
aj’main.

Yang Berbahagia Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud,


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber
Manusia. Yang Berbahagia _____________________________,
wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara, Yang
Berusaha Tuan Hj Rahman Bin Mustar, Pengetua SMK Jati, Guru-
guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, guru-guru, ibu bapa/
penjaga, dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Satu


Malaysia.

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dapat bersama-


sama dalam Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini. Saya amat
mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Encik Ahmad Saidi
bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia dan
___________________________, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah
Kinta Utara dalam Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini. Di
sebalik kesibukan tugas, YB Exco Pendidikan dan Tuan PPD dapat
juga hadir ke majlis yang telah dirancangkan ini. Kami berasa
berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan atas sokongan dan keprihatinan YB Exco Pendidikan
dan Tuan PPD terhadap kami. Bagi pihak PIBG sekolah, saya
yakin dengan kehadiran YB Exco Pendidikan dan Tuan PPD akan
dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat
untuk melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan.

Hadirin sekalian,

Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan


dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan
sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina
personaliti yang cemerlang. Pendidikan adalah bidang dinamik
serta penuh cabaran di mana pendidikan menuntut perancangan
strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera
pelaksana yang cekap. Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh
dengan tuntutan perubahan selaras perkembangan global dan
regional /serantau. Antara cabarannya adalah melestarikan tahap
profesion dan menjadikan kualiti perkhidmatan serta
kecemerlangan sebagai identiti. Negara akan kehilangan daya
saing, ketinggalan atau terpinggir dari kemajuan global jika bidang
pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan dengan
cekap dan berkesan.

Tahniah, saya ucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya


mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang
dicapai pada masa sekarang akan menjadi pendorong dan pencetus
budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang
pada masa hadapan.

Hadirin yang dihormati yang dihormati sekalian,

Selaku YDP PIBG pandangan dan pemikiran membina ke arah


membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak
kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan amat
diperlukan. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan adalah
kebanggaan saya. Saya suka menyentuh beberapa isu utama yang
perlu diberi perhatian oleh kita sebagai waris SMK Jati. Kita yakin,
tanpa disiplin yang tinggi, pasti kejayaan dan kecemerlangan tidak
akan tercapai. Kita juga mesti sedar, kebanyakan sekolah juga
tidak terlepas daripada ledakan isu-isu yang berkaitan murid-
murid. Ibu bapa/ penjaga semestinya sedar dan prihatin mengenai
masalah ponteng, datang lambat ke sekolah, buli, melawan guru,
personaliti diri dan seumpamanya. Walaupun masalah ini bukan
sesuatu yang serius di sekolah ini, keperihatinan para waris akan
menatijahkan sesuatu yang bermakna untuk sekolah. Saya percaya
di bawah kepimpinan dan keprihatinan Tuan PPD dan Tuan
Pengetua, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang
dalam semua aspek.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi


kepada YB Exco Pendidikan, Tuan PPD, Tuan Pengetua, Ahli
Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah
Cemerlang, ibu bapa/ penjaga dan hadirin yang dihormati sekalian
atas kesudian bersama-sama berada dalam majlis kita pada hari ini.
Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan
silap. Apa-apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang
ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.

Wabillahi taufiq wal hidayah wasalammualaikum Warahmatullahi


wabarakatuh. Sekian, Terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai