Anda di halaman 1dari 2

MEMBINA INFRASTRUKTUR YANG BERASASKAN PENGETAHUAN

Antara langkah-langkah yang menjadikan malaysia sebagai negara berpendapatan


tinggi ialah melalui strategi yang terdapat dalam Model Ekonomi Baru (MEB) iaitu
membina infrastruktur berasaskan pengetahuan yang amat signifikan dengan
meningkatkan lagi pendapatan bagi negara Malaysia. Hal ini demikian, kerana
melalui strategi ini peningkatan kualiti hidup masyarakat, permintaan terhadap
pengangkutan, tenaga dan kemudahan bandar akan berlaku di negara ini. Sebagai
contoh, pembangunan infrastruktur pengangkutan darat di malaysia telah
menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara malaysia kerana sejak 1957
kerajaan Malaysia telah memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur asas
seperti pengangkutan dan telekomunikasi.

Pengangkutan darat merupakan asas utama untuk menjalankan beberapa aktiviti


penting di negara ini. Pengangkutan darat di malaysia terbahagi kepada dua iaitu
Pengangkutan Jalan Raya dan Pengangkutan Rel Kereta Api. Rancangan Malaysia
Pertama hingga Rancangan Malaysia ke Sembilan telah memberi penekanan
terhadap pembangunan infrastruktur di negara ini. Negeri Selangor merupakan
negeri yang telah menyediakan pengangkutan darat yang sangat baik kerana
kemudahan infrastrukturnya yang lengkap. Hal ini telah menunjukkan pertumbuhan
KDNK semakin meningkat disebabkan oleh penyediaan infrastruktur yang lengkap.
Sebagai contoh, dalam aspek Pengangkutan Rel Kereta Api telah menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia kerana pengguna berasa selesa ketika
menaiki pengangkutan ini. Di samping itu, barangan untuk di pos ke tempat lain juga
terjaga dan tidak rosak oleh kerana infrastruktur yang lengkap yang terdapat dalam
pengangkutan Rel Kereta Api di Malaysia.Di bawah Rancangan Malaysia lima tahun,
perkara yang amat difokuskan dalam pengangkutan Rel Kereta Api di Malaysia ialah
keselamatan penumpang, penambahbaikan kualiti,keberkesanan perkhidmatan dan
muatan. Melalui perkara ini akan ada lebih ramai pengguna yang akan menggunakan
pengangkutan ini kerana mereka berasa selesa dan lebih percaya terhadap fungsi
pengangkutan ini.

Selain daripada itu , dalam aspek Pengangkutan Jalan Raya di malaysia juga telah
menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kerana kemudahan jalanraya
yang baik membuatkan orang ramai lebih selesa dan senang untuk membuat aktiviti
mereka seperti pergi ke tempat kerja dan melancong. Melalui perkara ini, TOL
JalanRaya akan sentiasa digunakan oleh pengguna jalanraya di Malaysia dan perkara
inilah yang dapat meningkatkan lagi pendapatan negara Malaysia. Oleh itu,
kemudahan atau infrastruktur yang baik dalam aspek Pengangkutan Jalan Raya dan
Pengangkutan Rel Kereta Api memberi impak yang positif dalam peningkatan
pendapatan negara Malaysia. Oleh itu, kerajaan haruslah memberi penekanan
sepenuhnya terhadap kedua-dua pengangkutan ini kerana dapat memberi
sumbangan ekonomi dalam jangka masa yang panjang. Strategi Membina
Infrastruktur Berasaskan Pengetahuan sememangnya amat penting dalam
meningkatkan lagi pendapatan negara.

Anda mungkin juga menyukai