Anda di halaman 1dari 11

Sidang Hadirin Jumaat Sekalian,

Alhamdulillah, kita sudahpun menghampiri pertengahan Ramadhan yang mana pad tanggal 17
Ramadhan berlakunya peristiwa besar pada bulan ini dimana berlakunya peperangan pertama umat
islam iaitu Perang Badar dalam memastikan keberlansungan orang islam dan syiar Islam dapat
ditegakkan . Oleh itu, Mimbar hari ini ingin mengajak para sidang Jumaat sekelian untuk merenung
sedalam-dalamnya peristiwa tersebut sejauh manakah usaha kita dalam mempertahankan
meningkatkan kecemerlangan Ummah. Oleh yang demikian, sekari dengan usaha negara untuk
mencapai segala wawasan dan matlamatnya di masa hadapan, golongan remaja memainkan peranan
besar sebagai aset negara yang amat penting. Akan tetapi, melihat kepada hakikat sekerang, sebilangan
besar anak muda remaja yang mempunyai masalah sosial dan terpengaruh dengan anasir-anasir buruk
semakin meresap dalam generasi remaja kini antaranya isu lumba haram. Oleh yang demikian, tajuk
khutbah yang disampaikan pada hari ini ialah “Lumba Haram Perosak Masa Hadapan Remaja”.

Perkataan ‘lumba’ menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) bermaksud bertanding, berlawan,
bersaing. Manakala ‘haram’ bermaksud ditegah (terlarang) oleh undangundang, tidak sah disisi undang-
undang. Lumba haram yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah perlumbaan motosikal yang tidak sah
di sisi undang-undang negara Malaysia. Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang
diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering
diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan
trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kebanyakan daripada perlumbaan haram
yang diadakan di Malaysia adalah melibatkan motosikal dan kereta yang telah diubahsuai, namun ada
juga kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres yang turut mengadakan perlumbaan haram.

Hadiri Sekalian.

Nurhafizah Yusof, (2020), menyatakan bahawa Lumba haram bukanlah isu yang baru pada masa kini.
Walaupun, telah banyak penguatkuasaan dilakukan namun ianya masih belum mampu menghentikan
aktiviti tidak bermoral ini. Antara salah satu sebab mengapa lumba haram tetap menjadi kegilaan
kepada remaja adalah adanya elemen pertaruhan yang diamalkan di dalam sesuatu perlumbaan.
Elemen pertaruhan telah diterapkan dalam kegiatan ini secara tidak langsung telah menarik minat
ramai remaja untuk menjadi seorang ‘mat rempit’. Menurut Rokiah Ismail, Muhamad Fuaz Abdul Karim
dan Mohamad Fauzi Sukimi (2011). Pertaruhan ini juga menjadi salah satu cara ringkas untuk
memperolehi wang ringgit akibat desakan dan kesempitan hidup . Melalui perlumbaan haram, mereka
akan diberi ganjaran berupa wang tunai jika bergelar pemenang. Justeru, begitu ramai yang cenderung
kepada aktiviti sebegini

Selain itu,

Lumba haram juga banyak berpunca daripada pengaruh persekitaran. Perkara ini dikaitkan dengan
pengaruh media massa, kemodenisasi dan ideologi kebebasan bertingkahlaku. Faktor ini mempengaruhi
akhlak dan tingkahlaku remaja sehingga menyebabkan nilai-nilai murni luntur dalam hidup remaja.
Pengarih Nilai buruk ini disebabkan pengaruh buruk rakan sebaya. Golongan remaja khususnya mereka
yang masih dibangku sekolah sememangnya mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan. Rakan-
rakan yang bijak memujuk akan mendorong seseorang menyertai aktiviti tidak sihat mereka. Rakan-
rakan yang mencabar seseorang untuk berlumba haram juga menyebabkan mereka mudah terpedaya
untuk menyertai perlumbaan haram bagi menunjukkan kehebatan mereka. Mereka cenderung untuk
berseronok-seronok bersama rakan dengan melakukan aktiviti mengikut kepuasan hati mereka. Sabda
Rasulullah dalam sebuah hadis sahih

،ً‫ وَِإ َّما َأ ْن ت َِج َد ِم ْنهُ ِريحًا طَيِّبَة‬،ُ‫ َوِإ َّما َأ ْن تَ ْبتَا َع ِم ْنه‬،‫ك‬
َ َ‫ ِإ َّما َأ ْن يُحْ ِذي‬:‫ك‬
ِ ‫ فَ َحا ِم ُل ال ِم ْس‬،‫ير‬
ِ ‫خ ال ِك‬ ِ ِ‫ك َونَاف‬ ِ ‫ ك ََحا ِم ِل ال ِم ْس‬،‫ح َوالسَّوْ ِء‬
ِ ِ‫يس الصَّال‬ َ ‫َمثَ ُل‬
ِ ِ‫الجل‬
ً‫ َوِإ َّما َأ ْن تَ ِج َد ِريحًا َخبِيثَة‬، َ‫ق ثِيَابَك‬َ ‫ ِإ َّما َأ ْن يُحْ ِر‬:‫ير‬
ِ ‫ك‬ِ ‫ال‬ ُ
‫خ‬ ِ ‫ف‬‫َا‬ ‫ن‬‫و‬َ

Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual
minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak
wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya.
Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.”
[Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

Hadirin jumaat, seterusnya,

Tambahan itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan punca berlakunya aktiviti
lumba haram. Pihak berkuasa yang kurang memantau kawasan-kawasan ‘panas’ yang sering menjadi
tempat perlumbaan haram menyebabkan golongan pelumba dengan bebas mengadakan perlumbaan.
Pemantauan dan sekatan jalan raya yang dilakukan secara berkala menyebabkan golongan pelumba
haram dapat menghidu operasi yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa. Aktiviti rasuah yang berlaku
antara pihak berkuasa dengan pelumba haram juga menyebabkan gejala ini sukar dibendung. Azimi
Hamzah pula berpendapat faktor remaja terlibat dalam lumba haram adalah kerana badan-badan
persatuan yang bertanggungjawab memantau remaja tidak memahami permasalahan remaja. Oleh yang
demikian, masyarakat dan kerajaan haruslah memainkan peranan penting dalam memantau permasalah
dalam kalangan remaja khususnya dalam isu lumba haram

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Memandangkan gejala perlumbaan haram semakin menular dalam masyarakat sekarang, langkah-
langkah yang sewajarnya patut diambil bagi membendung gejala ini daripada merebak dengan lebih
teruk lagi. Adalah diakui bahawa aktiviti ini memang sukar dibanteras, tetapi "kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya".

Antara langkah bagi mengurangkan gejala ini ialah ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memastikan
gejala sosial ini tidak berterusan dan diamalkan oleh anak-anak muda. Sabda Allah SWT dalam Surah Al
Anfal

ِ ‫م فِ ْتنَةٌ َوَأ َّن هَّللا َ ِع ْن َدهُ َأجْ ٌر ع‬Jْ ‫) َوا ْعلَ ُموا َأنَّ َما َأ ْم َوالُ ُك ْم َوَأوْ ال ُد ُك‬27( َ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا اَل تَ ُخونُوا هَّللا َ َوال َّرسُو َل َوتَ ُخونُوا َأ َمانَاتِ ُك ْم َوَأ ْنتُ ْم تَ ْعلَ ُمون‬
{)28( ‫َظي ٌم‬
}

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengkhianati Allah dan Rasul-(Nya) dan (juga) janganlah
kalian mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada kalian, sedangkan kalian mengetahui.
Dan ketahuilah bahwa harta kalian dan anak-anak kalian itu hanyalah sebagai cobaan, dan sesungguhnya
di sisi Allahlah pahala yang besar.

