Anda di halaman 1dari 5

Skrip Pengacaraan Majlis Jamuan Kongsi Gawai Raya

Bismillahirrahmanirrahim,

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berbahagia EN Jaraee bin Jahari, guru besar SK Telok Gelam,


Cik Siau Siau yii, Penolong Kanan Pentadbiran SK Telok Gelam, EN
Martin Rundang Nyanau, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, rakan-
rakan guru, rakan-rakan AKP, Tuai-tuai Rumah, ibu bapa serta para
pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera.


Ucapan alu-
aluan Bersongkok sampan segak bergaya,
Berbaju kurung anggun jelita,
Majlis kongsi gawai raya,
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin limpah


rahmatNYA jua, maka kita diberi kesempatan untuk berkumpul di
dewan yang penuh meriah ini bagi meraikan sambutan kongsi gawai
raya peringkat sekolah bagi tahun 2018.

Nyanyian Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada Negara tercinta, sama-
lagu sama kita singkap sambutan perayaan kongsi gawai raya peringkat
sekolah kebangsaan Telok Gelam 2018 dengan berdiri tegak untuk
menyanyikan lagi Negaraku dan Ibu Pertiwiku dengan penuh
bersemangat.

Hadirin diminta untuk berdiri.

(nyanyian lagu……………….)

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk

Kalau pergi tanjung keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Bacaan doa
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput _____________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Selesai
________________________ di atas pimpinan bacaan doa itu
bacaan doa
sebentar tadi.

Dari kedah ke kuala perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Persemba Semoga hadirin terhibur di hati.
han ngajat
Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan ngajat daripada murid-murid kita yang berbakat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(persembahan……………………………………..)
Sungguh lembut sekali gerak-geri penari-penari kita yang memukau
itu sebentar tadi.

Ucapan
Sudilah tuan jalan berlapan,
jalan berlapan di malam kelam,
sudilah tuan beri ucapan,
kata aluan pemanis kalam.

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,


Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


PK (gawai)

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati EN Martin


Rundang Nyanau, Penolong kanan hal ehwal murid untuk
menyampaikan ucapannya. Sempena sambutan kongsi gawai raya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(selepas ucapan………)
Terima kasih diatas ucapan itu sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Ucapan guru besar dinanti-nanti,
Membuat majlis bertambah seri.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan Guru Besar SK


Ucapan Telok Gelam, EN Jaraee Bin Jahari bagi menyampaikan ucapan
guru besar beliau sempena perayaan kongsi gawai raya peringkat sekolah Telok
Gelam 2018.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(selepas ucapan………)

Terima kasih diatas ucapan itu sebentar tadi.

Awan bersua citra berkisah,


Ukiran sukma kilauan kelisa,
Bingkisan guru besar selesai sudah,
Persembahan pelajar menyusul pula.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan


yang memukaukan daripada ________________________________

Dengan ini majlis mempersilakan.

(persembahan murid…….)

Terima kasih di atas persembahan yang begitu bersemangat tadi.

Seterusnya, sampailah sudah kita ke acara yang ditunggu-tunggu


iaitu pemberian duit raya sempena sambutan kongsi gawai raya.

Pemberian Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Guru besar diiringi
duit raya semua penolong kanan, dan guru-guru untuk naik ke atas pentas
bagi menyempurnakan acara pemberian duit raya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tak lengkapnya majlis kalau tuan rumah tidak beraksi. Marilah kita
sama-sama mendengar sebuah lagu yang akan didendangkan oleh
tuan guru besar sk telok gelam untuk tantapan kita bersama.
Persemba
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
han khas

(persembahan……………………………)

Sungguh bersemangat tuan guru besar kita sebentar tadi.

Penutup Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah yang berseri Bawalah pergi,
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada allah s.w.t jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan
segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan
daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.
Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
warrahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.

Dijemput kepada para tetamu untuk menjamu selera juadah yang


Jamuan
telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai