Anda di halaman 1dari 1

KLCC PROJEKS SDN BHD

DASAR KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR

KLCC Projeks Sdn Bhd komited untuk berusaha ke arah mencapai kecemerlangan
Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar bagi semua akitiviti dan dimana sahaja ia
beroperasi dengan mematuhi segala kehendak perundangan dan keperluan lain
yang berkaitan.

KLCC Projeks Sdn Bhd akan mengambil langkah yang munasabah dan praktikal
untuk mencegah dan menghapuskan risiko kecederaan, penyakit berkaitan
pekerjaan dan kerosakan harta benda; serta melindungi alam sekitar, mencegah
pencemaran dan mengurangkan risiko alam sekitar.

KLCC Projeks Sdn Bhd akan menyediakan sumber dan organisasi yang diperlukan;
dan di mana sesuai, berkerjasama dengan pekerja dan pemegang kepentingan
utama dalam hal-hal Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar.

KLCC Projeks Sdn Bhd akan memastikan pelan kontingensi disediakan untuk
mengendalikan keadaan kecemasan semasa kerja pembinaan.

KLCC Projeks Sdn Bhd akan memastikan keadaan kecemasan dan wabak
berjangkit dikendalikan dengan sebaiknya.

KLCC Projeks Sdn Bhd mengkehendaki semua pekerja, perunding dan kontraktor
untuk mematuhi sepenuhnya dasar ini pada setiap masa.

………………………………………………………
Hilme Hassan
Pengarah Eksekutif
4hb Julai 2021

Semakan : 05

Anda mungkin juga menyukai