Anda di halaman 1dari 22

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
ARAS 5 & 6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN /
INFORMATION SHEET
NAMA PROGRAM /
TEKNOLOGI PEMBINAAN
PROGRAM NAME
KOD DAN NAMA DCA 3313 - BUILDING CONSTRUCTIONS 3
KURSUS /CODE AND
NAME OF COURSE
NO. DAN TAJUK UNIT
4 CIVIL AND EXTERNAL WORKS
KOMPETENSI
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

4.1 EXTERNAL DRAIN, DRAIN COVER, APRON AND SEWERAGE


NO DAN PERNYATAAN SYSTEM CHAMBER.
4.2 ROADWORK AND CAR PARK ON THE ROUND, ROAD SURFACE,
TUGASAN / TASK(S) NO ROAD SURFACE, ROAD MARKING, KERBS AND ROAD SIGN.
AND STATEMENT 4.3 FENCE AND GATE
4.4 ELECTRICAL SUBSTATION

NO KOD / CODE NO DCA 3313 Muka : 1 Drp : 22

NAMA PELAJAR / Tarikh :


STUDENT NAME / Date

TAJUK / TITLE : CIVIL AND EXTERNAL WORKS

TUJUAN / OBJEKTIVE :
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 2 Drp: 22

CIVIL AND EXTERNAL WORKS


1.0 EXTERNAL DRAIN, DRAIN COVER, APRON AND SEWERAGE SYSTEM
1.1 Pengertian
 Saliran adalah proses mengalirkan air buangan daripada sistem saliran sanitasi dan
saliran ribut melalui paip,terowong,terusan,longkang dan peparit ke paip kumbahan
utama
 Bila dikaitkan dengan pemantauan, ia ditafsir sebagai proses mengumpul,
menganalisis dan mentafsir data yang menjelaskan tahap prestasi saliran bagi tujuan
mengenalpasti masalah penyaliran dan mengambil tindakan pembetulan.

2.2 Aktiviti dalam Pemantauan Sistem Saliran


Dalam pemantauan sistem saliran , prestasi saliran dalam memastikan aliran air
berjalan lancar diperhati dan diukur secara berkala supaya maklumbalas dapat
disediakan dan perubahan-perubahan daripada pelan yang mungkin berlaku dapat
dikenalpasti. Ia dapat dilakukan melalui mesyuarat berkala dan lawatan tapak di lokasi
pembinaan saliran dengan kerjasama pengurus projek bagi memastikan spesifikasi
yang ditetapkan semasa peringkat perancangan dipatuhi. Jika ada perubahan ia perlu
dilakukan semasa pembinaan dan bukan setelah projek siap

4.0 KAEDAH PEMBINAAN SISTEM SALIRAN/ CULVERT


Pembinaan sistem saliran bawah tanah memerlukan operasi penggalian. Sebelum
sebarang penggalian dilakukan, permit menggali perlu dikeluakan oleh jurutera tapak dan
semua pekerja terlibat dengan tugasan ini hendaklah diberi taklimat secukupnya. Dengan
merujuk Kenyataan Kaedah, kaedah pembinaan sistem saliran dinyatakan seperti
berikut:
4.1 Operasi Penggalian:
 Lokasi saliran yang dicadangkan perlu dirancang tanda pada tanah dengan menanda
menggunakan cat penyembur/spray painting dan pacang pada lokasi lubang . Peparit
digali antara lubang –lubang menggunakan jengkaut dan trak pembuang.
 Lebar peparit berubah-berubah bergantung kepada saiz paip/Culvert. Lebar peparit
hendaklah dipastikan pada ukuran minimum. Kekalkan pada jarak 400mm dari
garispusat paip untuk paip bergarispusat 750mm dan 60mm bagi paip yang lebih besar.
Kelegaan 150mm ditambah apabila penahan peparit diperlukan.

 Setiap penggalian peparit yang melebihi daripada 1.2m dalam hendaklah di


tupang atau sisi peparit di condong (battered back) bagi memastikan
kestabilannya
 Peparit hendaklah di gali 100mm lebih rendah daripada aras dasar yang
diperlukan bagi menyediakan lapisan pengalas atau bedding .
 Bahan granular untuk pengalas paip hendaklah betul-betul keras, tahan lasak dan
bebas dari garam dan tanah liat.
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 3 Drp: 22

 Bahan pengalas paip hendaklah ditempatkan sekata di atas dasar peparit yang
telah disediakan supaya paip yang disusun dapat disokong secara berterusan
pada kecerunan/gradien yang diperlukan
 Bagi sistem saliran culvert, penggalian untuk slab asas, headwall dan wingwall
diperlukan
 Sebelum meneruskan penggalian, had penggalian perlu dirancang tanda seperti
mana dalam lukisan pelan dan arahan Jurutera.
 Semua timbunan tanah yang digali dan lain-lain bahan daripada penggalian
termasuk akar, log pokok dan sebagainya perlu disingkir dari tapak dan dibuang
dilokasi yang diluluskan oleh jurutera.
 Kontraktor perlu memberi notis kepada pemilik jika ada sebarang halangan supaya
mengambil tindakan melindungi hartabenda. Kontraktor juga bertanggungjawab
melindungi hatabenda pemilik dari sebarang kerosakan kesan dari operasinya

4.2 Operasi Kerja Struktur dan Masonri


Pemasangan Culvert ,
 sebelum kerja-kerja struktur dan masonri dimulakan, kawasan penggalian untuk
pemasangan dan penempatan culvert perlu dimampat kepada aras yang diperlukan
mengikut ketetapan yang diberikan oleh jurutera.
 Bancuhan konkrit , sampel dan ujian akan dijalankan sepertimana disebut dalam
spesifikasi teknikal dan mematuhi standard  BS 1881 . Semua keputusan ujian
diserahkan kepada jurutera untuk pengesahan
 Konkrit perlu ditempatkan mengikut ketetapan bagi mengelakkan pengasingan konkrit
semasa penuangan.. Konkrit diawit selama 7 hari
 Abutment dan Wing wall dibina menggunakan batu rawak (Random Rubble) atau
konkrit sehingga ke aras capping dengan menyediakan paip leleh/ weep hole mengikut
butiran lanjut oleh jurutera.
Pemasangan Paip Saliran
Bagi paip saliran yang akan dipasang, satu lapisan bahan
geotextile ditempatkan disepanjang peparit diikuti lapisan batu
yang di tempat didasar peparit bagi menerima paip. Paip-paip di
pasang pada barisan dan aras yang betul dengan menggunakan
laser gred. Laser saliran
Paip-paip gred akan mengawal
dipasang kedalaman
mengikut dengan
spesifikasi rekabentuk contohnya paip-paip
dengan
mengekalkan konkrit yang
kedalaman disekelilingnya danpaip
tepat dan gred paip-paip dengan bahan timbusan as dug.
yang dipasang
(bahan as dug adalah tanah asal yang digali dengan saiznya tidak melebihi 10mm
untuk paip bergarispusat 110mm dan 14mm untuk paip bergarispusat 160mm)
 Semua paip disusun menepati garisan dan aras seperti dinyatakan dalam
lukisan.Setiap paip perlu diperiksa sebelum seksyen susunan paip seterusnya
dibuat.
 Tiada paip yang disambung sebelum disusun di dalam peparit.
 Semua paip dan pepasang disambung mengikut arahan pengilang
 Cawangan dan penyambung paip untuk kegunaan akan datang dilekar dan ditutup
dengan penutup yang bersesuaian
 Semua ruang/chamber dalam garisan paip perlu dibina dengan konkrit pra tuang
dan ditempatkan dalam laluan paip
 Tangki septik, lurang dan ruang pemeriksa dipasang mengikut spesifikasi.
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 4 Drp: 22

4.3 Menimbus Saliran dan Kotak Ruang / Chamber


Setelah pemeriksaan ke atas jaluran paip yang telah siap dibina selesai dijalankan
oleh jurutera, peparit boleh mula ditimbus.

 Penimbusan perlu diselesaikan


dengan mematuhi spesifikasinya.
Bahan timbusan pada lapisan
melepasi Crown paip dipanggil crown
Backfill dan ditepinya dipanggil
sidefill.

 Paip saliran diberi timbusan tambahan apabila kerja-kerja kemas permukaan


dijalankan sehingga ke aras lapisan pemakaian (wearing course). Pemasangan
lapisan Geogrid juga boleh dibuat pada peringkat ini. ( geogrid adalah elemen
tetulang yang bertindak menyokong batu baur)

 Bahan timbusan yang terpilih pada saiz maksimum 150mm ditempatkan

 Timbusan disekeliling Tangki septik, lurang dan ruang pemeriksa hendaklah dibuat
mengikut ketetapan dan dipadat mengikut BS 5955, part 6: 1980

4.4 Menguji paip


 Ujian-ujian udara perlu dijalankan sebelum kerja menimbus dilakukan bagi
memastikan paip dipasang dengan tepat dan di lekar mengikut gariispanduan
pengilang
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 5 Drp: 22

 Lurang dan ruang pemeriksaan diperiksa kebocorannya dengan menutup lubang


keluar dan mengisi air . Kejatuhan aras air seharusnya tidak melebihi 25mm pada
tempoh masa 48 jam atau mengikut spesifikasi

2.0 ROADWORK AND CAR PARK ON THE GROUND, ROAD SURFACE, ROAD
MARKING, KERBS AND ROAD SIGN
2.1 Pengelasan Jalan raya
i) Jalan Raya Kebangsaan /National Road –
Jalan yang mmenghubungkkan antara wilayah dengan saiz lebar 6.10m bagi
lalulintas 2 hala dan tebal 0,23m (9in) .
ii) Jalan Raya Wilayah /
Jalan yang menghubungan antara bandar dalam wilayah berkenaan . denga saiz
yang sama .
iii) Jalan Raya Perbandaran/ Municipal Road –
Rangkaian jalan raya dalam bandar . dengan saiz yangsama tetapi dengan
ketebalan 20mm .
iv) Farm-to-Market Road –
Merujuk kepada laluan bagi mengangkut produk ke pasaran . Ketebalan minimum
adalah .15 meter lebar 4.50 meters.

3.1.2 Item-item yang terlibat dalam pembinaan jalan adalah :


i) Kerja Tanah
 Pembersihan Tanah dan Grubbing
Grubbing iaitu proses mengeluarkan semua pokok-pokok, semak-semak,
tumbuhan-tumbuhan, tunggul-tunggul,akar-akar dan menyingkirkan
tanah atas.
 Menyingkir struktur (tidak diperlukan)
 Menggali laluan jalan
 Menggali untuk struktur ( Peparit untuk saluran)
 Penambakan
 Penyediaan Subgred
ii) Tapak dan lapisan Tapak (Sub-base dan Base course)
Penempatan,pemampatan batu baur atau pasar dan kelikir. Kerja tapak dan
lapisan tapak adalah penyediaan untuk subgred jalan raya.
iii) Lapisan Permukaan
Pavemen Konkrit samada bertetulang atau tanpa tetulang dibina diatas tapak
jalan raya yang telah disediakan
iv) Saliran dan perlindungan cerun
Item ini mengandungi pembinaan dan pembinaan semula paip culvert dan
saliran ribut
 Riprap Turapan /Grouted Riprap- mortar dituang untuk diguna bagi
melindungi tanah curam dari berlaku gelinciran dan runtuhan
 Masonri batu- diguna bagi membina struktur minor seperti tembok
penahan dan headwall (culvert)
 Gabion

3.2 Bahagian-bahagian Jalan raya


Bahagian-bahagian jalan bergantung kepada jenis jalan samada Turapan Lentur atau
Turapan Tegar.Turapan Tegar diperkuatkan dengan lapisan papak konkrit bertetulang
Turapan lentur tidak mempunyai tetulang dan terdiri dari lapisan-lapisan berikut:
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 6 Drp: 22

i) Lapisan Sub Gred


ii) Lapisan Sub tapak
iii) Lapisan tapak
iv) Lapisan Permukaan Berbitumen
 Lapisan Pengikat (Binder Course)
 Lapisan haus (Wearing Course)

3.2.1 Lapisan Permukaan


mengandungi dua lapisan terdiri daripada lapisan pengikat konkrit asphaltic dan
lapisan Haus /pemakaian konkrit asphaltic
i) Lapisan Pengikat
 Lapisan ini digunakan untuk mengagihkan beban ke bawah jalan
 menyediakan permukaan yang rata untuk membinalapisan.
 .Saiz maksimum batu baur yang digunakan adalah 28 mmdan dicampurkan dengan
peratusan bitumen dari 4 – 6%

ii) Lapisan Haus


a) Adalah lapisan permukaan pada posisi teratas dengan fungsi utama kepada keselamatan
pengguna jalan raya
b) .Fungsi-fungsi lain lapisan haus yang disenaraikan seperti berikut:
 Menyediakan rintangan gelinciran
 Melindungi permukaan jalan
 Menyediakan permukaan yang selamat dan selesa melaluinya
 Mengekalkan lelasan(abrasion) daripada trafik
 Sebagai 6ig re penyaliran dengan menyediakan lapisan kalis air, dan air larian
permukaan ke longkang sebelah.
c) Saiz maksimum batu baur 20 mm dan dicampurkan dengan bitumen dengan peratusan
antara 4.5-7%

3.2.2 Lapisan Tapak


 Lapisan ini biasanya mengandungi bahan berbutir/granular seperti crushed
stone,crushed/uncrushed slog, crushed/uncrushed gravel dan sand (Unbound).
 Lapisan tapak turapan lentur mesti bertujuan membantu untukmengagihkan beban. 
 Cukup kuat untuk menanggung beban tanpa kegagalan ricih dan aluran yang terhasil.
 mesti membenarkan air mengalir ke sisi struktur turapan
 Lapisan tapak juga mesti menghalang penyusupan bahanke sub gred

3.2.3 Lapisan Sub Tapak


 Komponen sub-tapak terdiri daripada bahan berkualititinggi yang biasanya digunakan
untuk pembinaan sub gredi
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 7 Drp: 22

 Keperluan untuk bahan sub-tapak biasanya dari segi penggredan, 7ig r-ciri 7ig red dan
kekuatan
 Fungsi sub-tapak adalah:
Mengekalkan lapisan tapak jalan dan mengagihkan beban dari kenderaan.
Bertindak sebagai lapisan saliran (jika bahan yang digunakan mampu mengalirkan air)
Boleh digunakan sebagai jalan sementara semasa pembinaan
Untuk melindungi sub-gred dari kegagalan disebabkan kesan iklim.
Sebagai lapisan penghalang untuk mengelakkanpencampuran bahan lapisan tapak dan
sub-gred

3.0 PROSES PEMBINAAN JALAN RAYA


Proses pembinaan jalan raya mengandungi beberapa prosedur . Dalam kes tertentu
prosedur-prosedur yang dinyatakan juga berkait dengan kontrak yang perlu dipatuhi.
Oleh itu perhatian dan penilitian perlu diberi sebaik mungkin supaya kerja-kerja yang
dijalankan mengikut perjanjian kontrak.Proses mengandungi perincian/prosedur
berikut:
 Menjalankan kerja survey bagi menentukan poin rujukan pada kawasan pavemen
sedia ada bertujuan memandu kerja pembinaan
 Menyingkir lapisan tumbuhan dan mengasingkan atau menempat semula pokok-
pokok yang perlu dikekalkan
 Jika kerja-kerja utiliti seperti pemasangan paip pembetung perlu dilakukan dalam
program kerja kontraktor, maka kerja –kerja tersebut perlu dilakukan sebelum
bermulanya kerja –kerja pembinaan jalan raya.
 Jika penempatan lampu jalan perlu dilakukan, penapak konkrit perlu dibina sebelum
curb and gutters ditempatkan . Konduit elektrik akan menyusul kemudian
 Menempatkan Concrete curb and gutter dan Kaki Lima Konkrit.

Bendul dan longkang Konkrit Kaki Lima Konkrit.


( Concrete curb and gutter)
 Sebarang konduit letrik akan ditempatkan dibelakang bendul/curb baru
 Lapisan asas asfal ditempatkan setelah bendul konkrit telah mengeras atau terawit
secukupnya dan semua kerja utiliti siap sepenuhnya.
 Landskap (tembok penahan hiasan,penempatan tanah atas dll) bermula selepas
lapisan asas asfal ditempatkan dan lapisan akhir pavemen dibina diikuti dengan
mengecat garisan
Membina landskap dan pembersiah tapak adalah kerja –kerja akhir yang perlu
dilakukan bagi menyempurnakan projek

TEMPAT LETAK KENDERAAN

Garis panduan pembinaan tempat letak kenderaan


BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 8 Drp: 22

Jenis Pembangunan Piawaian


Rumah Kediaman (landed) 1 Rumah Kediaman (landed) 1
petak kereta/seunit kediaman petak kereta/seunit kediaman
Rumah Pangsa
i) Apartment / kondominium -1.5 petak kereta perunit ditambah 20%
(Ianya terpakai bagi setiap dimana 50% daripada tambahan
unit yang melebihi 1400 kaki tersebut untuk pelawat.
persegi) 10% Tempat Letak Motosikal daripada
jumlah keperluan TLK (tempat letak
kereta) .
-1 petak kereta perunit ditambah 20%
ii) Rumah Pangsa Kos dimana 50% daripada tambahan
Sederhana tersebut untuk pelawat dan 1 petak
motosikal/ unit
-3 petak kereta/ 4 unit di tambah 10 %
iii) Rumah Pangsa Kos daripada jumlah untuk pelawat dan 1
Sederhana Rendah petak motosikal/unit
-1 petak kereta/ 3 unit di tambah 10 %
iv) Rumah Pangsa Kos Rendah daripada jumlah untuk pelawat dan 1
petak motosikal/unit

Perniagaan
i) Pejabat (a) 1 Petak kereta/ 500 kaki persegi.
(b) 1 petak motosikal/ 500 kaki persegi

ii) Rumah Kedai (a) 1 Petak kereta/ 500 kaki persegi.


(b) 1 petak motosikal/ 500 kaki
persegi
Pelajaran
i) Tadika -1 petak kereta/ 3 kakitangan
pentadbiran/pengajar
1 petak kereta / 10 murid
( tidak terpakai bagi kes tukarguna)
ii) Sekolah Rendah -1 petak kereta/ 2 kakitangan
pentadbiran/pengajar
1 petak kereta / 20 murid

iii) Sekolah Menengah -1 petak kereta/ 2 kakitangan


pentadbiran/pengajar
1 petak kereta / 20 murid dan
1 petak motosikal/10 pelajar

iv) Institusi Pengajian Tinggi -1 petak kereta/ 2 kakitangan


pentadbiran/pengajar
1 petak kereta / 20 murid dan
1 petak motosikal/5 pelajar dan 10%
dari jumlah tersebut untuk pelawat.

Semua aktiviti di atas tertakluk


kepada syarat penyediaan
Tempat Letak Kereta OKU
Tempat Letak Kereta OKU 1 - 25 TLK – 1 petak
26- 50 TLK – 2 petak
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 9 Drp: 22

51-75 TLK – 3 petak


76-100 TLK – 4 petak
101-150 TLK – 5 petak
151 TLK ke atas - maksima 5
petak

Ukuran minima bagi cadangan jalan dikawasan perniagaan dan industri adalah 50 kaki.
Cadangan tempat letak kereta jenis “side parking” sahaja yang dibenarkan diatas rezab jalan
50 kaki. ( rujuk lakaran di lampiran 2)

Pemaju dibenarkan mencadangkan jalan 40 kaki bagi kawasan perniagaan sekiranya rezab
tempat letak kereta disediakan secara berasingan dengan rezab jalan iaitu 40 kaki rezab
jalan + 16 kaki untuk rezab tempat letak kereta. . ( rujuk lakaran di lampiran 2)

Untuk tempat letak kereta bagi kedai berkembar dan kedai sesebuah ,
laluan masuk mestilah 20 kaki seperti lakaran dilampiran 2.

FENCE AND GATE

2.0 TUJUAN
Kerja memagar
sering dilakukan
pada sesuatu
kawasan Kediaman
atau sebarang
kawasan bangunan . Ia
bertujuan untuk
memenuhi kriteria berikut
:
i. Penentuan
sempadan
Menentukan
kedudukan
sesuatu kawasan atau
tapak bina.
ii. Had tapak bina
dan kawasan
Menghadkan
kawasan
pemilik sesebuah
projek pembinaan
dengan pemilik yang
lain atau persempadanan tapak bina dan kawasan
iii. Sebagai halangan untuk perlindungan-
Mengelak daripada berlakunya kecurian dan pencerobohan serta faktor-faktor
keselamatan yang lain.
iv. Menyekat pergerakan
Memastikan tidak berlaku pergerakan secara bebas dimana-mana kawasan antara
seksyen dengan seksyen yang lain
v. Menghadkan atau menghalang pandangan
vi. Membentuk signal visual
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 10 Drp: 22

Memastikan orang awam berhati-hati yang kerja pembinaan sedang berjalan (Bagi
kawasan tapak bina)
vii. Kecantikan dan prestij
Bagi rumah kediaman ia akan menambah kecantikan di bahagian luar bangunan dan
melambangkan status atau prestij dan cita rasa penghuni yang menduduki rumah
tersebut.

3.0 JENIS-JENIS BAHAN KERJA PAGAR


Bahan-bahan yang digunakan akan menentukan jenis pagar yang akan dibina.
Lazimnya bahan-bahan yang sering digunakan adalah:
 Dawai keluli/Keluli/Aluminium
 Kayu
 Bata dan Batu
3.1 Pemilihan dan Kualiti bahan
Bahan-bahan yang dipilih dan gunakan perlu menepati kualiti yang diperlukan.
Pemilihan bahan daripada kayu,keluli bata dan batu/konkrit membuktikan yang ianya
ideal bagi aplikasi yang berbeza beza. Apabila memilih bahan untuk binaan pagar
penentuan kualiti perlu menjadi perkiraan utama. Langkah yang perlu diberi perhatian
dalam menentukan kualiti bahan adalah mengenalpasti kualiti dengan menguji prestasi
bahan dan menggred bahan yang memenuhi karekteristik prestasi spesifikasi
pengilang,

i. Keluli
a) Bagi tujuan keselamatan, adalah sukar mengatasi pagar chain-link. Pagar ini lebih
ekonomi,mudah dipasang dan memerlukan minimum penjagaan. Ia biasanya
dibuat daripada besi galvani tetapi boleh juga dibuat daripada aluminium. Bagi
kelihatan lebih terhias, pagar wrought-iron boleh dipertimbangkan. Ia agak mahal
dan boleh berkarat jika tidak dijaga dengan baik tetapi ia memberikan dan
menyediakan stail dan penampilan lebih bergaya.
b) Pagar keluli mempunyai penampilan serupa pada kedua belah
permukaan ,bermakna ia mempunyai keseragaman pada setiap sudut..
c) Terdiri daripada 3 kumpulan pagar keluli iaitu Keluli bar, Dawai jejaring dan
Kepingan
 Pagar Keluli bar terdiri daripada Metal continuous bar dan metal unclinable

