Anda di halaman 1dari 2

Syarahan Kepentingan Aktiviti Rekreasi dalam kehidupan

Salam sejahtera saya ucapkan, Yang dihormati Pn Siti, seterusnya rakan-rakan sekalian,

"Pentingnya aktiviti rekreasi dalam kehidupan"

Begitulah tajuk syarahan saya pada hari yang berbahagia ini, Sebelum saya melangkah
dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya.

Menurut Wikipedia, aktiviti rekreasi bermaksud aktiviti yang dilakukan ketika waktu lapang.
Jelaslah dari definisi ini, saya akan berbicara tentang pentingnya aktiviti masa lapang dalam
kehidupan kita.

Hadirin sekalian,

Seperti mana yang kita tahu pada zaman yang semakin moden ini, masyarakat seakan terlalu
sibuk mengejar kemewahan dunia lantas sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat
terutamanya amalan beridadah atau rekreasi. Hal ini demikian kerana mereka terlalu
memandang enteng kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat
beberapa kepentingan rekreasi dalam kehidupan.

Pertama sekali, aktiviti rekreasi mampu mengeratkan hubungan sama ada hubungan
dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian kerana
melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu yang lain di
sekelilingnya,di samping mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, melalui amalan
rekreasi,kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa rekreasi mampu
mengeratkan hubungan antara individu dengan individu yang lain.

Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu mengurangkan stres dan memberi ketenangan
jiwa kepada anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, masyarakat dapat menghayati
keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman
seperti berjoging, masyarakat dapat menghirup dan menikmati udara yang segar seterusnya
mampu memberi kedamaian jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu
menjadi landasan utama masyarakat bagi melapangkan fikiran.

Hadirin yang dihormati,


Aktiviti rekreasi juga penting kerana dapat menyihatkan badan. Aktiviti rekreasi yang
menyihatkan badan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti
terjunan udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit
kronik. Contohnya, sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda pemudi, anggota
masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk badan. Sudah terang lagi
bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi Malaysia cergas.

Jelaslah pada kita, aktiviti rekreasi mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat
dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah
mengutamakan dan mengamalkan aktiviti rekreasi dalam kehidupan seharian kerana
sesungguhnya minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas.

Anda mungkin juga menyukai