Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai rakan-rakan.

Nama saya Nurul Aznia Binti


Abdullah. Saya merupakan murid 4 Amanah dari Sekolah Kebangsaan Tanjung
Labian, Lahad Datu, Sabah. Saya kini berusia 10 tahun.

“Alaammmmmaaakkkk!!!” Sampah!!! Hmmmm ini satu perbuatan yang boleh


mencemarkan persekitaran sekolah. Ini perbuatan yang tidak baik rakan-rakan. Kita
sebagai seorang murid sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebersihan
sekolah kita. Oleh itu, ayok dengarkan cerita saya tentang kebersihan.

Tahukah rakan-rakan apa makna kebersihan??? Yaaa, betul. Kebersihan merujuk


kepada penjagaan, amalan atau teknik yang digunakan untuk pemeliharaan kesihatan
dan pencegahan penyakit. Oleh itu, perbuatan seperti membersihkan rumah, sekolah
dan tempat awam dikaitakan dengan definisi kebersihan.

Tengoklah rakan-rakan, saya kini berada berada di Makmal Komputer sekolah saya.
Jika rakan-rakan lihat, kawasan dalam Makmal Komputer sekolah saya sangat bersih.
Hal ini demikian kerana, saya dan rakan-rakan saya rajin membantu guru saya
dengan membersihkan makmal ini. Apa yang saya sering lakukan adalah seperti
menyapu sampah, mengelap tingkap, membuang sampah dan lain-lain lagi. Tindakan
ini adalah untuk memastikan saya dan rakan-rakan saya dapat menggunakan makmal
komputer dalam keadaan yang bersih dan selesa. Tentu saja, rakan-rakan juga
mempunyai pengalaman seperti saya dalam menjaga kebersihan di sekolah mahupun
dirumah. Betul-betul.

Tapi? Adakah kebersihan kawasan sekolah dan rumah sahaja perlu dijaga? Hmmm
tentu saja tidak. Kawasan sekolah saya, berdekatan dengan kawasan pantai. Oleh itu,
setiap petang saya sering beriadah dikawasan pantai yang berdekatan dengan sekolah
saya. Maka, saya juga mempunyai pengalaman dalam membersihkan kawasan pantai
selain membersihkan kawasan sekolah dan rumah saya. Sekolah saya telah
melaksanakan satu aktiviti gotong-goyong perdana yang melibatkan kawasan sekolah
dan kawasan pantai. Saya dan rakan-rakan dari kelas 4 Amanah bersama-sama guru
kelas saya, iaitu Cikgu Syafiqah, telah ditugaskan untuk mengutip sampah sarap yang
berada di kawasan pantai yang berhadapan dengan sekolah saya. Ish3, banyak
sungguh sampah yang ada di pantai semasa kami melaksanakan gotong-royong
perdana itu. Perbuatan membuang sampah merata-rata tempat adalah satu perbuatan
yang salah dan kita tidak boleh melakukan perbuatan yang buruk itu. Oleh itu,nasihat
saya, jangan buang sampah dimerata-rata tempat. Tindakan ini bukan sahaja akan
menjamin kesihatan dan mencegah daripada jangkitan penyakit tetapi juga mampu
menjaga ekosistem laut kita.

Bukan itu saja, sebagai rakan yang baik, saya juga sentiasa membantu rakan-rakan
saya dalam menjaga kebersihan seperti membasuh tangan sebelum makan dengan
menggunakan sabun, memastikan kuku tangan tidak panjang, menggunakan
pembasmi kuman, tidak menconteng meja, tidak membuang sampah di bawah meja
atau di dalam laci dan banyak lagi.

Akhir kalam, saya berharap rakan-rakan diluar sana juga suka mengamalkan
kebersihan. Tindakan mengamalkan menjaga kebersihan banyak membawa faedah
kepada diri kita, masyarakat dan alam sekitar. Menjaga kebersihan akan dapat
mencegah diri kita daripada dijangkiti penyakit, mewujudkan persekitaran yang indah
dan tenang, menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik serta mampu
mendisiplinkan diri kita.

Sampai disini saja, cerita saya tentang kebersihan. Sekian, terima kasih, selamat
tinggal dan jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai