Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : wahai guruku

Peserta : izzul Arieq Najmi (SK Sungai Apin)


Nukilan : EffiRazali

Setiap derapan sepatumu,


Memecah keheningan,
Menggorak langkah ayunan tersusun,
Terukir dibibirmu, sekuntum senyuman,
Hati yang ikhlas jadi pegangan.

Hati mula memberontak,


Noda cacian mula menghujani,
Keringat mula membasahi pipi,
Kau mula tersungkur ,
Rapuh menyembah bumi,
Tersentak seketika kau dari lamunan,
Bangkit berdiri dari kealpaan,
Meskipun langkahmu kian perlahan,
Bangkitlah dikau wahai guruku
Teruskanlah setiap perjuanganmu
Ke titis noda yang terakhir.

Wahai guruku,
Lihatlah,tataplah wajah-wajah suci itu,
Yang setia menanti penuh kesabaran,
Untuk kau hampar dengan selautan ilmu,
Kerana disinilah lahirnya,
Sebuah generasi permata dunia,

Anda mungkin juga menyukai