Anda di halaman 1dari 3

PERKEMBANGAN FALSAFAH MODEN DALAM ILMU PENGETAHUAN

Menyelusuri perkembangan kemunculan falsafah moden terdapat beberapa faktor yang


membawa kepada perubahan sikap dan cara berfikir golongan intelektual barat pada ketika itu
menurut tokoh Mohd Yusoff. Faktor yang pertama ialah kejatuhan kekuasaan gereja iaitu
menjurus kepada kegagalan ahli-ahli falsafah skolalistik (falsafah Kristian) memberi jawapan
secara intelektual terhadap masalah keagamaan dan penerangan isu-isu agama biasanya tidak
rasional dan berlawanan dengan tabie pemikiran manusia.
Kemunculan kekuasaan dan pengaruh sains adalah merupakan faktor yang kedua. Hal ini
kerana, Ilmu sains merupakan cetusan yang sangat berkesan dan mendapat tempat dalam
kalangan golongan intelektual barat. Mengapa? Ini kerana keberkesanan, sifat praktikalitinya,
penghayatan kebenaran secara nampak (pancaindera), dan menggunakan kaedah saintifik
untuk menggalakkan mereka untuk berfikir dan menyiasat. Ini amat bertentangan dengan
amalan agama yang bersifat dogmatik tanpa soal dan mengongkong pemikiran kritis.
Faktor ketiga ialah lahirnya semangat reflektif iaitu kecenderungan untuk mempraktikkan
kebolehan fikiran dan pengamatan pancaindera. Mereka mengamati diri mereka dan alam
sekitar bagi mencari kebenaran secara bebas dan rasional tanpa ada unsur pahala dan dosa.
Iaitu membuat secara sukarela tanpa memikirkan apa sahaja.
Perbincangan falsafah yang dianggap sukar difahami dan selalu terkeluar dari lapangan
kehidupan. Sebenarnya falsafah hanya berlegar dalam lingkungan kehidupan seharian manusia
itu sendiri. Revolusi Sains ( 1500-1700 ) merupakan permulaan bagi pemisahan secara total
antara ilmu pengetahuan dengan agama seperti mana ditulis oleh Shahrin Hashim dan Noordin
Yahaya dalam buku Falsafah Moden. Perbincangan falsafah pendidikan dengan fahaman
empirikisme adalah bersifat tergantung. Untuk memahami dengan lebih lanjut perbincangan
mengapakah empirikisme tergolong di dalam mazhab falsafah moden, adalah lebih baik
sekiranya kita memahami dari mana datang fahaman empirikisme itu sendiri.
Sepertinya kita tahu sebelum membincangkan tentang falsafah ini, adalah lebih baik kita
mengenali dari mananya datang cabang-cabang falsafah ini. Falsafah mempunyai empat
cabang iaitu metafizik, logik, aksiologi dan epistemologi. Di dalam epistemologi kita akan
melontarkan idea tentang teori ilmu, skop ilmu, sumber-sumber ilmu dan banyak lagi. Intuitif,
rasional/logik, autoriti dan wahyu adalah sumber-sumber dalam mendapatkan ilmu. Sumber
ilmu berteraskan wahyu mencipta kepercayaan agama. Kepercayaan agama juga ada yang
tidak berteraskan wahyu yang di panggil agama tak samawi. Agama Samawi pula ialah agama
yang datang dari pihak langit iaitu agama yg bersumberkan wahyu dari Tuhan, bukan ciptaan
manusia.
Maksud empirikisme oleh Mohd Yusoff ini boleh didefinisikan dalam dua skop perbincangan
supaya lebih jelas dan lebih mudah untuk difahami. Definisi pertama adalah terus daripada
sudut bahasanya iaitu empirikisme ini adalah daripada perkataan ‘empeiri’ (Bahasa Greek) dan
‘experimental’ (Bahasa Latin) dan juga dari Bahasa Inggeris ‘experience’ iaitu bermaksud
pengalaman.
Definisi kedua adalah dari sudut istilah iaitu empirikisme ini secara aplikasinya adalah sifat
pemikiran yang menekankan aspek pengalaman pancaindera dalam memperoleh dan
mendapatkan ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh sains awal ada yang belum secara tegas berani
menolak agama, contohnya Copernicus, Kepler, Galileo dan Newton. Namun, antara mereka
ada yang secara tidak langsung menggugat sendi-sendi dasar agama. Paling terkenal dan
terpengaruh ialah Sir Francis Bacon ( 1561-1626 ) yang dianggap jaguh pertama dan terbesar
bagi aliran empirisme.
Dalam bukunya “Utopia” The New Atlantis ( 1623 ), beliau mengatakan sains akhirnya akan
menggantikan agama dengan mengurniakan kepada manusia kuasa mutlak ke atas alam tabii
dan akan mewujudkan ‘syurga’ di atas muka bumi ini dengan kemakmuran dan kesejahteraan.
Tokoh empiricism, Aristotle juga pernah menegaskan ;
“State that the core empiricist tenet that human knowledge of reality is grounded
insense experience”
Ini bermaksud dia menegaskan prinsip utama setiap ahli empirikisme perlulah melihat ilmu
pengetahuan itu melalui asas pengalaman pancaindera. Oleh hal yang demikian prinsip ini
adalah bertentangan dengan prinsip menerimaan ilmu sebelum falsafah moden. (Deraman,
2011)
Di dalam buku Falsafah Moden, Isaac Newton(1642-1727) juga mengakui bahawa pemikiran
ilmiahnya tidak menolak agama, tetapi penerangannya mengenai alam sepenuhnya mekanikal
tidak membenarkan manusia bersentuhan dengan Penciptanya. Beliau mengatakan Falsafah
naturalismnya hanya mampu membuktikan tuhan itu wujud tapi pada saat yang sama
menjauhlah manusia dari Tuhannya.

 Mekanistik
Definisi mekanistik dalam kamus Melayu ialah bukan cara menjelaskan sesuatu seperti
kejadian semula jadi yang diandaikan sama seperti perlakuan sesuatu mesin yangg kompleks.
(Kamus Dewan Edisi ke-4). Menurut Aldy Pradhana, pada Zaman Pertengahan adalah masa
yang tidak boleh dilupakan oleh manusia di Barat. Pada masa itu rasa rohani masih
menyelimuti kehidupan manusia di Barat. Di samping itu, pandangan dunia yang masih bersifat
organic (asli) juga memberikan gambaran bahawa manusia di Barat pada masa itu tinggal
dalam komuniti kecil dan dapat menjalani kehidupan di alam semesta dalam erti organik, yang
ditandakan dengan prinsip, manusia di Barat yang menegaskan bahawa keperluan masyarakat
pada amnya lebih penting daripada kepentingan dan keperluan peribadi serta pergantungan
hubungan antara fenomena spiritual dan fenomena material (bentuk).
Malahan dari segi alam semesta, para saintis pada masa itu, seperti Thomas Aquinas(1225-
1274), berpendapat bahawa pertanyaan, pernyataan dan perbincangan mengenai Tuhan, roh,
manusia dan amalan baik. Oleh itu, watak ilmiah pada masa itu berdasarkan pada akal yang
berpandu kepada iman sehingga memahami makna sesuatu benda tanpa diikuti oleh unsur-
unsur negatif, seperti penyelewengan dari aspek teologi dan kegiatan eksploitasi yang
menghancurkan alam.
Didalam buku Falsafah Moden pula, menceritakan sumbangan besar Descartes dalam bidang
sains. Beliau mengatakan konsep dualisme metafiziknya, terbahagi kepada 2 bahan iaitu fizikal
dan minda. Bahan fizikal yang mempunyai kualiti mengisi ruang dan bahan spiritual manakala
yang kedua ialah minda yang mempunyai kualiti berfikir dan kesedaran tanpa ruang. Beliau
juga ada menyebut bahan fizikal bergerak mengikut undang-undang mekanikal dan berfungsi
sebagai mesin. Selain itu, beliau juga menghadapi masalah tentang hubungan diantara dua
bahan falsafah mekanistik ini. Hal ini kerana, minda dapat mempengaruhi badan dan begitu
juga fizikal. Seperti penyakit psychosomatic disorder. Ia adalah penyakit yang melibatkan
minda dan badan. Walaupun jawapannya tidak pernah memuaskan, namun falsafah
mekanismenya masih mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan sains dan Revolusi
Ilmiah.

Issac newton juga merupakan salah sorang tokoh yang disebut dalam buku Falsafah Moden

 Optik

 Kosmologi

 Geologi

 Arkeologi

 Kaedah saintifik

Anda mungkin juga menyukai