Anak-anak muda mestilah diberi perhatian sepenuhnya oleh para ibu bapa agar tidak mudah terjerumus
dalam kegiatan ini. Ibu bapa sepatutnya tidak membenarkan anak-anak merekamenggunakan kenderaan
bermotor sekirannya merekatidak mempunyai lesen yang sah. Ganjaran berupa kenderaan tidak wajar
diberikan kepada anak-anak yang belum matang walaupun tindakan itu dibat untuk membuktikan kasih
saying ibu bapa terhadap anak-anak.Ibu bapa juga harus mengawal kebebasan anak-anakmereka agar
tidak bergaul dengan rakan-rakan yang terlibat dalam aktiviti yang sememangnya kurang sihat ini kerana
pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor anak-anak mudah terjerumus dalam lumba haram.

Selain itu, Tindakan tegas kerajaan dan pihak berkuasa seperti polis amat diperlukan untuk menangani
masalah ini. Rondaan yang kerap mesti dilaksanakan Hal ini bertujuan untuk memastikan jalan raya awam
tidak digunakan sebagai medan perlumbaan haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Pihak
polis juga boleh mengadakan sekatan jalan raya untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang
disyaki digunakan untuk perlumbaanharam. Kenderaan yang terlibat biasanya telah diubah suaiuntuk
mencapai tahap kelajuan yang luar biasa. Tambahan pula, program yang menyokong minat remaja dalam
sukan pemotoran perlu diwar-warkan. Contohnya kerajaan Selangor dengan kerjasama UNISEL
mengambil langkah proaktif dalam membendung gejala lumba haram dengan mengadakan pencarian
bakat muda dalam sukan pemotoran untuk menyertai perlumbaan PETRONAS AAM Malaysia Cub Prix
Champion 2011. Pada permulaannya seorang peserta telah dihantar untuk menyertai pertandingan
tersebut dan telah berjaya mendapat tempat ke-15 daripada 45 peserta pada pusingan pertama. Hal ini,
menunjukkan satu pencapaian yang baik kepada peserta yang mewakili pasukan yang diberi nama
UNISEL- GeMS Racing Team. Justeru, kadar perlumbaan haram dapat dikurangkan.

Selain tindakan daripada pihak berkuasa, kempen-kempen kesedaran juga boleh dilakukan. Melalui
kempen,ia mungkin dapat memberi pengajaran dan maklumatmengenai keburukan dan akibat
daripada lumba haram.Akhbar, televisyen, radio, serta segala bentuk media massajuga boleh
digunakan untuk menyampaikan mesej yangboleh memberi kesedaran kepada semua ahli
masyarakat.Ceramah-ceramah bergerak wajar dilaksanakan di seluruh negara bagi membuka mata
mereka yang terlibat. Contohnya, ahli Jawatankuasa Kemajuan (JKK) kampung berperanan
merangka dan menyebarluaskan program yang bermanfaat untuk para remaja
terutamanya aktiviti yang bercorak kemasyarakatan seperti pertandingan sukan dan
sebagainya. JKK kampong perlu berperanan lebih proaktif dan memberi tumpuan
kepada aspek pembangunan insani remaja dengan mendirikan pusat-pusat sehenti
(kiosk) yang menempatkan bahan-bahan media bermaklumat untuk remaja duduk
berkumpul dan berbincang tanpa membuang masa.

