Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID – AFIQ HAZIQ

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

Yang Dihormati,

EN AZIZUL AZIZI B HJ AHMAD

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK HICOM

Yang Berusaha,

EN. MOHD TAMIZI B MARUDDIN

Guru Besar SK HICOM

PN NORAIMI BINTI ZAKARIA

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

PN AIDAH BT HAJAD

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

PN RASYIDATUL MARIA BINTI AHMAD

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

PN ZURINA BINTI MOHAMAD YUNUS

Guru Penolong Kanan Petang

PN FAIRUZ BINTI BASRI

Guru Penolong Kanan PPKI

guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi..

Selamat sejahtera saya ucapkan.


Selaku wakil murid, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam
majlis sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK HICOM bagi tahun 2022 ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan kanak-kanak iaitu terdiri daripada
murid-murid sekolah ini. Hari Kanak-kanak amat besar maknanya kepada saya dan rakan-rakan. Hal ini
kerana alam kanak-kanak merupakan alam pertama bagi kami sebelum menempuh alam remaja dan
dewasa.

Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa terhadap kita. Penghargaan ini
terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kasih sayang, perhatian dan hadiah. Oleh itu, sewajarnya
penghargaan yang diberikan ini kita balas dengan berjanji untuk menjadi kanak-kanak yang baik dan
berbudi bahasa.

Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan kami sebagai kanak-kanak yang
berjaya dalam pelajaran. Kami memohon kepada guru-guru agar mendidik kami dengan penuh kasih
sayang. Jika kami ada melakukan kesilapan, tegurlah kami seperti menegur anak sendiri.

Hadirin yang dikasihi,

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi anak murid yang baik dan
berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan kami sematkan di dada. Kami juga berikrar
untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya menjadi insan yang berguna
kepada masyarakat dan negara.

Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun;

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan;

Kami budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai