Anda di halaman 1dari 24

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP


MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA
NEGERI (SAN) PEDALAMAN BAWAH

DG MAIMUNAH BINTI SIDEK


MP1412123T

1
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

BAB 1: PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Sekolah boleh diibaratkan sebagai kilang yang mencipta atau melahirkan insan yang
memenuhi permintaan masa hadapan. Keupayaan tenaga pengajar untuk mendidik, melatih
dan melahirkan insan berpendidikan, berbudaya dan berkemahiran merupakan objektif
utama pendidik yang kreatif, inovatif dan berkarisma. Pihak pengurusan akan menentukan
ciri-ciri piawai kualiti di samping itu mempunyai tanggungjawab terhadap pelanggan
(pelajar, ibu bapa dan masyarakat), pekerja (guru dan kakitangan sokongan) dan juga
pembekal produk (sukatan pelajaran dan proses Pembelajaran dan pengajaran) supaya
tugasan yang dipertanggungjawabkan berjaya dilaksanakan. Sebagai institusi pendidikan,
sekolah sepatutnya menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar kerana
mereka perlu memanfaatkan pendidikan dengan maksima dan mereka mempunyai masa
yang panjang untuk menyumbangkan pembangunan kepada Negara. Tugasan ini adalah
tanggungjawab pengurusan sekolah.

Dalam menyediakan Malaysia ke arah sebuah Negara maju, semestinya modal insan
yang berkualiti sangat diperlukan. Untuk melahirkan modal insan yag berkualiti, ianya bukan
sahaja satu keperluan malahan suatu komitmen yang tidak berbelah bahagi. Untuk
memenuhi keperluan itu, memperkasakan kualiti dalam pendidikan adalah keutamaan masa
kini. Kejayaan melahirkan modal insan yang berkualiti adalah hasil yang diperolehi dari
pendidikan berkualiti. Usaha penekanan terhadap kualiti pendidikan dapat diperlihatkan
melalui beberapa usaha kerajaan dalam menambahbaik dasar pendidikan. Salah satunya
adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ianya adalah salah
satu langkah kerajaan dalam mentransformasikan dasar pendidikan ke arah suatu tahap
yang lebih tinggi prestasinya.

Kualiti tidak dapat dipisahkan dari kepimpinan. Sesebuah organisasi yang


menunjukkan prestasi yang cemerlang melibatkan kepimpinan keseluruhan kakitangan.
Pemimpin yang berkualiti merujuk kepada seseorang yang mengukur kejayaanya melalui
kejayaan atau kecemerlangan indiidu dalam organisasi seliaannya. Peningkatan kualiti
pendidikan berlaku sekiranya pihak pentadbiran sekolah, guru kakitangan sokongan dan ahli
jawatankuasa sekolah yang lain memfokuskan kepada kepimpinan, kolaborasi, kerjasama,
akauntabiliti dan pengiktirafan. Pendekatan bagi melibatkan menyeluruh bergantung kepada
kepimpinan pengurusan yang aktif, iaitu usaha dan keupayaan sekoalh mengutilisasikan

2
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

bakat dan kemampuan guru dalam menjalankan tugas mereka agar sekolah dapat
menandingi prestasi sekolah lain sekitarnya.

Seorang pemimpin yang cekap dalam merancang, melaksana, menentukan hala tuju,
mengawal dan dapat membuat analisis setiap perubahan yang berlaku, adalah seorang
pemimpin yang amat diperlukan. Kajian telah menunjukkan betapa pentingnya peranan
guru besar dalam pembaharuan sekolah dan kakitangan program pembangunan ( Elenkov &
Manev , 2005; Glover , 2007). Mewujudkan Hubungan positif antara guru besar dan guru-
guru mereka adalah strategi yang sangat penting dalam pendidikan kepimpinan. Pemimpin
itulah sebagai kunci utama dalam mengurus sesebuah organisma itu membezakan sama ada
berjaya ataupun tidak. (David.M.Traversi. 2007; Ab. Aziz 2000).

Pengurusan strategik melibatkan pengurusan jangkaan dan masa hadapan.


Pemimpin yang bertanggungjawab perlulah peka terhadap perubahan persekitaran di
samping perlu memastikan sebarang perubahan yang dilakukan menepati jangkaan serta
bertindak selaras dengan jangkaan yang telah dibuat. Pelbagai cara untuk mempengaruhi
orang bawahan boleh digunakan, terpulang kepada jenis individu yang perlu dihadapi pada
sesuatu masa (Bashid. 2008; Hazman Bin Dolah. 2008; Sajoli MD. 2007; Ahmad Safwan
Mohamad. 2007) Sekolah yang berkesan dapat dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap
dan berkualiti (Alimuddin 2006)

Pada masa kini, sesebuah organisasi amat mementingkan kualiti kepimpinan


pengurusnya kerana kualiti kepimpinan pengurus menentukan kejayaan atau kegagalan
sesebuah organisasi itu. Pengurus yang mempunyai gaya kepimpinan yang efektif dan
efisien mampu memacu organisasi di bawah pimpinannya mencapai matlamat yang
dikehendaki. Sebaliknya sesebuah organisasi itu akan gagal sekiranya kepimpinan
pengurusnya lemah. Oleh yang demikian, pada masa kini organisasi meletakkan kebolehan
kepimpinan adalah salah satu kriteria penting dalam proses pemilihan pengurus dan
eksekutifnya. Sesetengah organisasi juga menyediakan program latihan kepimipinan yang
bertujuan mengembang dan meningkatkan kebolehan memimpin dalam kalangan
pengurusnya. Dalam konteks dunia pendidikan terutama di sekolah rendah dan menengah,
kepimpinan pengurus yang dimaksudkan ialah kepimpinan guru besar atau pengetua

3
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

Sesetengah guru besar menjadi lebih kreatif, inovatif dan efektif dalam mencapai
matlamat yang disasarkan namun begitu ada juga sesetengahnya pula terpaksa menempuh
pelbagai kesusahan dan kesukaran sebelum mencapai matlamat tersebut. Mengapa situasi
sebegini boleh berlaku? Antara kunci utama kepada persoalan ini ialah motivasi. (Nurul
Jalilah Abd Rahman. 2013) Faktor motivasi mampu mendorong seseorang itu bertingkah
laku tertentu untuk mencapai matlamatnya. Secara umumnya dapat kita lihat bahawa
motivasi sering kali dihubung kaitkan dengan kecemerlangan prestasi sama ada prestasi
individu mahupun organisasi. Individu yang bermotivasi tinggi mementingkan
kecemerlangan prestasi sebaliknya individu yang bermotivasi rendah kurang mementingkan
kecemerlangan prestasi.

Penetapan matlamat sekolah dan gandingan motivasi yang mantap membolehkan


sesebuah sekolah itu mencapai apa sahaja matlamat yang disasarkan. Oleh yang demikian,
guru besar selaku pengurus dan pemimpin sekolah perlu memberikan perhatian kepada
aspek motivasi dalam kalangan guru kerana guru merupakan antara penggerak utama
kepada kejayaan sesebuah sekolah dan pelajarnya. Di samping itu, beberapa kajian
menunjukkan hubungan yang kuat antara komitmen guru dan program penambahbaikan
sekolah yang dibenarkan keperluan untuk memberi tumpuan kepada persepsi guru terhadap
amalan kepimpinan yang berkesan (Kitsantas & Ware, 2007; Richards , 2007). Dalam kata
lain, ' Memandangkan amalan kepimpinan pengetua mungkin mempunyai kesan langsung
ke atas prestasi mereka dan membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

Menurut Lim dalam Lokman dan Ai Ling (2011), peranan guru besar bukan sahaja
sebagai pentadbir sekolah, namun mereka juga adalah pendidik dan pemimpin
profesionalisme kepada guru-guru di sekolah. Kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah
adalah terpikul di bahu mereka. Mereka bertanggungjawab untuk menaikkan nama sekolah
ke persada pendidikan di pelbagai peringkat sama ada daerah, negeri, kebangsaan
mahupun peringkat antarabangsa. Di sinilah mereka perlu memainkan peranan mereka
sebagai pemimpin yang berwibawa dan mampu mengekalkan prestasi demi kecemerlangan
sesebuah sekolah. Justeru itu, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang guru besar
adalah amat penting.

4
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

Guru Besar juga perlu memainkan peranan memotivasikan guru atau membantu dan
mengajar mereka untuk memotivasikan diri sendiri. Kepentingan motivasi boleh dilihat
melalui tiga aspek iaitu pekerja, kepimpinan dan persekitaran kerja dalam memotivasikan
para pekerja. Kepentingan motivasi kepada pekerja boleh dilihat pada minat, sikap,
keinginan, emosi dan tingkah laku guru terhadap kepimpinan guru besar. Pekerja yang
bermotivasi akan berasa seronok dan puas terhadap kepimpinan pemimpinnya. kekuatan
motivasi individu akan menyumbangkan usaha ke arah pembentukan tenaga kerja yang
kolektif (Teow Chong & Yim Lean, 2005). guru yang bermotivasi akan menyumbang sesuatu
di dalam bidang pendidikan supaya ianya akan lebih cemerlang. Cemerlang, sederhana atau
lemah sesuatu kerja adalah bergantung kepada kualiti kerja yang disumbangkan oleh guru-
guru. Sekiranya motivasi kerja mereka tinggi pasti akan menghasilkan sesuatu yang baik
dan begitulah sebaliknya.

Pengaruh pemimpin menentukan darjah keberkesanan rancangan, keputusan dan


tindakan strategi. Tindakan seseorang pemimpin bukan hanya akan mempengaruhi
organisasi yang dipimpinnya malah dari segi kepuasan kerja di kalangan kakitangan
khususnya guru-guru yang di bawah kawalannya juga perlu dititikberatkan kerana ianya
melibatkan kredibiliti seseorang. Keberkesanan sesebuah sekolah, komitmen dan produktiviti
guru banyak bergantung kepada kemahiran kepemimpinan guru besar. Pemimpin yang
berkesan dalam organisasi adalah pemimpin yang bersifat terbuka, menerima pandangan
kakitangan bawahan, sentiasa mendapatkan maklumat yang benar dan tepat bagi
melaksanakan sesuatu tindakan, berkemahiran, bertanggungjawab dan sering mewujudkan
suasana yang selesa dalam organisasi.

Bab 1 ini memberikan gambaran keseluruhan masalah kajian dan menerangkan


kepentingan membincangkan hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dan motivasi
kerja guru (Gordon, 2003). Selain itu, bab 1 digambarkan sifat kajian, dan juga latar
belakang kajian. Satu perbincangan ringkas mengenai skop kajian tersebut, batasan, dan
persempadanan diadakan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang sifat kajian dan
pembinaan sampel kajian. Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dijalankan untuk melihat
apakah gaya kepimpinan guru besar berperanan mempengaruhi motivasi kerja guru supaya
sesebuah organisasi pendidikan di sekolah berjaya dan cemerlang.

5
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Keberkesanan gaya kepimpinan ini boleh dilihat melalui komitmen yang diberikan oleh
pekerja terhadap organisasi banyak mempengaruhi tingkah laku pekerja dalam
melaksanakan kerjanya (Ryska 2002). Dalam konteks sebuah sekolah pula, kejayaannya
sudah tentu berkait rapat dengan kecemerlangan dan kewibawaan seseorang pemimpin
tertinggi. Dalam konteks ini, guru besar merupakan pemimpin tertinggi, maka guru besar
memainkan peranan yang penting dalam merancang strategi yang berkesan terhadap
program-program yang harus dilaksanakan di sekolah. Dalam konteks organisasi sekolah
rendah, guru besar selaku pemimpin utama harus bijak dan tahu menggunakan kuasa yang
dimilikinya dan merancang kejayaan sekolahnya. Kepimpinan guru besar dapat menetapkan
prosedur dan polisi-polisi bagi kakitangan di bawah pimpinannya untuk melaksanakan tugas.
Sekolah yang berkesan dapat dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti
(Alimuddin 2006)

Kelemahan dalam persembahan guru adalah faktor penting dalam rendahnya


pencapaian pelajar dan lebih daripada satu faktor negatif mempengaruhi prestasi kerja
guru. Sebagai contoh, ketidakpuasan kerja guru merupakan punca utama untuk guru
rendah dalam pencapaian prestasi. Menurut Can (2009), beberapa faktor penyebab
ketidakpuasan kerja guru adalah gaji rendah, bilik darjah yang penuh dan sesak, sukar
untuk mencapai standard yang ditetapkan, kurang perolehi sokongan daripada ibu bapa ,
dan keadaan tempat bekerja mempengaruhi tahap kepuasan guru. Malangnya, maklumat
penulisan kajian berkaitan mengenai kesan ' persepsi tingkah laku kepimpinan guru besar
dan motivasi guru (Gordon & Patterson , 2006). Oleh kerana permintaan yang semakin
meningkat dalam pendidikan berkualiti tinggi, lebih standard dan keperluan yang berlaku
membuat sistem sekolah menjadi lebih rumit dan semakin banyak tanggungjawab guru-
guru dan guru besar perlu dilaksanakan.

Sehubungan itu, pendekatan kepimpinan guru besar merupakan satu pembolehubah


yang boleh dimanipulasi bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan seterusnya
melonjakkan kecemerlangan pendidikan di sekolah. Guru Besar dirujuk sebagai pemimpin
organisasi pendidikan yang diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab dalam
pelbagai hal yang berkaitan dengan institusi sekolah. Peranan guru besar amat relevan
dengan aspek pentadbiran dan pengurusan, penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan
juga yang berkaitan dengan proses perjalanan organisasi sekolah sebagai suatu institusi

6
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

pendidikan formal. Guru Besar berperanan sebagai pemimpin pengajaran dan menjadi
individu yang mencetuskan perubahan-perubahan di peringkat sekolah. Kecemerlangan
memerlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukan kepada faktor-faktor
dalam sekolah itu sendiri yang merangkumi dasar sekolah, amalan-amalan, tanggapan,
sikap dan motivasi staf, matlamat dan kesetiaan serta pencapaian organisasi.