Kesimpulannya, masalah lumba haram bukanlah satu lagu benda asing di dalam
komuniti terutama di kalangan remaja dan belia di Malaysia. Setiap pihak harus cakna
dan mengambil peranan dalam mengatasi isu ini dari terus mekar dan menjadi duri
dalam daging masyarakat. Pemantauan dan Kerjasama dari setiap dapat memastikan
isu lumba haram ini diatasi. Hal ini penting dalam mencapai tujuan dalam memperkasa
golongan remaja belia sebagai aset penting sesebuah negara. Hasilnya, sebuah negara
yang harmoni dapat dibentuk
‫سيدغ حاضيرين جمعة سكالين‪،‬‬
‫الحمدهلل‪ ،‬كيت سودهفون مغهمفيري فرتغهن رمضان يغ مان‬
‫فاد تغضل ‪ 17‬رمضان برالكوث فريستيوا بسر فد بولن اين‬
‫دمان برالكوث ففراغن فرتام اومت اسالم ايايت فراغ بدر دالم‬
‫ممستيكن كبرلنسوغن اورغ اسالم دان شعار اسالم دافت‬
‫دتضقكن ‪ .‬اوليه ايت‪ ،‬ميمبر هاري اين ايغين مغاجق فارا سيدغ‬
‫جمعة سكلين اونتوق مرنوغ سدالم‪-‬دالمث فريستيوا ترسبوت‬
‫سجاوه مانكه اوسها كيت دالم ممفرتاهنكن منيغكتكن كخمرلغن‬
‫امة‪ .‬اوليه يغ دمكين‪ ،‬سكاري دغن اوسها نضارا اونتوق‬
‫منخافأي سضاال واوسن دان متالمتث د ماس هادفن‪ ،‬ضولوغن‬
‫رماج مماءينكن فرانن بسر سباضاي اسيت نضارا يغ امت‬
‫فنتيغ‪ .‬اكن تتافي‪ ،‬مليهت كفد حقيقة سكراغ‪ ،‬سبيلغن بسر انق‬
‫مودا رماج يغ ممفوثاءي مسئله سوسيال دان ترفغاروه دغن‬
‫عناصير‪-‬عناصير بوروق سماكين مرسف دالم ضينراسي‬
‫رماج كيني انتاراث ايسو لومبا حرام‪ .‬اوليه يغ دمكين‪ ،‬تاجوق‬
‫خطبة يغ دسمفأيكن فد هاري اين اياله “لومبا حرام فروسق‬
‫ماس هادفن رماج“‪.‬‬
‫فركاتان لومبا منوروت كاموس ديوان ايديسي كامفت ﴿‪﴾2007‬‬
‫برمقصود برتنديغ‪ ،‬برالون‪ ،‬برساءيغ‪ .‬مانكاال حرام برمقصود‬
‫دتضه ﴿ترالرغ﴾ اوليه اوندغونداغ‪ ،‬تيدق صح دسيسي اوندغ‪-‬‬
‫اوندغ‪ .‬لومبا حرام يغ دمقصودكن د دالم كاجين اين اياله‬
‫فرلومبأن موتوسيكل يغ تيدق صح د سيسي اوندغ‪-‬اوندغ‬
‫نضارا مليسيا‪ .‬لومبا حرام اداله ساتو بنتوق فرلومبأن برموتور‬
‫يغ داداكن د اتس جالن راي عوام تنفا كبنرن درفد فيهق‬
‫بركواس‪ .‬لومبا حرام سريغ داداكن د كاوسن بندر‪ ،‬لوار بندر‬
‫اتاوفون د كاوسن فريندوسترين تنفا مغيرا كادأن ترافيق‪ ،‬تتافي‬
‫بياساث داداكن فد وقتو تغه مالم‪ .‬كبثقان درفد فرلومبأن حرام يغ‬
‫داداكن د مليسيا اداله مليبتكن موتوسيكل دان كريتا يغ تله‬
‫داوبهسواي‪ ،‬نامون اد جوض كندرأن برت سفرتي لوري دان‬
‫بس ايكسفريس يغ توروت مغاداكن فرلومبأن حرام‪.‬‬
‫حاضيري سكالين‪.‬‬
‫نورحفيظه يوسف‪ ،﴾2020﴿ ،‬مثاتاكن بهاوا لومبا حرام بوكنله‬
‫ايسو يغ بارو فد ماس كيني‪ .‬واالوفون‪ ،‬تله باثق فغواتكواسان‬
‫دالكوكن نامون اياث ماسيه بلوم ممفو مغهنتيكن اكتيؤيتي تيدق‬
‫برمورل اين‪ .‬انتارا ساله ساتو سبب مغاف لومبا حرام تتف‬
‫منجادي كضيألن كفد رماج اداله اداث ايليمن فرتاروهن يغ‬
‫دعمالكن د دالم سسواتو فرلومبأن‪ .‬ايليمن فرتاروهن تله‬
‫دترافكن دالم كضياتن اين سخارا تيدق لغسوغ تله مناريق مينت‬
‫راماي رماج اونتوق منجادي سأورغ مت رمفيت‪ .‬منوروت‬
‫روقيه اسماعيل‪ ،‬محمد فواز عبدالكريم دان محمد فوزي‬
‫سوكيمي ﴿‪ .﴾2011‬فرتاروهن اين جوض منجادي ساله ساتو‬
‫خارا ريغكس اونتوق ممفروليهي واغ ريغضيت عقيبة دسقن‬
‫دان كسمفيتن هيدوف ‪ .‬ماللوءي فرلومبأن حرام‪ ،‬مريك اكن‬
‫دبري ضنجرن بروفا واغ توناي جك برضلر فمنغ‪ .‬جوسترو‪،‬‬
‫بضيتو راماي يغ خندروغ كفد اكتيؤيتي سبضيني‬
‫سالين ايت‪،‬‬
‫لومبا حرام جوض باثق برفونخا درفد فغاروه فرسكيترن‪.‬‬
‫فركارا اين دكايتكن دغن فغاروه ميديا مسسا‪ ،‬كمودنيساسي‪ J‬دان‬
‫اديولوضي كبيبسن برتيغكهالكو‪ .‬فكتور اين ممفغاروهي اخالق‬
‫دان تيغكهالكو رماج سهيغض مثببكن نيالي‪-‬نيالي مورني‬
‫لونتور دالم هيدوف رماج‪ .‬فغاريه نيالي بوروق اين دسببكن‬
‫فغاروه بوروق راكن سبايا‪ .‬ضولوغن رماج خصوصث مريك‬
‫يغ ماسيه دبغكو سكوله سميمغث موده ترفغاروه دغن اجكن‬
‫راكن‪-‬راكن‪ .‬راكن‪-‬راكن يغ بيجق مموجوق اكن مندوروغ‬
‫سساورغ مثرتاي اكتيؤيتي تيدق صيحت مريك‪ .‬راكن‪-‬راكن يغ‬
‫منخابر سساورغ اونتوق برلومبا حرام جوض مثببكن مريك‬
‫موده ترفديا اونتوق مثرتاي فرلومبأن حرام باضي منونجوقكن‬
‫كهيبتن مريك‪ .‬مريك خندروغ اونتوق برسرونوك‪-‬سرونوك‬
‫برسام راكن دغن مالكوكن اكتيؤيتي مغيكوت كفواسن هاتي‬
‫مريك‪ .‬سبدا رسول هللا دالم سبواه حديث صحيح‬

‫ير‪،‬‬
‫خ ال ِك ِ‬ ‫ح َوالس َّْو ِء‪َ ،‬ك َحا ِم ِل ال ِمس ِ‬
‫ْك َونَافِ ِ‬ ‫َمثَ ُل ال َجلِ ِ‬
‫يس الصَّالِ ِ‬
‫ك‪َ ،‬وِإ َّما َأ ْن تَ ْبتَا َع ِم ْنهُ‪َ ،‬وِإ َّما َأ ْن تَ ِج َد‬
‫ْك‪ِ :‬إ َّما َأ ْن يُحْ ِذيَ َ‬
‫فَ َحا ِم ُل ال ِمس ِ‬
‫ك‪َ ،‬وِإ َّما َأ ْن تَ ِج َد‬ ‫ق ثِيَابَ َ‬‫ير‪ِ :‬إ َّما َأ ْن يُحْ ِر َ‬‫ِم ْنهُ ِريحًا طَيِّبَةً‪َ ،‬ونَافِ ُخ ال ِك ِ‬
‫ِريحًا َخبِيثَةً‬

‫مقصودث‪“ :‬فرومفامان تمن يغ باءيق دان تمن يغ بوروق اداله‬


‫سفرتي سأورغ فنجوال ميثق واغي دان سأورغ توكغ بسي‪.‬‬
‫ادفون‪ ،‬فنجوال ميثق واغي اكن ممبري كامو ﴿ميثق واغي‬
‫ترسبوت﴾‪ ،‬اتاو كامو ممبلي درفدث‪ ،‬اتاو كامو مندافت باو يغ‬
‫هاروم درفدث‪ .‬سداغكن توكغ بسي فوال‪ ،‬اكن ممباكر باجومو‬
‫دان جوض كامو مندافتكن باو يغ بوسوق‪[ “.‬رواية البخاري ﴿‬
‫‪ ﴾5534‬دان مسلم ﴿‪]﴾2628‬‬
‫حاضيرين جمعة‪ ،‬ستروسث‪،‬‬
‫تمبهن ايت‪ ،‬فغواتكواسان اوندغ‪-‬اوندغ يغ لمه جوض مروفاكن‬
‫فونخا برالكوث اكتيؤيتي لومبا حرام‪ .‬فيهق بركواس يغ كورغ‬
‫ممنتاو كاوسن‪-‬كاوسن فانس يغ سريغ منجادي تمفت فرلومبأن‬
‫حرام مثببكن ضولوغن فلومبا دغن بيبس مغاداكن فرلومبأن‪.‬‬
‫فمنتاون دان سكتن جالن راي يغ دالكوكن سخارا بركاال مثببكن‬
‫ضولوغن فلومبا حرام دافت مغهيدو اوفراسي يغ اكن دالكوكن‬
‫اوليه فيهق بركواس‪ .‬اكتيؤيتي رسواه يغ برالكو انتارا فيهق‬
‫بركواس دغن فلومبا حرام جوض مثببكن ضجاال اين سوكر‬
‫دبندوغ‪ .‬ازيمي حمزه فوال برفندافت فكتور رماج ترليبت دالم‬
‫لومبا حرام اداله كران بادن‪-‬بادن فرساتوان يغ برتغضوغجواب‬
‫ممنتاو رماج تيدق ممهمي فرمسئلهن رماج‪ .‬اوليه يغ دمكين‪،‬‬
‫مشاركت دان كراجأن هاروسله مماءينكن فرانن فنتيغ دالم‬
‫ممنتاو فرمسئله دالم كالغن رماج خصوصث دالم ايسو لومبا‬
‫حرام‬
‫حاضيرين يغ دكاسيهي سكالين‪،‬‬
‫ممندغكن ضجاال فرلومبأن حرام سماكين منولر دالم مشاركت‬
‫سكارغ‪ ،‬لغكه‪-‬لغكه يغ سواجرث فاتوت دأمبيل باضي ممبندوغ‬
‫ضجاال اين درفد مربق دغن لبيه تروق الضي‪ .‬اداله دأكوي‬
‫بهاوا اكتيؤيتي اين ميمغ سوكر دبنترس‪ ،‬تتافي "كاالو تيدق‬
‫دفخهكن رويوغ مانقن دافت ساضوث"‪.‬‬
‫انتارا لغكه باضي مغورغكن ضجاال اين اياله ايبو باف جوض‬
‫برتغضوغجواب اونتوق ممستيكن ضجاال سوسيال اين تيدق‬
‫برتروسن دان دعمالكن اوليه انق‪-‬انق مودا‪ .‬سبدا هللا سبحان‬
‫وتعالى دالم سورهاالنفال‬
‫ين آ َمنُوا اَل تَ ُخونُوا هَّللا َ َوال َّرسُو َل َوتَ ُخونُوا َأ َمانَاتِ ُك ْم‬ ‫{يَا َأيُّهَا الَّ ِذ َ‬
‫ون ﴿‪َ ﴾27‬وا ْعلَ ُموا َأنَّ َما َأ ْم َوالُ ُك ْم َوَأ ْوال ُد ُك ْم فِ ْتنَةٌ َوَأ َّن هَّللا َ‬ ‫َوَأ ْنتُ ْم تَ ْعلَ ُم َ‬
‫ِع ْن َدهُ َأجْ ٌر َع ِظي ٌم ﴿‪﴾28‬‬
‫هاي اورغ‪-‬اورغ يغ برايمان‪ ،‬جاغنله كاليان مغخيانتي هللا دان‬
‫رسول‪﴿-‬ث﴾ دان ﴿جوض﴾ جاغنله كاليان مغخيانتي امانت‪-‬‬
‫امانت يغ دفرخاياكن كفد كاليان‪ ،‬سداغكن كاليان مغتاهوي‪ .‬دان‬
‫كتاهويله بهوا هرتا كاليان دان انق‪-‬انق كاليان ايت هاثله‬
‫سباضاي خوبأن‪ ،‬دان سسوغضوهث د سيسي اللهله فاهال يغ‬
‫بسر‪.‬‬
‫انق‪-‬انق مودا مستيله دبري فرهاتين سفنوهث اوليه فارا ايبو‬
‫باف اضر تيدق موده ترجروموس دالم كضياتن اين‪ .‬ايبو باف‬
‫سفاتوتث تيدق ممبنركن انق‪-‬انق مريكمغضوناكن كندرأن‬
‫برموتور سكيرنث مركتايداق ممفوثاءي ليسين يغ سه‪ .‬ضنجرن‬
‫بروفا كندرأن تيدق واجر دبريكن كفد انق‪-‬انق يغ بلوم ماتغ‬
‫واالوفون تيندقن ايت دبت اونتوق ممبوقتيكن كاسيه ساييغ ايبو‬
‫باف ترهادف انق‪-‬انق‪.‬ايبو باف جوض هاروس مغاول كبيبسن‬
‫انق‪-‬انقمريك اضر تيدق برضاول دغن راكن‪-‬راكن يغ ترليبت‬
‫دالم اكتيؤيتي يغ سميمغث كورغ صيحت اين كران فغاروه‬
‫راكن سبايا جوض منجادي ساله ساتو فكتور انق‪-‬انق موده‬
‫ترجروموس دالم لومبا حرام‪.‬‬
‫سالين ايت‪ ،‬تيندقن تضس كراجأن دان فيهق بركواس سفرتي‬
‫فوليس امت دفرلوكن اونتوق مناغني مسئله اين‪ .‬روندأن يغ‬
‫كرف مستي دلقسانكن حال اين برتوجوان اونتوق ممستيكن‬
‫جالن راي عوام تيدق دضوناكن سباضاي ميدن فرلومبأن حرام‬
‫اوليه مريك يغ تيدق برتغضوغجواب‪ .‬فيهق فوليس جوض‬
‫بوليه مغاداكن سكتن جالن راي اونتوق ممبوات فمريقسأن‬
‫ترهادف كندرأن يغ دشكي دضوناكن اونتوق فرلومبأنحرام‪.‬‬
‫كندرأن يغ ترليبت بياساث تله داوبه سواياونتوق منخافأي تاهف‬
‫كالجوان يغ لوار بياسا‪ .‬تمبهن فوال‪ ،‬فروضرام يغ مثوكوغ‬
‫مينت رماج دالم سوكن فموتورن فرلو دور‪-‬وركن‪ .‬خونتوهث‬
‫كراجأن سالغور دغن كرجاسام اونيسل مغمبيل لغكه‬
‫فرواكتيف دالم ممبندوغ ضجاال لومبا حرام دغن مغاداكن‬
‫فنخرين باكت مودا دالم سوكن فموتورن اونتوق مثرتاي‬
‫فرلومبأن فيترونس اعام مليسيا خوب فريايك س خمفيون‬
‫‪ .2011‬فد فرموألنث سأورغ فسرتا تله دهانتر اونتوق مثرتاي‬
‫فرتنديغن ترسبوت دان تله برجاي مندافت تمفت ك‪ 15-‬درفد‬
‫‪ 45‬فسرتا فد فوسيغن فرتام‪ .‬حال اين‪ ،‬منونجوقكن ساتو‬
‫فنخفاين يغ باءيق كفد فسرتا يغ مواكيلي فاسوكن يغ دبري نام‬
‫اونيسل‪ -‬ضمس راخيغ تعام‪ .‬جوسترو‪ ،‬قدر فرلومبأن حرام‬
‫دافت دكورغكن‪.‬‬
‫سالين تيندقن درفد فيهق بركواس‪ ،‬كيمفين‪-‬كيمفين كسدرن‬
‫جوض بوليه دالكوكن‪ .‬ماللوءي كيمفين‪،‬اي موغكين دافت‬
‫ممبري فغاجرن دان معلومتمغناءي كبوروكن دان عقيبة درفد‬
‫لومبا حرام‪.‬اخبار‪ ،‬تيليؤيشين‪ ،‬راديو‪ ،‬سرتا سضاال بنتوق ميديا‬
‫مسساجوض بوليه دضوناكن اونتوق مثمفأيكن ميسيج يغبوليه‬
‫ممبري كسدرن كفد سموا اهلي مشاركت‪.‬خرامه‪-‬خرامه‬
‫برضرق واجر دلقسانكن د سلوروه نضارا باضي ممبوك مات‬
‫مريك يغ ترليبت‪ .‬خونتوهث‪ ،‬اهلي جاوتنكواس كماجوان‬
‫﴿جقق﴾ كامفوغ برفرانن مرغك دان مثيبارلواسكن فروضرام يغ‬
‫برمنفعة اونتوق فارا رماج تراوتماث اكتيؤيتي يغ برخورق‬
‫كمسيراكاتن سفرتي فرتنديغن سوكن دان سباضايث‪ .‬جقق‬
‫كامفوغ فرلو برفرانن لبيه فرواكتيف دان ممبري تومفوان كفد‬
‫اسفيك فمباغونن انساني رماج دغن منديريكن فوست‪-‬فوست‬
‫سيهينتي ﴿كياوسق﴾ يغ منمفتكن باهن‪-‬باهن ميديا برمعلومت‬
‫اونتوق رماج دودوق بركومفول دان بربينخغ تنفا ممبواغ ماس‪.‬‬
‫كسيمفولنث‪ ،‬مسئله لومبا حرام بوكنله ساتو الضو بندا اسيغ د‬
‫دالم كومونيتي تراوتما د كالغن رماج دان بليا د مليسيا‪ .‬ستياف‬
‫فيهق هاروس خقنا دان مغمبيل فرانن دالم مغاتسي ايسو اين‬
‫دري تروس مكر دان منجادي دوري دالم داضيغ مشاركت‪.‬‬
‫فمنتاون دان كرجاسام دري ستياف دافت ممستيكن ايسو لومبا‬
‫حرام اين دأتسي‪ .‬حال اين فنتيغ دالم منخافأي توجوان دالم‬
‫ممفركاس ضولوغن رماج بليا سباضاي اسيت فنتيغ سسبواه‬
‫نضارا‪ .‬حاصيلث‪ ،‬سبواه نضارا يغ هرموني دافت دبنتوق‬

Anda mungkin juga menyukai