Anda di halaman 1dari 1

BENGKEL PROSES TEKNIK BUKU Pada Hari Sabtu, 7 April 2012 telah diadakan Bengkel Proses Teknik Buku

bagi Pengawas Pusat Sumber Sekolah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari
bertempat di Perpustakaan SKSB. Objektif utama program Bengkel Proses Teknik Buku adalah untuk
memproses buku yang baru sampai ke PSS dengan teknik yang betul. Memberi pendedahan agar pengawas
PSS mengetahui dan memahami proses teknik buku mengikut sistem yang betul. Selain itu, dapat memproses
dan melengkapkan maklumat yang terdapat di dalam slip kerja dengan tepat dan betul. Di samping itu,
pengawas PSS dapat memahami aliran kerja bermula dari buku sampai sehinggalah disusun di rak. Pengawas
PSS menggungting nombor siri. Pengawas PSS menampal nombor siri . Pengawas PSS lelaki jugak terlibat
sama. Pn. Rosma Aina menampal nombor siri. Guru Media jugak turut mengambil bahagian. Gam diperlukan
untuk menampal kertas tarikh pemulangan buku. Guru turut serta untuk memberi tunjuk ajar kepada pengawas
PSS Pengawas PSS menunjukkan minat  dengan bengkel yang dijalankan. Bengkel ini telah disertai oleh tiga
orang guru iaitu Pn. Suzanna Md Saud, Pn. Norhanida Saaidin dan Pn. Rosma Aina Roslan. Manakala
pengawas PSS seramai 39 orang yang terdiri daripada Pengawas PSS tahun 3, 4, 5 dan tahun 6. KEKUATAN:
Pengawas PSS amat berminat kerana pengetahuan mengenai bengkel proses teknik buku ini amat penting
semasa mereka menjalankan tugas. Tunjuk ajar yang diberikan oleh GPM dan guru perpustakaan dapat
memudahkan Pengawas PSS memahami dan mengaplikasikan cara-cara proses teknik buku dengan betul.
Secara keseluruhannya bengkel ini sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan dan maklumat kepada
Pengawas PSS tenteng teknik-teknik memproses buku apabila bertugas di kaunter. Sepatutnya semua
Pengawas PSS mesti menguasai kemahiran ini.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Anda mungkin juga menyukai