Mewujudkan hubungan positif pemimpin dengan guru serta interaksi adalah kualiti
yang penting dalam kepimpinan pendidikan, guru besar boleh melaksanakan dengan
memberi motivasi kepada guru-guru untuk meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran
mereka. Ramai guru besar sekolah melaksanakan satu hala komunikasi dan memerlukan
prosedur kerja sama dari semua guru, ini akan mempengaruhi cara guru berinteraksi
dengan guru besar serta dengan guru-guru lain (Zainal, 2008). Kebolehan pemimpin sekolah
untuk mewujudkan iklim positif boleh membuat amalan kepimpinan sekolah lebih berkesan.
Malah, guru besar sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memperoleh
kecekapan kepimpinan untuk memacu perubahan dalam prestasi sekolah mereka (Abu
Bakar, Abu Samah, Afshari, Fooi, & Su Luan, 2008).

Faktor motivasi mampu mendorong seseorang itu bertingkah laku tertentu untuk
mencapai matlamatnya. Secara umumnya dapat kita lihat bahawa motivasi sering kali
dihubung kaitkan dengan kecemerlangan prestasi sama ada prestasi individu mahupun
organisasi. Individu yang bermotivasi tinggi mementingkan kecemerlangan prestasi
sebaliknya individu yang bermotivasi rendah kurang mementingkan kecemerlangan prestasi.
Penetapan matlamat sekolah dan gandingan motivasi yang mantap membolehkan sesebuah
sekolah itu mencapai apa sahaja matlamat yang disasarkan. Oleh yang demikian, pengetua
selaku pengurus dan pemimpin sekolah perlu memberikan perhatian kepada aspek motivasi
dalam kalangan guru kerana guru merupakan antara penggerak utama kepada kejayaan
sesebuah sekolah dan pelajarnya.

Guru Besar juga perlu memainkan peranan memotivasikan guru atau membantu
dan mengajar mereka untuk memotivasikan diri sendiri (Nurul Jalilah Abdul Rahman, 2013).
Kepentingan motivasi boleh dilihat melalui tiga aspek iaitu pekerja, kepimpinan dan
persekitaran kerja dalam memotivasikan para pekerja. Kepentingan motivasi kepada pekerja
boleh dilihat pada minat, sikap, keinginan, emosi dan tingkah laku guru terhadap
kepimpinan guru besar. Pekerja yang bermotivasi akan berasa seronok dan puas terhadap
kepimpinan pemimpinnya.

7
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

Demi mencapai matlamat organisasi, pelbagai gaya kepimpinan telah diamalkan oleh
guru besar. Penumpuannya ialah untuk meningkatkan produktiviti modal insan yang
biasanya menjadi keutamaan dan matlamat sesebuah organisasi. Manakala, guru-guru pula
dilihat sebagai penyumbang utama dan berperanan penting dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang dirancang di sekolah. Keperluan dan kebajikan para guru seharusnya diberi
perhatian agar motivasi dan kepuasan bekerja kekal dalam diri mereka supaya tidak berlaku
rasa tidak puashati dan kemerosotan tahap komitmen guru terhadap tugas dan organisasi
(Lokman dan Anuar, 2011). Seringkali juga kita terdengar rungutan dan keluhan tentang
ketidakpuasan hati para guru terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar.
Antaranya ialah guru-guru kurang keyakinan diri, matlamat kerja yang tidak jelas,
kekurangan cabaran kerja dan ganjaran yang tidak menepati kehendak mereka (Abd Ghani
et.al. 2008). Justeru itu, apakah guru-guru akan bermotivasi untuk melaksanakan tugas-
tugas yang diamanahkan berdasarkan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar?

Mohd Hizam dan Zafir (2003) mengatakan seseorang pemimpin yang berwibawa
perlu mengatasi apa jua cabaran yang mendatang. Mereka perlu peka terhadap perubahan
persekitaran dan sentiasa mencari peluang untuk melakukan perubahan, pengembangan
dan kemajuan. Percubaan dan penyelidikan perlu dilakukan dengan teliti supaya dapat
mengurangkan risiko yang yang akan diterimanya nanti. Selain itu juga, mereka harus
mendorong diri untuk perkongsian matlamat dengan cara merancang sesuatu yang baru
supaya guru-guru lebih bermotivasi untuk menyertai dan melaksanakannya. Sabda S (2008)
mengatakan ramai pekerja jadi malas kerana suasanasekeliling tidak mendorong mereka
berdedikasi, kreatif, bermotivasi dan tidak komited dengan objektif organisasi. Ramai
pekerja tidak suka dengan gaya kepimpinan organisasi yang diamalkan oleh guru besar.
Pastinya ramai tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman akan memohon untuk
bertukar sekolah dan meninggalkan organisasi kerana sikap pengurus dan pemimpin yang
angkuh

Malangnya, definisi keberkesanan kepimpinan tidak wujud, dan untuk membezakan


pandangan kepimpinan yang berkesan, persepsi guru dan guru besar adalah penting. Apa-
apa pembaharuan dalam strategi kepimpinan sekolah mesti membandingkan persepsi guru
kepada guru besar. Kajian mencadangkan bahawa keberkesanan kepimpinan bergantung
kepada tidak hanya terhadap tingkah laku pemimpin tetapi juga pada perlawanan persepsi
guru itu terhadap guru besar (Burke, Feinberg, & Ostroff, 2005; Davis & DeValerio, 2006).

8
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

Melihat bagaimana cara guru menilai amalan kepimpinan guru besar boleh menentukan sifat
hubungan antara guru dengan guru besar. Malah, ' persepsi guru terhadap gaya kepimpinan
guru besar boleh menyediakan sumber sah untuk maklum balas yang boleh gunakan untuk
meningkatkan keberkesanan kepimpinan mereka. Tambahan pula, persepsi tingkah laku
guru terhadap kepimpinan menyumbang secara berkesan kepada proses pemilihan dan
merekrut untuk jawatan kepimpinan sekolah (Cranston, 2007)

Produktiviti rendah adalah akibat daripada tahap motivasi yang rendah dan mereka
yang demotivasi. Terdapat beberapa simptom yang menjadi petunjuk kepada subordinat
yang mempunyai motivasi kerja yang rendah. Di antaranya ialah produktiviti yang rendah
dan terus menurun, ketidakhadiran yang terus meningkat, kehadiran ke tempat kerja lewat
dan meninggalkan tempat kerja lebih awal, kadar lantik henti yang tinggi, kualiti kerja yang
rendah, peningkatan rungutan pelanggan, semangat kerja berpasukan yang rendah, konflik
antara perorangan dalam organisasi, konflik dengan pengurus, sikap yang terlalu jumud
terhadap perubahan dan hubungan yang tidak baik dengan bahagian lain dalam organisasi
(Ab. Aziz et.al. 2004; Teow Chong dan Yim Lean. 2005)

Tumpuan kajian ini ialah untuk melihat sejauhmana pengaruh gaya kepimpinan
seseorang guru terhadap tahap motivasi kerja dalam kalangan guru di sekolah-sekolah
Agama Negeri pedalam Bawah Sabah. Mengapa kajian ini diberi tumpuan, pengkajii
menyedari, sebelum ini, kajian hanya ditumpukan kepada gaya kepimpinan di kalangan guru
besar atau pengetua sekolah di bawah kementerian Pendidikan Malaysia. Contohnya seperti
beberapa kajian yang telah dijalankan berkaitan kepuasan kerja dan motivasi guru di daerah
Segamat. Antaranya ialah kajian oleh Tey Shing Yee (2012) yang bertajuk “Kepimpinan
Instruksional Pengetua Mempengaruhi Motivasi Guru di Sekolah Menengah Daerah
Segamat” dan kajian oleh Julina bt Kamaludin (2012) bertajuk “Kepimpinan
Transformasional Pengetua Dan Hubungannya Dengan Motivasi Guru Di Tiga Buah Sekolah
Zon Labis Daerah Segamat dan “Pengaruh Gaya Kepimpinan pengetua terhadap Tahap
Motivasi kerja Guru sekolah menengah di Zon Bandar Segamat” oleh Nurul Jalilah Abd
Rahman (2013)

9
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

Belum ada penemuan kajian dilakukan ke atas gaya kepimpinan di sekolah-sekolah


agama negeri. Ia menarik minat untuk saya menjalankan kajian berkenaan jenis kepimpinan
guru besar yang bagaimanakah mempengaruhi tahap motivasi kerja guru dan apakah
hubungan gaya kepimpinan terhadap motivasi kerja guru di sekolah. Dan bagaimana
hubungan gaya kepimpinan guru besar terhadap motivasi kerja guru. fokus responden
kajian adalah guru-guru di sekolah-sekolah Agama negeri (SAN) Pedalaman Bawah Sabah.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Guru Besar perlu bertanggungjawab terhadap guru-guru dalam melaksanakan tugas,


sentiasa menyampaikan arahan yang berkaitan kepada guru-guru dan seterusnya memberi
dorongan dan nasihat kepada guru dalam melaksanakan tugas. Selain itu, guru besar juga
memainkan peranan penting sebagai pemimpin termasuklah memotivasikan guru. (Nik
Badrul Hisham Bin Nik Ismail, Mastura Mahfar. 2015) Gaya kepimpinan tersebut adalah gaya
kepimpinan secara mengarah, berorientasikan pencapaian, penyertaan dan sokongan. Hasil
kajian Siti Sarawati Johar (2006) terhadap guru-guru di Kota Tinggi, Johor menunjukkan
bahawa gaya pepimpinan pengetua yang paling dominan adalah berorientasikan
pencapaian. Keputusan kajian ini turut disokong oleh dapatan kajian Azizi Yahya et al.,
(2011) dalam kajian beliau ke atas guru di Melaka.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja guru, termasuk


keadaan tempat kerja, gaji rendah, piawaian tinggi dan sukar dicapai, kurang sokongan
daripada ibu bapa, keadaan bilik darjah yang penuh sesak, dan hubungan guru dengan
pentadbir sekolah (Can, 2009). Antara faktor-faktor tidak puas hati kerja, sikap guru besar
dan gaya kepimpinan adalah faktor penting. Kajian telah membuktikan kewujudan
hubungan antara amalan kepimpinan pengetua dan persepsi guru terhadap kepimpinan
yang berkesan ( Elenkov & Manev, 2005; Richards, 2007). Sebenarnya, gaya kepimpinan
guru besar boleh memainkan peranan utama penglibatan guru dalam pembaharuan sekolah
dan program pembangunan (Birky, Headley, & Shelton. 2006).

Berdasarkan hasil kajian-kajian tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa gaya


kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua sekolah adalah berbeza-beza dan pendapat ini

10
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

telah di sokong oleh Sabariah Ismail (2000) dalam kajiannya di Batu Berendam, Melaka
yang mendapati bahawa ketiga-tiga pengetua sekolah yang terlibat dalam kajian telah
mengamalkan gaya kepimpinan yang berbeza-beza. Manakala, gaya kepimpinan yang sering
diamalkan oleh guru besar di daerah Hulu Trengganu adalah gaya kepimpinan
berorientasikan pencapaian, diikuti oleh gaya kepimpinan penyertaan dan sokongan serta
gaya kepimpinan mengarah (Abdul Majid Salleh, 2008). Berdasarkan penemuan dapatan
kajian yang berbeza-beza dari segi gaya kepimpinan paling dominan oleh kepimpinan
sekolah, maka, persoalan kajian pertama telah dibentuk ialah “Apakah tahap motivasi guru
di SMK harian di daerah Kluang, Johor?”.

Terdapat beberapa faktor pendorongan kepada motivasi kerja di kalangan guru


seperti faktor pencapaian, iklim kerja, kenaikan pangkat, penghargaan, gaji, penyeliaan dan
rakan sekerja adalah elemen penentu dalam motivasi kerja dan sebenarnya juga
mempunyai perkaitan dengan komitmen terhadap organisasi (Nor Hafizah Ahmad, 2008;
Muhamad Fuad Ishak, Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Amin Azmin Jaafar,
Mohd shahril Ahmad Razimi & Mohd Zam Zam Saroni, 2013).

Motivasi kerja Terhadap Keadaan Pekerjaan Keadaan dan persekitaran kerja


melibatkan semua bentuk hubungan faktor fizikal, psikologi dan sosial, keadaan dan
kejadian yang berlaku di sekeliling tempat pekerja menjalankan kerjanya boleh
mempengaruhi pekerja dan kerja itu sendiri. Ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan
yang positif ke atas minat dan kesungguhan pekerja menjalankan tugas serta memberikan
motivasi dalam pekerjaan mereka. Pekerjaan yang dapat menyediakan maklumat prestasi
kerja dapat memenuhi keperluan individu mencapai tahap motivasi kerja yang tinggi. Minat
terhadap kerja banyak bergantung kepada operasi kerja yang dijalankan. Herzberg et. al
(1959), mendapati bahawa kandungan kerja seperti pencapaian dan kerja itu sendiri akan
memberikan motivasi kerja, manakala ketidakwujudannya tidak akan menyebabkan motivasi
kerja hilang.

Prestasi kerja pekerja juga dipengaruhi oleh minat dan sikap terhadap pekerjaan.
Minat dan sikap ini timbul melalui persepsi pekerja-pekerja terhadap pekerjaan seperti
apakah nilai ganjaran yang akan diterima oleh individu apabila mereka melibatkan diri dalam
pekerjaan. keadaan kerja itu sendiri yang lebih banyak mempengaruhi motivasi kerja atau
sebaliknya. Ia termasuklah keadaan pembahagian kerja yang disusun secara dramatik.
Pembahagian kerja yang baik akan dapat menarik tumpuan pekerja yang lebih terhadap

11
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

tugas. Mereka akan bersikap lebih bertanggungjawab dan memahami bidang tugas mereka
serta menimbulkan keselesaan dan kepuasan terhadap tugas yang telah dilakukan.

Menurut Azarudin (2004), kebanyakan guru yang terlibat dalam pengurusan bengkel
mempunyai beban tugas seperti guru-guru yang lain seperti memegang jawatan sebagai
guru tingkatan, panitia subjek, penasihat ko-kurikulum dan sebagainya di sekolah. Selain
dari dibebani tugas mengajar harian, guru bengkel ini berdepan dengan beban mengurus
bengkel pula. Segala peralatan, inventori dan penyimpanan bahan malah kebersihan
bengkel dipertanggungjawabkan kepada guru. Secara tidak langsung, bebanan tugas yang
terpaksa dipikul oleh seseorang akan memberi kesan terhadap kepuasan bekerjanya. Guru-
guru di bawah bahagian pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
(JHEAINS) untuk faktor pekerjaan utama itu sendiri, dikesan pembahagian tugasan utama
dan sampingan sangat banyak memandangkan jumlah guru yang bertugas dalam satu-satu
sekolah sedikit. Selain ganjaran seperti laporan prestasi yang diperolehi, contohnya
Anugerah prestasi cemerlang, tidak ramai guru akan terpilih berbanding pegawai yang
ditugaskan di bahagian pentadbiran jabatan. Malahan sehingga ini, isu perjawatan masih
dalam posisi yang perlahan, masih terdapat guru yang sudah berkhidmat lama tetapi masih
belum dapat pengesahan jawatan mereka.

Motivasi Kerja Terhadap Gaji Setiap pekerja yang bekerja tentunya inginkan
pendapatan atau gaji yang mencukupi untuk membiayai kehidupan mereka. Terdapat
beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang hubungan kepuasan kerja dengan gaji.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa motivasi kerja mempunyai perkaitan dengan faktor
gaji. Dikatakan pekerja yang menerima gaji gaji yang tinggi akan mendapat motivasi kerja
yang tinggi juga. Herzberg et. al (1959) mendapati bahawa gaji mempunyai hubungan yang
signifikan dengan motivasi kerja. Untuk kajian ini, Isu Guru-guru bahagian pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) antara faktor berkait adalah faktor
gaji itu sendiri, dikatakan bahawa nilaian gaji mereka jauh berbeza dengan gaji yang
diterima oleh guru di bawah kementerian pendidikan Malaysia walaupun jawatan dan skel
mereka sama.

Faktor kenaikan pangkat menjadi faktor untuk mendorong seseorang pekerja itu
mencapai kepuasan dalam kerjaya, begitu juga faktor kenaikan pangkat. Ia juga menjadi
salah satu faktor yang mendorong seseorang itu bekerja untuk mencapai kepuasan.
Kenaikan pangkat merupakan perkara penting dalam karier seseorang kerana ia akan

12
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

menyebabkan seseorang menikmati peningkatan kuasa, status dan gaji. Dalam kajian ini,
permasalahan yang didapati oleh pengkaji, notivasi kerja guru-guru Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam negeri Sabah (JHEAINS) adalah kenaikan pangkat. Guru Kementeri Pendidikan
Malaysia, gred DG29 akan memperolehi ‘ times based’ mereka setelah 8 -10 tahun
berkhidmat, tetapi untuk jabatan ini, perolehan kenaikan pangkat melalui ‘ times based’
walau lebih 10 tahun berkhidmat tidak diperolehi oleh sebahagian besar guru-guru.
Malahan, kenaikan pangkat melalui pencapaian akademik juga dalam proses sangat
perlahan. Dikatakan seramai 79 orang guru DG29 masih gagal dinaikkan ke DG41/DG42
disebabkan tiada kouta untuk penempatan tersebut malahan kumpulan ini juga antara yang
terlibat dalam tidak perolehi kenaikan ke gred DG32 walau tempoh perkhidmatan mereka
melebihi 10 tahun berkhidmat.

Motivasi Kerja terhadap penyelia dan penyeliaan. Proses penyeliaan berfungsi untuk
memastikan objektif organisasi dilaksanakan mengikut perancangan oleh pihak pentadbiran
sesuatu organisasi. Melalui penyeliaan, pihak pentadbiran dapat memastikan segala tugas
yang diberikan kepada seseorang pekerja atau kumpulan dilaksanakan dengan sempurna
dan cekap serta mendapat hasil kerja yang memuaskan. Sekiranya ketua bersikap adil
dalam pentadbiran mereka, maka seseorang pekerja itu akan mendapat dorongan untuk
menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Oleh itu mana-mana penyelia atau ketua-ketua
jabatan yang tidak bertimbangrasa dan tidak adil akan menyebabkan kecenderungan
pekerja berhenti kerja adalah lebih tinggi berbanding jika penyelia atau ketua jabatan yang
bersikap bertimbangrasa dan adil. Oleh itu penyelia atau ketua jabatan yang bersikap adil
dan bertimbang rasa akan lebih dihormati oleh pekerjanya. Perlakuan yang memberikan
kesan ke atas motivas kerja ialah sikap penyelia seperti bertimbangrasa, tidak berat sebelah,
adil, saksama dan sebagainya. penyeliaan adalah salah satu faktor yang menentukan
motivasi kerja seseorang individu. Ini adalah kerana prestasi yang ditunjukkan oleh
seseorang pekerja akan diselia oleh ketua-ketua bahagian pada setiap hujung tahun iaitu
Seliaan perkhidmatan Tahunan (SKT)

Motivasi Kerja Terhadap Rakan Sekerja. Interaksi sosial juga penting dalam
sesebuah organisasi. Kekurangan interaksi boleh mengakibat ketidakpuasan dalam bekerja.
Berbincang tentang masalah pekerja dengan kawan sekerja boleh mengurangkan tekanan.
Kajian yang telah dilakukan oleh Herzberg (1959) mendapati bahawa interaksi sosial di
temapt kerja adalah punca kepuasan kerja di kalangan pekerja. rakan sekerja mempunyai
kesan yang positif terhadap motivasi kerja. Keadaan mesra dan rapat saling bantu -

13
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

membantu dan persahabatan yang berat dapat meningkatkan motivasi dan prestasi kerja.
kecekapan rakan sekerja, kepercayaan dan penghormatan daripada rakan sekerja juga
dapat meningkatkan kepuasan kerja. Faktor pendorong setia kawan, kecekapan rakan
sekerja, sifat prihatin rakan sekerja, bekerja sama dan penghormatan rakan sekerja.
Dikatakan bahawa pengaruh rakan sekerja penentu prestasi dan motivasi kerja. Terdapat
kajian menunjukkan bahawa pekerja yang ditempatkan di kalangan pekerja yang
mempunyai status yang sama atau lebih tinggi dalam sesuatu pejabat telah meningkatkan
prestasi kerja mereka berbanding pekerja yang ditempatkan bersama rakan sekerja yang
berstatus rendah.

Manakala menurut Chinpuza et al., (2011) pula, motivasi mempunyai hubungan yang
rapat dengan kepimpinan dan sangat penting dalam fungsi sesebuah organisasi. Seseorang
guru besar perlu menonjolkan kepimpinannya dengan penuh cemerlang. Gaya kepimpinan
yang diamalkan perlu berkesan dan dapat menarik kepercayaan dan keyakinan daripada
guru dan seterusnya dapat meningkatkan kepuasan dan motivasi guru. Hasil dapatan kajian
Siti Sarwati Johar (2006) telah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan signifikan
antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap motivasi guru. Manakala, tahap motivasi
guru adalah berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini adalah selari dengan hasil
kajian Norhannan Ramli dan Jamaliah Abdul Hamid (2006) dan Abdul Said Amtabong
(2003).

Berdasarkan latar belakang masalah di atas dan menyedari bahawa persoalan


kepimpinan dan motivasi kerja merupakan persoalan penting dan berhubung kait rapat
antara satu sama lain serta isu ini perlu dilihat dari segi konsep tanggungjawab bersama
yang mempunyai implikasi besar kepada kejayaan sesebuah organisasi pendidikan. Justeru
itu kajian ini dibuat untuk melihat tahap motivasi kerja dalam kalangan guru di sekolah
sekolah Agama Negeri (SAN) yang berkait rapat dengan gaya kepimpinan guru besar di
kawasan Pedalaman Bawah, Sabah. Kajian ini dibuat bagi melihat tahap motivasi kerja guru
adakah mempunyai perkaitan yang kuat dengan faktor gaya kepimpinan guru besar di
sekolah dan gaya kepimpinan bagaimanakah yang disukai oleh guru-guru bagi mewujudkan
serta meningkatkan motivasi kerja mereka dan mencapai pengurusan kualiti di sekolah.

14
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini bertujuan melihat pengaruh gaya kepimpinan guru besar
terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah sekolah Agama Negeri (SAN) di Pedalaman
Bawah, Sabah. Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk:

1. Mengenalpasti perbezaan skor min gaya kepimpinan Guru Besar dan motivasi kerja guru
berdasar demografi

2. Mengenalpasti hubungan antara gaya kepimpinan Guru Besar dengan motivasi kerja
dalam kalangan guru sekolah sekolah Agama Negeri (SAN) Pedalaman Bawah

3. Mengenalpasti pengaruh Gaya Kepimpinan guru Besar terhadap Motivasi kerja Guru di
Sekolah-sekolah Agama Negeri (SAN) Pedalaman Bawah

1.5 SOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang dikemukan bagi kajian ini ialah:


a. Apakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan Guru besar dengan motivasi
kerja di kalangan guru sekolah-sekolah Agama negeri (SAN) Pedalaman bawah
berdasar demografi?

b. Adakah terdapat hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan motivasi kerja guru
di sekolah-sekolah agama Negeri (SAN) Pedalaman Bawah?

c. Adakah terdapat pengaruh gaya kepimpinan Guru besar terhadap motivasi kerja di
kalangan Guru Sekolah-sekolah agama negeri (SAN) Pedalaman Bawah?

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis nol bagi kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan guru besar

15
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

sekolah sekolah-sekolah Agama Islam Negeri (SAN) Pedalaman Bawah berdasar


demografi

H02 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan Guru Besar
dengan motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah sekolah Agama Negeri (SAN)
Pedalaman Bawah

HO3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi kerja di kalangan guru dengan
gaya kepimpinan guru besar di sekolah-sekolah Agama Negeri (SAN) Pedalaman
Bawah

HO4 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan gaya kepimpinan Guru besar terhadap
motivasi kerja di kalangan Guru Sekolah-sekolah agama negeri (SAN) Pedalaman
Bawah

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini merupakan merupakan kajian pertama dilakukan untuk mendapatkann maklumat
sebenr gaya kepimpinan guru besar terhadap motivasi kerja guru di sekolah agam negeri
Sabah. Tumuan kajian ini hanya kepada gaya kepimpinan dan motivasi kerja guru di
sekolah-sekolah agama Negeri (SAN) kawasan pedalaman Bawah sabah. Penulisan untuk
kajian ini, berpandukan penyelidikan hanya dilakukan ke atas sekolah-sekolah kementerian
pelajaran Malaysia. Kajian ini hanya memfokuskan kepada kajian seluruh sekolah-sekolah
Agama Islam Negeri (SAN) kawasan Pedalaman Bawah, Sabah iaitu daerah Beaufort, Kuala
Penyu, Membakut, Sipitang dan Menumbok. Ini kerana pemilihan ini dilakukan
memandangkan jumlah responden untuk keseluruhan lokasi hanya 136 orang sahaja.
Jumlah bagi guru-guru untuk satu-satu daerah sangat sedikit. Tempoh kajian ini akan
dilaksanakan dalam masa anggaran 6 bulan untuk mengumpul dan menganalisis data yang
terkumpul.

Skop kajian hanya meninjau gaya kepimpinan iaitu dimensi berstruktur atau
bertimbang sara yang diamalkan oleh guru besar di sekolah tersebut dan pengaruhnya
terhadap tahap motivasi kerja guru di sekolah berkenaan. Sampel kajian ialah guru-guru di
sekolah dipilih secara rawak, dipilih mengikut jumlah yang telah ditetapkan melalui jadual

16
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

kjcie dan Morgan dalam pemilihan jumlah sampel di sekolah-sekolah Agama Negeri
Pedalaman Bawah. Kaedah yang digunakan ke atas responden ialah borang soal selidik

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk cuba memberikan sedikit sebanyak gambaran dan
penjelasan tentang persoalan ini. Kajian juga dijalankan untuk melihat sejauh mana
keberkesanan pengurusan sekolah di bawah kepimpinan guru besar. Kepentingan kajian ini
meliputi beberapa perkara seperti berikut :

i. Mengumpul maklumat berkaitan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar
bagi rujukan sekolah-sekolah yang dikaji. Hasil kajian ini diharap dapat memberi
panduan bagi mempertingkatkan lagi tahap keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran serta prestasi kerja guru besar

ii. Kajian ini juga boleh dimanafaatkan oleh guru besar bagi membantu mereka
membuat refleksi diri serta melihat apakah stail atau gaya kepimpinan yang
diperlukan dan dapat diterima oleh sub-ordinat bagi meningkatkan motivasi guru
supaya semua program serta perancangan sekolah dapat dilaksanakan dengan
lancar dan mencapai kecemerlangan sekolah

iii. Seterusnya hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak bahagian Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah, atau Bahagian
pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Negeri atau
mana-mana pihak yang berkewajiban untuk merancang atau menganjurkan kursus-
kursus atau program yang sesuai bagi membimbing guru sebagai pemimpin yang
cekap dan berkesan supaya dapat meningkatkan motivasi guru di sekolah.

iv. Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu serta memberikan maklumat kepada
pihak Pengurusan bahagian pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah (JHEAINS) dan kerajaan negeri Sabah supaya dapat memberikan peluang

17
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

yang sewajarnya kepada guru yang memenuhi kriteria serta kelayakan yang
ditetapkan untuk memimpin sekolah.

v. Dapatan kajian dapat menyumbang serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan


berkaitan gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan motivasi guru di
sekolah yang diharap dapat memberikan satu implikasi mengenai isu keberkesanan
Guru besar sebagai pemimpin

vi. Seterusnya hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak bahagian Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah, atau Bahagian
pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Negeri atau
mana-mana pihak yang berkewajiban untuk merancang atau menganjurkan kursus-
kursus atau program yang sesuai bagi membimbing guru besar sebagai pemimpin
yang cekap dan berkesan supaya dapat meningkatkan motivasi guru di sekolah.

Diharap kajian ini dapat membantu pengkaji-pengkaji lain untuk dijadikan sumber
bahan rujukan berkaitan gaya kepimpinan guru besar dapat mempengaruhi motivasi guru di
peringkat sekolah. Maklumat kajian ini juga dapat membantu mereka dalam menambah baik
kajian berkaitan isu ini. Guru merupakan sumber penting dalam melahirkan modal insan
justeru itu keperluan guru adalah berubah mengikut peredaran masa, justeru itu kajian
berkaitan pengurusan sumber manusia ini perlu diteruskan dan kajian ini diharap dapat
memberi panduan dan input tambahan pada kepada pengkaji akan datang.

1.9 DEFINISI OPERASIONAL

1.9.1 Gaya kepimpinan


Gaya kepimpinan adalah ciri yang digunakan pemimpin untuk mempengaruhi
bawahan agar sasaran tercapai atau; pola perilaku dan strategi yang disukai dan
sering diterapkan oleh pemimpin; menggambarkan kombinasi yang konsisten dari
falsafah, ketrampilan, sifat dan sikap yang mendasari perilaku seseorang;

Gaya kepimpinan secara tidak langsung akan mempengaruhi elemen-elem


lain yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Salah satu elemen yang penting
adalah komitmen kerja guru-guru sekolah. Secara umumnya komitmen bermakna

18
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

tingkah laku yang menekankan kepada aspek efektif kakitangan terhadap organisasi
melalui perasaan menerima matlamat dan nilai organisasi dalam diri dan berusaha
mencapai matlamat serta menerima nilai-nilai organisasi. Gaya kepimpinan
didefinisikan sebagai cara seseorang mempengaruhi tingkah laku orang lain.

Tidak ada pemimpin yang mempunyai sikap dan perspektif yang sama antara
satu sama lain. Sebahagiannya akan menggunakan gaya tegas dan sebahagian yang
lain menggunakan gaya perkongsian dengan pengikut. Menurut Akhiar Pardi,
Shamsina shamsuddin & Muhamad Kushairi Jusoh (2012 : 104) mengatakan bahawa
tidak semua pemimpin akan menggunakan cara yang sama dalam pengurusan
mereka. Gaya kepimpinan mereka adalah berbeza. Gaya kepimpinan ini berubah
bergantung kepada jenis kumpulan manusia yang berinteraksi dengan pemimpin.
Gaya paling baik ialah gaya yang dapat memastikan pemimpin mendapat
perkhidmatan yang terbaik dariada kakitangan bawahannya.

Dalam kajian ini, gaya kepimpinan difokuskan kepada corak kepimpinan


Autokratik, Demokratik dan Laissez Faire.

1.9.1.1 Gaya kepimpinan Autokratik


Gaya Kepimpinan autokratik dikenali sebagai gaya authoritarian. Seorang
pemimpin mempunyai kuasa penuh ke atas pekerja bawahannya.
Kakitangaan bawahan tidak mempunyai hak untuk memberikan idea atau
cadangan walaupun idea dan cadangan tersebut adalah baik untuk
organisasi. Kakitangan bawahan juga tidak berhak membuat kritikan atau
mempersoalkan tindakan pemimpin. Hanya pemimpin sendiri yang akan
membuat keputusan dan memastikan semua kerja dilaksanakan.

1.9.1.2 Gaya Kepimpinan Demokratik


Pemimpin akan menggalakkan pengikutnya untuk memainkan peranan
penting dalam proses membuat keputusan, walaupun keputusan muktamad
sebenarnya terletak pada pemimpin. Pemimpin akan memberikan bimbingan
kepada pengikut atau pekerja bawahan tentang apa yang perlu dilakukan dan
bagaimana melakukannya sedangkan pengikut pula akan berkomunikasi
dengan pemimpin tentang pengalaman mereka serta dibenarkan

19
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

mengemukakan cadangan yang lain untuk menyelesaikan masalah atau


menyempurnakan kerja.

1.9.1.3 Gaya Kepimpinan Laissez Faire


Kepimpinan Laissez Faire dikenali sebagai kepimpinan delegatif. Ianya sejenis
gaya kepimpinan yang membolehkan pemimpin mendeligasikan kerja kepada
orang bawahan dan pekerja bawahan ini membuat keputusan sendiri tentang
kerja mereka tanpa merujuk kepada pemimpin. Dalam konteks sekolah, guru-
guru dibenarkan membuat apa jua keputusan berkaitan pengajaran dan
pembelajaran. Pengetua atau guru besar hanya akan menumpukan aspek
rasional dan intelektual kerjanya sendiri dan tidak memfokuskan kepada
aspek pengurusan sekolah. Guru-guru disaran mengemukakan cadangan
dan pandangan yang akan meninggalkan kesan baik kepada sekolah dan
gurulah yang akan melaksanakannya sendiri. Namun, gaya jenis ini hanya
akan berkesan sekiranya pekerja bawahan mempunyai kemahiran bekerja
yang tinggi, berpengalaman luas, setia dan bijak dalam menjalankan tugas.

1.9.2 Motivasi Kerja

Untuk membuat kajian ini, pengkaji memilih untuk mengaitkan motivasi kerja guru
dengan motivasi jenis ektrinsik, iaitu motivasi kerja yang didorongi oleh kepentingan
yang tertentu yang membantu sesorang itu mempunyai motivasi untuk bergerak.
Motivasi ekstrinsik pula terbentuk berdasarkan persekitaran luaran tempat kerja yang
mana pada kebiasaannya dikawal oleh invidu-individu lain. Secara umumnya, melalu
pemerhatian, boleh diandaikan bahawa penglibatan kerja guru itu berdasarkan
ganjaran yang bakal diperolehi. Salah satunya adalah ganjaran gaji dan juga
perhargaan yang diperolehi. terdapat kajian menjayakan mendapati bahawa
ganjaran ekstrinsik adalah perlu untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja bagi
kepentingan organisasi dan kemajuan pekerja.

Ada pengkaji berdapat, bentuk ganjaran itu adalah bukan hanya ganjaran
gaji ataupun penghargaan semata. Kemungkinan ia berlaku melibatkan hubungan
pekerja, antara lain, dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti persekitaran dan
ekologi, persepsi, memori, perkembangan kognitif, emosi, pelakuan dan personaliti

20
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

(Huitt, 2001). Mohd. Sahari (2008) pula berpendapat bahawa konsep kompetensi
pula diperkenalkan pada awal-awal tahun 2000 yang mana menjurus kepada
penentuan prestasi kerja manakala Enabou & Tirole (2003) berpendapat bahawa
ganjaran itu sebenarnya boleh merangsang motivasi serta menjana tindakan untuk
melakukan sesuatu aktiviti. Manakala menurut Sargent Tanja dan hnnum Emily
(2005) motivasi kerja atau kepuasan kerja guru adalah berkait rapat dengan
psikologi semasa bekerja, kualiti penyeliaan, peluang memajukan diri seperti
kenaikan pangkat, beban tugas guru, tahap autonomi dalam membuat keputusan
dan ciri-ciri sistem pendidikan.

Motivasi ekstrinsik merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk


mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik adalah
datang kerana ganjaran seperti wang dan gred atau ancaman hukuman.
Pertandingan juga menggalakkan motivasi ekstrinsik merana ia mengarahkan pelaku
untuk menang dan mengalahkan orang lain. Sorakan, pujian dan kata-kata
semangat dari orang lain adalah faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan
motivasi ekstrinsik. Walaupun dikatakan bahawa motivasi ekstrinsik sesuai
diterapkan dalam kalangan kanak-kanak yang belum mampu membuat
perbandingan kesan baik dan buruk sesuatu perlakuan atau tindakan. Tetapi,
didapati untuk kajian ini, motivasi jenis ini adalah relevan dikaitkan.

Menurut Krause, Kerri-Lee et al (2007) ‘ Motivation is seen as internal process


guides and maintains behaviour over time. Motivation is not only helps you to get
things start off but it will continue to help learners to get determination in doing it
and to motivation in it’. Beliau juga menjelaskan bahawa motivasi ekstrinsik seperti
berikut: ‘ instrinsic motivation is motivation arising from internal factors such as an
individual’s feeling of curiosity, exicitement and satification’ .

Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang


dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif; Motivasi adalah
suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang,
sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan;
Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang,
berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamatnya; Motivasi adalah stimulasi atau
semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar

21
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

diingini; dan Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan
keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat
mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai atau perolehi

Robbins dan Judge (2007) mendefinisikan motivasi sebagai proses yang


menjelaskan intensitas, arah dan ketekunan usaha untuk mencapai suatu tujuan.
Manakala, Samsudin (2005) memberikan pengertian motivasi sebagai proses
mempengaruhi atau mendorong dari luar terhadap seseorang atau kelompok kerja
agar mereka mau melaksanakan sesuatu yang telah ditetapkan. Motivasi juga dapat
diartikan sebagai dorongan (driving force) dimaksudkan sebagai desakan yang alami
untuk memuaskan dan memperahankan kehidupan. Manakala Mangkunegara
(2005,61) menyatakan: “motivasi terbentuk dari sikap (attitude) karyawan dalam
menghadapi situasi kerja di perusahaan (situation).

Motivasi merupakan kondisi atau tenaga yang menggerakkan diri pekerja


yang terarah atau tertuju untuk mencapai tujuan organisasi. Sikap mental pekerja
yang pro dan positif terhadap situasi kerja itulah yang memperkuat motivasi
kerjanya untuk mencapai kerja maksima”. Motivasi merupakan respon atau tindak
balas pegawai terhadap sejumlah pernyataan mengenai keseluruhan usaha yang
timbul dari dalam diri pegawai agar tumbuh dorongan untuk bekerja dan tujuan
yang dikehendaki oleh pegawai tercapai. Pengurusan sekolah tidak boleh lari dari
perkaitan pentadbiran. Pakar-pakar psikologi organisasi menyatakan motivasi
instrinsik terhasil daripada hubungan secara langsung antara pekerja dan tugas dan
biasanya bersifat aplikasi kendiri (self-applied).

1.10 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN


Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

22
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

GAYA KEPIMPINAN
GURU BESAR
MOTIVASI KERJA GURU
 AUTOKRATIK
 DEMOKRASI
 LAISSEZ-FAIRE

Kerangka konsep dalam kajian ini adalah daripada pemboleh ubah bebas yang
mengandungi teori gaya kepimpinan di mana ia merupakan pemboleh ubah bebas. Ianya
terdiri daripada empat dimensi yang dinyatakan oleh Martin G. Evans dan Robert J. House
iaitu kepimpinan berasaskan arahan, berorientasikan kejayaan, sokongan dan penglibatan.
Manakala pemboleh ubah bersandar kajian ini terdiri daripada dua komponen yang
dinyatakan oleh Herzberg iaitu faktor hygiene dan faktor motivator. Namun, pengkaji hanya
mengkaji dari faktor motivator sahaja.

Kerangka kajian mengenai gaya kepimpinan guru besar di sekolah seringkali menjadi
tajuk yang sentiasa hangat diperkatakan. Walaupun, zaman telah berlalu dan keadaan
sentiasa berubah namun, amalan kepimpinan terus menjadi isu dan terus diperkatakan.
Pelbagai gaya kepimpinan telah dipraktikkan oleh guru besar tidak kira yang baru dinaikkan
pangkat mahupun yang telah lama berkhidmat. Justeru itu, kajian ini menggunakan model
gaya kepimpinan guru besar seperti di rajah 1 kerana ianya diguna pakai untuk melihat
hubungannya dengan tahap motivasi guru. Model ini digunakan untuk mengesan pengaruh
motivasi guru terhadap kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar sama ada
berorientasikan arahan, sokongan, penglibatan atau pun kejayaan.

1.11 RUMUSAN

Sebagai pemimpin organisasi di sekolah guru besar perlu ada sifat tertentu yang unggul
daripada sudut kapasiti profesionalisme dalam menangani dan menyelesaikan masalah,
berintegriti tinggi, berwibawa dan berpengetahuan luas untuk menguruskan organisasinya

23
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR TERHADAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) | Dg Maimunah Sidek

secara berkesan dan membangunkan sumber manusia ke arah peningkatan yang berterusan
dan reformasi sekolah secara berkesan dan cemerlang ( Hussien Ahmad. 2008). Justeru itu,
penggunaan sumber kuasa mengikut gaya kepimpinan yang tepat oleh guru besar akan
membentuk kecemerlangan akademik di sekolah dan secara tidak langsung akan
meningkatkan motivasi di kalangan guru-guru (Lokman dan Ai Ling, 2011).

Kajian tentang gaya kepimpinan guru besar dan motivasi kerja dalam kalangan guru
merupakan langkah untuk memahami peranan gaya kepimpinan terhadap motivasi kerja
agar dapat memberikan maklum balas demi kepentingan pengurusan jabatan peringkat
Negeri, bahagian dan daerah terutama di peringkat sekolah.

24

Anda mungkin juga menyukai