Anda di halaman 1dari 1

- Selepas menyimpan barang-barang ke dalam kereta, kami pun memulakan perjalanan.

- Kami menaiki kereta ayah ke sana.


- Sepanjang perjalanan ke Pantai Teluk Bahang, kami melihat pemandangan yang indah nian.
- Perjalanan ke pantai tersebut mengambil masa selama 30 minit.
- Apabila tiba di sana, kami melihat ramai orang yang berkelah di situ.
- Kemudian, kami pun menurunkan barang-barang dari kereta.
- Saya membantu ayah membawa barang ke bawah sepohon pokok yang rendang.
- Ayah membentangkan sebidang tikar di bawah pokok itu.
- Kemudian, kami pun menyusun barang-barang tersebut.
- Saya tidak sabar untuk berenang tetapi saya perlu menukar pakaian. Saya pun pergi menukar pakaian
di bilik persalinan.
- Selepas menukar pakaian, saya pun berenang sambil diawasi oleh ayah.
- Semasa saya berenang, adik saya membina istana pasir manakala kakak mengutip kulit siput di tepi
pantai.
- Setelah penat, kami berehat dan makan bekalan yang dibawa dari rumah. Makanan yang dimasak
oleh ibu sangat lazat.
- Apabila hari kian petang, kami pun berkemas kerana kami ingin pulang ke rumah.
- Selepas berkemas, kami pun memulakan perjalanan pulang ke rumah dengan hati yang gembira.
- Kami berasa berbesar hati kerana dapat pergi berkelah di Pantai Teluk Bahang. Saya tidak akan
melupakan kenangan yang manis ini. Saya harap saya dan keluarga dapat berkelah bersama keluarga
lagi.

Anda mungkin juga menyukai