Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS JALINAN KASIH SKTG 2021/2022

ATURCARA
KETERANGAN

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha, EN Jaraee Bin Jahari, Guru Besar SK Telok Gelam, yang
dihormati en Mohamadd Hanif nawi, Penolong Kanan pentadbiran, EN Martin
Rundang Nyanau, penolong kanan hal ehwal murid, EN Dolli Bin Dol, penolong
kanan kokurikulum,

Para pendidik dan staf sokongan serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah.

Selamat datang ke majlis jalinan kasih SKTG , setahun bersama seabad


terasa.

Kami rasa kesyukuran kepada ALLAH SW.T kerana dengan keizinNya dapat
kita sama-sama berada dalam majlis jalinan kasih di
________________________________________ yang serba nan indah pada
hari ini.

Moga majlis ini dapat dijadikan wadah untuk kita bersatu , bekerjasama dan
bantu-membantu demi membangunkan dan memartabatkan sekolah
kebangsaan telok gelam di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan
negara.

Hadirin hadirat sekalian,

Bak kata perpatah, tak kenal maka tak cinta.

Maka, dalam usaha untuk mengenali rakan guru kita yang baharu dengan lebih
dekat, marilah kita bersama-sama mendengar ucapan pertama rakan guru kita
yang baharu. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
ustaz mohd akrimi maswa bin habid’s buhigiba untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan………………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu sebentar tadi. Semoga kita
bersama-sama berganding bahu menabur bakti di SK Telok Gelam yang
tercinta.

Para hadirin yang dirahmati Allah,

Tiada sempurna bacaan al Quran


Tanpa tajwid dan taranumnya
Tiada sempurna kata bicara
Tanpa ucapan Tuan penerajunya.

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya


menjemput yang berusaha En Jaraee Bin Jahari, Guru Besar SK Telok Gelam
bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

…………………………………………………………………………………..

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha Tuan guru
besar di atas ucapan itu sebentar tadi. Diminta tuan guru besar untuk terus
kekal di atas pentas. Saya dengan ini berbesar hati untuk menjemput semua
staf SKTG yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan januari, februari
dan mac bagi sama-sama untuk ke pentas bagi acara simbolik pemotongan
kek kita. Dengan ini, saya menjemput en rozalan, ustaz akrimi, en hazwan, pn
nur effira dan en kazarudi untuk sama-sama tampil ke hadapan. Dipersilakan.

Upacara pemotongan kek…………….

Terima kasih kepada semua di atas kesudian itu sebentar tadi. Semoga kita
semua diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dimurahkan rezeki dan
dipermudahakan segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat. Amin amin ya
rabal al lamin.

Ilmu ibarat cahaya penyuluh

Berkatnya penuh dengan rahmat

Angkat tangan jari sepuluh

Doa dipohon agar selamat

Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz mohd akrimi maswa untuk
memimpin bacaan doa majlis dan doa makan. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada mohd akrimi maswa
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Moga majlis ini dimulai dengan rahmat , pertengahannya barakah , dan


disudahi dengan keampunan , insyaallah.

Cawan cerek sudah teratur

Pinggan mangkuk sudah terhidang

Hidangan juadah sudah terletak

Bersamalah duduk menjamu selera..

.majlis dengan segala hormatnya, menjemput semua para tetamu untuk


bersama-sama menjamu selera juadah yang telah dihidangkan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai