Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

SK SUNGAI KAYU SESI 2017

Tarikh: 15 November 2016


Masa: 7.30 pagi
Tempat: Bilik Kemahiran Hidup.

Mengumumkan ketibaan Puan Guru Besar SK Sungai Kayu, Puan Janimah Jaman
diiringi guru-guru penolong kanan SK Sungai Kayu.
1.
Ketibaan ** Para hadirin dipersilakan duduk.
jemputan
dan ibu bapa Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Sehati
Sejiwa dan Salam 1 Malaysia
Yang Berusaha, Puan Janimah Jaman, Guru Besar SK Sungai Kayu,
Pembuka
Kata Aluan Puan Noorhayati, Penolong Kanan Sesi Petang,
Puan Munirah, Penolong Kanan Kurikulum,
Puan Sitti Asiah Mohamed, Penolong Kanan HEM,
Guru-guru,
Ibu Bapa,
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh Cikgu Ahmad Daud Dahlan. Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
2.
Pembukaan Sudi tuan ke majlis kami.
Kata Aluan
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Taklimat Program Transisi
Tahun 1 SK Sungai Kayu bagi tahun 2017. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan
para jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Program
Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan
3. daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih
Ucapan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid
Pembukaan
diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan
kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
4. Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan Guru
Besar Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Janimah Jaman selaku
Guru Besar SK Sungai Kayu untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

5. Program kita pada hari ini diteruskan lagi dengan Taklimat yang akan disampaikan
Taklimat oleh Puan Noor Hayati Wasli, penolong kanan petang Sk Sungai Kayu. Dipersilakan.
Penolong
Kanan Petang **Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Noor Hayati atas taklimat
sebentar tadi.
Taklimat
Penolong
Kanan HEM Para hadirin yang dihormati sekalian,

Taklimat Program kita pada hari ini diteruskan lagi dengan Taklimat seterusnya yang akan
Penolong disampaikan oleh Puan Sitti Asiah Mohamed, penolong kanan Hal Ehwal Murid Sk
Kanan Sungai Kayu. Dipersilakan.
Kurikulum
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Sitti Asiah Mohamed atas
taklimat sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Program kita pada hari ini diteruskan lagi dengan Taklimat yang akan disampaikan
oleh Puan Munirah, penolong kanan Kurikulum Sk Sungai Kayu. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Munirah atas taklimat
sebentar tadi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
6. Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
Penutup tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Program Transisi Tahun 1 bagi
tahun 2017, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, di sini ada makluman kepada ibu bapa dan
penjaga.

Buat makluman para ibu bapa dan penjaga, anda boleh mengambil anak masing-
masing di kelas Bahasa inggeris dan bilik computer di aras dua sekolah.

Majlis Bersurai,
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai