Anda di halaman 1dari 2

Jati Diri Anak-Anak Bermula Di Rumah

Jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa,budaya,agama dan
sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu ,sesuatu
bangsa dan sebagainya ,atau disebut jua identiti.Remaja merujuk kepada golongan manusia
yang berumur 12-21 tahun atau 13 atau 25 tahun,golongan ini sentiasa mempunyai perasaan
ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.Institusi keluarga
merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan seterusnya
membentuk sebuah Negara.

Dalam era globalisasi, keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam
sesebuah masyarakat. Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam
sistempendidikan anak-anak. Ini berdasarkan pada hubungan rapat mereka dengan anak-anak.
Adalah tidak dapat dinafikan anak-anak menghabiskan masa di rumah bersama-sama
ibubapamereka.Hubungan yang intim ini pastinya dapat menghasilkan yang baik terutama di
segi pembentukan jati anak-anak itu sendiri. Pengisian ilmu keibubapaan yang merangkumi
tanggungjawab suami, isteri dan anak-anak serta batasan-batasanhak mereka ini diharapkan
dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah kerana pengetahuan agama dan moral
dalam keluarga dapat membentuk sahsiah atau disiplin anak-anak.Kita sedia maklum disiplin
yang kukuh adalah pencerna kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak.

Apa itu rumah yang menjadi syurga dalam keluarga? Tidak lain dan tidak bukan ialah
keluarga yang bahagia. Dalam hal ini, ibu bapa amat berperanan dalam melahirkan keluarga
yang harmoni, aman dan damai. Oleh itu, ibu bapa harus peka dan faham serta mempunyai
iltizam terhadap insan yang utuh dari segi emosi, akhlak dan moraliti dalam mengharungi
ranjau serta liku yang sentiasa menghambat kesejahteraan keluarga. Anak-anak yang
membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara positif
dalam membina diri mereka. Mereka juga lebih tenang dan lebih senang menerima pelajaran
bagi memastikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Mereka tidak akan mencari
jalan lain untuk mencari hala tuju kerana mereka sudah ada keluarga bahagia yang menjadi
tulang belakang mereka.

konklusi yang dapat dibuat ialah sukar untuk menafikan bahawa kecemerlangan ibu
bapa menjadi modal insan yang utama untuk menjana jati diri anak-anak. Oleh yang
demikian, ibu bapa tidak boleh menjadi seperti ketam mengajar anak-anak berjalan lurus
tetapi sahutlah laungan pemimpin negara kita iaitu ‘kepimpinan melalui teladan’. Sebelum
nasi menjadi bubur, atau jika tidak mahu tanam padi tumbuhnya lalang.

Anda mungkin juga menyukai