 Pagar Keluli Dawai /Jaring


i. Pagar chain-link tanpa kawad duri
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 11 Drp: 22

ii. Pagar chain-link berkawad duri

iii. Pagar kawad duri

 Kepingan
Pagar zink industri

ii. Aluminium
Pagar aluminium lebih tahan karat. Untuk memudahkan penggunaannya ia kini dibina
dalam bentuk mudahalih dan salah satunya dipanggil pagar Aluminium- portable
aluminium cyclone disalut PVC

iii. Kayu
Kayu adalah antara bahan serbaguna atau paling versatile untuk binaan pagar. Stail
termasuklah pagar pancang tradisi/ traditional picket fences,panel pagar prafebrikasi
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 12 Drp: 22

post-and-rail fences,latticework panels dan banyak lagi.Pagar kayu mungkin boleh


digabungkan dengan tiang keluli bagi mengelakkan kayu bersentuhan dengan tanah
yang akan mengakibatkan reput. Rekabentuk tiang dibuat dalam bentuk
bulat,persegi,serong dan rough-hewn. Bagaimanapun pilihan kayu keras seperti kayu
belian yang memiliki sifat tahan reput semulajadi adalah cukup sesuai untuk tiang.

iv. Batu/Bata/Konkrit
Bagi privasi yang maksimum,keselamatan dan perlindungan yang lebih utuh, batu,bata
dan konkrit adalah pilihan yang terbaik.Konkrit adalah pilihan yang lebih ekonomi. Boleh
dibina dengan kaedah pratuang dan tuang ditapak menggunakan kotak bentuk .Batu
dan bata memerlukan kos yang lebih besar tetapi memberikan binaan yang tahan lasak
dan kekal. Ketiga-tiga bahan iaitu batu,bata dan konkrit hanya memerlukan sedikit
penjagaan bagi menjadikan lebih menarik.Konkrit boleh diperkuatkan dengan besi
tetulang.
.
4.0 JENIS –JENIS PAGAR
Pemilihan bahan akan menentukan jenis pagar yang akan dibina. Pagar yang terdapat
dalam pembinaan bangunan masa kini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:
i. Pagar berangkai
ii. Pagar Binaan Bata/batu
iii. Pagar kayu
4.1 Pagar Berangkai
Pagar berangkai menggunakan bahan keluli serta bahan-bahan yang seumpama
dengannya seperti kepingan zink.

 Chain link
 Woven wire
 Strained wire

Pagar Berangkai merupakan sejenis pagar yang dibina dengan menggunakan dawai
keluli yang diikat atau diskru secara berangkai pada tiang-tiang besi atau kayu Dan
berbentuk rombus. Ia merupakan gabungan konkrit sebagai asas pemegang tiang-
tiang yang diguna disepanjang atau disekeliling kawasan rumah tersebut. Antara
bahan lain yang boleh diguna dan digabungkan ialah kepingan zink, jejaring dawai
yang kukuh dan juga keluli bersegi tumpat dan berlubang

4.2 Pagar Binaan Bata/batu


i. Pagar binaan batu bata atau batu pejal terdiri dari struktur beikut;
 Bata dan batu
 Panel Konkrit
Untuk binaan pagar jenis ini, bata-bata diikat di atas asas jalur konkrit bagi
menentukan kestabilan tembok yang akan didirikan. Permukaan bata yang diikat
kemudiannya dilepa. Penyudahan dengan berbagai-bagai bentuk gabungan dapat
dilakukan sama ada dengan penggunaan besi, kepingan kayu ,bata berliang dan
sebagainya.
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 13 Drp: 22

4.3 Pagar kayu


Pagar binaan kayu terdiri dari struktur berikut;
 Pagar Kayu Palisad/ Wooden palisades
 Pagar “Cleft chestnut pale “
 Pagar Panel kayu bertenun/ Woven wood wattle panel
 Pagar Papan bertutup /Close boarded
Selain penggunaan pagar dari bata, batu pejal dan keluli, pagar juga boleh dibuat
dengan menggunakan kayu. Kayu berlian amat sesuai untuk dijadikan pagar
memandangkan ia tahan dalam apa jua keadaan cuaca. Sementara itu kayu-kayu dari
jenis yang lain memerlukan rawatan sebelum ia boleh digunakan. Gabungan yang
terdapat dalam kerja-kerja pagar kayu ialah penggunaan aas konkrit, paku, skru dan
dawai pengikat.

TIANG

KONKRIT

PERINCIAN TIANG
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 14 Drp: 22

Pagar Kayu palisad

Wayer berpintal

Tupang
Tiang Penegang
Pagar “Cleft chestnut pale “

 Panel kayu Papan bertutup


bertenun/ Woven /Close boarded
wood wattle panel

5.0 KUALITI BAHAN- CHAIN LINK


Pertimbangan utama apabila membina pagar berangkai chain link adalah memilih jenis
keluli dan kualiti . Pagar berkualiti seharusnya memenuhi beberapa kriteria berikut;

i. Kemasan
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 15 Drp: 22

 Chain link lazimnya diperbuat daripada wayer keluli zinc galvani. Terdapat juga
chain link yang disalut polimer atau PVC dalam warna hitam dan hijau. Ini akan
memberi perlindungan tambahan dan membolehkan pagar disediakan dalam
pelbagai pilihan warna. Pelbagai ketebalan salutan juga disediakan dengan
minimum ketebalan antara 0.006 inch hingga 0.015 inch.
 Warna salutan yang dibekalkan seharusnya sepadan dengan warna yang
ditentukan bagi anyaman chain link dalam RR-F-191/1.Tiang keluli,rel-rel dan
rembat hendaklah disalut zinc .

ii. Pepasang yang sepadan


Kelengkapan yang sesuai dengan jenis dan bahan yang sama perlu diguna bagi
memegang dan mengemas posisi rel dan tiang

iii. Saiz
 Bagi menjamin kualiti bahan, saiz Fabrik yang diguna perlu memenuhi
standard yang ditetapkan seperti dalam jadual dibawah .

Standard Fabrik Pagar Chain-Link bersaiz - 50mm Pitch

Heavy Galv Heavy Galv PVC Coated PVC Coated


Std Wire Wire Wire Wire
Nominal
roll
height
length Light Duty Heavy Duty Light Duty Heavy Duty
2.50mm 3.15mm 2.50mm 3.15mm

Made to
900mm 10m Yes Yes Yes
order

Made to
1200mm 10m Yes Yes Yes
order

Made to
1500mm 10m Yes Yes Yes
order

Made to
1800mm 10m Yes* Yes* Yes*
order

Made to
2100mm 10m Yes* Yes* Yes*
order

Made to
2400mm 10m Yes* Yes* Yes*
order
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 16 Drp: 22

Made to
3000mm 10m Yes Yes Yes
order

6.0 GRED PAGAR BERANGKAI /CHAIN LINK

Kebanyakan pengilang membekal pagar chain link dalam gred


tertentu seperti gred kediaman, industri dan komersial. Pagar
berangkai /Chain link komersial diperbuat daripada tolok wayer
yang lebih kasar berbanding gred kediaman.Bagi menjadikan ia
galvani, chain link di salut dengan polyvinyl chloride yang selain
daripada menyediakan perlindungan karat ia juga memberi pilihan
warna.
i. Ketebalan Wayer
Ketebalan wayer chain link dirujuk sebagai “tolok”, contohnya tolok 11 atau 12.
Semakin besar nilai angka tolok semakin halus wayer.Nilai tolok ini ditukar dalam
nilai inci, ditunjukkan dalam jadual dibawah
Tolok Inci mm Jenis Gred
6 0.192 4.8 Industri  W
9 0.148 3.7 Industri a
11 0.120 3.0 Komersial l
11½ 0.113 2.8 kediaman a
12 0.106 2.65 kediaman u
12½ 0.099 2.48 junk p
u
n tolok boleh berubah antara 6 dan 14, tolok yang paling biasa untuk chain link adalah
11,11.5 dan 12 .
 Gred kediaman dan komersial disediakan dalam kedua-dua salutan galvani atau Vinyl
dalam warna hitam,coklat,biru dan hijau .
 Wayer salutan Galvani (heavy) atau PVC disediakan dalam warna hitam dan hijau tua
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 17 Drp: 22

ii. Ketinggian
Pagar berangkai chain link disediakan dengan ketinggian antara 3 ka. Hingga 12
ka.Ukuran paling tinggi biasanya diguna untuk memagari kawasan sukan bagi
menghalang balingan bola. Ukuran yang paling rendah sesuai diguna untuk memagari
kawasan rumah dan taman.Oleh pastikan saiz tolok yang digunakan memenuhi
keperluannya.
iii. Rembat,Rel dan Tiang
Ketiga-tiga komponen ini perlu mempunyai spesifikasi yang ditetapkan.
Kelas 1 – Paip Keluli/Steel pipe.
Grade A - ASTM F1083
Grade B - ASTM F1043

iv. Bahan Pagar kayu


Bagi kayu yang diguna untuk binaan pagar, ia digredkan berasaskan kualiti rupanya.
Kepelbagaian fungsinya seperti pelindungan, persempadanan, tersendiri dan hiasan
merupakan kriteria yang boleh menonjolkan kualiti kayu berkenaan.

ELECTRICAL SUBSTATION

Rekabentuk Baru Pencawang Elektrik 11/0.4kV


Terdapat 8 jenis rekabentuk baru pencawang elektrik 11/0.4kV (jenis bangunan):
i. Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan Pepasangan VCB Tanpa
Bilik Jangka
ii. Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan Pepasangan VCB
Dengan Bilik Jangka
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 18 Drp: 22

iii. Rekabentuk Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersambung (Attached) Dengan pepasangan


VCB Tanpa Bilik Jangka
iv. Rekabentuk Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersambung (Attached) Dengan Pepasangan
VCB Dengan Bilik Jangka
v. Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan Pepasangan RMU
Tanpa Bilik Jangka
vi. Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan Pepasangan RMU
Dengan Bilik Jangka
vii. Rekabentuk Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersambung (Attached) Dengan Pepasangan
RMU Tanpa Bilik Jangka
viii. Rekabentuk Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersambung (Attached) Dengan Pepasangan
RMU Dengan Bilik Jangka

Ciri-ciri asas rekabentuk baru pencawang elektrik 11/0.4kV (jenis bangunan) adalah seperti
berikut:
i. Penggantian Papan Agihan Voltan Rendah (PAVR) dengan peti pembekal.
ii. Bilik jangka untuk pengguna kuasa besar adalah sebahagian daripada bangunan
pencawang elektrik.
iii. Saiz pencawang elektrik telah mengambil kira keperluan pemasangan SCADA / DA.
iv. Memuatkan maksima 5 panel VCB untuk jenis pencawang elektrik dengan pepasangan
VCB

3. Rekabentuk Baru Stesen Suis Utama 11kV


Terdapat 6 jenis rekabentuk baru stesen suis utama 11kV (jenis bangunan):
i. Stesen Suis Utama 11kV Bersendirian (Stand-alone) Tanpa Alatubah
ii. Stesen Suis Utama 11kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan 1 unit Alatubah
iii. Stesen Suis Utama 11kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan 2 unit Alatubah
iv. Rekabentuk Stesen Suis Utama 11kV Bersambung (Attached) Tanpa Alatubah
v. Rekabentuk Stesen Suis Utama 11kV Bersambung (Attached) Dengan 1 unit Alatubah
vi. Rekabentuk Stesen Suis Utama 11kV Bersambung (Attached) Dengan 2 unit Alatubah

Secara lazimnya Stesen Suis Utama 11kV dibina untuk:


a) Memberi bekalan elektrik kepada Pengguna Kuasa Besar 11kv
b) Penyuisan beban / pembekal dengan tujuan menyenangkan operasi sistem. Contoh:
Pengguna berada jauh daripada punca bekalan sediada; rekabentuk sistem; untuk
memastikan masa menyuapbalik bekalan kepada pengguna sewaktu gangguan bekalan
adalah minima. Sekiranya terdapat pengguna berdekatan dengan stesen suis utama yang
memerlukan bekalan voltan rendah, alatubah 11/0.4kV dipasang di stesen suis utama
untuk memberi bekalan voltan rendah kepada pengguna voltan rendah.

Ciri-ciri asas rekabentuk baru Stesen Suis Utama 11kV (jenis bangunan) adalah seperti di
bawah:
i. Memuatkan sekurang-kurangnya 8 panel VCB pembekal dan 1 Bus Section
ii. Saiz Stesen Suis Utama telah mengambil kira keperluan pemasangan SCADA/DA.
iii. Sekiranya Stesen Suis Utama dibina untuk memberi bekalan kepada Pengguna Kuasa
Besar 11kV, bilik jangka (2m x 2m) perlu ditambah pada bangunan stesen suis tersebut.
iv. Saiz bilik suis boleh dipinda mengikut kehendak sistem (dengan pertambahan atau
pengurangan panel VCB).

4. Saiz Tapak Pencawang Elektrik dan Stesen Suis Utama


Saiz tapak pencawang elektrik dan stesen suis utama bersendirian perlu mematuhi keperluan
kawasan belakang dan bidang hadapan (setback dan frontage) pihak berkuasa tempatan.
Tapak perlu disi dengan 6” high grade crusher run dilapis dengan 2”mm premix / simen.
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 19 Drp: 22

5. Struktur Asas Bangunan Pencawang Elektrik 11/0.4kV & 11kV


Struktur asas (foundation) Pencawang Elektrik dibina berdasar kepada keadaan tanah di
tapak, sekiranya perlu, piling perlu dilaksanakan. Semua rekabentuk civil perlu dilakukan dan
diluluskan oleh Jurutera Awam Profesional.
1” tebal 1:1 cement sand screen bedding perlu direntang pada ground beam, selepas lapisan
ini kering, selapisan bitunimuous felt direntang bersama liquefied bitumen.
Beban rekabentuk (design load) perlu mematuhi kriteria 10kN/sq.m dengan peralatan seperti
di bawah:
Jenis Bilik Peralatan Berat
Bilik alatubah Alatubah 7,000 kg
Bilik alatsuis VCB 1,000 kg setiap panel VCB
Bilik alatsuis RMU 1,000 kg setiap RMU

Secara lazimnya, semua dinding perlu dibina dengan Well-Burnt-Red Clay Bricks dengan 1:3
cement sand mortar. Dinding perimeter adalah 230mm tebal, dinding di antara bilik alatsuis
dan bilik alatubah adalah 230mm tebal dan 2100mm tinggi. Semua dinding perlu
diperkukuhkan dengan expanded metal (Exmet) pada setiap 4 lapisan.
Kelegaan antara bahagian bawah beam dan bahagian bawah trench adalah 600mm minima.

6. Pagar, Pintu dan Tingkap Bangunan Pencawang Elektrik 11/0.4kV & 11kV
Pagar (fence) untuk Pencawang Elektrik Bersendirian boleh dikecualikan di kawasan yang
sesuai dan diganti dengan concrete kerb 150mm (lebar) x 450mm (tinggi) untuk menandakan
tapak pencawang elektrik.
Pintu pagar pencawang elektrik diganti dengan removable barriers supaya jalan masuk ke
pencawang elektrik tidak terhalang.
Untuk Pencawang Elektrik Bersambung, removable barriers perlu dipasang 3 meter di depan
pintu bilik alatsuis dan bilik alatubah supaya jalan masuk ke pencawang elektrik tidak
terhalang.

Pintu pencawang elektrik dibina mengikut spesifikasi berikut:


a) Bilik alatsuis: 1500mm (W) x 3000mm (H) Pintu Komposit F.R.P dengan stainless steel anti
vermin,netting dipasang di bahagian dalam pintu.
b) Bilik alatubah: 2400mm (W) x 3000mm (H) Pintu Komposit F.R.P dengan stainless steel
anti vermin netting dipasang di bahagian dalam pintu.

Tingkap pencawang elektrik dibina mengikut spesifikasi berikut:


Batu Angin (Ventilation Cement Block) dengan stainless steel anti vermin netting dengan
rangka stainless steel dipasang sebelah luar tingkap.

7. Keperluan Paip untuk Kabel di Pencawang Elektrik 11/0.4kV & 11kV


a) paip yang direntang ke peparit / manhole pencawang elektrik perlu daripada jenis PVC
Class B dan pada sesuatu kecerunan supaya air tidak tertakung. Draw wire perlu disediakan
di setiap paip.
b) Pencawang elektrik 11/0.4kV jenis RMU dan jenis VCB memerlukan 2 lapisan 3 batang
paip PVC Class B 150mmp direntang daripada peparit hingga melepasi longkang dan /atau
bahu jalan.
c) Pencawang elektrik Stesen Suis 11kV memerlukan 1 lapisan 4 batang paip PVC Class B
150mmp dan 1 lapisan 3 batang paip PVC Class B 200mmp daripada peparit hingga
melepasi longkang dan /atau bahu jalan (Bersesuaian dengan praktis di kawasan masing-
masing).
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 20 Drp: 22

d) Setiap Feeder Pillar memerlukan 2 lapisan 4 batang atau 1 lapisan 8 batang paip PVC
Class B 150mmp direntang daripada peparit hingga melepasi longkang dan /atau bahu jalan.

8. Cat Bangunan Pencawang Elektrik TNB Bahagian Pembahagian


Kesemua bangunan pencawang elektrik Bahagian Pembahagian TNB perlu dicatkan dengan
warna bersesuaian dengan warna pembangunan sekelilingnya. Bahagian dinding bangunan
yang berhadapan dengan laluan jalan utama perlu dicatkan dengan maklumat TNB CareLine.
Lantai di dalam bangunan pencawang elektrik perlu dirata dan dilicinkan serta disediakan cat
2 tin 5 litre Epoxy Green Paint.

9. Keperluan Rawatan Slab Bumbung


Arkitek perlu merekabentuk semua bumbung pencawang elektrik / stesen suis utama (11kV)
(kaedah flat-roof dan juga gable roof) supaya ia tidak menakung air dalam segala situasi dan
satu lapisan bituminuous pada slab bumbung konkrit kalis air perlu dilaksanakan.
Bagi pencawang elektrik /stesen suis (11kV) jenis bersambung (attached), sekiranya terdapat
paip melintasi bahagian atas Pencawang, 2 lapisan slab bumbung konkrit kalis air perlu
dibina, dimana lapisan pertama (yang paling dekat dengan pencawang elektrik) perlu
direkabentuk supaya bumbung tersebut tidak menakung air dalam segala situasi dan
mempunyai lapisan bituminuous sebagai bahan kalis air.

10. Keperluan Sistem Pemadam Kebakaran


Pencawang Elektrik Bersambung (attached) memerlukan pemasangan sistem pemadam
kebakaran oleh pengguna yang memenuhi criteria-kriteria berikut:
 Sistem pemadam kebakaran lengkap merangkumi system pemadaman (suppression
system),pengesanan dan penggeraan.
 Mestilah menggunakan bahan dan komponen yang telah diuji dan mendapat kelulusan dari
badan pengujian antarabangsa atau tempatan yang diiktiraf (UL, FM, LPCB atau yang
seumpamanya)
 Agen pemadam kebakaran perlu mendapat perakuan dari Bomba untuk penggunaan
limpahan menyeluruh (total flooding).
 Perlu direkabentuk, diuji dan dipasang supaya sesuai dengan binaan bangunan dan
pencawang.
 Agen pemadaman (extinguishing agent) perlu tidak mengotorkan atau meninggalkan kesan
atau mengakibatkan pengaratan kepada perkakasan elektrikal dan elektronik.
 Agen pemadaman mestilah mesra alam sepertimana yang tersenarai dalam Kyoto
Potocol,Montreal Protocol dan EPA SNAP List / EPEE (European Patnership for Energy and
Environment).
 Agen pemadaman mestilah sesuai untuk kegunaan kawasan berpenghuni.
 Mestilah berupaya memadam kebakaran Kelas Api A, B, C dan E.
 Jaminan 5 tahun daripada tarikh pemasangan diberi oleh pembekal merangkumi perkara-
perkara diatas dan jika belaku discaj secara kemalangan, jaminan tersebut perlu meliputi
kesanggupan pengeluar membersih, mengganti sistem dan sebarang aset TNB yang rosak.
BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 21 Drp: 22

Berdasar kepada Peraturan-Peraturan Elekrtik : Peraturan 38


1. Notis " DILARANG MASUK " hendaklah diletakkan diluar tempat yang mengandungi
kelengkapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran pada
kelengkapan itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah membahayakan.
2. Notis hendaklah daripada bahan yang sesuai, 350mm lebar dan 240mm tinggi dengan
huruf berwarna hitam di atas latar belakang berwarna putih,
dan perkataan " DILARANG MASUK " hendaklah di tulis dengan besar ditengah-tengah,
dengan tulisan berukuran 290mm panjang dan 30mm tinggi
dan jarak hurufnya ialah 6mm.
3. Notis " BAHAYA " hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat berdekatan dengan
papansuis
4. Notis " BAHAYA " hendaklah daripada bahan yang sesuai, berukuran 240mm lebar dan
350mm tinggi dengan huruf berwarna "MERAH" di atas latar
belakang berwarna putih, dan di atasnya hendaklah mempunyai tiga (3) halilintar biasa yang
setiapnya berukuran 80mm tinggi dan 6mm lebar pada
bahagian yang paling lebar, dan dibawahnya perkataan " BAHAYA " hendaklah ditulis dengan
huruf besar, dengan tulisan 190mm panjang dan
28mm tinggi dan jaraknya ialah 6mm.
5. Notis-notis hendaklah mudah dibaca dan ditempatkan di tempat yang mudah dilihat.

Contoh pelan untuk substesen piawai TNB


BUILDING CONSTRUCTION3 :
NO KOD : DCA 3313 CIVIL AND EXTERNAL WORKS Muka: 22 Drp: 22

Anda mungkin juga menyukai