Anda di halaman 1dari 2

Kesan penggunaan kad kredit

Kad kredit merupakan alat pembayaran secara elektronik yang membolehkan kita
memberi barangan atau mendapat perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai.
Hal ini telah menyebabkan dewasa yang mempunyai gaji sekurang-kurangnya RM
1500 boleh membuat satu kad kredit. Sehubungan dengan itu, kad kredit telah
mendatang seribu satu kebaikan kepada kita seperti kita bukan sahaja tidak perlu
membawa banyak wang untuk membeli barangan malah juga dapat mengelakkan
perhatian perompak. Bak kata pepatah, serampang dua mata. Jika kita
menyalahgunakan kad kredit, kad kredit memang akan membawa banyak impak
negatif kepada kita. Oleh sebab itu, kita mesti menggunakan kad kredit dengan cara
yang betul dan tepat.

Sebagai lontaran idea yang pertama, jika kita menyalahgunakan kad kredit atau
tidak merancang berbelajaan kita dengan bijak kita mungkin menghadapi masalah
berhutang. Hal ini dikatakan demikian kerana kita bersikap boros akan
menggunakan kad kredit membeli barangan yang sangat mahal tanpa mengawal.
Tamsilnya, kita akan meminjam wang daripada pihak bank dan kita akan membayar
wang lebih banyak daripada wang yang kita pinjam jika kita tidak membayar wang
dalam jangka masa yang ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan kita akan
memberatkan beban diri sendiri dan juga keluarga kita. Tuntasnya, kad kredit akan
mengakibatkan kita menghadapi masalah kesempitan wang sehingga berhutang jika
disalahgunakan.  

Sebagai lontaran idea yang seterusnya, kita akan membunuh diri jika penggunaan
kad kredit secara tidak terkawal. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan berfikir
tentang masalah berhutang dan tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam
pekerjaan kita. Sebagai contoh, majikan akan memarahi kita dan kita akan dibuang
keluar dari syarikat kerana kerja yang diberi oleh majikan tidak dibuat dengan
sempurna. Sehubungan dengan itu, kita tidak mempunyai pekerjaan dan tidak
mempunyai gaji untuk menyelesai masalah berhutang sehingga berfikir untuk
membunuhkan diri.  Oleh sebab itu, kita akan menamatkan hidupan diri jika
penggunaan kad kredit tidak terkawal.

Akhirulkalam, sekiranya kita menggunakan kad kredit tanpa terkawal, kita


mengagung-agungkan budaya hedonisme dan bermaterialistik akan membeli
barangan berjenama walaupun pendapatan berkurang di laman sesawang yang
tidak selamat. Hal akan memberi peluang kepada penggodam untuk menggunakan
kad kredit kita. Contohnya,mereka akan menggodam untuk mendapatkan numbor
satu sekali (OTP) lalu mendapat wang simpanan kita dan menggunakan wang kita
sehingga muflis. Hal ini akan menyebabkan kita menghadapi kesempitan wang dan
kita akan meminjam wang dari kawan kita. Perbuatan ini akan mengakibatkan kita
dipulau daripada kawan. Pendek kata, sikap pacat hendak menjadi ular sawar telah
menyebabkan kita mengadapi masalah kewangan. 
Kesimpulannya, terdapat pelbagai impak positif jika kita menggunakan kad kredit
dengan bijaksana. Oleh sebab itu, semua pihak mesti berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk mengajar masyarakat untuk menggunakan kad kredit dengan
cara yang betul kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Marilah kita
menggunakan kad kredit dengan berhati-hati dan betul supaya kita tidak akan
mengalami kemuflisan dan kesusahan. 

Anda mungkin juga menyukai