Anda di halaman 1dari 1

1) Jelaskan konsep kekeluargaan yang terdapat dalam Tamadun China

Konsep kekeluargaan yang terdapat dalam Tamadun China adalah system


kemasyarakat cina berasaskan system kekeluargaan. Ia menekankan
kuasa bapa. Selain itu, menitikberatkan nilai dan etika masyarakat.
Disamping itu, nilai politik pula merujuk kepada kuasa raja adalah kuasa
mutlak. Dari segi hieraki, martabat masyarakat adalah tergolong kepada
yang mulia dan yang hina. Lebih-lebih lagi, system sangkang menekankan
tiga hubungan iaitu raja dan pembesar, ayah dengan anak dan suami
dengan isteri. Bukan itu sahaja, system Wu Chang merangkumi lima nilai
utama termasuklah Ren(kemanusian), Yi(kebijaksanaan dan keadilan), Li
(tatsusila dan kesopanan), Zhi (kebijaksanaan dan hikmah) dan Xin
(amanah dan kepercayaan).

2) Jelaskan perbezaan antara falsafah Confucius dan Legalisme


Perbezaan antara falsafah Confucius dan Legalisme ialah konfusianisme
diasaskan oleh Konfusius. Ia merangkumi 3 aspek yang terdapat dalam kitab
Lun Yu (Analects) dengan falsafah , Pendidikan dan social politik. Selain itu,
konfusianisme menekankan amalan nilai dan sifat yang mulia termasuklah
kemanusiaan(ren), kesusilaan(li), ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Lebih-lebih
lagi, nilai-nilai mulia tersebut diteladani orang yang bermoral dan bersifat
mulia(junzi). Sebaliknya, legalisme merupakan terangkum dengan 3 cabang
iaitu fa(undang-undang), shi(autoriti) dan shu(kaedah). Di samping itu,
legalisme ia dirumuskan oleh ahli falsafah Cina, Han Feizi dan dilaksanakan
semasa pemerintahan dinasti Qin oleh Qin Huangdi. Aliran fa mengutamakan
pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah ke atas rakyatnya.

Anda mungkin juga menyukai