Anda di halaman 1dari 6

PERSARAAN PILIHAN SENDIRI Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun adalh diperlukan bagi

i membolehkan faedah persaraan diberikan Ganjaran perkhidmatan dan Ganjaran Cuti Rehat (GCR) dibayar sebaik sahaja anggota diluluskan persaraan Sesiapa yang dilantik sebelum 12.4.1991 pencen bulanan dibayar pada umur 45 tahun (perempuan) dan 50 tahun (lelaki) Sesiapa yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991 pencen bulanan dibayar apabila mencapai umur persaraan wajib yang terpakai baginya melalui opsyen atau lantikan sama ada 55/56/58 tahun mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 Bayaran ganjaran perkhidmatan dan GCR tidak dikenakan cukai pendapatan Bayaran pencen bulanan yang diterima oleh pesara sebelum mencapai umur persaraan wajib 55/56/58 tahun dikenakan cukai pendapatan Sekiranya pesara meninggal dunia sebelum terima pencen bulanan, orang tanggungan gemulah akan dibayar pencen bulanan serta-merta

PERSARAAN TERBITAN Pembayaran adalah tertakluk kepada potongan dengan amaun/wang caruman KWSP serta faedahnya dan apa-apa hutang kerajaan jika ada serta jumlah wang yang telah dibayar dahulu Ganjaran terbitan dibayar kepada balu atau duda, anak dan ibu atau bapa sekiranya semua tiada ganjaran terbitan dibayar kepada wakil diri yang sah di sisi undang-undang Pencen terbitan dibayar kepada balu atau duda dan anak Pencen terbitan dibayar kepada ahli keluarga tanggungan gemulah seumur hidup Pencen terbitan tertakluk kepada maksima 3/5 darpiada gaji akhir diterima tetapi tidak kurang daripada 1/5 daripada gaji akhir diterima atau tidak kurang daripada RM720.00 sebulan sekiranya tempoh perkhidmatan yang dimasukira 300 bulan atau lebih Anak-anak hilang kelayakan apabila mencapai umur 21 tahun atau berkahwin mengikut mana terdahulu Pembayaran pencen terbitan kepada anak yang menuntut di IPT dilanjutkan sehingga mancapai ijazah pertama dan tidak berkahwin mengikut mana yang terdahulu Pencen terbitan dibayar seumur hidup kepada anak cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal atau tidak berupaya menanggung diri sendiri Balu yang dikahwini dalam tempoh persaraan layak menerima pencen terbitan bagi baki 12 1/2 tahun dari tarikh persaraan sahaja Mana-mana bahagian pencen terbitan yang dihentikan akan dibahagikan semula kepada penerima yang layak

Bagi kes mati akibat kemalangan dalam perjalanan atau mati akibat akibat menanggung bencana dalam tugas rasmi atau mendapat penyakit yang disebabkan oleh tugas rasmi layak dipertimbangkan pencen tanggungan Pencen tanggungan dibayar kepada balu atau duda yang cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung diri sendiri dan anak terhad kepada 6 orang sahaja serta ibu atau bapa gemulah yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar nafkahnya kepada gemulah Pemberian EX-GRATIA Terbitan sekaligus kepada ibu atau bapa anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu atau duda atau anak

PERSARAAN ATAS SEBAB KESIHATAN Faedah persaraan termasuk pencen bulanan dibayar serta merta mulai tarikh kuatkuasa persaraan Pencen bulanan tertakluk kepada maksimum 3/5 daripada gaji akhir diterima tetapi tidak boleh kurang daripada 1/5 daripada gaji akhir diterima atau tidak kurang RM720.00 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang dimasukira 300 bulan atau lebih Boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam jika disahkan sihat dan berkeupayaan melaksanakan tugas dengan memuaskan oleh suatu panel perubatan yang ditubuhkan atas permintaan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Pelantikan boleh dibuat sama ada secara tetap, sementara atau kontrak Pelantikan hanya boleh dibuat atas gred lantikan dan memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan jawatan berkenaan Penetapan gaji permulaan bagi pesara yang dilantik secara tetap atau sementara hendaklah berdasarkan kepada gaji permulaan yang ditetapkanmengikut skim perkhidmatan yang berkenaan. Penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi boleh dibuat dengan kelulusan PBM selaras dengan Peraturan 23(2) dan 23(3), P.U. (A) 176/2005 Pencen pesara yang dilantik semula secara tetap akan digantung di bawah undang-undang pencen sepanjang tempoh pelantikan semulanya Faedah persaraan pegawai yang dilantik semula secara tetap adalah tertakluk kepada undang-undang pencen yang berkenaan sekiranya memilih skim pencen Pesara yang dilantik semula layak dipertimbangkan pemberian wang tunai gantian cuti rehat berasaskan pengumpulan cuti

rehat di bawah undang-undang pencen yang berkuat kuasa semasa tempoh pelantikan semulanya

PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM Faedah persaraan termasuk pencen bulanan dibayar terus mulai tarikh kuatkuasa persaraan Pencen bulanan tertakluk kepada 3/5 daripada gaji akhir diterima tetapi tidak kurang RM720.00 bagi tempoh perkhidmatan yang dimasukira 300 bulan atau lebih kemudahan rawatan dan perubatan semasa dalam persaraan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungannya yang layak di bawah peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001 atau pekeliling perkhidmatan berkaitan yang dikeluarkan daripada semasa ke semasa Pegawai yang telah dibersarakan di bawah PDKPA tidak boleh dilantik semula dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan kecuali dengan kelulusan khas Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Melantik atas sebab kepentingan perkhidmatan Jika dilantik semula secara tetap untuk memaklumkan hal berkenaan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, bagi maksud penggantungan pemberian pencen di bawah seksyen 23(1) Akta 227 atau seksyen 26(1) Akta 239

PERSARAAN KERANA PEKERJAAN ANGGOTA TELAH DITAMATKAN DEMI KEPENTINGAN AWAM Faedah persaraan ditetapkan oleh Yang Di Pertuan Agong bagi pegawai perkhidmatan awam atau Menteri bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan Pencen bulanan diberi berdasarkan apa-apa kadar yang ditetapkan oleh Yang Di Pertuan Agong atau Menteri tetapi terhad kepada 3/5 gaji akhir diterima Ganjaran perkhidmatan juga diberi berdasarkan apa-apa kadar yang ditetapkan oleh Yang Di Pertuan Agong atau Menteri tetapi tidak melebihi 7.5% x tempoh perkhidmatan yang dimasukira x gaji akhir diterima Tidak boleh dilantik semula

Anda mungkin juga menyukai