Anda di halaman 1dari 2

Senarai Biasiswa 2022 Untuk Pelajar Di

Malaysia
Senarai biasiswa 2022 terkini untuk pelajar di Malaysia. Di bawah adalah senarai biasiswa
(scholarship in Malaysia) untuk lepasan SPM dan pinjaman pendidikan (education loans) paling
popular yang menjadi pilihan pelajar dan biasa ditawarkan untuk pelajar di Malaysia setiap tahun.

Antara biasiswa yang ada dalam senarai di bawah memberi peluang untuk penempatan kerja sebaik
sahaja anda habis pengajian.

Senarai biasiswa ini akan ditambah dari masa ke semasa jika maklumat/tawaran biasiswa terbaru.
KPM menyediakan tajaan Biasiswa untuk pelajar lepasan SPM yang berminat menceburi
bidang pendidikan melalui Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bagi mengikuti
kursus Bahasa Arab, Pengajian Islam, Pendidikan Khas, Bahasa Mandarin dan Bahasa
Perancis di luar negara.Manakala bagi lepasan SPM dari kelompok keluarga B40 yang
menyambung pengajian di peringkat Asasi (hanya 12 Universiti Awam), KPM ada
menawarkan Bantuan Kewangan Asasi yang boleh dipohon melalui UA masing-masing. Bagi
pelajar lepasan SPM yang menyambung pengajian peringkat sijil penuh di Kolej Komuniti
pula, KPM ada menawarkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) khas
untuk keluarga hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah yang boleh dipohon melalui KK
masing-masing.
 

KPM ada menyediakan bantuan kewangan untuk golongan sasaran B40 seperti berikut:

(i) Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti dalam bentuk wang saku RM1,800 sesemester
(6 bulan) diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil penuh di Kolej
Komuniti seluruh negara; dan(ii) Bantuan Kewangan Asasi dalam bentuk wang saku RM
2,500.00 setahun, yuran pengajian dan yuran penginapan serta tiket kapal terbang (sekali
pergi dan balik sepanjang pengajian) diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian
peringkat matrikulasi di 12 Universiti Awam terpilih.

Anda mungkin juga menyukai