Anda di halaman 1dari 16

[MAKALAH]

a Und ang-und ang Antarabangsa:


Asas, Pelaksanaan d an Masa Depann ya

Oleh Abdul Aziz Bari*

b
P ENGENALAN
Dalam tulisannya tentang undang-undang antarabangsa lebih sedekad yang
lalu, Myint Zan, 1 menanyakan satu soalan yang sangat penting dalam kon-
teks masalah di Bosnia; yakni "apakah undang-undang antarabangsa dapat
c memberikanjawapan atau penyelesaian?". Soalan ini cukup menarik kerana
selain mengaitkan masalah Bosnia dengan undang-undang antarabangsa ia
turut membangkitkan beberapa isu seperti sifat dan struktur undang-undang
antarabangsa itu sendiri. Undang-undang antarabangsa adalah an tara cabang
undang-undang awam yang sering menjadi kontroversi dan perbincangan
urn urn kerana sifatnya yang sukar dipisahkan daripada politik dan pergolakan
d semasa.2
Dalam pada itu soalan yang dikemukakan oleh Myint Zan itu juga turut
memberi peluang kepada l ita membuat penilaian kepada kegunaan dan
masalah undang-undang antarabangsa. Masalah di sini ialah wujudnya keka-
buran; sesuatu yang berpunca daripada kekeliruan terhadap konsep asas un-
dang-undang itu sendiri yang terlalu dipengaruhi oleh pemikiran positivisme. 3
e Dalam pada itu mereka juga seakan-akan lupa bahawa soalan-soalan yang
mempertikai sifat dan status undang-undang antarabangsa itu pada hakikatnya
juga relevan di peringkat undang-undang domestik atau munisipal, yakni di
peringkat nasional di mana dakwaan undang-undang gaga] melaksanakan ke-
adilan juga sering kedengaran. Sebenarnya dalam kalangan hakim dan peguam
sendiri tidak ramai yang mahir dalam undang-undang antarabangsa kerana ia
f bukan subjek utama atau wajib di kebanyakan universiti. Hanya kebelakangan
ini sahaja subjek ini diberi perhatian, yakni apabila Malaysia banyak terlibat

* Penuli ialah Profesor di Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti I lam Antara-
bangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor Darul Ehsan.
1 ·The Bosnian Crisis: I International Law the Answer"? [1994] 2 MLJ lvii. Untuk gambaran
g lanjut lihat Francis A. Boyle, The Bosnian People Charge Genocide Massachussets: Al thia
Press, 1996 yang merupakan prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tentang
kes Bosnia v Serbia. Lihatjuga Noel Malcolm, Bosnia: A Short History, London: Papermac,
1996 bagi Jatar belakang konflik Bosnia.
2 Untuk perbincangan lanjut lihat, um pamanya, David P. Forsythe, The Politics of International
Law, Boulder & New Jersey: Lynne Rienne Publishers, 1990.
3 Perbincangan lanjut mengenai positivisme boleh dibaca dalam R.W.M . Dias, Jurisprudence,
edisi kedua, London: Butterworths, 1985, hlm. 331-57. Lihatjuga Lord Lloyd of Hampstead
& M.D.A. Freeman, Lloyd's Introduction to Jurisprudence, edisi kelima, London: Stevens &
h Sons Ltd., 1985, him. 246-71
2 KANUN [SEPTEMBER 2006]

dengan konflik dan tuntutan di peringkat antarabangsa selain keperluan untuk a


n1ematuhi kebanyakan instrumen perundangan di peringkat dunia.
Bagi negara-negara membangun dan umat Islam pengetahuan tentang
undang-undang antarabangsa penting. Jika mereka gagal mengikut arus
perdana atau globalisasi - yang banyak mempengaruhi undang-undang
antarabangsa- mereka akan ketinggalan. Inilah yang perlu dilakukan seperti b
dalam konteks kerangka perdagangan dunia yang diterajui oleh Pertubuhan
Perdagangan Dunia (WT0) 4 yang mulai berkuat kuasa mulai 1 Januari 1995.
Umat Islam kini jelas tidak mendapat kedudukan dan penghormatan yang
sewajarnya; terutamanya selepas tragedi pengeboman Pusat Dagangan Dunia
New York pada 11 September 2001. Fenomena ini berterusan meskipun
keluasan wilayah geografi, bilangan negara, kekayaan sumber-sumber alam
c
serta saiz penduduk dunia Islam begitu besar dan penting sekali. 5

Dasar dan Sumber Undang-undang Antarabangsa


Para sarjana undang-undang antarabangsa nampaknya tidak sepakat ten tang
tarikh bermulanya undang-undang antarabangsa moden hari ini. Ada yang d
mengatakan bahawa ia bermula sekitar kurun ke-17 dengan penulisan buku
tentangnya oleh Grotius, yang sehingga kini masih dianggap bapa undang-
undang antarabangsa. 6 Bagaimanapun ada yang mencatat bahawa istilah
undang-undang antarabangsa ini hanya muncul buat pertruna kalinya dalam
tulisan Bentham, The Introduction to the Principles of Morals and Legisla-
tion, yang terbit pada 1789.? Ini semacam menandakan adanya pengabaian e
terhadap kenyataan bahawa sebelum itu telah wujud negara dan kerajaan dan
adalah mustahil jika mereka tidak berhubung an tara satu sama lain. Dengan
kata lain sudah pasti ada peraturan dan amalan yang piawai; yang dipatuhi
oleh kebanyakan negara pada waktu itu. Kesultanan Melayu Melaka telah
wujud mulai 1403 dan ada membuat hubungan diplomatik dengan negara
China. 8 Selain itu sebelum tan1adun Barat muncul di tempat-tempat lain f
sudah ada kerajaan-kerajaan yang besar. Cuma mungkin prinsip-prinsip itu
tidak dikanunkan.

4 Lihat, umpamanya, S. Arrowsmith, "Prospects for the WTO Agreements on Government


g
Procurement" Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, Jil. 1, 1997, hlm. 15-55
5 Lihat, umparnanya, Rohimi Hj. Shapiee, "Undang-undang Antarabangsa dan cabarannya
terhadap Dunia Islam", Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, Jil. 1, 1997, hlm. 59-61.
6 LihatA.A. Qadri, Islamic Jurisprudence in the Modem World, Lahore: Sh Muhammad Ashraf,
1973, him. 277.
7 Lihat P. Bobbit, "Public International Law" dalam D. Patterson, (ed.), A Companion to Phi-
losophy of Law and Legal Theory , Oxford: Blackwell Publishers Ltd., 1996, h1m. 96
8 Untuk ini lihat Liang Liji, Hubllngan Empayar Meluka -Dinasti Ming pada a bad ke-15, Bangi:
Penerbit UKM, 1996. h
Undang-undang Antarabangsa:
Asas, Pelaksanaan dan Masa Depannya
18 KANUN (3) Abdul Aziz Bari 3

a Walaupun umat Islam bukan pengasas undang-undang antarabangsa,


perlu disebut bahawa negara Islam yang pertama telah dibina oleh Nabi Mu-
hammad SAW di Madinah pada kurun ketujuh. Perlembagaannya, adalah
n1erupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. 9 Sunnah 10 baginda
turut menggariskan prinsip pokok persoalan terse but; sesuatu yang diteruskan
b oleh para khalifah selepas baginda wafat. Ini semua ditambah dengan tulisan-
tulisan dan huraian-huraian oleh ahli-ahli undang-undang Islam, seperti al-
Shaibani, 11 yang kesemuanya mern bentuk sebuah tradisi yang terdiri daripada
corpus ilmu dan amalan Islam tentang hubungan antarabangsa. Mungkin
namanya berbeza- dalam Islam prinsip-prinsip tersebut dinamakan siyar
- tetapi intipati dan bidang cakupannya sama.
c
Meskipun ada buku-buku yang merujuk kepada sumbangan Islam ter-
hadap undang-undang antarabangsa, ini dibuat secara sepintas lalu. 12 Ini me-
nimbulkan kesan yang kurang baik; seolah-olah amalan-amalan Islam dalam
hubungan antarabangsa hanyalah merupakan ritual yang bersifat agama dan
tidak begitu signifikan dalam perkembangan undang-undang antarabangsa
khasnya dan perkembangan tamadun dunia amnya.
d Sumber undang-undang antarabangsa 13 ada em pat kesemuanya iaitu adat
atau amalan antarabangsa, perjanjian antarabangsa, prinsip-prinsip umum
yang diterima sebagai undang-undang, dan keputusan kehakiman atau tulisan
autoritatif para sarjana. Apa yang menarik di sini ialah betapa sumber ini
semacam menggambarkan pengaruh atau gabungan sistem undang-undang
common law 14 Inggeris dan undang-undang sivil benua Eropah.
e Berbicara ten tang sumber undang-undang antarabangsa ini ada beberapa
isu yang perlu diambil perhatian. Yang pertama ialah soal sumber itu sendiri
yang dibahagikan kepada dua jenis, yakni sumber formal dan sumber bahan.
Sumber formal merujuk kepada dasar atau asas yang n1emberi sumber berke-
naan kuasa undang-undang atau kesahan. Sumber bahan atau material pula
ialah tempat di mana undang-undang substantifitu diambil. 15 Apa-apa pun,
Brownlie, salah seorang sarjana semasa yang amat dihormati, membangkitkan
f
masalah sumber itu sendiri yang antara lain termasuk tidak wujudnya struk-

9 Lihat M. Hamidullah, The First Written Constitution in the World, edisi ketiga, Labore: Sb
Muhammad Ashraf, 1981.
I 0 Untuk huraian ten tang sunnah sebagai sumber hokum lihat, umpamanya, M.H. Kamali,
g Principles of Islamic Jurispn1dence, Cambridge: Islamic Text Society, 1993, hlm. 44-85.
LI Dalam bidang ini beliau menulis kitab-kitab seperti Jami' al-Saghir dan al-Kabir serta Kitab
al-As!.
12 Lihat umpamanya M.N. Shaw, International Law, edisi keempat, Cambridge University Press,
1997, hlm.16 yang merujuk kepada tulisan-tulisan sarjana-sarjana semasa seperti Khadduri
dan Mahmassani mengenai prinsip-prin ip Islam dalam undang-undang antarabangsa.
13 Perkara 38 Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
L4 Lihat keputusan Denning dan Shaw LJJ dalam Trendtex Trading Corporation lwn Central
Bank of Nigeria [1977] 2 WLR 356, 64 ILR 111.
h 15 Lihat R.W.M. Dias, Jurisprudence, supra, hlm. 13.
4 KANUN [SEPTEMBER 2006]

tur perlembagaan 16 sebagaimana dalam konteks undang-undang munisipal a


yang merujuk kepada parlirnen, mahkamah atau pihak eksekutif (yang turut
membuat undang-undang dalmn bentuk undang-undang kecil). Keadaan inilah
yang menyebabkan setengah sarjana berpendapat bahawa undang-undang
antarabangsa bukan undang-undang dalam erti kata biasa; sebaliknya bagi
golongan ini undang-undang antarabangsa hanyalah nilai-nilai moral yang b
bersifat positif. 17
Perkembangan mutakhir menunjukkan bahawa adat dan triti telah
muncul menjadi sumber utama undang-undang antarabangsa. 18 Apa yang
menarik ialah bahawa fen omena ini te1jadi kerana ekoran ketiadaan struktur
perlembagaan yang dibangkitkan oleh Browlie di atas tadi. Sebab itulah apa
yang disebut sebagai jus cog ens itu amat penting. Jus cog ens diterangkan c
sebagai "nilai yang diterima and diiktiraf oleh negara-negara dunia sebagai
satu nilai yang tidak diengkari dan hanya diubah atau diubahsuai oleh nilai
yang mempunyai sifat yang sama" .19 Definisijus cog ens ini agakjelas dan tidak
menggambarkan sebarang kekeliruan. Bagaimanapun apa yang diiktiraf oleh
negara-negara itu sebenarnya tidak selalujelas. Sebab itu timbul pertanyaan:
bagaimana pengiktirafan ini diukur atau dibuktikan? Kenyataannya ialah tidak d
semua negara memberi pengakuan dengan rasmi dan jelas apa yang mereka
terima dan iktiraf. Meskipun ada piawai seperti opinio juris- yang bermaksud
penerimaan oleh negara-negara dunia- pada praktisnya ia tidak mudah un-
tuk dibuktikan. Tetapi walau apa pun para sarjana memberi beberapa contoh
amalan atau nilai yang dianggap diterima oleh semua negara seperti larangan
ke atas perhambaan, hak menentukan nasib sendiri dan juga jenayah ke atas e
kemanusiaan sebagai contoh-contohjHs cogen yang utama. 20
Organisasi-organisasi penting dunia yang mempunyai kaitan langsung
dengan undang-undang antarabangsa ialah Pertubuhan Bangsa-Bangs a
Bersatu (PBB) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (MKA/ICJ). 21 PBB,
khususnya Perhimpunan Agung, 22 bagaimanapun mempunyai peranan yang
f

16 Lihat bukunya Principles of Public International Law, Oxford Univer ity Press edisi kelima,
1998, him. 2 .
17 Lihat, umpamanya, Shaw, upra, him. s-6 .
18 Abdul Ghafur Hamid @ Khin Maung Sein, "Sources of International Law: A Re-evaluation"
IJUMLJ, Jil. 11, Bil. 2, 2003, hlm . 203- 240 hlm. 239.
19 Perkara 53, Vienna Convention of the Law of Treaties 1969. g
20 Lihat Brownlie, supra, hlm. 513 dan Javaid Rehman, International Human Rights Law: A
Practical Approach, London: Pearson Education, 2003, him. 23.
21 Untuk perbincangan mengenai kedua-dua institu i ini lihat Shaw, supra, him. 745-67 dan
824-86.
22 Satu Iagi organ penting PBB, yakni Majlis Keselamatan, memainkan peranan eksekutif,
terutamanya dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa: untuk perbin-
cangan lanjut lihat, umpamanya, N.D. White, Keeping the Peace: The United Nations and
the Maintenance of Intemational Peace and Security, Manchester: Manchester University
Press, 1993. ·· h
Undang-undang Antarabangsa:
Asas, Pelaksanaan dan Masa Depannya
18 KANUN (3) Abdul Aziz Bari 5

a
tidak boleh diremehkan. 23 Ini kerana instrumen-instrumen perundangan
antarabangsa seperti Perisytiharan Hak Asasi Sejagat 1948 diteri1na oleh
perhimpunan terse but. Perisytiharan terse but kini diterima sebagai salah satu
sumber undang-undang antarabangsa. Organisasi-organisasi lain meskipun
besar, seperti Commonwealth, tidak begitu penting dalam pembentukan dan
b pelaksanaan undang-undang terse but. Bagaimanapun dalam keadaan di mana
ekonomi memainkan peranan penting, pertubuhan-pertubuhan berkenaan
seperti WTO dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mempunyai penga-
ruh yang besar dalam menentukan arab dan sikap negara-negara dunia; yang
secara tidak langsung boleh mempengaruhi perkembangan undang-undang
antarabangsa. Ini n1enarik kerana pertubuhan-pertubuhan ini tidak mem-
c punyai kedudukan dan status seperti PBB atau ICJ. Meskipun kesan pertu-
buhan-pertubuhan antarabangsa itu terhadap pembentukan undang-undang
antarabangsa masih belumjelas apa yang boleh dikatakan buat masa ini ialah
bahawa mereka telah memainkan peranan yang penting; sekurang-kurangnya
jika dilihat daripada bilangan kajian yang telah dibuat mengenai kedudukan
mereka di sisi undang-undang antarabangsa. 2 4
d
Sifat-sifat Undang-undang Antarabangsa
Salah satu sebab mengapa undang -undang antarabangsa diragui kemampuannya
dalam menyelesaikan masalah dan konflik dunia adalah sifatnya yang di-
dakwa tidak menunjukkan ciri undang-undang. Hal ini tidak salah seratus
e peratus. Bagain1anapun, pihak yang meragui kemampuan undang-undang
antarabangsa itu tidak dapat melihat sifat penting undang-undang tersebut.
Sebagaimana yang disebutkan di atas tadi pandangan sedemikianjelas terlalu
terkongkong dalam skema positivisme ala Austin yang melihat undang-undang
sebagai sesuatu yang memaksa dan mengbukum semata-mata. Menurut
mazhab ini tanpa elemen-elemen paksaan seolah-olahnya sesuatu itu tidak
f boleh dianggap undang-undang.
Jawapan kepada soalan itu boleh didapati dalam huraian-huraian oleh
Gottlieb yang memberi jawapan dengan car a menganalisis mekanisme peny-
elesaian dalam kedua-dua sistem antarabangsa dan munisipal. Menurutnya
kedudukan undang-undang munisipal dalam mekanisme penyelesaian berbeza
dengan kedudukan undang-undang antarabangsa di peringkat dunia. Di pe-
g ringkat munisipal atau nasional hubungan antara mahkamah dengan pihak-

23 Lihat P. Malanczuk, Akehurst's Modern Introduction to International Law, edisi ketujuh,


1997, hlm. 3
24 Untuk ini lihat Philippe Sands & Pierre Klein, Bowett's Law ofI ntemational Institution , edisi
kelima, London: Sweet &Maxwell, 2001 dan N.D. White, The Law of International Organisa-
h tions, Manchester & ew York: Manchester University Press, 1996.
6 KAN . [S EPTEMBER 2006]

pihak yang mempertikaikan, bersifat piramid (pyramidal) semen tara di per- a


ingkat antarabangsa hubungan tersebut lebih bersifat mendatar (horizontal). 2 5
Proses penyelesaian di peringkat antarabangsa disifatkan sebagai suatu proses
penyesuaian antara pelbagai kedudukan dan kepentingan: ia bukan sesuatu
yang bersifat mempertahankan apalagi memperbesar-besarkan sesuatu hak
sebagaimana yang berlaku di peringkat nasional. 26 Ini sebenarnya telah pun b
dibayangkan awal-awallagi dalam definisi undang-undang antarabangsa itu
sendiri yang dilihat sebagai sekelompok peraturan dan ketetapan yang diiktiraf
sebagai mengikat (binding) oleh negara-negara bertamadun dalam hubungan
sesama mereka. Oppenheim mengatakan peraturan-peraturan yang dianggap
mengikat ini boleh bersifat adat dan kebiasaan atau peraturan biasa. 27
Sifat binding atau 'mengikat' undang-undang antarabangsa dan ruju-
c
kan kepada 'negara-negara bertamadun' itu menarik. Ini kerana meskipun
undang-undang antarabangsa didakwa bukan undang-undang kebanyakan
negara, terutamanya apabila mereka terlibat dalam pencabulan atau pelang-
garan peraturan tersebut, akan berusaha sedaya mungkin untuk mengesahkan
pelanggaran yang mereka lakukan dengan mengemukakan pelbagai hujah
dan alasan untuk membenarkan tindakan dan keputusan mereka. 28 Tidak d
ada negara yang mencabar kesahan atau kedudukan undang-undang itu. 29
Inijelas diperlihatkan dengan besarnya bilangan peguam di kementerian atau
jabatan luar kebanyakan negara. Tidak secara langsung ia menunjukkan betapa
undang-undang antarabangsa pada hakikatnya adalah juga undang-undang.
Fenomena terse but turut menekankan betapa undang-undang antarabangsa
mempunyai kegunaan dan aspek-aspek yang praktikal sebagaimana cabang e
undang-undang lainnya.
Selain daripada fen omena di atas, dakwaan yang mengatakan bahawa undang-
undang antarabangsa tidak mempunyai hukmnan (sanction) adalah tidak benar
sama sekali. Ini kerana Rhodesia dan Afrika Selatan pemah dikenal<an sekatan
ekonomi sewaktu mereka menjalankan dasar aparteid. Begitu juga dengan
Iraq di bawah Saddam Hussein yang juga pernah dikenakan tindakan tentera f
kerana melanggar Kuwait pada 1990. Meskipun contoh-contoh ini mungkin
dipersoalkan keberkesanannya ini adalah isu yang lain. Persoalan penting di sini
adalah betapa undang-undang antarabangsajuga mampu mengenakan hukuman
terhadap pihak-pihakyang melanggar ketetapan-ketetapannya. Selain itu perlu

