Anda di halaman 1dari 3

ULASAN TENTANG KAJIAN SINTAKSIS PADA NOVEL SANG PENCURI WARNA

KARYA YERSITA

- Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya Muhammad Izzat Hafifi bin Morat.
Saya akan mengulas tentang jurnal bertajuk kajian sintaksis pada novel Sang Pencuri
Warna karya Yersita. Seperti yang diketahui ramai bahawa sintaksis ini ialah satu
cabang bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Dalam jurnal ini jelas menunjukkan bahawa penulis telah
menjalankan satu kajian sintaksis terhadap novel yang dikaji ini Pengkajian ini
dijalankan untuk Mendeskripsi tentang bentuk, frasa, klausa dan ayat pada novel Sang
Pencuri Warna karya Yersita.

- Hasil penelitian tentang jurnal ini menunjukkan terdapatnya bentuk frasa berdasar
hubungan antara unsur dan unsur inti jenis kata, terdapatnya bentuk klausa positif dan
negative dan yang terakhir terdapatnya kalimat berdasarjan pengucapan, struktur
gramatis, fungsi atau isi, unsur, susunan, gaya pembentangan dan subjek. Hasil
daripada penilitian terhadap jurnal ini menunjukkan bentuk frasa pada novel sang
pencuri warna dapat dibedakan kepada beberapa kelompok iaitu berdasarkan
hubungan antara unsurnya, jenis kata pada unsurnya dan juga berdasarkan makna.
- Dalam jurnal ini menyatakan bahawa dapat ditemukan contoh frasa nomina sebagai
contoh “Rumah Tua” yang terdapat dalam novel yang dikaji. Selain itu, terdapat juga
frasa adjektif yang terdapat pada novel yang dikaji dimana kata adjektif ini
merupakan kata sifat dengan menambahkan kata lain yang berfungsi untuk
menerangkan seperti agak, dapat, harus, lebih, paling dan sangat. Frasa adjektif dapat
ditemukan dalam novel ini sebagai contoh “sangat penakut”. Perkataan penakut
merupakan frasa adjektif. Terdapat juga klausa yang dnyatakan dalam novel ini
berkaitan novel yang dikaji. Ayat tidak langsung dapat dicirikan dengan penggunaan
kata “bahwa”.
- Berdasarkan hasil analisi dapat ditemukan tentang ayat tidak langsung dalam jurnal
ini sebagai contoh yang beri oleh peneliti ialah “ Bu Yuni terus bercerita jika dia
sudah Lelah menjadi bendahara” ayat ini telah menunjukkan bahawa novel yang
dikaji oleh peneliti mempunyai ayat tidak langsung. Selain itu, berdasarkan jumlah
frasa atau struktur gramatis terbahagi kepada dua iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal
lazimnya merupakan ayat yang pendek kerana hanya mempunyai satu subjek dan
predikat yang digunakan. Dalam analisis novel ini peneliti dapat menemukan ayat
tunggal dalam novel ini sebagai contoh “Musa sedang marah” ayat ini jelas
menunjukkan bahawa terdapat satu subjek dan satu predikat. Selaiin itu terdapat juga
ayat majmuk yang dinyatakan dalam jurnal ini terhadap novel yang dikaji. Ayat
majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. Melalui analisis
tentang novel ini terdapat ayat majumuk sebagai contoh “Musa pulang mengajar
ketika ibu memasak nasi”. Ini jelas meunujukkan terdapatnya ayat majmuk dalam
novel yang dikaji kerana terdapatnya dua ayat tunggal pada ayat itu iaitu Musa pulang
mengajar dan ibu memasak nasi. Seterusnya, terdapat juga ayat perintah yang peneliti
kenal pasti terhadap novel yang beliau kaji iaitu “Pulanglah, turuti semua keinginan
orang tuamu. Jika dilihat pada ayat tersebut cukup jelas bahawa terdapat ayat perintah
iaitu pada perkataan pulanglah itu.
- Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa melalui jurnal yang mengkaji novel sang pencuri
warna karya yesrita ini terdapatnya bentuk frasa berdasar hubungan antara unsur dan
unsur inti jenis kata, terdapatnya bentuk klausa positif dan negative, terdapatnya ayat
berdasarkan pengucapan, struktur gramatis, fungsi atau isi unsur, sususan dan gaya
pembentangan serta subjek. Melalui jurnal ini membolehkan orang ramai atau para
guru menggunakan kajian ini sebagai bahan rujukan pengajaran ketika mengajar
berkaitan tajuk sintaksis ini. Ini juga boleh digunakan oleh para pelajar untuk
meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan pembelajaran sintaksis. Hal ini kerana
jurnal ini juga telah memberi contoh yang jelas tentang bentuk-bentuk frasa, klausa
dan ayat serta tidak perlu susah susah untuk mencarinya. Hasil kajian ini amatlah
berguna kepada orang ramai untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam
menguasai ilmu sintaksis ini. Sekian sahaja dari saya. Assalammualaikum dan terima
kasih.
-
- Berdasarkan subjeknya pula ayat dalam jurnal ini dibezakan kepada dua bahagian
iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Seperti yang diketahui ramai ayat aktif ialah ayat yang
menekankan objek manakala ayat pasif pula ialah menerangkan benda atau orang
yang dikenakan perbuatan ke atasnya. Berdasarkan analisis peniliti dalam jurnal
terhadap novel ini, terdapat ayat aktif dalam novel iaitu sebagai contoh “ibu tinggal
dirumah tua” ayat ni jelas menunjukkan penekanan terhadap objek. Melihat pula
kepada ayat pasif berdasarkan penilitian jurnal ini terhadap novel yang dikaji dapat
dijumpai contoh ayat pasif sebagai contoh “Tindakan itu dilakukan sampai beberapa
minit’ ini jelas memperlihatkan bahawa ianya menerangkan benda atau orang yang
dikenakan perbuatan ke atasnya.

Anda mungkin juga menyukai