Anda di halaman 1dari 1

RISKI LEGACY ENTERPRISE

(JM0955165-U)
NO A2, LOT 2652, JLN GOMBAK BT 6 1/4, KG KERDAS, 53100 GOMBAK, WILAYAH
PERSEKUTUAN
Telp: (60) 13 929 8874 Email: Riski.enterprise@gmail.com

Kepada:

Para Pelanggan Yang Dihormati,

PER: PENGUMUMAN PERUBAHAN HARGA PRODUK

Merujuk kepada perkara di atas, bermula 12 Julai 2022 Gerai Embun Harmonis akan
menaikkan harga beberapa jenis produk Kuih Tradisional Melayu, Lontong, dan Mee
Kari. Ini berikutan kerana kenaikan harga bahan mentah utama yang tidak dapat dielakkan.
Ini merupakan satu keputusan yang tidak mudah untuk pihak kami, dan sungguhpun kami telah
mengambil pelbagai langkah bagi mengelakkan kenaikan harga, namun disebabkan kenaikan
mendadak harga bahan mentah dalam tahun ini, kami tiada pilihan selain melakukan
peningkatan harga produk.
Disini kami senaraikan harga baru produk kami untuk rujukan pihak tuan/puan.

• Kuih Tradisional Melayu dari 50sen sebiji naik ke 60sen sebiji


• Pulut Panggang dari RM1.00 sebiji naik ke RM1.20 sebiji
• Tauhu Bergedil dari RM3.50 setiap pek naik ke RM4.00 setiap pek
• Lontong dari RM4.00 setiap bekas naik ke RM4.50 setiap bekas
• Mee Kari dari RM4.00 setiap bekas naik ke RM4.50 setiap bekas
Kami amat menghargai sokongan anda selama ini dan berharap agar anda memahami bahawa
tindakan untuk menaikkan harga produk adalah diperlukan. Pihak kami sentiasa memastikan
produk yang ditawarkan adalah berkualiti dan dengan harga yang terbaik.

Terima Kasih,

MUHAMAD RISKI BIN RISWANDI


Pengurus

Anda mungkin juga menyukai