g
25 G. Gottlieb, ''The ah1re of International Law: Toward second Concept of Law'' dlm . R. Falk,
F. Kratochwill, & S.H. Mendlovitz, (eds.), International Law - A Contemporary Perspective,
Westview Press, 1985, hlm. 188.
26 Ibid. , him. 190.
27 Lihat M.P. Tandon, Jurisprudence- Legal Th eory, edisi kedua betas, Allahabad Law Age ncy,
1980, hlm. 55·
28 Gottlieb, supra, him . 195.
29 Ibid. Lihat juga ciri-ciri tertentu yang me nunjukkan bahawa und a ng-undang antarabangsa
turut mempunyai sistemnya sendiri : ibid, him. 19 9 - 201. h
Undang-undang Antarabangsa:
Asas, Pelaksanaan dan Masa Depannya
18 KANUN(3) Abdul Aziz Bari 7

a juga disedari betapa di peringkat nasional pun kita turut melihat betapa pada
hakikatnya undang-undang tidak dapat dilaksanakan; terutamanya di negara-
negara yang sedang membangun dan instih1si perundangan mereka tidak kukuh
dan tertakluk di bawah pengaruh eksekutif.

b Undang-undang Antarabangsa dan Pemakaian di Mahkamah Mu-


nisipal
Meskipun undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal mem-
punyai konstituensi yang berbeza, ada ketikanya di mana prinsip-prinsip dari-
pada kedua-dua cabang undang-undang ini berten1bung. Contoh yang terbaik
c
ialah apabila suatu prinsip undang-undang antarabangsa dikemukakan untuk
mempertahankan diri di mahkamah munisipal. 30 Sebab itu hakim dan pengamal
undang-undangperlu mengambil tahu, kalaupun tidal< mendalami, perkemban-
gan dan prinsip-prinsip penting tentang undang-undang antarabangsa.
Sebagai satu prinsip mahkamah di arena antarabangsa tidak menerima
hujah berdasarkan undang-undang domestik yang dikemukakan dengan
d tujuan melepaskan diri daripada liabiliti di bawah ketentuan undang-undang
antarabangsa. 31 Mahkamah Antarabangsa n1enetapkan bahawa undang-
undang antarabangsa mengatasi kedudukan undang-undang domestik.3 2 Sebab
itu ketidakupayaan untuk berbuat sesuatu di bawah undang-undang domestik
tidak boleh dijadikan alasan di bawah undang-undang antarabangsa.33 Lan-
jutan daripada itu apa-apa sahaja yang salah di sisi undang-undang domestik
e tidak semestinya salah juga di sisi undang-undang antarabangsa. 34 Mungkin
boleh ditan1bah bahawa prinsip ini adalah benar dalam sistem-sistem
undang-undang yang berbeza. Contohnya apa yang haram di sisi Islam tidak
semestinya haram di sisi undang-undang sivil.
Kedudukan undang-undang antarabangsa di mahkarnah-mahkamah
domestik di kebanyakan negara - kecuali Am erika Syarikat 35 - kurang jelas.
f Dalam soal ini ada dua teori utama; yakni (1) transformasi yang bermaksud
penerilnaan undang-undang secara formal dan (2) penggabungan atau incor-

30 Untuk huraian Ianjut mengenai hubungan kedua-dua cabang undang-undang ini lihat, um-
pamanya, Brownlie, Principles of Public International Law, supra, him. 31-56, termasuk
hubungan antara mahkamah antarabangsa dengan domestik.
g 31 Shaw, supra, hlm. 102- 3. Lihatjuga Perkara 23 Konvensyen Vienna mengenai Undang-undang
Triti 1969.
32 Lihat keputusan mahkamah ini daiam kes Applicability of the Obligation to arbitrate, ICJ
Reports 1988, hlm. 12, 34 dan 82; lihat juga 82 ILR, him. 225, 252.
33 Lihat Lockerbie case, ICJ Reports, 1992, hlm. 3, 32 dan 94; lihatjuga 94 ILR , hlm. 478, 515.
Lihat Abdul Ghafur Hamid@ Khin Maung Sein, "The Legal Implication of the Lockerbie case:
Can the ICJ review Security Council decision? IIUMLJ, Vol. g, No. 1, 2001, hlm. 55-74.
34 ICJ Reports, 1989, hlm. 15, 73-4; lihat juga 84 ILR hlm. 311 , 379-80 .
35 Untuk perbincangan lanjut lihat, umpamanya, Jordan J. Paust, International Law as the Law
h of the United States, Durham: Carolina Academia Press, 1996.
8 KANUN [SEPTEM BER 2006]

poration di mana penerimaan undang-undang antarabangsa dibuat secara a


tidak formal. Di bawah proses transformasi apa yang berlaku ialah prinsip
undang-undang antarabangsa itu perlu diterima pakai melalui prosedur ter-
tentu seperti melalui akta parlimen dan seumpamanya. Di bawah pendekatan
yang kedua pula prinsip-prinsip perundangan itu terus diterima pakai tanpa
sebarang prosedur atau proses formal tadi. 36 Ini dihuraikan oleh Blackstone b
dalam huraian undang-undangnya.37
Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membuat apa-apa ketetapan
yang jelas dalam soal ini. Cuma terdapat peruntukan yang menyebut bahawa
hal ehwalluar negeri diletakkan di bawah bidang kuasa persekutuan.38 Dalam
pada itu perlembagaan menetapkan bahawa parlimen, ertinya persekutuan, boleh
membuat undang-undang bagi hal-hal yang terletak di bawah hidang kuasa negeri
c
sekiranya itu perlu ''bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, peijanjian an tara
persekutuan dengan mana-mana negeri lain, atau apa-apa keputusan pertubu-
han antarabangsa yang dianggotai oleh persekutuan '. 39 Kelihatannya, melihat
kepada kata-kata dalam peruntukan ini, perlembagaan semacam n1emberi isyarat
bahawa ia mengikuti kaedah pemakaian undang-undang antarabang a melalui
pendekatan yang pertama; yakni kaedah transformasi. Perlu disebutkan bahawa d
Akta Suruhanjaya Asasi Manusia 199940 ada menyebut perlunya suruhanjaya
berkenaan mengambill<ira peruntukan-peruntukan dalan1 perisytiharan 1948
yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 41
Bagaimanapun sebagai sebuah negara yang tergolong dalam tradisi com-
mon law kedudukan di Malaysia lebih condong kepada kedudukan yang ada
di England. Setakat ini mahkamah-mahkamah Inggeris tidak menunjukkan e
pendekatan yang jelas; yakni sama ada mengikut kaedah yang pertama atau
yang kedua. 42 Kekaburan mengenai pendekatan ini semakin buruk apabila
permohonan pelapor khas bagi Suruhanjaya Hak-hakAsasi berkenaan Kebe-
basan Kehakiman dan Peguam untuk diberi perlindungan imuniti ditolak oleh
Mahkamah Tinggi4 3 dan Mahkamah Rayuan. 44 Keistimewaan tersebut adalah
sesuatu yang lumrah bagi pegawai-pegawai PBB dan agensi-agensinya. Untuk f
catatan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam nasihatnya menyatakan
bahawa pemohon layak diberi perlindungan berkenaan. 45 Walaupun terdapat

