Anda di halaman 1dari 5

1

ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 KAEDAH PENYELIDIKAN
4.0 PENEMUAN/PERBINCANGAN
4.1 Akta Pendidikan 1996 dan kelestarian pendidikan Malaysia
4.2 Perkembangan pendidikan Malaysia pasca Akta Pendidikan 1996
4.3 Memupuk integrasi nasional berlandaskan Akta Pendidikan 1996
4.4 Cabaran-cabaran utama dalam melaksanakan Akta Pendidikan 1996

5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN
2

ABSTRAK

Akta Pendidikan 1996 atau juga dikenali sebagai Akta 550 merupakan satu akta pembaharuan daripada
Akta Pelajaran 1961. Analisis terhadap kandungan Akta Pendidikan 1996 dilakukan terhadap peraturan
berkaitan kurikulum, institusi pendidikan, bahan pendidikan dan masyarakat. Motif utama Akta Pendidikan
1996 adalah untuk memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi anak muda pada masa
hadapan. Hal ini sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai satu
pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia seiring dengan peredaran
zaman. Akta Pendidikan 1996 menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara.
peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan wawasan negara hanya dapat dicapai melalui
pendidikan. tambahan lagi, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa menteri pendidikan
seperti dalam tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk menyelia, mengawas dan mengawal
tahap pendidikan. peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperluaskan bidang tugas dan
tanggungjawab Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Akta Pendidikan 1996
menjadi pengganti kepada peruntukan Akta 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1993, Perintah Akta Pelajaran
(perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta Pelajaran ( perluasan ke Sabah) 1976 setelah semua
akta tersebut dikaji dan dimansuhkan.
3

1.0 PENGENALAN

Akta Pendidikan 1996 adalah bertujuan untuk memansuhkan atau menggantikan Akta Pelajaran 1961.
Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut telah mengemukakan satu undang-undang baharu
mengenai akta pendidikan yang membawa maksud melaksanakan dasar pendidikan negara yang
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Akta Pendidikan 1996 mengandungi peraturan-peraturan pendidikan seperti peraturan institusi


pendidikan, peraturan kurikulum, peraturan berkaitan bahan pendidikan dan peraturan berkaitan
masyarakat. Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang memperuntukan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
Pendidikan yang disediakan melalui akta ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan akan
memenuhi keperluan negara, serta juga memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,
sosial, ekonomi dan politik.

Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pelajaran 1961 mempunyai persamaan dan perbezaan yang
tertentu. Apabila kita membicarakan tentang persamaan dan perbezaan, kita sebenarnya membuat
perbandingan di antara kedua-dua akta tersebut. Agar perbincangan ini menjadi lebih mantap, kita perlu
melihat secara sepintas lalu kandungan kedua-dua akta tersebut.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk :


i. Membincangkan tentang Akta Pendidkan 1996 dan kelestarian pendidikan Malaysia.
ii. Merumuskan tentang perkembangan pendidikan Malaysia pasca Akta Pendidikan 1996.
iii. Menerangkan cara memupuk integrasi nasional berlandaskan Akta Pendidikan 1996.
iv. Mengenalpasti cabaran-cabaran utama dalam pelaksanaan Akta Pendidkan 1996.

3.0 KAEDAH PENYELIDIKAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Dokumen-dokumen yang dianalisis dalam
kajian ini ialah Akta Pendidikan 1996 yang merangkumi Asas Pembentukan Akta Pendidikan 1996 dari
aspek asas pembentukan,kandungan dan implikasinya. Setelah dokumen ini dianalisis, kandungan Akta
Pendidikan 1996 telah memberikan beberapa kesan positif dan kesan negatif.
4

4.0 PENEMUAAN/PERBINCANGAN

4.1.1 AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN KELESTARIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

 Akta Pendidikan 1996 telah dibahagikan kepada 16 bahagian dan 17 peraturan yang berkaitan
dengan pendidikan. 16 bahagian yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 ialah bahagian 1 yang
mengandungi tajuk ringkas dengan nama akta iaitu Akta Pendidikan 1996,tarikh mula kuat kuasa yang
telah ditentukan oleh Menteri serta tafsiran atau definisi. Seterusnya bahagian 2 iaitu pentadbiran dengan
melantik pegawai-pegawai untuk menguruskan hal-hal pentadbiran sistem pendidikan di semua peringkat.
Manakala bahagian 3 menubuhkan Majlis Pendidikan Kebangsaan yang berfungsi menasihati menteri
dalam hal pendidikan dan boleh mengawal selia prosedur sendiri. Seterusnya bahagian 4 iaitu Sistem
Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada Pendidikan pra sekolah, pendidikan rendah, pendidikan
menengah, pendidikan tinggi dan tidak termasuk sekolah expatriat. Selain itu, terdapat juga kategori
pendidikan kerajaan iaitu institut pendidikan kerajaan, institut pendidikan bantuan kerajaan dan institut
pendidikan swasta. Selain itu, di dalam bahagian 4 juga menyebut Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan dan mana-mana institusi
yang dikecualikan oleh Menteri, sekolah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan dan
kurikulum kebangsaan digunakan di semua sekolah.
 Bahagian-bahagian lain yang terdapat Akta Pendidikan 1996 ialah bahagian 5 iaitu penilaian dan
peperiksaan, bahagian 6 iaitu  pendidikan tinggi, bahagian 7 iaitu Institusi Pendidikan Swasta, bahagian 8
iaitu Pendaftaran Institusi Pendidikan, bahagian 9 iaitu pendaftaran Guru, bahagian 10 iaitu jemaah Nazir
sekolah, bahagian 11 iaitu kewangan, bahagian 12 iaitu rayuan, bahagian 13 peraturan-peraturan,
bahagian 14 kesalahan dan penalti, bahagian 15 iaitu kepelbagaian dan akhir sekali bahagian 16 iaitu
peralihan dan pemansuhan. Kesemua bahagian-bahagian tersebut mempunyai peranan yang cukup besar
bagi memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.
Terdapat 17 peraturan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996. Peraturan 1 ialah peraturan-
peraturan pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997 yang mengandungi bahan kurikulum, masa dan
penilai ditentukan oleh ketua pendaftar dan penilaian dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Seterusnya, peraturan ke 2 ialah peraturan-peraturan Pendidikan ( Peperiksaan dan Penganugerahan
Sijil/Diploma Politeknik) 1997 bertindak dalam penubuhan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan
sijil satu diploma politeknik, menentukan dasar, mengesahkan dan mengumumkan keputusan
peperiksaan, tindakan tatatertib, menimbang rayuan serta menentukan penganugerahan sijil dan diploma.
Di samping itu, peraturan  3 ialah peraturan-peraturan pendidikan (peperiksaan, penilaian dan pensijilan/
Maktab Pendidikan Guru) 1997 ialah sebagai rujukan dalam penubuhan Lembaga Peperiksan Guru,
dasar, strategi dan garis panduan peperiksaan dan memberhentikan kursus. Di samping itu, peraturan-
peraturan pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan Maktab Pendidikan Guru) 1997 yang
dijadikan rujukan tenaga pengajar yang berkelayakan untuk mengendalikan kursus. Seterusnya,
peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik yang
5

mana Lembaga Kurikulum dan Program Latihan Politeknik ditubuhkan untuk menentukan dasar dan
menghasilkan dan mengawasi pelaksanaan kurikulum.
Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum) 1997 yang menggariskan mata pelajaran
teras, wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan tingkatan enam. Peraturan-peraturan pendidikan
(pendidikan khas) 1997 bertujuan untuk menumpukan kepada pelajar kecacatan pendengaran atau
kecacatan penglihatan atau masalah pembelajaran. Tambahan lagi, peraturan-peraturan pendidikan
(penilaian dan peperiksaan) 1997 untuk menunjukkan fungsi Lembaga Peperiksaan dalam membuat
pemantau tentang penilaian berasaskan sekolah. Selain itu, peraturan-peraturan pendidikan (pendaftaran
Institusi Pendidikan) 1997 yang dijadikan rujukan mengenai pendaftaran dan pemberhentian operasi institusi
pendidikan. Peraturan-peraturan lain yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 ialah Peraturan-
peraturan pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Disiplin Murid) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan
(Majalah sekolah dan Bahan Multi Media) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan ( Persatuan Ibu Bapa Guru)
1998, Peraturan-peraturan pendidikan (persatuan Sekolah) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan ( Penggal,
Hari dan Cuti Sekolah) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta (Piawaian) 1998,
Peraturan-peraturan Pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Iklan) 1998 dan akhir sekali Peraturan-
peraturan ( Penerimaan Masuk Muri ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar
di Sekolah) 1998.

Sistem Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan Akta Pendidikan 1996 telah menumpukan ke arah menyelaras sistem pendidikan di
semua peringkat. Buat pertama kali dalam sistem pendidikan, Akta Pendidikan 1996 memperjelaskan
komponen-komponen sistem pendidikan kebangsaan dalam bahagian 5 yang terdiri daripada pendidikan
prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan selepas menengah dan pendidikan tinggi.
Selain itu, Akta Pendidikan 1996 juga mempunyai tiga kategori iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi
pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Menurut Mohd. Ismail Othman, 2004,
pendidikan swasta perlu diorientasikan bagi mencerminkan beberapa ciri asas keperibadian kebangsaan
dengan menggunakan kurikulum kebangsaan dan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama di samping menyediakan pelajar-pelajar mengambil peperiksaan awan seperti yang
termaktub dalam bab 4 Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk mengelak sekolah swasta menyediakan
sistem pendidikan yang tidak sehaluan dengan sistem pendidikan kebangsaan.

Bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan

Akta Pendidikan 1996 telah meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28
atau mana-mana institusi yang dikecualikan. Sehubungan itu, bahasa kebangsaan telah dijadikan mata
pelajaran wajib di semua sekolah dan institusi pendidikan. Langkah ini sangat penting ke arah penyatuan
kaum di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai