Anda di halaman 1dari 2

ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA : LIBERALISME

KESAN PENYELEWENGANNYA TERHADAP INDIVIDU & MASYARAKAT MUSLIM

AKIDAH : Mampu menggugat akidah umat Islam kerana mereka berfahaman bahawa
tiada hukum-hakam yang boleh menggelincirkan iman seseorang. Bagi mereka,
seseorang muslim yang membenarkan di dalam hati dan mengaku di lidah telah
dikira kekal beriman dengan sempurna walaupun mereka tidak mengamalkan syariat
Islam seperti kewajipan solat, zakat. puasa dan haji. Malah sekiranya seseorang
melakukan sesuatu amalan yang terang-terangan mensyirikkan Allah seperti
menyembah berhala dan sujud pada matahari, dia tetap dianggap mukmin selagi
mana tidak mengiktikadkannya perbuatan tersebut di hati.

IBADAH : Konsep ibadah juga tidak akan mempunyai apa-apa erti. Ini kerana ia
hanya mementingkan pengakuan hati dan lidah sedangkan ibadah meliputi pelbagai
amalan zahir yang menjadi lambang ketundukan, kehinaan dan ketaatan manusia
sebagai hamba Allah SWT. Ibadah solat, zakat, puasa dan haji kesemuanya adalah
ibadah zahir yang wajib dilakukan oleh setiap hamba bagi membuktikan keimanan
mereka kepada Allah SWT. Ia adalah matlamat dan tujuan mereka diutuskan di
muka bumi ini.

AKHLAK : Akhlak individu tersebut akan menjadi tidak baik dan akan banyak
melakukan perkara-perkara mazmumah. Hal ini kerana, mereka sudah bebas
melakukan semua perkara tanpa ada batasan.

SOSIAL : liberalisme memberikan makna ke atas prinsip kesamarataan. Ia amat


berkait rapat dengan kecenderungan perjuangan golongan feminis, iaitu prinsip
persamaan jantina. Ini seterusnya membawa kepada lahirnya istilah gender,
kepupusan kawalan sosial terhadap seseorang dan runtuhnya institusi
kekeluargaan. Keluarga yang mempunyai kawalan mutlak terhadap kebebasan
anak-anak mula terhakis apabila merasakan anak-anak perlu diberikan kebebasan.
Anak yang berkerjaya menjadikan ikatan kekeluargaan semakin longgar atas
desakan kesibukan masa dan keperluan profesional. Inilah namanya kebebasan,
dan akhirnya kebebasan itu menjerat kebebasan orang lain. Harga sebuah
kebebasan itu menjadi terlalu mahal, dan ada kalanya melanggar kebebasan orang
lain.

EKONOMI : liberalisme menggalakkan kepada ekonomi pasaran terbuka yang di


mana lebih bebas sehingga boleh sahaja menipu dan mengeksploitasi masyarakat
muslim dalam urusan perniagaan dan perdagangan antarabangsa.

POLITIK : Kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini akan terhakis sedikit
demi sedikit demi memenuhi tuntutan mereka yang menafikan kelebihan atau
keistimewaan mana-mana agama. Agama akan menjadi tidak lebih melainkan
urusan peribadi masing-masing dan mustahil untuk dijadikan sebagai undang-
undang (syariah) kerana ketika itu yang wujud hanyalah etika dan moral yang diakui
bersama. Agama akan menjadi sesuatu yang boleh dipermainkan dan setiap
individu berhak untuk masuk dan keluar daripada agama sesuka hatinya akibat
hilangnya kekudusan atau kesucian sesebuah agama itu. Apabila agama dijadikan
ideologi politik, ia menimbulkan pelbagai keresahan disebabkan agama dijadikan
alat untuk kepentingan politik. Di negara tertentu, ada rakyatnya memilih untuk
terbabit dalam perjuangan berhaluan kiri iaitu bersikap penentangan. Ada juga yang
mendokong sistem anarki dan ada juga lebih mirip kepada bersikap radikal dan
ekstremisme.

Anda mungkin juga menyukai