Surat Inteview

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana berminat untuk meneruskan kerjaya anda di Syarikat Golac Commerce M
Sdn Bhd. Untuk makluman anda, permohonan anda sebagai Content Writer melalui Facebook
telah diterima dan telah diproses. Kini anda dipanggil untuk menghadirkan diri bagi sesi
temuduga secara fizikal di pejabat kami. Berikut adalah butiran lengkap berkenaan hari tersebut.

Nama calon : Intan Shahira binti Shahidi


Tarikh temuduga : 8 September 2021 
Hari temuduga : Rabu
Lokasi temuduga : A51, Jalan 3A Cinta Sayang Resort Homes, 08000 Sungai Petani Kedah
Masa temuduga : 3PM
Pakaian temuduga : Sopan & menutup aurat
Dokumen temuduga : Resume, salinan kad pengenalan diri, slip gaji terbaru, portfolio (contoh
hasil penulisan untuk rujukan penemuduga), sijil-sijil berkaitan.

Anda dikehendaki untuk menghadirkan diri 30 minit lebih awal daripada masa temuduga.
Pada tempoh tersebut anda dikehendaki untuk membuat ujian saliva covid-19 test &
melengkapkan borang permohonan kerja.

Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh yang ditetapkan, anda diminta untuk
memaklumkan melalui emel/ whatsapp selewat-lewatnya pada Hari Rabu Pagi. Perubahan
tarikh temuduga juga boleh dibuat atas alasan yang munasabah.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat anda. Terima kasih.

Bahagian Sumber Manusia


Golac Commerce M Sdn Bhd 011-12446642 / recruit.golac@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai