Anda di halaman 1dari 7

Skrip pengacaraan majlis sempena sambutan Hari Guru SK Sungai Apin 2022

Masa Peristiwa Butiran penyampaian Penyampai

Ketibaan Mengumumkan perarakan masuk, yang diraikan guru-guru


tetamu SK Sungai Apin masuk untuk naik ke halaman yang nan
indah ini.

Lembut langkahmu mengatur hayunan,


Senyuman di bibirmu tak pernah lekang,
Tatkala keringatmu jadi taruhan,
Demi anak bangsamu yang terbilang.

Dijemput semua tetamu yang diraikan untuk duduk di


tempat yang telah disediakan. Semua hadirin dijemput
duduk.

Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh


bermakna. Bersama kita di majlis sambutan hari guru
peringkat SK Sungai Apin bagi tahun 2022 yang
bertemakan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.

Ucapan alu- Bismillahirrahmanirrahim.


aluan
Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam sk
telok gelam terus maju.

Kuntum melati tumbuh melata,

Burung merbah dipohon cemara,

Assalammualaikum pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Sayang selasih berisi minyak,

Bunga angkuh di atas jerami,

Terima kasih banyak-banyak,

Sudi datang ke majlis kami.


Yang berusaha, Tuan Guru Besar SK Sungai Apin, En
Ibrahim Bin Lobot, Penolong kanan kurikulum, Pn Toria Binti
Tandri, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
____________________, Penolong Kanan Kokurikulum
_______________________, YDP PIBG SK Sungai Apin,
_______________________, raka-rakan guru, staf
sokongan, ajk PIBG SK Sungai Apin, ibu bapa serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Nyanyian Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada Negara


lagu tercinta, sama-sama kita singkap sambutan perayaan hari
guru peringkat sekolah kebangsaan SG Apin 2022 dengan
berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu
Pertiwiku dengan penuh bersemangat.

Dipersilakan .

(nyanyian lagu……………….)

Terima kasih. Semua hadirin dipersilakan duduk

bacaan doa Pada majlis yang penuh indah ini, marilah kita memanjatkan
syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin limpah rahmat-
Nya, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta
memeriahkan sambutan hari guru 2022 peringkat sekolah
kebangsaan Sungai Apin.

Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah sama-


sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput
_____________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
bacaan doa ________________________ di atas pimpinan bacaan doa
itu sebentar tadi.

Anak kecil pergi berburu,


Tidak terbiasa dengan kerja yang sia,
Dari kecil di asuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Perutusan
Jasamu dikenang,
hari guru Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


pengorbanan yang dilakaukan oleh para guru kita dalam
dunia pendidikan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan ______________


untuk membacakan perutusan daripada kementerian
pelajaran Malaysia sempena hari guru tahun ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(…..perutusan kpm……………)

Terima kasih diatas perutusan itu sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput __________________________untuk


membacakan perutusan daripada pengarah pelajaran
Malaysia sempena hari guru tahun ini.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan.


(perutusan pengarah pelajaran…………….)

Terima kasih di atas perutusan itu sebentar tadi.

Ucapan guru Putik baru mekar di laman,


besar kembang kudup kumbang terikat,
hargaiku sepanjang zaman,
agar hidup beroleh berkat.

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,


Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan Guru


Besar SK Sungai Apin, En Ibrahim Bin Lobot bagi
menyampaikan ucapan beliau sempena perayaan hari guru
dan sekaligus merasmikan sambutan hari guru peringkat Sk
Sungai Apin bagi tahun 2022

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(selepas ucapan………)

Terima kasih diatas ucapan itu sebentar tadi.

Dimana ada kemahuan,


di situ ada jalan,
Jasamu guru tak akan dilupakan,
Budimu guru sentiasa dalam ingatan.

Angin menderu dengan sepoinya,


Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela dikorbankan.

Lafaz ikrar Hadirin sekalian,

Sesungguhnya pelajar itu umpama batu-batu dan guru itu


umpama sekumpulan arus lembut yang mengukir batu
keras menjadi kerikil dan pasir. Sekolah pula umpama
sungai yang sarat dengan hasrat dan amanat, membaca
pasir dan kerikil ke laut bebas, agar suatu hari nanti bisa
menjadi pulau yang teguh menongkah ombak ganas.
Begitulah analoginya.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan ikrar hari guru


yang diketuai oleh ____________________dan seterusnya
menyanyikan 3 buah lagu yang sinonim dengan sambutan
hari guru iaitu lagu kami guru malaysia, pendidik bumi
kenyalang dan sekolah ku sejahtera.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(barisan guru di atas pentas….)

(nyanyian oleh warga pendidik…………..)

Terima kasih di atas nyanyian yang penuh semangat itu


tadi.

Sesi potong Seterusnya, sampailah kita ke acara pemotongan kek


kek hari guru sempena sambutan hari guru. Diminta untuk semua guru
kekal berada di hadapan bagi menyempurnakan majlis
pemotongan kek sempena hari guru.

(sesi pemotongan kek…………..)

Terima kasih di atas kerjasama semua guru.

Rehat Untuk pengetahuan semua, majlis kita akan berhenti


berehat selama 30 minit untuk memberi laluan jamuan
ringan. Kepada semua murid dan tetamu semua hadirin
dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan
Sambungan Majlis kita akan disambung semula sebentar sahaja lagi
selepas rehat

Persembahan Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan


murid persembahan yang memukaukan daripada murid-murid SK
Sungai Apin. Majlis dengan ini mempersilakan para penari
untuk mempersembahkan tarian mereka. Dipersilakan.

(persembahan murid…….)

Terima kasih di atas persembahan yang begitu


bersemangat tadi.

Seterusnya dijemput _______________________________


untuk menyampaikan sebuah sajak sempena hari guru.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(persembahan murid…….)

Terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Tanpa melengahkan masa lagi, marilah sama-sama kita


saksikan nyanyian khas yang disampaikan oleh semua
murid SK Sungai Apin buat guru-guru mereka.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(persembahan murid…….)

Terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Pertukaran Hadirin hadirat sekalian,


hadiah
Sampai sudah kita ke acara yang ditunggu-tunggukan iaitu
acara pertukaran hadiah diantara guru-guru dan staf
sekolah. Buat pengetahuan semua, kita akan meneruskan
tradisi seperti selalu iaitu dimana setiap pemberi hadiah
akan memberi sendiri hadiah mereka kepada penerima
misteri.
Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama
menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan hadiah
beliau kepada insan yang terpilih dan diminta individu
tersebut untuk memanggil penerima seterusnya dan proses
ini akan bersambung sehingga habis.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(acara pertukaran hadiah……….)

Begitulah meriahnya acara pertukaran hadiah itu sebentar


tadi. Semoga acara ini akan mengeratkan lagi tali
silaturrahim di antara warga sekolah kita.

Penutupan Hadirin yang dikasihi semua,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang,


Andai memanjat dah sampai ke pucuk,
Andai mendaki sudah sampai ke puncak,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir,
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini.

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah yang berseri Bawalah pergi,
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu


datangnya daripada allah s.w.t jua dan sama-samalah kita
mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan
majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan
kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum


warrahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai