Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacaraan majlis penutupan kem motivasi mt& bi peringkat zon tanjung jati

Aturan Huraian Catatan

Kata-kata aluan Bismillahirrahmanirrahim,

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berusaha pengerusi Zon Tanjung Jati En Masaad Bin Ahmad


Rais, yang dihormati guru-guru besar sekolah-sekolah zon tanjung
jati, guru-guru penolong kanan sekolah-sekolah zon tanjung jati,
guru-guru sekolah-sekolah zon tanjung jati, YDP PIBG SK
Serdeng, EXCO PIBG SK Serdeng dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin limpah


rahmatNYA jua, maka kita diberi kesempatan untuk berkumpul di
dewan yang penuh meriah ini bagi memeriahkan lagi majlis
penutupan kem motivasi peringkat zon tanjung jati.

Nyanyian lagu Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, dijemput semua hadirin
untuk berdiri tegak bagi sama-sama menyanyikan lagu negaraku,
ibu pertiwiku, dan ‘fly kenyalang fly’ dengan penuh semangat.

(nyanyian lagu berkumandang………………………)

Hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih di atas nyanyian yang


begitu bersemangat itu tadi.

Bacaan doa
Kalau pergi tanjung keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput ___________________________________ untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai bacaan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


doa _____________________________________ di atas pimpinan
bacaan doa itu sebentar tadi.

Ucapan alu-aluan
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
YDP PIBG
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput yang berusaha Puan YDP SK


Serdeng, Pn Sansiah binti Napis untuk menyampaikan ucapan alu-
aluannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(selepas ucapan………)

Terima kasih diatas ucapan itu sebentar tadi.

Ucapan Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan pengerusi Zon


perasmian Tanjung Jati, En Masaad Bin Ahmad Rais bagi menyampaikan
pengerusi zon ucapan beliau dan seterusnya merasmikan penutupan kem
tanjung jati motivasi peringkat zon tanjung jati.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(selepas ucapan………)

Terima kasih diatas ucapan itu sebentar tadi.

Penyampaian sijil Sampailah sudah kita ke acara yang seterusnya iaitu penyampaian
sijil kepada wakil setiap sekolah yang terlibat dengan kem motivasi
peringkat zon tanjung jati. Oleh itu, bagi menyempurnakan acara
kita, dijemput sekali lagi tuan Pengerusi Zon Tanjung Jati, En
Masaad Bin Ahmad Rais diiringi Tuan Guru Besar Sk Telok Gelam,
EN Jaraee Bin Jahari untuk naik ke atas pentas bagi
menyempurnakan majlis.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dijemput guru pengiring atau wakil setiap sekolah untuk naik ke


atas pentas bagi menerima sijil penyertaan.

1. Dijemput guru pengiring dari SK Penasu.


2. guru pengring dari SK Nanga Semah
3. Guru pengiring dari SK Sabena
4. guru pengiring SK Telok Gelam
5. guru pengiring Sk Serdeng
6. Guru pengiring Sk Bakerkong
7. Guru pengiring SK Semop
8. Guru pengiring SK Mohd Redeh

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada Pengerusi Zon


Tanjung Jati, En Masaad Bin Ahmad Rais di atas kesudian beliau
menyampaikan sijil penyertaan itu sebentar tadi.

Penyampaian Seterusnya, dijemput YDP PIBG SK Serdeng, Pn Sansiah binti


cenderamata Napis diiringi Tuan Guru Besar SK Serdeng, Cik Hajijah Binti Deni
bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada guru-
guru besar sekolah-sekolah zon tanjung jati yang telah
menjayakan kem motivasi peringkat zon tanjung jati.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

1. Majlis dengan ini menjemput tuan guru besar SK Penasu.


2. Guru besar SK Nanga Semah
3. Guru besar SK Sabena
4. Guru besar SK Telok Gelam
5. Guru besar Sk Bakerkong
6. Guru besar SK Semop
7. Guru besar SK Mohd Redeh
8. Guru besar Sk Serdeng

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada YDP PIBG SK


Serdeng, Pn Sansiah binti Napis di atas kesudian beliau
menyampaikan cenderahati itu sebentar tadi.

Penutupan Sidang dewan yang dimuliakan,


Andai berkayuh dah sampai ke seberang,
Andai memanjat dah sampai ke pucuk,
Andai mendaki sudah sampai ke puncak,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir,
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada allah s.w.t jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan
segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan
daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum


warrahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai