Anda di halaman 1dari 2

10/11/22

Bagaimanakah asas kepimpinan kokurikulum diterapkan di sekolah dalam pembentukan


budaya kepimpinan?
Sila nyatakan pandangan anda tidak melebihi 100 patah perkataan

Pada pandangan saya, antara cara-cara asas kepimpinan kokurikulum diterapkan di sekolah dalam
pembentukan budaya kepimpian adalah dengan memberi peluang mereka menjalas jawatan dalam
setiap aktiviti kelab, persatuan dan permainan. Hal ini, dapat mengajar murid untuk lebih
bertanggungjawab dan melatih untuk menjadi seorang pemimpin. Bukan sekadar hanya jawatan di
dalam kelas. Selain itu, aktiviti kokurikulum yang menarik juga dapat meningkatkan peluang murid
untuk terlibat dan menonjolkan diri dengan yakin.

17/11/22

1. Nyatakan Prinsip Perancangan untuk setiap aktiviti Kokurikulum di Sekolah

Prinsip perancangan untuk setiap aktiviti kokurikulum di sekolah adalah:

1. Menyediakan ruang, peluang, kesempatan, dan kemudahan pembelajaran yang


menarik, menyeronokkan, dan merentasi kurikulum.
2. Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kurikulum yang berbentuk aktiviti
bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman pembelajaran dan persekolahan
murid/pelajar.
3. Memberi penekanan pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan
pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan.
4. Memberi penekanan secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah
memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan
wilayah bagi kesejahteraan masyarakat, bangsa dan negara.

2. Bagaimanakah Panduan penulisan kertas kerja yang berkualiti dan memenuhi seperti
yang ditetapkan
(Jumlah perkataan tidak melebihi 200 patah perkataan)

Panduan penulisan kertas kerja yang berkualiti dan memenuhi seperti yang ditetapkan
adalah:

1. Tujuan- Dikemukakan untuk mendapat pertimbangan, kelulusan dan sumbangan kewangan


daripada Jabatan Pusat Kokurikulum UPSI.
2. Pengenalan/Mukadimah- Melibatkan penyataan latar belakang program yang dijalankan
serta menghurai kepentingan pihak yang terlibat.
3. Objektif- Melibatkan penyataan matlamat yang hendak dicapai.
4. Justifikasi- Memberi penjelasan mengenai keperluan menjalankan program.
5. Tarikh dan hari- Menyatakan justifikasi aktiviti yang dijalankan berdasarkan ketetapan
tarikh dan hari.
6. Tempat- Menyatakan justifikasi aktiviti yang dijalankan berdasarkan ketetapan tempat yang
dipilih.
7. Tetamu Kehormat/Perasmi- Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan PERASMI
(sekiranya melibatkan individu yang berbeza).
8. Penceramah- Melibatkan maklumat lengkap berkaitan penceramah yang terlibat
9. Bilangan peserta-Memaklumkan jumlah peserta yang terlibat.
10. Maklumat peserta- Menyatakan status peserta (Pelajar/kakitangan/agensi luar)
11. Tentatif program- Cadangan aktiviti yang dilaksanakan dari awal hingga akhir program.
12. Struktur organisasi-

Melibatkan kewujudan AJK yang berperanan dalam melicinkan pelaksanaan aktiviti. Antaranya:
a) Penasihat
b) Pengarah Program
c) Timbalan Pengarah Program
d) Setiausaha Program
e) Bendahari Program
f) AJK-AJK
13. Anggaran perbelanjaan (termasuk kos kabgsung dan tidak langsung)- Melibatkan penyataan
secara terperinci dan logik berkaitan pendapatan dan perbelanjaan keseluruhan.
14. Keperluan peralatan- Senaraikan keperluan peralatan (Sekiranya perlu)
15. Penutup- Penyataan ucapan terima kasih dan memohon pertimbangan serta kelulusan.

Anda mungkin juga menyukai