36 Untuk perbincangan lanjut lihat, umpamanya, Shaw, supra, him. 105.


37 Lihat Comm entaries, N, Bab 5.
38 Lihat Jadual Kesembilan, Senarai 1, seksyen 1. g
39 Perkara 76(1)(a).
40 Akta 597.
41 Lihat seksyen 4(4) akta berkenaan.
42 Lihat Shaw, supra, hh.104-14. Lihat juga Brownlie, supm, hh. 56-7.
43 MBfCapital Bhd & Anor lwn Data' Param Cwnaraswamy [1997] 3 MLJ 300.
44 Data' Param Cumaraswamy v MBjCapital Bhd & Anor [1997] 3 MLJ 824.
45 Lihat ulasan terhadap kontroversi ini dalam Githathevi Kanisin, "The Difference relating to Im-
munityfrom Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission of Human Rights - A Case
Review of the Intemationa1 Court of Juctice Ad vi ory Opinion" [1999] 4 M LJ pp. cxiii-cx:xix. h
Undang-undang Antarabangsa:
Asas, Pelaksanaan dan Masa Depannya
18 KAN I (3) Abdul Aziz Bari 9

a hal-hal berkaitan teknikal, penolakan ini boleh memberi gambaran yang me-
ngelirukan ten tang kedudukan undang-undang antarabangsa di mahkamah-
mahkamah Malaysia. Apa yang menghairankan ialah pihak kerajaan, yakni
eksekutif, telah 1nengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia mematuhi
ketetapan di bawah undang-undang antarabangsa. Tidak diketahui mengapa
b mahkamah kita mengambil sikap yang berbeza dan menafikan keistimewaan
berkenaan.

Umat Islam dan Prinsip Undang-undang Antarabangsa


Apa-apa yang hendak dibincangkan di sini bukanlah undang-undang substan-
tif mengenai prinsip-prinsip siyar. 46 Sebaliknya, yang hendak diperkatakan
c
hanyalah sekadar beberapa perkara yang menunjukkan betapa relevannya
prinsip-p1insip Islam se1ta pentingnya prinsip-prinsip terse but diketengahkan
semula buat pengetahuan dunia antarabangsa. Selain itu perlujuga disentuh
tentang perlunya umat dan negara Islam Inengambil peranan yang proaktif
dalam memperkembang dan rnempromosikan prinsip-prinsip ini.
d Seperti yang dikatakan di atas, undang-undang antarabangsa dikatakan
berasal dari Barat dan dikembangkan oleh para sarjana dan pemikir mereka.
Seperti yang telah dinyatakan di atas ini menimbulkan persoalan kerana negara
Islam telah diasaskan oleh N abi Muhammad SAW pada kurun ketujuh lagi dan
ia terletak di tengah-tengah konflik an tara Barat dan Timur. Persoalan Islam
dan undang-undang antarabangsa ini perlu disentuh kerana umat Islam tidak
e dapat n1engelak daripada turut terlibat dalam menentukan perkembangan
undang-undang ini selanjutnya. Untuk itu beberapa soalan perlu dijawab, ter-
masuk setakat mana nas-nas asasi hukum-hukum Islam memainkan peranan
dalam menentukan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Selain itu
timbul juga so alan mengenai setakat mana pula Islam bersedia menerima ama-
lan-amalan yang sedia ada dan di atas syarat-syarat yang bagai1nana. Dalam
f pada itu mereka terpaksa beke1ja dalam sistem dan kerangka yang sedia ada;
yang sudah pasti tidak kesemua isinya dapat mereka terima. Bagaimanapun
apa yang jelas ialah betapa mereka tidak dapat rnenolak istem dan kerangka
yang ada begitu sahaja. Pengalaman Iran yang terpaksa kembali semula ke
pangkuan sistem tersebut setelah menolaknya selepas revolusi 1979 patut
dijadikan contoh. Dengan kata lain banyak pertimbangan yang hal us dan teliti
g perlu dibuat sebelum langkah-langkah yang drastik diambil.
Dalam rangka tersebut mungkin umat Islam perlu mengambil contoh
pendekatan yang diambil oleh negara-negara sosialis dan dunia ketiga dala1n

46 Hurain paling tuntas mungkin boleh didapati dalam M. Hamidu llah, Muslim Conduct ofState,
edisi ketujuh , Lahore: Sh. Muhammad Ashraf, 1977. Lihatjuga Qadri., supra, hlm. 276-85. Lihat
juga Ali Ali Mansur, Islam dalam Perhubungan Antarabang a, (terjemahan oleh Mahmood
h Zuhdi Abdul Majid), Petaling Jaya: ABIM, 1994.
10 KANUN [SEPTEMBER 2006]

tahun 1960-an. Meskipun pada awalnya mereka melabelkan PBB sebagai alat a
dunia kapitalis mereka secm·a beransur-ansur memperjelas, memperkembang
serta menghuraikan prinsip undang-undang antarabangsa; yang sebahagian
daripada inti patinya sudah sedia terkandung dalam piagam pertubuhan itu.
Antara hasil usaha tersebut ialah penerimaan Persidangan Agung PBB ter-
hadap Perisytiharan tentang Perhubungan Persahabatan 1970. 47 Walaupun b
ada yang mengambil inisiatif ke arah itu, ia begitu terhad. Seharusnya usaha
sedemikian ditangani secara terancang oleh, umpamanya, Pertubuhan Per-
sidangan Islam (OIC). Sudah tentulah sebelum itu semua dapat dilakukan
dan negara-negara Islam perlu memastikan bahawa mereka mengamalkan
prinsip-prinsip asas demokrasi kerana dala1n keadaan kebanyakan mereka
masih berdegil n1empertahankan kediktatoran, pemerintahan tentera, auto-
c
kasi atau demokrasi terpimpin; dunia akan tertawa sekiranya mereka cuba
mencanangkan perubahan. Dengan kata lain negara-negara Islam perlu ter-
lebih dahulu mendekati kerangka dan semangat pemerintahan Islam seperti
yang dianjurkan oleh al-Quran dan Sunnah itu sebelum mengajak orang lain
mempraktikkannya. Apa-apa pun pada awal 2004, OIC, yang diketuai oleh
Malaysia telah membawa isu pembinaan tembok batu di Tebing Barat ke d
Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 48
Dalam pada itu langkah-langkah perlu diambil bagi mengetengahkan
penulisan dan mempromosikan karya-karya besar dalam kalangan negara-
negara Islam. Para sarjana Muslim perlu bekerjasama dalam soal ini. Hari
ini diplomat dari negara-negara Islam sendiri bukan semuanya sedar ten tang
prinsip-prinsip yang ada dalam tradisi mereka sendiri. Perlu disebutkan e
bahawa rnenghidupkan semula tradisi undang-undang antarabangsa Islam
tidak bermakna menyalin semula pemikiran-pemikiran masa lalu tanpa
mengambil kira perubahan dan keperluan zmnan sekarang. P1insip-prinsip
yang ditetapkan beberapa lebih seribu tahun dahulu tentunya perlu disemak
untuk memastikan relevansi dan kesesuaiannya.
Langkah-langkah seperti yang terse but di atas dicadangkan kerana dunia f
hari ini kelihatannya begitu tidak menyenangi prinsip-prinsip yang berin-
spirasikan langit; sesuatu yang timbul oleb kerana pengaruh sekularisme.
Dalam rangka ini mungkin sesuatu yang baik sekiranya usaha-usaha ini
dapat dilaksanakan serentak dengan agama-agama lain kerana mungkm ada
hal-hal tertentu yang boleh diterima. 49 Walau apa pun usaha-usaha di atas
g

47 Lihat A. Cassese, International Law in a Divided World, Oxford University Press, 1986,
him. 113
48 Lihat laporan dalam New Straits Times, 23 Februari 2004, hlm-4 dan 24 Februari. 2004,
hlm. 19-20
49 Lihat M. Khadduri, "Internati onal Law" dalam M. Kbadduri & H.J . Liebesny (eds .), Law in
the Middle East: Vol.!, Origins and Development o_f"Islamic Law, Washington: The Middle
East Institute, 1955, hlm. 350-53. h
Undang-undang Antarabang a:
Asas, Pelaksanaan dan Masa Depannya
18 KANUN (3) Abdul Aziz Bari 11

a
memerlukan kehendak politik yang kuat. Tanpa faktor inijangankan hendak
melaksanakan; usaha-usaha pengumpulan pun mungkin tidak dapat dilakukan
kerana biayanya besar.

Perkembangan-perkembangan Mutakhir
b
Persoalan ini perlu disentuh kerana akhir-akhir ini isu-isu baru seperti menu-
runnya status kedaulatan negara ekoran perkembangan-perkembangan baru
termasuk pengiktirafan gerakan pembebasan, kemunculan badan-badan
antarabangsa dan seun1pamanya. Ini semua dengan sendirinya menjadikan
definisi asal undang-undang antarabangsa agak terhad. Selain itu mungkin
c ada juga yang mempersoalkan apakah perkembangan-perkembangan barn
itu boleh dimasukkan ke dalam kerangka atau ruang 1ingkup asal undang-
undang antarabangsa.
Berbeza dengan sifat dan penel anan awalnya, undang-undang
antarabangsa kini tidak hanya tertumpu kepada soal-soal negara, kenegaraan
dan hubungan sesama mereka (seperti konflik, pertikaian wilayah,
d penghijrahan, bidang kuasa dll.). Sebaliknya undang-undang antarabangsa
turut rnenumpukan perhatian kepada soal-soal berhubung dengan hubungan
antara negara dengan rakyat mereka sendiri; termasuk isu berhubung dengan
hak-hak asasi.so Ini menyebabkan setengah sarjana menelah bahawa pada
masa yang akan datang mungkin wujud interaksi yang menarik an tara cabang
undang-undang awam tertentu khususnya undang-undang perlembagaan
e dengan undang-undang antarabangsa. 51 Ini adalah kerana· perkembangan-
perkembangan mutakhir seperti penghijrahan, keganasan dan kemunculan
badan-badan antarabangsa menyebabkan konsep kedaulatan yang menjadi
tonggak kepada undang-undang perlembagaan tercabar dan makin mengecil;
sesuatu yang mahu tidak mahu menuntut perubahan yang relevan dalam
struktur perundangan antarabangsa.
f Bentukdan kegiatan negara-negara duniajelas sudah berubah. Sebab itu
undang-undang an tarabangs a kini ditandai oleh beberapa ciri yang tidak begitu
dominan sebelum ini. Undang-undang antarabangsa sekarang begitu dominan
dengan hubungan an tara negara yang mencakup perhubungan diplomatikyang
ditentukan oleh prinsip-prinsip yang telah diterima sejak zaman-berzaman. 52
Dalam pada itu ia juga turut didominasikan oleh pelbagai kerjasama
g yang berkisar kepada perjanjian-perjanjian dan pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa. Selain itu kerjasama tersebut turut dimanifestasikan dalam

50 Bobbit, supra, hlm. 96-7.


51 Ibid.
52 W. Friedmann, "The Changing Structure oflnternational Law" dlm. Falk, Kratoch'<vil & Mend-
h 1ovitz (ed.), supra, hlm. 143-48.
12 KANUN [SEPTEMBER 2006]

bentuk pertubuhan-pertubuhan serantau; yang diregulisasikan oleh peraturan- a


peraturan yang mencerminkan hasrat dan kepentingan bersaina.s3
Dimensi dan ali ran baru ini menyebabkan berlakunya peru bah an dari segi
penekanan· termasukyang melibatkan soal kebajikan masyarakat sejagat dan
juga kebajikan rakyat dalam negara tertentu. 54 Hal ini jelas berbeza dengan
penekanan masa lalu yang berkisar kepada soal-soal hubungan an tara negara; b
yang jelas meletakkan perhatian kepada kedudukan negara sebagai sebuah
entiti berdaulat. Sekarang ini bukan lagi satu-satunya perkara pokok: dalam
isu-isu tertentu seperti penafian hak-hak asasi hujah negara berdaulat tidak
lagi menjadi alasan yang diterima. Perkembangan ini menyebabkan timbulnya
pengiktirafan terhadap entiti-entiti yang sebelum ini tidak diberikan status
subjek dalam undang-undang antarabangsa. 55 Dengan kata lain ruang lingkup
c
bagi apa yang disebut sebagai subjek itu kini semakin luas jangkauannya.
Perubahan ini ken1udiannya membawa kepada munculnya konsep-konsep
baru yang sesuai dengan tuntutan politik, sosial dan ekonomi di bawah rejim
yang baru tadi. 56 Sekali gus ini menyebabkan penubuhan pelbagai organisasi
bagi n1elaksanakan segala tuntutan itu.s7
Menarik untuk disebut bahawa sekiranya 50 tahun yang lalu ancan1an d
besar yang dibimbangi menghancurkan dunia ialah peperangan, kini
nampaknya ia bukan lagi ancaman besar yang paling menakutkan. Hari ini
kebimbangan lebih tertumpu kepada soal penguasaan ekonmni. Ada yang
berpendapat bahawa penubuhan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada
1945 telah secara hal us menyebabkan kedaulatan negara-negara dunia dalam
soal kewangan terhakis 58 kerana IMF n1empunyai dana dan pengaruh yang e
kuat yang menyebabkan negara-negara dunia, terutamanya negara-negara
kecil terpaksa mengikut arus. Begitu juga dengan penubuhan WTO yang
menyebabkan negara-negara membangun terpaksa mengikut arus perdana
perdagangan dunia.

Undang-undang Antarabangsa: Antara Teori dan Pelaksanaan f


Bahagian ini berkisar kepada masalah-masalah yang tidak dapat dipisahkan
daripada undang-undang antarabangsa seperti tidak adanya sebuah agensi
yang berpusat sebagaimana yang wujud di peringkat nasional seperti pihak
polis pendakwa dan mahkamah. Undang-undang antarabang a terlalu
g
53 Ibid.
54 Ibid., hlm. 147.
55 Ibid.
56 Ibid.
57 Ibid.
58 Lihat Cassese, supra, hlm. 326- 32. Setakat tahun 1995 IMF dianggotai oleh 179 buah negara,
termasuk negara-negara baru yang muncul selepas kejatuhan So,,i et: lihat P. Malanczuk,
Akehurst's Modem Introduction to International Law, supra. hlm. 225-27, 226. h
Undang-undang Antarabangsa:
Asas, Pelaksanaan dan Masa Depannya
18 KANUN (3) Abdul Aziz Bari 13

a bergantung kepada ihsan dan kerjasama negara-negara dunia terutamanya


kuasa-kuasa besar dalam memastikan bahawa segala prinsip dan ketetapan-
nya dipatuhi atau dilaksanakan.
Sebab itu ada pihak yang awal-awallagi menganggap undang-undang
antarabangsa merupakan alat kuasa-kuasa besar. 59 Melihat kepada proses
b dan krisis yang berlaku tanggapan sebegini memang sukar untuk dinafikan.
Bahkan pandangan sedemikian mempunyai nilainya sendiri kerana ia menja-
dikan kita lebih realistik; memahami kerangka dan struktur undang-undang
antarabangsa di alam nyata.
Antara krisis yang menjadikan sebahagian daripada komuniti an tara bang-
sa skeptikal terhadap keman1puan undang-undang antarabangsa ialah tragedi
yang berlaku di Palestin 60 dan Bosnia. 61 Mungkinjuga ada yang ingat kepada
c
apa yang berlaku kepada Kerajaan Uthmaniah di Turki. Meskipun ini terjadi
ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu belum wujud keruntuhan empayar
Islam itu boleh menjadi contoh betapa konsep dan tafsiran undang-undang
antarabangsa boleh diputarbelitkan sehingga menjadi alat untuk mengesahkan
kezaliman dan penindasan. Kuasa-kuasa Barat mengesahkan campurtangan
d mereka atas alasan untuk menyelamatkan penduduk beragama Kristian 62
dalam kesultanan tersebut sedangkan hingga hari ini tidak ada bukti kukuh
yang membuktikan bahawa mereka ditindas. Begitu juga dengan serangan
Yahudi ke atas Mesir pada 1967 yang dijustifikasikan dengan merujuk kepada
doktrin mempertahankan diri yang dikandung oleh Piagam PBB. 63 Sen1entara
itu tragedi penyembelihan umat Islam di Bosnia didakwa sebagai perang
e saudara yang negara-negara lain tidak harus cam pur tangan.
Meskipun demikian contoh-contoh ini tidak boleh dijadikan alasan untuk
mengetepikan undang-undang antarabangsa. Apatah lagi kalau kita menyedari
bahawa masalah sebenar bukan soal prinsip undang-undang tetapi pelaksa-
naannya. Seperti yang disebutkan di atas masalah sedemikian berlaku juga
di peringkat nasional.
f
Masa Depan Undang-undang Antarabangsa
Keraguan tentang masa depan undang-undang antarabangsa timbul kerana
wujudnya masalah-masalah yang tersebut di atas. Bagaimanapun sesuatu yang
tidak dapat dinafikan ialah betapa masalah sedemikian pun turut berlaku di
g

59 Chee Yoke Ling, How Big Powers dominate the Third World -The Use and Abuse of Inter-
national Law, Pulau Pinang: Third World Network 1987.
60 Untuk kes ini lihat, umpamanya, H. Cattan, Palestine and International Law: The Legal
Aspects of the Arab-Israeli Conflict, edisi kedua, London: Longman Group Ltd., 1976.
61 Lihat Myint Zan, supra. Lihat juga . Malcolm, supra.
62 Lihat Myint Zan, supra, hlm. be.
h 63 Untuk perbincangan lanjut lihat Shaw, supra, hlm. 787-95 dan Cassese, supra, hlm. 230-39.
14 KA.NUN [St::PTD.lBER 2oo6l

peringkat domestik. Sebab itu reformasi sistem undang-undang domestik a


sering disuarakan. Mungkin kita boleh membuat analogi ini: hanya kerana
kadarjenayah meningkat ini tidak berrnakna bahawa undang-undangjenayah
tidak berguna langsung. Dalarn pada ih1 perlu disedari bahawa undang-undang
antarabangsa sentiasa berkembang. 64 Bahkan 1nelihat kepada sifat umber-
sumber perundangannya ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan . b
Terpulanglah kepada masyarakat antarabangsa memperkembangkannya: 65
sesiapa yang enggan mengambil bahagian dan memilih untuk menyisihkan
diri dari arus perdana akan tersisihlah akhirnya.
Selain itu perlu juga direnung apakah yang akan terjadi sekiranya tidak
ada prinsip undang-undang antarabangsa. Kemunculan begitu ban yak negara
baru selepas Perang Dunia Kedua sebenarnya turut dipengaruhi oleh doktrin
c
a tau hak untuk mendapat kemerdekaan atau memerintah sendiri (self-deter-
mination) yang dikandung oleh Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri. 66
Meskipun undang-undang antarabangsa diibaratkan sebagai harirnau
kertas yang jelas ialah bahawa sen1ua negara mengambil kira kedudukan
dalan1 undang-undang sebelurn mereka mengambil satu-satu tindakan.
Ini rnenekankan bahawa sedikit sebanyak undang-undang antarabangsa d
tetap meninggalkan kesan dalam kalangan masyarakat dunia. Selain PBB,
pertubuhan-pertubuhan serantau tertentu seperti ASEAN telah memainkan
peranan tertentu khususnya dalan1 mengurangkan atau mengelakkan konflik
bersenjata. Ini adalah contoh kesan positif undang-undang antarabangsa.
Dalam pertikaian dengan jiran-jirannya, seperti yang terjadi dalam kes Pu-
lau Sipadan, Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menyerahkan kes itu e
ke meja ICJ. Ini tidak akan berlaku sekiranya kedua-dua negara berkenaan
tidak men1percayai sisten1 keadilan antarabangsa. Dari satu sudut ini mem-
bayangkan adanya perubahan positif dalam sistem penyelesaian konflik an-
tarabangsa. Se1nemangnya sebelum ini bilangan negara-negara yang sanggup
mematuhi keputusan ICJ adalah kecil. Hal ini kerana mahkamah tersebut 67
dipengaruhi oleh penaungnya yakni blok Barat, sukar untuk menunjukkan f
kebebasan dan sikap tidak memihaknya, mempunyai kurang perwakilan
dari dunia ketiga dan tidak menerima banyak kes kerana tanggapan dan
kenyataan di atas. Bagaimanapun ini semua telah berubah dan bilangan
negara yang menerima bidang kuasa ICJ bertambah. 68

g
64 Unluk perbincangan lanjullihat, umpamanya, W . Levi, Contemporary lntemational Latu:
J\ Concise Introduction , edisi kedua, Boulder: Westview Press, 1991, hlm. 323-28.
65 Lihat perbincangan tentang sumbangan blok Asia dan Afrika dalam perkembangan undang-
undang antarabangsa: T.O. Elias, New Horizons in International Law, Drodrecht: Martinus
Nijhoff Publishers, edisi semakan oleh F.M. Ssekandi, 1992, hlm. 29-43.
66 Untuk perbincangan lanjut mengcnai konsep atau hak ini lihat, umpamanya, Shaw, supra ,
hlm. 177-82 dan Casse e, supra, hlm. 30-9 dan 131-37.
67 Lihat Cassese, supra, hlm . 205- 6.
68 Ibid., hlm. 207. h
Undang-undang Antarabangsa:
Asas, Pelaksanaan dan Masa Depannya
18 KANUN (3) Abdul Azi7 Bari 15

a Walaupun sistemnya sering dipersoalkan, yang jelas PBB telah berhasil


mengurangkan konflik bersenjata; khususnya melalui usaha-usaha pasukan
pengaman antarabangsa yang bernaung di bawah panji-panji pertubuhan
tersebut. 69 Dalam beberapa kes tertentu seperti yang berlaku di Timor Timur
keengganan setengah negara menghantar pasukan tentera menyebabkan ke-
b berkesanan misi seperti itu kurang. I a juga menunjukkan betapa sesetengah
negara membangun terlalu mudah menyalahkan negara-negara maju khu-
susnya blok Barat tanpa terlebih dahulu melihat sun1bangan mereka sendiri.
Perlu dicatatkan bahawa rupa-rupanya, setelah penjajahan kuasa-kuasa Barat
berakhir, penindasan dan kekejamanjuga boleh dilakukan oleh kuasa-kuasa
Timur; 70 negara-negara yang suatu masa dahulu pernah dijajab. Dengan
kata lain penindasan dan kekejaman bukanlah sesuatu yang terhad kepada
c
bangsa-bangsa Barat sahaja: ia adalah kelakuan keji yang boleh dilakukan
oleh man usia yang rendah akhlaknya, baik dari Barat mahupun dari Tin1ur.

Kesirnpulan

d Apa yang dikatakan sebagai masalab keberkesanan itu sebenarnya bukanlah


sifat asasi undang-undang antarabangsa. Mengingat sifat dan komposisi
masyarakat antarabangsa, fen omena sedemikian seharusnya tidak terlalu me-
meranjatkan. Lagipun sudah tentulah keberkesanan memerlukan mekanisme
dan kehendak politik yang mencukupi. Malangnya faktor-faktor terse but tidak
selalu wujud. Undang-undang antarabangsa terpaksa bergantung kepada
e kuasa-kuasa besar. Negara-negara kecil pula masih belum berupaya mem-
bersihkan masalah dalaman mereka sendiri yang menyebabkan mereka tidak
berupaya untuk berdiri sendiri; jauh sekali dari mempertahankan maruah
dan harga diri. Kenyataan ini n1embayangkan jawapan kepada soalan yang
ditanyakan oleh Myint Zan di atas tadi.
Tuntutan untuk perubahan, khususnya yang datang dari dunia ketiga dan
f membangun, tidak semestinya tulen dan perlu. Separuh daripada laungan itu
hanya percubaan untuk mengelakkan diri mereka dikenakan piawai demokrasi
yang baru dan lebih ketat: pen1impin-pemimpin politik berkenaan bimbang
struktur antarabangsa yang lebih prihatin terhadap kualiti akauntabiliti dan
demokrasi akan membahayakan kedudukan mereka. Meskipun demikian
ini tidak bermakna bahawa reformasi dan penyesuaian tidak diperlukan
g
1angsung.7 1 Apa yang penting reformasi dan penye uaian perlu dipandu oleh

69 Un tuk fakta lerkini tentang misi-misi pengaman ini lihal Malanczuk, supra, him . 416-25
70 Jepun, sewaktu Perang Dunia Keduajuga terlibat dengan pembunuhan di China (Nanking)
dan Korea. Begitu juga dengan Indonesia yang melanggar Timor Timur: lihat Abdul Aziz Bari,
·'Right to Self- Determination in International Lnw- A Post-Deco Ionisation Assessment" [1996]
6CL.Ji.
h 71 Lihat Abdul Aziz Bari, "The Politics of Human Rights .. , Sunday Sun, 10 Ogos 1997. him. 18.
16 KAi'WN [SEPTEMBER 2006]

arah dan pengisian yang betul termasuk untuk menjadikan sistem yang ada a
ini lebih representatif, tel us dan demokratik.
Bagi umat Islan1 dan negara-negara membangun, ada hal-hal yang jelas
boleh dimanafaatkan; baik melalui PBB dan pertubuhan-pertubuhan ter-
tentu yang dinaunginya seperti Pertubuhan Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
(UNESCO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan semnpamanya. Selain b
itu, OIC perlu lebih proaktif dan mengambil peluang daripada ruang-ruang
baru yang muncul di dalam struktur dan kerangka undang-undang an tarabang-
sa itu. Keluasan geografi serta bilangan negara sebenarnya memungkinkan
wujudnya adat dan amalan yang baru; yang boleh didasarkan kepada prinsip-
prinsip Islam. Tidak perlulah dihujahkan betapa perubahan perlu dimulakan
di peringkat nasional. Tidak ada gunanya berkokok di pentas antarabangsa c
sedangkan rumah kita sendiri masih tunggang-langgang: reformasi harus
bermula dalam sistem undang-undang domestik itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai